Wednesday, December 31, 2008

PROMOSI MASUK UNIVERSITY!!!

Salamun Aleyk'

PROMOSI PROMOSI!!!!!

MUSIM MASUK UNIVERSITY TELAH KEMBALI!!!!

DAH READY NAK MASUK UNIVERSITY MANA??

NAK MASUK UNIVERSITY NAK KENA BUAT APA??

UNIVERSITY MANA BAGUS??

APA TIPS TIPS UNTUK MASUK UNIVERSITY??

SENANG KE BELAJAR KAT UNIVERSITY???

HAAA... NI JAWAPAN DIA...

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar...

haa.. APA TUNGGU LAGI??? PELUANG TERBAIK NI!!

FASILITATOR teridiri daripada bekas bekas pelajar University di Australia, United Kingdom, dan juga Malaysia.

Minta bantuan rakan rakan bloggers untuk sebarkan iklan ini!!!

~Jazzakallah~

p/s: sape sape ade adik2, sepupu, 2 pupu, sape je yg nak masuk U, suruh dia join oke!! x rugi!!

Tuesday, December 30, 2008

Hujung Minggu lepas...

Salamun Aleyk'

Alhamdulillah, hujung minggu lepas semua komiti Peuehaba Aceh3 ada binding camp di Cameron. Alhamdulillah sekali lagi, segala perancangan telah diatur rapi. Segala macam keperluan dan kelengkapan telah dibekalkan, yang tinggal kini masa untuk betul betul KERJA!!! BUAT!!!

InsyaAllah, saya mohon sekali lagi agar kita semua dapat kekalkan momentum yang ada kini, agar semua dapat dilaksana seperti dirancang. Amin!


Ini salah satu gambar dari banyak banyak gambar yang diambil. Saya pilih gambar ni sebab, nampak saya kat belakang tu tengah belari nak join gak, tapi tak sempat laaa... cett... susah payah berlari tp x sempat.. huhu..

Boleh ke flickr abg fik:: untuk lihat gambar seterusnya.

Rakan rakan semua, ayuh bingkas bangun untuk bekerja dalam mempersiapkan diri kita!! Mudah mudahan usaha ini Allah balas di Sana. Amin!!

p/s: sama sama kita doa untuk saudara kita di Palestin yang terkorban angkara serangan terbaru ISRAEL KEJAM!!! BOYCOTT ISRAEL!!!

Friday, December 26, 2008

eh.. kelab ni lagi best!! eh.. yg ni lagi best laa..

Salamun Aleyk'

Jumaat Mubarakah...

Sekali lagi kita dapat bertemu penghulu segala hari. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memebri nikmat ini.

Pelajar baru universiti, pasti ada banyak yang perlu dipelajari dalam mendepani liku-liku hidup yang mendatang. Antara yang paling menarik bila tiba minggu pendaftaran persatuan/kelab. Semua pelajar baru diwajibkan untuk terlibat sekurang kurangnya denagn 1 persatuan.

Sudah pasti ada berbagai bagai jenis persatuan dan kelab yang perlu kita membuat pilihan. Ada persatuan 'language based', ada yang 'interest based', ada juga 'martial art based' dan tak ketinggalan juga 'sport and recreational based'.

Tapi apa kriteria kita dalam memilih persatuan ini? Sudah tentu kita akan pilih yang paling kita sukai. Bagi yang sukakan "martial art' pasti akan pilih silat, judo dsbnya, manakala yang minat pada sukan dan rekreasi pasti akan pilih bola, tennis, atau "outdoor' bagi yang sukakan aktiviti lasak.

Masing masing punya citarsa. Tidak menjadi kesalahan untuk kita memilih apa yang kita suka, namun ia menjadi satu kesalahan apabila Agama tidak menjadi landasan dalam etika berpesatuan. Batasan perlukan garisan yang jelas. Disini ramai jiwa jiwa muda hari ini kecundang.

Saudara, lakukanah apa saja yang kita sukai di muka bumi ini, tetapi jangan pernah lupa! Allah sentiasa pandang kita! Buatlah apa saja, dikiri kanan bahu pasti mencatit dengan teliti setiap gerak geri kita.

Jiwa jiwa muda, mahasiswa mahasiwi, berdiri teguh kita pada jalan Ilahi. Ingatlah, jagalah Allah dan Allah akan jaga kita. Hidup muda hanya sekali, jangan pernah kita rosakkan lagi masa muda ini. Yang berlalu lepaskan ia pergi mudah mudahan Allah ampuni kesilapan itu. Berjanjilah untuk berbakti pada Agama dan diri.

Kepada pemimpin pemimpin persatuan dan kelab, apa yang menjadi perjuangan persatuan kita? Bagaimana cara kita melaksana program persatuan kita? Apapun persatuan yang kita sedang pimpin, perlu ada garis yang jelas untuk memisahkan boleh dan tak boleh.

Jangan kerna sukakan aktiviti yang dilakukan sampai arahan Allah dipinggirkan. Sudah banyak peringatan Allah zahirkan pada kita buat mereka yang mengingkari Arahannya. Ingat...

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin. Dan kelak kamu akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kamu pimpin.”

sabda nabi s.a.w

Sekadar itu perkongsian saya. Kepada yang memimpin, harus memimpin dengan baik. Hasilkan kader kader yang baik. Teladan terbaik, Rasulullah s.a.w. Kepada yang dipimpin, dengar arahan selagi tidak menggadai maruah AGAMA, DIRI, dan KELUARGA!

Allahu a'lam...

~semuga akhir kita khusnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan minta jauh dari su'ul khatimah (pengakhiran yang buruk)~

Disclaimer: Artikel ini untuk diri saya sendiri, awak dan juga yang membaca...

Wednesday, December 24, 2008

Monday, December 22, 2008

Saya kaya!! Awak apa ada??

Salamun Aleyk'

Wah!! Besarnya rumah tu!! Wah!! Cantik nya kereta tu!!Wah!! Canggih la telefon bimbit dia!! Hurmm.. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan pada Allah atas segala nikmat dan rahmatNYA.

Hari ini ramai diantara kita yang hidup dalam suasana yang sedikit mewah berbanding yang lain. Ramai dikalangan muslim hari ini mempunyai kekayaan yang saya kira sangat bertuah. Ramai usahawan usahawan, peniaga peniaga muslim yang kaya raya.

Alhamdulillah ini cukup baik, kerana kita sememangnya perlu pada mereka yang kaya ini. Perlu?? Untuk apa??

Mari kita singkap kembali sirah rasulullah s.a.w. Secara umumnya, ramai dikalangan sahabat baginda s.a.w yang kaya raya sebagai contoh Uthman Bin Affan, Abdul Rahman bi Auf, Abu Bakar As-Siddiq.

Tidak perlu digambarkan betapa kaya raya sahabat sahabat ini. Subhanallah, memang sangat kaya. Digambarkan, di dalam buku Fiqh al-Sirah, Dr. Munir Muhammad Gahdban telah membawakan sebuah riwayat bagaimana Rasulullah S.A.W. telah mengatakan: "Jika kamu memberikan pasir kepada Ibn Auf, nescaya dia akan berupaya menukarkannya dengan emas".

Betapa kayanya sahabat rasulullah s.a.w. Lebih kaya dari kita hari ini. Jika kita berupaya memandu sebiji BMW, saya kira Ibn Auf mampu belikan 100 buah BMW untuk orang lain sesuka hatinya. Namun ini tidak berlaku. Apa yang berlaku??

Para sahabat ini hidup dalam penuh ketaatan merendah diri pada Allah s.w.t. Tidak pernah meninggi diri, tidak pernah menyombong diri, tidak pernah berbangga dengan harta kekayaan ini. Kenapa ini berlaku?? Sedangkan mereka lebih kaya dari sesetengah kita yang kayanya cuma 1% dari kekayaan sahabat ini namun sudah lupa diri.

Kerana mereka faham dan sedar. Itu bukanlah hak mereka. Kerana mereka sedar siapa yang memberinya. Saudara, Islam sesekali tidak pernah melarang umatnya untuk menjadi kaya. Tidak pernah sama sekali. Tetapi apakah kekayaan yang Allah beri ini kita gunakan ia pada jalan yang betul?

Apa kekayaan bergudang gudang ini bila kita mati ditanam bersama sama kita? Kekayaan, harta yang banyak, semua ini datangnya dari Allah. Maka kembalikanlah rasa syukur ini pada Allah. Belanjakanlah harta yang banyak ini pada jalan Allah.

Jangan pernah sesekali bangga diri, sombong dan bongkak dengan harta ini. Ketahuilah, bila bila masa, dimana saja, Allah berupaya mengambil segala kekayaan ini sekelip mata. Apatah lagi bila malaikat datang mencabut nyawa, tidak ada gunanya harta yang banyak ini jika tidak pernah guna pada jalan NYA.

Disclaimer: Sekadar perkongsian untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca. Harta yang paling Allah suka bila ia diguna pada jalan Agama. :)

Sunday, December 21, 2008

TAHNIAH IUFC!!!

Salamun Aleyk'

Alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t. Walaupun satu badan sengal sengal hari ini, tapi berbaloi dengan kejuaraan yang dibawa pulang bersama.

TAHNIAH IUFC!!! Semalam (sabtu) saya main futsal dengan IUFC. Ada pertandingan futsal persahabatan SRM bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh. Ala yang dekat tasik tu, naik atas bukit sebelah kanan.

Alhamdulillah dengan izinNYA kita kita berjaya mengalahkan semua pasukan lain. Bermula perlawanan pertama, kita tumpas. Namun selepas kekalahan pertama, kita bangun semula dan terus menang tanpa kalah sampai ke peringkat Akhir. Alhamdulillah.

Rakan rakan IUFC semua, ini sepatutnya contoh yang ingin kita bawa. Biar apa saja, biar dimana mana saja, sebagai muslim kita adalah terbaik. Muslim harus menjadi yang terbaik dalam semua perkara. Apa yang selalu diertikan berdakwah di atas padang, inilah dia.

Di gelanggang kita bermain sedaya upaya, kita tidak cuba menimbulkan kekacauan dalam perlawanan, walaupun ada pihak lawan kurang berpuas hati, dan beberapa kejadian yang sedikit tidak patut berlaku dari pihak lawan terhadap kita atau sebaliknya, kita perlu tetap tersenyum bermain sepenuh tenaga.

Apa natijah kemenangan ini? Kita perlu bersabar dengan pujian. Jika kita leka hanyut dibuai pujian, rosaklah kita kerna sesungguhnya segala puji itu milik Allah s.w.t Kita pulangkan rasa syukur itu padaNYA.

Ingat rakan rakan semua, dimana mana saja, imej kita IUFC sebagai pasukan bola MUSLIM harus menjadi wajah kita. Ini istimewa kita. Kita bermain bola, ya pasukan lain pun sama bermain bola. Tetapi kita bermain untuk apa? Lillah hi taala. Ini istimewa kita!

~kita pegang jalan ini, dan kita habis habisan kernaNYA~


p/s: Tak dapat ke kenduri Edry ngan Kamz. Sori ye kwn2 yg call ajak smlm. Tapi sempat ke kenduri Abg Rafiq di dewan bistari Ayer Keroh mlm smlm. ;)

Friday, December 19, 2008

err.. pokok tu lagi baik dari saya ke??

Salamun Aleyk'

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Jumaat kali ini kita masih berdiri teguh dan insyaAllah muga muga keteguhan itu menjadikan kita terus berjalan di muka bumi dengan penuh rasa syukur dan ketaatan padaNYA.

Ada sedikit yang ingin dikongsi bersama dari apa yang saya dapat dari kuliah di Masjid semalam. Untuk pengetahuan, di Masjid MMU bermula isnin hingga jumaat ada kuliah dari ustaz ustaz yang berbeza. Kuliah antara Maghrib dan Isya'. Tapi kuliah semalam selepas Isya'.

Begini ceritanya, ringkas sahaja. Pernah tidak kita melihat sepohon pokok yang besar merendang. Ataupun contoh dekat bagi pelajar MMU, pokok pokok di sekitar campus. Sekali pandang ia sekadar pokok. Ia, cuma sepohon pokok. Apa yang anehnya bukan? Pokok lah.. apa yang menariknya?

Heh, cuba fikir lebih dari kebiasaan. Pokok pokok di kawasan tempat meletak kereta, ia meneduhi kereta kita. Meneduhi kita juga yang kadang kadang tumpang berteduh dari panas di bawahnya. Ada juga menjadi tempat burung burung berehat, menumpang teduh, malah kadang, sarang pun dibina didahannya.

Sepohon pokok yang tidak mampu bergerak, tidak ada mata, tidak ada tangan, tidak ada telinga, tidak ada akal, tidak ada kaki dan berbagai lagi dibandingkan dengan kita manusia yang sempurna ciptaan Allah s.w.t, tetapi, POKOK POKOK ini memberi manfaat pada yang berada sekitarnya.



Manusia tumpang teduh, burung burung berehat dan bina rumah, semut semut tumpang buat rumah dan juga cari makan. Sejuk mata memandang melihat kehijauan pohon pohon yang merendang itu.

Namun, apakah kita manusia lebih bermanfaat dari pokok ini? Apa kita memberi manfaat pada manusia lain, pada tumbuhan, pada haiwan, malah pada jalan AGAMA? Jika sepohon pokok mampu memberi manfaat pada manusia, ini kan kita..

Malu lah kita pada sepohon pokok jika pokok itu lebih bermanfaat berbanding kita. Saudara, hidup kita biar bermanfaat pada semua. Jangan sia-sia kan apa yang kita ada. Jadilah antara mereka yang bermanfaat pada hidup ini. ;)

Allahhu'alam...

Wednesday, December 17, 2008

perjalanan ku bhgn. 1 ...

Salamun Aleyk'

Tahun 2002

Bermulalah hidup saya sebagai seorang pelajar Universiti. Budak kampung yang tak pernah ke bandar besar. Ke Kuala Lumpur pun tak pernah. 2 surat tawaran sampai di rumah. Surat pertama dari Multimedia University, jurusan Diploma Teknologi Maklumat kampus Melaka dan surat ke 2 dari Uitm Shah Alam jurusan Diploma Perhotelan dan Pelancongan.

Dah takdir yang maha Esa, akhirnya dengan sebab musabab setelah beberapa siri perbincangan, akhirnya keputusan memihak kepada MMU. Bermulalah pengembaraan hidup seorang mahasiswa. Bulan May 2002 saya dikenali dengan identiti baru iaitu 1021172170.

Lebih kurang sebulan sebelum (ingat2 lupa) mendaftar diri sebagai warga belia yang lebih dikenali sebagai Mahasiswa, pelajar UPM datang ke tempat saya untuk program keluarga angkat. Ada 4 orang pelajar lelaki UPM tinggal di rumah saya. Jadi ada juga nasihat yang mereka sampaikan.

Terutamanya bila saya beritahu yang saya akan mendaftar sebagai pelajar MMU perkara pertama yang mereka nasihatkan ialah.... English kena bagus!! Sana semua dalam english. Saya dah kecut perut!! Aduh.. english ke? Kepada yang tak tahu, itu adalah antara subjek yang saya kurang suka semasa di sekolah. Subjek itu juga lah antara dalam senarai corot saya bila dapat markah.

Jadinya mereka nasihat beli la kamus. Saya pun sedikit sebanyak mula gelabah! GELABAH lah... english tu.. tambahan saya budak kampung, memang kalau english ni ,yang saya betul betul tahu ialah ;

Yes, Okay, No, No problem, one, two, three, you, I, How are you? I Love you, alahai.. semua yang mudah mudah saya tahu la..

Bayangkanlah bagaimana saya nak tempuhi susana Orientasi di MMU yang semua sedia maklum dalam english, dan pelajar Antarabangsa pun ada yang jadi OC. (Orientation Committee). Nanti saya cerita lain kali kisah minggu orientasi. Jadi untuk atasi masalah english ni, mak saya beli kamus Oxford yang tebal tu. Ha amik kau.. kalo tak pandai english gak tak tahu laa.. Ada kisah menarik tentang kamus ni, tapi lain kali jugalah kisah kamus tu.

Bila berjumpa saudara mara ada yang belajar di UiTM, saya pun beritahu akan belajar di MMU. Respon yang saya terima, MMU mahal sebab dia swasta. Respon lain pula MMU tu Mahathir Mohamad University. Haishh... macam macam teori bole buat dengan singkatan nama MMU ni. Belum lagi nama MMU yang pelajar MMU sendiri beri maksud. Tak perlu la cerita sekarang yer, lain kali.

Maka ramai lah pakcik pakcik, makcik makcik yang beri ucapan tahniah, beri semangat, beri duit pun ade.. hehe.. tu yang nak tu.. :D Sebagai anak kampung yang tak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga, Apatah lagi di tempat yang agak jauh di Negeri Hang Tuah. Nun sudah hampir ke hujung selatan tanah air.

Pedoman, panduan, nasihat, pegangan dan apa sahaja yang baik, saya ambil sematkan dalam hati buat bekalan merantau ke tempat orang. Kalau nak tahu, siap buat kenduri doa selamat kecil kecilan saja untuk ahli keluarga terdekat. Itulah, mungkin kerana dalam keluarga besar kami, belum pernah ada yang belajar sampai ke peringkat Universiti, jadinya ia merupakan satu kesyukuran buat seluruh keluarga. Tapi alhamdulillah hari ini sudah ada yang mula ikut jejak langkah saya. Sepupu saya juga telah mendaftar diri di UNiSEL Shah Alam tahun lepas.

Ayuh cucu cucu opah yang masih ramai, teruskan tradisi baru yang telah dicipta bermula tahun 2002 itu. Itu lah dia. Peranan saya sedikit memberi kesan kepada keluarga. Bila pulang bercuti, berjalan jalan ke rumah mak ndak saya, "haa, along, belajar rajin2 nanti boleh masuk U macam abang aizam". Huh, alamak aii... ke rumah mak utih lak " amirah, kalo ada masalah apa2 tanya la abg aizam kamu ni". Aduhai.. amirah ni tadi yang belajar di UNiSEL. Terlupa pula, along anak mak ndak tu kini di Politeknik di Kuala Kubu Baru. Belajar rajin rajin yer. Nanti sambung masuk U pula.

Jadinya, setelah semua persiapan selesai, barang barang keperluan dibeli dan sebagainya. Jadi, malam itu bertolak lah kami satu van. Haa amik kau... satu van tu. Biasalah, cucu pertama ke menara gading. Macam riak pula. Tidak, bukan begitu. Saya nak gambarkan betapa rasa syukur dan gembira keluarga mengiringi pemergian seorang yang berjaya ke suatu tahap lagi dalam dunia pendidikan.

Baiklah, setakat ini saja untuk kali ini. Akan disambung dalam siri siri yang seterusnya. Nantikan yer, bahagian 2 - Pendaftaran di MMU...
Justify Full

Tuesday, December 16, 2008

Nak makan dengan siapa?

"Assalamualaikum" naz memberi salam. "Ewah.. free nampak?" soal naz.

"Eh.. waalaikumussalam, takder ahh.. saje je rehat kejap" jawab aben ringkas. "Lagipun kelas baru je abis, pukul 2 baru ade kelas semula" balas aben lagi. "

"Dah makan belum? Lapar nih" tanya naz.

"Laa... baru je lepas makan" jawab aben.

"Makan ngan sape?" tanya naz ingin tahu.

"Dengan safi tadi, dia pun baru abis kelas, terus makan sekali" jawab aben.

"Owhh.. dengan buah hati rupenyer, patutla tak tunggu kawan, huh" balas naz sedikit kecewa.

"Ehh.. bukan macam tu, ala kau ni pun satu naz, bukan nyer aku selalu keluar makan ngan dia. Sekali sekala bagi la can aku makan ngan dia" balas aben cuba menjelaskan pada naz.

"Ye lah... memang bukan selalu pun, seminggu 4 hari je kau keluar makan ngan dia. Kawan kawan ni selalu boleh jumpa kat rumah kan? Jadi tak perlu la risau, betul tak? naz cuba menduga aben.

"Adoii.. sporting la skit naz. Takpe, esok malam aku belanjer semua satu rumah ok?" aben cuba memujuk naz.

"Heh.. tak payah la sampai macam tu" balas naz sambil ketawa kecil. "Oke lah, nak gerak dulu ade kelas jap lagi. Nak pergi makan jap SORANG SORANG" jelas naz sinis pada aben.

"Oke oke, selamat. Jangan sedih sedih oke. Esok aku temankan kau makan" jawab aben memujuk naz.

"Oke. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" jawab naz menamatkan perbualan mereka di CLC Concourse.

p/s: saje teringin belajar nak menulis cerita pendek, tapi takde idea yang best best :)

Disclaimer: Cerita ini rekaan semata mata. Tiada kena mengena dengan kisah siapa siapa atau pengalaman penulis sendiri. Jika ada ia cuma kebetulan. Lokasi cerita menggunakan lokasi yang benar wujud.

Monday, December 15, 2008

jangan majuk yer.. saya jaga awk baik2 oke ;)

Huh! Ape khabar? sehat harini? haa.. kalau yang sehat tu, baguslah.. jaga kesihatan tu, jangan biar merajuk! Nanti kalo kesihatan tu merajuk dia lari jauh jauh kan susah..

Nape susah lak?? ye la.. kalau kesihatan merajuk, dia lari jauh jauh dari kita, dia dah takmo jaga kita, nanti senang la sakit datang masuk pulak.

Kalau sakit datang nape?? laa isk, nanti kalau sakit dah datang, bukan ke susah.. nak buat kerja tak boleh, nak baca buku tak boleh, macam macam lah.. kalo sakit dah datang memang susah kita dibuatnya nanti..

Abis tu macam mana nak buat?? Haa.. senang jer... kita kena la jaga kesihatan tu.. layan dia baik baik, manjerkan dia, bagi dia makan sedap sedap, bawak dia pergi jalan jalan.. mesti dia suka. Bila dia dah suka kat kita nanti, dia tak lari laa.. pastu mesti dia akan jaga kita!

Bila kesihatan dah jaga kita, macam mana sakit nak datang. Mesti tak boleh!! Nanti kesihatan tu belasah sakit, kan "sakit" nanti. Haa.. paham??

Ooo ekk.. oke oke, paham paham!!! Macam nak jage makwe pulak.. hihi..

Ehh.. jaga kesihatan lagi penting dari makwe tau!!!! Ingat tu!!!

Oooo.. oke oke.. ingat ingat!!!! :D

p/s: sebenarnnye saya yang tak sehat nih.. sebab tak jaga kesihatan, sian dia dah majuk ngan saya.. okelah, tgh usaha pujuk dia, nanti kalo dia dah datang mesti sakit takut dan terus lari.. ;)

Sunday, December 14, 2008

lama gak tak update...

Salamun Aleyk'

Ada juga yang tertanya tanya sebab saya tak update blog ni beberapa hari dah. Maklumlah, sebelum ni kan selalu je update sampai orang cakap "takde kerja ke kt TM tu?? asyik update blog aja"

Last update pun selasa lepas.. Haa, sebenarnya, laptop saya masuk hospital, sakit kejap.. bukan ape pun, hantar kedai kawan je (pami) buat service. Yelah, manusia pun kadang kadang sakit walaupun ada masa rehat dan sebagainya, inikan pula mesin yang kita guna tanpa belas kasihan. selagi bole "on" lantak kau lah.. huh!

Asalnya nk service je tadi, skali ade masalah lain pula yang pekerja kat kedai pami tu tak bole selesaikan, jadi kena tunggu pami balik melaka sebab dia masa tu bercuti di kampung, Sg. Petani, Kedah.

Kemudian hari hari jumaat malam ada program sikit, sambut KRIM N.9. Mereka semua ada jaulah ke Johor, singgah bermalam satu malam di Melaka. Jadinya kenalah sambut tetamu datang.

Terus esoknya Sabtu ada program di Perdana Leadership Foundation di Putrajaya. Jam 5.30 pagi dah bagun bersiap siap naik bad MMU dari campus melaka ke Putrajaya. Ada program "Discourse Series, LEADERSHIP & INTERCULTURAL RELATIONSHIP & UNDERSTANDING"

Mula sesi dengan "talk by Tun Dr. Mahathir, honorary President of the foundation". Kemudian, ada sesi "group discussion", seterusnya sesi pembentangan setiap group. Setiap kumpulan kena bentang idea, cara atau apa saja yang boleh tingkatkan "INTERCULTURAL RELATIONSHIP di MMU sendiri memandangkan di MMU ada lebih kurang 80 jenis warganegara belajar dalam satu campus yang sama.

Jadi tugas saya, diminta jadi fasilitator bersama sama dengan beberapa orang lecturer dan staff MMU yang lain. Akhir sekali selepas sesi pembentangan, "talk" terakhir dari Canselor MMU sendiri, isteri kepada Tun Dr. Mahathir iaitu, Tun Dr. Siti Hasmah. Ringkasnya, program berjaya dilaksanakan dan berjaya mencapai objektif penganjuran.

Habis lebih kurang jam 6.00 petang, pulang semula ke Melaka. Tapi saya turun di Alor Gajah, sebab terus ke Gunung Dato, N.9 ada program "Kem Remaja Muslim" KRIM MELAKA. Sampai lebih kurang jam 9.00 malam. Masa tu tengah ada persembahan drama singkat setiap kumpulan. Saya terus kena jadi hakim. Huh!

Tamat persembahan, kena "sentri" dari jam 12.00- 1.00 pagi, kemudian tidur, bagun semula jam 5.00 pagi ada qiamullail, subuh, sarapan dan peserta semua bergerak panjat gunung lebih kurang jam 7.15 pagi.

Saya tak naik sebab jam 9.00 pagi saya kena ke Seremban ada "workshop", sampai jam 1.00 petang. Sekarang ni tengah tunggu "co-partner" yang sekali kena attend "wrokshop" tu.

Oke lah, setakat ni je dulu. Smabung semula oke lepas saya balik semula ke Melaka nanti.

Salam~



Tuesday, December 09, 2008

apa yang hilang?

Salam~

Mencari bahagian diri yang hilang. Kehilangan kadang menyedarkan kita, kehilangan kadang menginsafi kesombongan diri, kehilangan kadang membaiki kekurangan diri.

Sebenarnya apa yang hilang? Ada ketika rasa seperti kosong, seperti sedang mencari sesuatu, tetapi kita tidak pasti, apa yang hilang. Dimana dapat dicari semula kehilangan itu? Bagaimana pula mencarinya?

Mencari kasih makhluk, ia akan pergi. Mencari kasih Allah, ia kekal abadi. Ini lah kehilangan yang dicari. Kita hilang dalam arus deras kehidupan harini, yang sedikit demi sedikit menghanyutkan kita.

Kembali lah kita kepada praktis syumul Ad-deen. Kadang kita terlupa, bahagian diri yang hilang itu untuk menjadikan kita sedar akan kehilangannya. Namun setelah kehilangan itu dipulangkan semula, jangan terleka lagi. Jangan biar ia hilang lagi.

Jaga, hargai, syukur dan sujudlah kita pada NYA.

~kehilangan dunia yang sementara untuk abadi yang kekal selamanya di SANA~

Disclaimer: Untuk yang sedang mencari bahagian diri yang hilang.

Monday, December 08, 2008

Salam Eidul Adha~

Salamun Aleyk'

Alhamdulillah, muga semua pembaca blog ini dalam keadaan sihat dan iman yang mantap! Amin!! Ketika menulis 'entry' ini lebih kurang jam 8.00 pagi sambil menanti rakan rakan lain bersiap siap untuk ke masjid solat sunat eid adha.

Salam Eidul Adha pada semua, hari yang dimuliakan Allah s.w.t. Marilah kita sama sama hayati kembali sorotan sirah Nabi Ibrahim a.s tika mana disuruh Allah menunaikan tanggungjawab agama. Betapa besar dan agungnya ketaatan Nabi Ibrahim a.s pada Allah s.w.t.

Apa pula pengorbanan kita? sejauh mana telah kita habiskan masa, tenaga, wang ringgit pada jalan agama? Bukan tujuan perbandingan untuk bersifat riak atau takkabur atau apa saja, namun perlu disedari, hari ini, kita perlu, sekurang kurangnya menyumbang sedikit pada jalan Allah.

InsyaAllah, mudah mudahan, dengan iltizam yang tinggi serta niat yang ikhlas kerana Allah, dipermudahkan segala urusan kita ke jalan Allah s.w.t.

Baiklah, kami ni beraya di perantauan, jauh dari keluarga... :D jadi sape2 yg ade makanan lebih tu, igt2 la kami di bumi Hang Tuah yer... ;)

~Takabarallah huminna waminkum~

Saturday, December 06, 2008

FUTSALLLL...

letihhhh, sakit, sengal lenguh ape ape je lagi yang sewaktunya dengannya... abis satu badan ni haa... isk isk isk.... tu la dia... student MMU yang tak balik cuti memang jadi macam ni...

haa tau kenape abis lenguh lenguh, sengal sengal semua sendi badan nih?? semalam kami main futsal, dari kol 11.30 malam sampai lah kol 2.00 pagi... huh... kami team MMU ada dua team..

MMU A : Amirroso, maun, ucop, paan dan leman.

MMU B : Mong, saya, ikhwan, aswad dan duang.

ASWAD Friends: si A,B,C,D,E,F dan G.

haha.. sori la team kawan2 aswad, tak ingat nama, tapi mereka semua 7 orang la.. kawan2 aswad ni ialah kawan2 dia masa sekolah dulu, sekarang sume tengah cuti, IPTA kan sedang cuti, ade yang dari UPM, UM, UNiMAP dan macam macam U lagi lah..

peraturan main, macam biasa la ade outside semua, tapi giliran main mudah jek.. lawan je mane mane team tak kisah, gol 2 biji, team kalah keluar, team menang masuk, gol lagi 2 biji, yang kalah keluar yang yang menang main lagi..

kesimpulannya, semua team merasa pegang takhta main lama sebab asyik menang je.. tapi team kami MMU B paling lama main kot, sebab menang tak kalah kalah.. :)

kalo dah main bola ni namanya, kompem mesti ade bengkak2, leman bengkak kaki kena ngan team ASWAD friends, saya lak dah mula rasa sakit siku kanan ni sebab kena rembat semalam.. mong lak.. ya ampunnnn mongg... ko suruh sy tangkap, sy dah gelabah depan gol, pastu saya rembat la sekuat hati.. sekali dengan kuatnya "duppppp!!!!!!" bola tu kena dada ko.. trus mong kuar sebab sakit.. huh... sori mong..

tapi apa pun semuanya baik baik saja, yang bagusnya kita jalinkan ukhwah dengan rakan rakan aswad dari IPT lain... insyaAllah ada kesempatan kita main lagi..

tu lah aktiviti kami student MMU yang tak balik cuti raya haji, hari ini (sabtu), esok (ahad) dan lusa (isnin) nak kena fikirkan sesuatu yang baik untuk isi masa ni... kalau tak nanti bazir masa macam tu jer..

~berkenal kenalan lah kamu wahai pemuda, agar ukhwah yang terbina mendasari perjuangan kita~

Thursday, December 04, 2008

rupanya bukan kita yang punya~

salam..

Saudara, apakah pernah kita merasa hati ini meronta ,merintih menangisi dosa lalu?? Apakah kita pernah tersedar kita tidak punya apa apa ketika ini??

Subhanallah... semua yang kita miliki hari ini, pinjaman dari Allah s.w.t.. rupanya... mata, telinga, hidung, nafas, kesihatan, rumah, kereta, ibu, ayah, kawan... apa saja... satu pun bukan kita yang punyai..

Tapi pernahkah kita berlaku adil padaNYA?? Tugasan yang disuruh pensyarah, apa pernah kita melanggarinya? Pasti tidak kerana kita tahu ia untuk kecemerlangan akademik kita di dunia..

Bila mana peperiksaan akhir tahun menjelma, kita pasti akan bersungguh sungguh belajar kerana kejayaan yang bakal jelma itu nyata dan zahir...

Arahan pengarah program kita turuti.. demi menzahirkan kataatan kita padanya..

Tetapi... apakah kita adil padaNYA??

satu persatu diceritakan dalam al-Quran, apa yang DIA suruh.. apa yang DIA minta kita lakukan..

Tapi apa kita turuti segala arahan NYA berbanding arahan pengarah program? timbang tara dengan adil.. kita akan sedar.. rupanya kita tidak ADIL padaNYA..

Sedangkan ketika ini, semua DIA pinjamkan pada kita, bukan pengarah program, bukan pensyarah.. bukan siapa siapa...

Mari kita sama sama kembali nilai diri kita... neracaNYA yang paling sempurna... CINTAI lah DIA..

Disclaimer: 'Enrty' ini bukan tujuan menunjuk nunjuk, merendah rendahkan sesiapa, penulis juga manusia biasa yang masih punya banyak kekurangan. Tulisan ini sekadar untuk dijadikan ingatan pada diri saya sendiri dan juga yang ingin berkongsi. Allahu a'lam

Wednesday, December 03, 2008

Hujung minggu yang lepas...

Salam~


seperti yang saya telah janjikan, ini antara aktiviti2 minggu lepas..

bermula jumaat malam...


Shah tengah testing akad nikah..

sign.. penting tu.. sebagai bukti pernikahan yang sah..

Shah sedang baca lafaz berjanji menjaga si isteri dengan baik.. Amin!

"iskkk.. nape susah sgt nk buka rantai nih??" hehe.. saje je wat ayat tu, shah x cakap pun..


Ha inilah dia si pengantin, tenang menanti Kadi sampai, bercahaya kepala shah tu, mcm ultraman nk bertukar lak.. ;)





~shah sekeluarga~
------------------------------------------------------------------------

Sabtu sebelah siangnya...

Kenduri kahwen di rumah pengantin perempuan.. tapi sayangnya tak ada gambar, abg fik tak amik hari tu.. yang ada pun dalam phone saya, tp x bole transfer sbb ada masalah teknikal skit.. tapi apapun tema di rumah perempuan adalah light purple... jadinya saya pun purple gak la haritu..

Sabtu sebelah malamnya...

Ada program PEMBINA Melaka sampai esok paginya... ramai gak rakan rakan se Kampus yang join program PEMBINA kali ini... afwan!! nanti ada, join lagi yer... ;)

------------------------------------------------------------------

Ahad paginya...

Sambungan program PEMBINA semalam, kalau semalam tu aktiviti ruhiah.. kali ni utk fizikal pula.. FUTSALLLL... wahh ramai lah yg tunjuk bakat.. haha.. tapi futsal kali ni saya kecoh skit, demi menganggu kosentrasi GOAL keaper yg dikhabarkan HEBAT, sape lagi tak lain tak bukan...

HAMDANNNN.. hehe.. kita berjaya azril... ;) " hamdan, madam Jaya panggil".. hehe..

Ahad tengah harinya...


di rumah pengatin lelaki pula.. tema.. hijau.. sbb tu la samping saya hijau, tu pun pengatin lelaki pinjamkan.. :) yg kecik2 tu anak buah shah sume.. ramai lg , tp 3 org je jd flower girls..

nape shah tu?? panas ke shah?? aku dah kipas habsi laju nih.. aku pun panas gak nih.. hehe.. :D


senyum shah senyum... aku kipas ko laju2 bagi sejuk skit oke.. :)


ni la geng2 MMU Melaka... kalo muka2 ni dtg majlis.. huhu.. tgu lah, majlis tu jd mcm drg punya.. abg fik dh lepas seksa.. :D saya nanti nk sediakan pengawal khas utk tetamu dr MMU supaya majlis berjalan lancar :D hehe..


Ahad petangnya...

Jadi bila ada kenduri kawan nih, ramai lah rakan rakan lama berkumpul, tu la masanya nk jumpa semula pun, ade yg dh kerja, ade yg smbg belajar master, ade yg skang di MOF putrajaya, ade yg skang PTD JKR, mcm2 lah..

Jadinya petang tu ade la 2-3 org sbg planner, plan wat surprise birthday celebration yg sederhana jer.. birthday azurin dan nizam syamil... Sori yer nizam, manusia tu kadang lupa.. heh.. drg x niat tu.. apa pun semoga panjang umur murah rezeki.. ni sebahagian gmbr2 yg smpt di ambil..

kek besday zurin yg ke 24 tahun, suda meningkat umur, bila mau lansung pernikahan?? dgn siapa?? tu kek tu ade tulis dato M?? hmm.. musykil..

sambil menanti rakan2 lain tiba...

masing2 sedang enak menikmati makanan...

ni lah Hamdan a.k.a goal keaper hebat!! dan juga din yg nmpk lebih ceria dr sebelum, InsyaAllah kami doakan ayah din kembali seperti sediakala Amin!! utk rujukan cari entry "doa kami buat din sekeluarga" bln 10. Ayah din dah kembali sedar, alhamdulillah~

hebat photographer nih... slalu jugak org hired dia sbg jurugambar wedding.. nak tau siapa?? memperkenalkan...

[Abg Fik]... senior MMU kami yg juga lecturer skang di FIST... ini la dia orangnya, dah kawen dah, jgn nak masuk line, line dah x clear.. :D credit to him for all da pictures, semua gmbr2 kt atas ni abg fik amik free tanpa bayaran oke ;) Thank you..

p/s: first time jadi pengapit, memang belajar something.. cthnya tiba2 sblom akad nikah tok kadi tnya soklan pop quiz "rukun nikah ade bape?" , "rukun ke 4 ape dia?" , " skang waktu solat ape?" , kalo tak ready, gagap jugak nak jawab tu.. dah la ramai org memandang.. tapi alhamdulillah, shah skali lafaz jer SAH!!! :) mlm akad tu di rumah pengatin perempuan... Kawen oh kawen.. ramai sudah rakan rakan ku berumahtangga ;)

Tuesday, December 02, 2008

malang tak berbau~

Salam~

seperti tajuknya, pak utih saya terlibat dalam satu kemalangan jalanraya, Alhamdulillah pak utih saya dalam keadaan baik, cumanya perlu berehat mungkin 5-6 minggu sebab tulang peha dia baru diletakkan semula pada tempatnya, sebabnya tulang tu lari dari tempat asal, macam mana saya nak jelaskan pun tak tahu lah.. tapi macam tu la yang mak saya dan pakcik saya yang lain beritahu..

Mak utih saya ahamdulillah sebagai pesakit luar.. dan dibenar keluar hospital.. tapi.....

Pihak satu lagi yang bertembung dengan pak utih saya, suaminya meninggal dunia selepas dibawa ke klinik.. Innalillah wainna ila hirojiun.. muga Allah tempatkannya di kalangan mereka mereka yang Allah rahmati dan kasihi.. AMIN!! Isteri nya masih di ICU.. Ya Allah, kau peliharalah isterinya itu.. selamtkanlah dia ya Allah..

Kerana mereka masih punya anak kecil.. anak mereka alhamdulillah tidak seteruk mana, tapi ayah kepada si suami atau isteri saya tak pasti sangat, tapi patah kaki la..

Rakan rakan semua, malang tak berbau, memang ajal maut di tangan Allah, tapi kerja kita kena pastikan keselamatan diri terjaga. Tak beerti ajal maut dah ditentukan jadi kiteaberserah je... salah tu.. itu urusan Allah s.w.t. Kita pula kena usaha sehabis baik jaga diri oke.

~berhati hati pada semua~

Sunday, November 30, 2008

hujung minggu yang padat,penat tapi menarik~

Salamun aleyk'

Wah.. hujung minggu ini memang sangat padat, dan juga gembira sebenarnya.. tapi buat masa sekarang ini saya tak mahu la nak cerita kan ape yang gembira dan menariknya hujung minggu ni, yang itu nanti saya akan "upload" sahaja gambar kemudian, dan nanti korang tengoklah puas puas ape yang menarik tu..

Ada 2,3 program yang menarik sepanjang hujung minggu ini.. Tapi untuk "entry" kali ini ada beberapa isu yang saya nak sentuh yang mana saya kira sudah lama juga saya tidak tampalkan isi isi ilmiah yang bole kita bincang secara akademik di sini.

Sebelum itu, saya nak pohon maaf pada akhi akhi yang join futsal pagi tadi (ahad) jika ada yang saya tersilap sebut atau apa apa perkataan yang tak sedap di dengar, bukan ape, tadi tu memang excited lebih skit sbb nk kaco hamdan, makanya macam macam lah ayat ayat pancing nak lekakan hamdan dan terbukti berjaya.. ( kita berjaya akhi azril )

Berbalik pada topik...

____________________
Isu 1

Hari ini (ahad malam) di dewan utama dalam kampus, ada satu konsert charity anjuran sebuah persatuan, dan kebiasaanya program hiburan akan sentiasa dekat di hati anak anak muda. Alhamdulillah, niat yang sanagt murni untuk tujuan charity. Satu objektif penganjuran yang cukup baik, cumanya, caranya agak kurang tepat dari kacamata saya. Saya tidak mahu menyalahkan siapa penganjur atau pengarah program dan sebagainya, ada mungkinnya mereka tidak tahu, dan tujuan saya cuma untuk beritahu, itu saja.

Dalam islam kita kerna sentiasa ingat, yang mana saya kira seperti semua sedia maklum ada satu konsep iaitu "niat tidak meghalalkan cara." Apa ni??

Mudah saja, contohnya, seorang si A curi duit si B untuk beri makan kepada si C yang susah ataupun kisah robinhood, curi atau rampas duit orang kaya dan diberikan kepada orang susah. Niatnya sangat murni, tapi malangnya cara itu tidak dibenarkan dalam Islam. Mencuri tetap salah dan dosa. Islam ada cara yang baik untuk atasi semua ini.

Kepada rakan rakan diluar sana yang punya niat yang baik untuk dinaikkan, insyaAllah saya sedia membantu agar ia menuju ke jalan destinasi yang betul melalui jalan yang tepat. Saya sokong 100% niat rakan rakan untuk charity, cuma kita harus perbaiki sedikit tatacara urus atau cara pelaksanaan. Itu saja. :)

______________________
Isu 2

Kebelakangan ini saya menyedari iklan iklan di televisyen semakin hari semakin agak terbuka, atau boleh juga saya maksudkan keterlaluan dalam konteks kita masyarakat timur lebih lebih lagi sebuah negara yang meletakkan islam sebagai agama rasmi. Tidak perlu dinyatakan iklan apa, tapi ada. Bukan itu saja malah, di shopping complex yang besar, amat mudah untuk kita dapati poster poster, gambar, atau berbagai lagi yang saya kira menjolok mata. Seharusnya tidak berlaku, namun sebaliknya perkara ini secara terbuka di khalayak awam. Lebih dari itu, saya terserempak dengan wanita muda yang 3/4 bogel tanpa ada segan silu, berjalan ditengah tengah khalayak awam mengerdarkan risalah di salah sebuah shopping complex yang saya pun tak tahu apa isi kandungan risalah itu. Saya boleh buktikan apa yang diperkatakan ini. Saya juga yakin saudara semua pun tahu. Kita bukan mahu menghukum sesiapa atau apa, tetapi perlu ada usaha.

Usaha untuk setidaknnya mengurangkan suasana yang tidak sihat ini. Ya mungkin benar ada pihak akan mengatakan " sekarang dunia dah berubah, kita berada dalam era globalisasi yang kompetetif, persaingan makin kuat dan kita harus lebih agresif dan kreatif jika mahu menerajui industri".

Apalah ada pada globalisasi jika tidak digarisi dengan panduan yang benar. Seperti makan goreng pisang yang telah sejuk dan masuk angin. Kita benar makan goreng pisang, tetapi nilainya tak sama jika makan yang masih panas panas dan tak masuk angin. Kita berbicaara soal nilai. Apa ada pada nilai globalisasi yang tidak digarisi dengan lingkungan adab sopan ketimuran. Sehinggakan mengeksploitasi perempuan untuk dijadikan bahan "pelaris" perniagaan.

Kita semua perlu main peranan. Tak kira siapa, setiap kita perlu jalankan tanggungjawab masing masing semuga kita mampu untuk setidaknya mengurangi kesan persekitaran yang tidak sihat ini.

Disclaimer: Tulisan saya ini bukan bertujuan untuk mennyalahi mana mana pihak atau apa apa. Sekadar lontaran pandangan yang digarap dari pemerhatian penulis sendiri, dengan harapan untuk melihat Malaysia dicintai ini kembali segar.

Saturday, November 29, 2008

:> ;) :D =>

salam...

weekend ni sy ada sesuatu yang menarik nk kongsi.. tapi bukan skang la.. nnt dh selesai sume sy bgtau.. haha.. :> belajar belajar.. nnt bila sampai turn kita pulak nnt senang, dah tau skit sebanyak ape kena buat.. preparation awal..

tapi xpe, lmbt lg turn sy nih.. haha.. oke ek.. nnt sy upload kn gmbr2 ttg ape yg menarik sgt tu.. :D

Thursday, November 27, 2008

hari khamis~

Salamun Aleyk'

hari ni saya tak kerja, jadi bila ke campus tadi.. tak larat nak jwb dh rasanya.. "ni nape x kerja?" , "wat pe kt campus?" heh.. semua orang yg saya jumpa mesti akan tanya..

jawapan dia.. sbb sy cuti arini.. oke ;O

sempat berjumpa dengan teman dari indonesia masa makan tengah hari tadi.. jadi sempat kami berdiskusi bicara tentang beberapa perkara.. sedikit ketidakpuasan hatinya diluahkan.. sabar pak.. tahun depan kamu harus bertanding.. terus insyaAllah jika berjaya kamu bisa atur seperti yg kamu telah rancang :)

REMINDER terakhir.. rakan kita shah fitri akan melangsungkan perkahwinannya ahad ni. . beliau jemput semua rakan rakan hadir.. :) Jemput datang semua..

baiklah, ada beberapa kerja perlu diselesaikan dulu, tak kerja ni bukan saja saja sebenarnya.. ada 2-3 perkara nak uruskan.. oke..

Selamat menghadapi Mid Term XM pada rakan rakan di campus.. :)

Tuesday, November 25, 2008

musik~

menarik... bagaimana musik mampu mengesani hati manusia..? saya salah seorang manusia yang tergolong dalam golongan itu...

musik bole pengaruhi jiwa jiwa... ada orang biasa saja, sekadar dengar lagu, hayati lirik dan irama, tapi saya macam disentuh dengan irama dan kadang kadang liriknya juga..

seperti itu juga saya kira kita harus mengesani suasana... bagai musik yang menyentuh jiwa.. membelai halwa telinga... hanyut dibawa irama... terlena dibuai lirik...

begitulah kita seharusnya mengesani masyarakat... dekati mereka bak irama yang indah didengar... mereka suka...

1,2,3 mari mula... do re mi sama sama mengesani~

Sunday, November 23, 2008

garis mula...

salamun aleyk'

Alhamdulillah segala puji bagi tuhan milik sekalian semesta Allah s.w.t. Macam nak bagi ucapan perasmian pulak.. :D

Oh maaf ya sebab bukan nak buat ucapan, ;) Puji puji bagi Allah kerana dengan izinNYA kami ataupun kita semua telah berjaya laksanan satu dari misi kita. Sekalung TAHNIAH pada Zahidahtul Kamaliah@ida::

Sebagai pengarah projek bole beri A. Wah.. A tu.. Tak lupa juga, semua komiti yang turut sama membantu membanting tulang. Bukan mudah kan, nampak seperti biasa sahaja, tapi bila kita terjun terus ke padang dan buat sendiri, baru kita tahu kan, rupanya tak semudah disangka.

Penat, panas, kerenah masyarakat setempat dan berbagai lagi. Kutip ini semua sebagai pengalaman hidup. Dalam kita bersuka ria, gelak tawa gembira, rupanya ada insan insan yang kurang sempurna.

Pada teman teman diluar sana, jika kita rasa kita sedih, kita susah, kita kecewa, kita tak sempurna, nah, jangan lupa, masih ada yang jauh lebih sengsara dari kita. Rupa rupanya kekurangan kita itu cuma sekelumit kecil berbanding mereka.

Buat rakan rakan satu kapal, jauh lagi jalan kita. Ini cuma 1 peratus dari proses sebenar. Komitmen, berusaha, dan doa mesti terus jadi amalan ok! Jangan kita mudah terpedaya dengan satu kejayaan kecil yang sebenarnya matlamat kita masih jauh lagi. ;)

Ayuh mari kita terus bekerja!

Saya nak berkongsi kata kata Saidina Ali Bin Abi Talib. Semuga menjadi rangsangan untuk kita semua terus bekerja!

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan,
maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.

Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa,
maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.

p/s: gambar2 masih belum ada, tgu jurukamera upload dlu baru bole letak kt blog ;D

saja suka~

1,2,3,4 dan lima
tak ada satu pun yang sama
6,7,8,9,dan sepuluh
bila dah sepadan tapi tak kukuh

ada cerita
yang kita tak tahu
ada berita
yang mungkin tersuruk

jangan dilupa
pada mereka
kita juga
dari sana

p/s: kalo nk baca kena baca mcm menyanyi lagu 1,2,3 doremi M.Nasir.. oke.. :D

Saturday, November 22, 2008

sajak tanpa nama~

salam~

emm saya jumpa sajak ni, tapi tak ada tajuknya... mcm menarik jer.. tp sajak ni seperti ada unsur pengaruh dari sastera indonesia :)

----------------------------------------------

bila rakus sang penguasa, merompak perut perut rakyatnya dengan suka hatinya, tunggulah... masanya akan tiba..

ketamadunan santunan zaman akan lupus tanpa ada yang akan tahu lagi tamadun itu pernah wujud.. dimana hukum tuhan? kenapa tidak pernah kita guna?? hukum itu aturan mainan yang sempurna.. jika kita tidak mahu lagi berpegang teguh pada hukum tuhan.. sampai kiamat pun kita terus binasa..

oh.. buka mata kamu.. oh.. lihat kelilingmu.. apa yang kau rasa? apa kamu lihat dunia kini porak peranda..

ahh.. katakan apa saja.. mereka sebenarnya sudah buta.. buta seluruh pancaindera... ayuh anak anak muda.. biar kita ganti seluruh mereka... hantar mereka jauh ke hujung dunia.. biar kita pula memandu arah..

Thursday, November 20, 2008

Mahasiswa~

Salam semua~

Bicara tentang mahasiswa, ada banyak perkara yang boleh kita perkatakan mengenainya. Mahasiswa itu idealis, bertenaga, perkasa, besar cita cita, berani, berbagai lagi yang boleh diumpamakan sebagai mahasiswa.

Mahasiswa juga agen perubahan, juru bicara masyarakat, mahasiswa bersama rakyat, dan berbagai lagi slogan slogan yang dikait rapat dengan mahasiswa. Seadanya mahasiswa itu, sangat kuat dikaitkan dengan sesuatu yang baik, sesuatu yang membawa kepada sejahtera samada diantara mereka, masyarakat mahupun diperingkat pimpinan negara.

Sejarah jelas telah menunjukkan, bagaimana suatu ketika, gelombang kebangkitan mahasiswa yang menuntut kepada pengorbanan besar hatta nyawa mereka tika mana Presden sukarno digulingkan Mahasiswa. Kekuatan mahasiswa pada ketika itu, tidak mampu dipertikai sesiapa. Laungan "student power" kuat keudara memenuhi ruang udara. Hinggakan setiap hati hati berdarah panas lantas bangun perjuangkan keadilan yang menjadi asas perjuangan.

Penumpuan pada masyarakat pula menyaksikan berbagai bagai bentuk program, aktiviti kemasyarakatan dianjur mahasiswa dalam suatu proses pembinaan jati diri. Sifat sukarela, rendah diri, simpati, dan pengorbanan di didik dengan baik, disemai agar benih benih yang tumbuh kemudian hari mampu untuk menjadi sepohon rimbunan pokok yang mampu memberi buah yang banyak pada sesiapa juga.

Masakan mahasiswa di Malaysia juga terkesan pada slogan "student power" hinggakan peristiwa di Baling, Kedah menjadi saksi kebangkitan mahasiswa ketika itu yang dipimpin pak Anwar sekarang ini Ketua Oposisi. Tika mana "gestapo" digelar mereka, menguasai ITM pada saat itu, menuntut hak mereka diberi pengadilan.

Semua ini masa lalu. Suatu masa dimana mahasiswa ini, bukar sekadar pada gambarannya mereka hebat, malah tindakan, reaksi, dan gerakan mereka benar benar "power".

Namun hari ini, hakikatnya, jelas, kita tidak lagi punyai mahasiswa seperti ini. Jika adapun, mereka seperti tidak upaya karena hukum hukum ciptaan sang penguasa masih ikat segala pancaindera mereka. Mata, telinga, kaki, tangan mullut dan sebagainya rapi diikat hukum dunia.

Adapun, serangan serangan kuat yang menyerang jiwa jiwa muda ini, sebagai contoh,dicandukan dengan budaya hendonisme, sekularisme, dan berbagai bagai jenis serangan budaya yang akhirnya melunturkan jati diri mahasiswa. Sedkiti demi sedikit, mahasiswa makin jauh dari asalan perjuangan mereka. Ya benar tidak semua begitu, tapi berapa ramai yang masih tetap benar berbanding mereka yang sudah jauh terpesona dengan khayalan dunia?

Jadi seharusnya kita perlu untuk belajar sejarah. Kita perlu tahu sejarah. Kenapa hari ini begini jadinya? Apa asalnya? Karena jika kita tidak tahu sejarah, kita tahu mengapa hari ini jadinya begini. Jadinya kita perlu tahu sejarah dan dari sejarah kita harus belajar bagaiamana kita jalan terus. Seperti kata kata WS Rendra, tata buku masa lalu diadun dengan tata buku masa kini, lalu kita punya bahan untuk merencana masa depan.

Ayuh mahasisawa, kita harus sedar dari mimpi. Bangun semula dalam menyatakan kebenaran dan keadilan. Saya kira, hari ini, kita punya ramai mahasiswa mahasiswa intelek tinggi juga kesadaran ini. Jadi, susun rencana dengan rapi, supaya cita cita kita mekar kembali. Teman teman mahasiswa yang deras dibawa arus dunia, sama sama kita tahan jaring dari mereka terus hanyut.

Jadikan kita mahasiswa benar benar mengesani apa saja yang kita dekati. Merobah dari sesuatu yang tidak benar kepada benar, tidak adil kepada adil, tidak baik kepada baik, dan tentu saja itu semua telah lama tertulis dalam sebuah buku yang telah lama Pencipta kita turunkan untuk kita, mushaf.

Akhir sekali, ertinya, mahasiswa harus kembali berpegang teguh pada ajaran Penghulu kita nabi Muhammad s.a.w. Karena tidak ada satu carapun selain cara ini untuk kita kembali kukuh sebagai Mahasiswa yang sebenar.

Tuesday, November 18, 2008

Walimatul Urus~

salamun aleyk'

~Jemputan Kahwen~



[30 Nov]
Shah Fitri vs. Nora Azliana @ Bukit Rambai, Melaka


[3 Jan '09]
Mohd Ezran vs. Faznim [refer this : link] @ Kajang

Pada semua yang mengenali dua orang rakan kita yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka, dijemput hadir. Saya diberi "authority" untuk jemput rakan rakan semua.

Jadi, tak perlu risau kalau tak dapat kad jemputan atau email atau apa apa bentuk jemputan, asalkan anda terbaca Walimah di Blog saya ni, " you are eligible to attend the wedding ceremony", asalkan korang kenall siapa mereka berdua cukup lah... ;)

selamat pengantin baru
muga kekal ke anak cucu

janji diikat setia berpadu
sampai keakhirat cuma kau satu

masjid dibina tuntutan yang Satu
pastikan Islam cerminan keluargamu

ewah... bermadah puisi lak. baiklah.. selamat rakan rakan~

p/s: blankurt, kalo dah ada calon yg baik, teruskan jer ya Akhi.. jgn tangguh tangguh lagi.. wajah mu sudah tak keruan lagi :D

Friday, November 14, 2008

MITC

Salam~

emm saje nk update, dah beberapa hari x update... 2-3 hari ni kerja agak banyak.. sebab ade bebrapa series of event yg akn berlansung, jadi boss minta tlg siapkan beberap perkara..

kena upadet statistik, buka file utk meeting dan ade lagi lah.. malas nk tulis sume kt sini.. nyway just nk tunjuk gmbr sekitar MITC tempat kerja saya dari aras 9..

ini lah dia pusat bowling yg dikhabarkan bakal menjadi yg terbesar di Asia Tenggara betul ke?? masih under construction~

nmpk tak yg bumbung oren tu.. oren ke kuning? mane2 je lah.. tu bangunan kwsp.. cantik kwsp melaka ni~

nmpk tak yg bumbung merah tu? tu la dia subaidah, kedai mamak yg fames gak tp sgt mahal.. huu.. yg bangunan putih tu hotel ancasa MITC, yg warna kelabu tu, MITC exhibition center n bangunan PKNM yg tinggi warna kelabu gak tu~

ni gmbar masa hujan.. nmpk x mcm kubah tu? tu masih under construction.. x tau drg nk wat pe.. ala yg tgh2 roundabout MITC tu~

ni satu lg gmbr masa sdg hujan~

tu je gmbr yg nk kongsi.. mesti ada igt sy xde kerja amik gmbr dr ofis.. hmm. salah tu.. ni tgh nk release tension, tu yg jln2 amik gmbr..

kalo nak tau, jumaat baru ni balik kerja kol 9.30 mlm, ari ahad ni plak kena kerja gak, kol 5 ptg.. haa.. tu la dak praktikal.. masa kurang kerja, rileks la skit, tp kalo dh ade kerja, smp x kira hari dan masa..

huh~ tu baru praktikal, mcm mana org yg dh kerja? mesti lg penat drg kerja kan.. xpe2.. demi sesuap rezeki.. :)

utk student, hargailah masa. huhu.. baru tau sbg student mmg cukup bnyk masa terluang.. even praktikal, dh rasa yg masa terluang tu xde kercuali sabtu ahad.. tu pun kalo x kerja la.. ;)

oke lah.. itu je nk kongsi kali ni~

Tuesday, November 11, 2008

Selamat hari lahir yang ke.. ( sori tak tahu ) hehe.. :D

Salam~

entry kali ni saya buat khas untuk makcik asma:: sebab masa tarikh hari lahir saya hari tu makcik buat satu sajak untuk saya..

jadinya, nak balas budi lah yer.. org berbudi kita berbahasa, tak ke cantik budaya orang melayu ni.. ditambah lagi dgn keindahan Islam.. wah.. bertambah tambah lah hebatnya..

oke.. ni lah sajak yang dicipta khas untuk makcik asma dan semua ibu ibu seluruh dunia~

Dia sungguh tabah

Hatinya cekal tak pernah gundah

Kuatnya dia kalah Tun Teja

Kental jiwanya jangan diduga

Semangat bara membakar perwira


Jangan cuba beradu dengannya

Tak kira siapa tak peduli apa

Usik putera puterinya

Seperti menempah maut usia


Namun cinta dia tak pernah kurang

Tujuh purnama bulan terang

Tujuh musim berganti awan

Cinta dia tetap sama

Sama seperti saat mula bercinta


Bunda

Itu dia bunda kita semua

Kami anak anak

Terus doa bunda sejahtera

Segar ceria setiap masa

Gagah perkasa meniti usia


Balas

Kami anak anak

Tak upaya balas semua

Masa, tenaga, usia,

Sabar, tenang dan susah bunda

Seisi dunia pun tak sama nilainya


Pengorbanan

Bagai langit dan bumi

Beza korban bunda dengan anak anak

Andai dunia berganda tiga

Masih tak sama korban bunda


Kami anak anak

Doa sentiasa untuk bunda

Dalam pelihara yang Maha Esa

Berjanji jadi anak berguna

Pada AGAMA dan BANGSA


Selamat hari lahir untuk makcik, semoga panjang umur, murah rezeki dan senantiasa dalam lindungan Allah s.w.t
~Ameen~


Monday, November 10, 2008

3 hari di atas bukit~

Salam~

Huh.. 3 hari tak update blog, tak sempat sebab hujung minggu yang baru lepas ada di Cameron Highland. Induction camp untuk pimpinan baru SRC MMU Melaka dan Cyberjaya.

Agak keletihan lepas pulang, sedikit penat sebab kena jadi fasilitator. Setakat ni baru dua orang tegur "zam, nape muka ko pucat?" , " tak sihat ke?" haha..

Aduhai.. dan harini isnin saya tak kerja, amik MC ;)

InsyaAllah nanti saya akan update sedikit cerita tentang camp haritu.. jumpa lagi..

Friday, November 07, 2008

UM, Universiti paling bertuah di Malaysia.


Salamun Aleyk'

Tahniah dan ucapan Terus Maju Jaya buat seluruh warga Universiti Malaya. Sebagai mantan salah seorang pimpinan Mahasiswa MMU, saya amat berbangga mendengar berita perlantikan baru Naib Canselor UM.

Nama Professor Datuk Dr. Ghauth Jasmon atau lebih mesra dengan panggilan Prof. dikalangan pelajar MMU cukup tidak asing bagi kami. Bagi kami pelajar MMU, beliau adalah LAGENDA. Nama besar ini telah memberi kesan yang amat signifikan dalam semua kejayaan yang MMU capai.

Kesempatan berkhidmat sebagai SRC atau MPP dibawah era beliau sebagai President atau NC di IPTA, telah memberi saya banyak pengalaman dengan caranya tersendiri. Saya juga percaya, rakan rakan yang lain turut sama bersetuju. Beliau seorang yang amat dedikasi dalam tugas. Masakan lampu di Ofis beliau masih terang pada jam 10.00 malam.

Beliau seorang yang rendah diri dan amat disenangi oleh pelajar. Polisi 'open door' yang menjadi amalan beliau telah membuatkan pelajar merasa amat rapat dengannya. Tidak kira siapa pelajar itu, selagai terdaya dibantu beliau, akan dibantu.

Saya kira, amat jarang sekali untuk berjumpa seseorang yang berada di tingkat satu pentadbiran sesebuah Universiti untuk turun padang bersama sama pelajar. Beliau telah membuktikan, sepanjang perkhidmatannya di MMU bermula pada tahun 1997 sehingga 2007, dari sebuah institut dinaiktaraf sebagai sebuah Universiti, jelas sekali, beliau telah membawa berbagai bagai kejayaan atas kepimpinan beliau yang amat dedikasi dan bersungguh sungguh.

Jika kini President baru United States of America, dengan slogannya 'change we need', kini perubahan telah datang ke UM. Saya percaya dan yakin, dalam tempoh 6-10 tahun, UM pasti akan melihat perubahan sedang berlaku. Dan ia perubahan yang amat baik untuk UM terus maju dan insyaAllah, cita cita untuk menjadikan UM salah sebuah Universiti terbaik Dunia telah sedikit melangkah hampir.

Kami terus doakan buatmu Prof. dan juga selurh warga Universiti Malaya. Sebutir Mutiara kini telah berada puncak Universiti Malaya, yang hanya menanti untuk semua warganya bersama sama beliau menyumbang seluruh tenaga dalam mecapai IMPIAN terbaik DUNIA.

Selamat Maju Jaya buat Universiti Malaya dan juga Prof.

klik disini untuk layari laman web berkaiatan beliau::

dan juga sini

klik disini::

salam~