Wednesday, December 30, 2009

aku terlena.

Subhanallah, maha suci Allah. Dalam keadaan aku terleka kau masih berikan aku nikmat hidup tanpa kau hitung akan nilainya.

Ya Allah, aku selalu terlupa, kematian akan menjemput aku bila-bila masa, namun aku masih lena.

Aku selalu lupa segala yang aku ada kini milik kau sepenuhnya.

Benarlah, dunia ini ibarat satu jari yang dimasukkan ke dalam lautan, dan bila di angkat jari, tiada memberi kesan pada air laut itu.

Dunia ini persinggahan. Jangan masukkan ia ke dalam jiwa, sebaliknya ia hanya ditangan.


Monday, December 21, 2009

misi tawan utara & pantai timur~

Salam...

Minggu ini saya sedikit sibuk dan akan 'outstation' selama seminggu.

Tentatif seminggu ini:

20/12/09

Kedah

21/12/09

Kedah & Penang

22/12/09

Penang

23/12/09

Penang & Kelantan

24/12/09

Kelantan

25/12/09

Kelantan & Cyberjaya.

Pusing utara dan pantai timur. Sebenarnya atas urusan kerja Yayasan. Membina hubungan strategik dengan negeri - negeri, universiti di negeri dan industri-industri yang berpotensi besar.

Untuk semua student, Selamat Berjaya dalam Peperiksaan!!

Bittaufiq Wannajah Fil Imthihan ;)

Tuesday, December 15, 2009

Khabar dari Cyber... :D

Salamun Aleyk..

Lama rasanya tak update blog ni. Kalo ada labah2 mesti dia dah mula design bentuk apa jaring dia nanti.

Sedkit sibuk. Nak buat macam mana, kerja juga tuntutan yang perlu ditunaikan, tetapi ada lagi tuntutan yang lebih besar.

Memang perlu perancangan yang baik untuk kedua-dua tuntutan ini agar tidak saling menidakkan antara satu dan lain.

Minggu ni cuma 2 hari di ofis, minggu depan lansung tak masuk ofis dan minggu seterusnya 2 hari di ofis dan minggu seterusnya lagi 4 hari di ofis dan seterusnya lagi langsung juga tiada di ofis.

Haaa... paham tak?? hahaha.... pandai2 lah nak paham. Ambil exam dah berpuluh kali boleh faham soalan, ini baru satu persamaan linear kudratik jer. Hahaha...

Tiba2 teringat masa baring2 kat masjid kampus melaka dengan kawan2 sambil2 mentelaah buku, nota dan sebagainya.

Bila boring, keluar minum kejap kat infasha ke, cahaya dinnar ke. Minggu exam, tidur pun memang kat masjid je. Dah bawak siap2 kelengkapan.

Mandi sume kat situ jer. Punya la semangat belajar sebab exam dah dekat. Hahaa.. itulah, lainkali belajar awal2, jangan tunggu last minit.

Apapun kerja satu pengalaman baru yang menarik walaupan kadang2 tu memenatkan. Ok lah yer, dah ngantuk nak tidur dulu.

Saja update sebab lama sangat tak uapdate nanti orang malas nak datang pulak :D Bukak je blog ni, asyik sama je. Sorry yer.... Tapi ada orang baca ke blog ni?? Huhu...

Ok ok...

Assalamualaikum... ~

Thursday, November 26, 2009

Raya nak Korban Apa??

Macam bloggers yang lain juga, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban ataupun kita sebut juga sebagai Raya Haji.

Iyerlah, bersempena musim menunaikan haji di Makkah al-Mukarramah. Bila la dapat ke sana yer? Teringin sangan nak pergi nih! Ade siapa-siapa yang nak sponsor saya ke sana? Hehe.. :D

Semua orang tahu, peristiwa disebalik perayaan ini. Kisah pengorbanan dua beranak iaitu nabi Ibrahim a.s yang telah lanjut usia begitu inginkan zuriat dan akhirnya Allah makbulkan doa nabi Ibrahim dikurniakan nabi Ismail menjadi anaknya.

Setelah itu diuji Allah dengan perintah untuk disembelih anaknya. Demi ketaatan nabi Allah Ibrahim dan nabi Ismail, perintah Allah dilaksanakan tanpa rasa sedih, keciwa, curiga atau apa-apa pada perintah itu.

Tapi Allah maha bijaksana, Allah gantikan tempat nabi Ismail dengan seekor kibas. Lihatlah begitu taatnya nabi Ibrahim pada perintah Allah hatta disuruh sembelin anak sendiri, tetapi kerana nabi Ibrahim a.s tidak melihat dunia, apa yang dilihatnya adalah perintah Allah akhirnya Allah kurniakan kedua-duanya sekali dunia dan akhirat pada baginda.

Kita bagaimana? Sejauh mana ketaatan kita pada perintah Allah? Perintah guru atau pensyarah mungkin kita lebih utamakan. Mana tidaknya, assignment mesti hantar tepat jam 5 petang pada sekian tarikh. Maka bersusah payah kita laksanakan.

Arahan "boss" siapkan laporan pada sekian tarikh, bersengkang mata tak tidur malam siapkan laporan.

Tapi bila bilal melaungkan azan, kita masih sibuk dengan urusan dunia yang lain. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan bersukan, sibuk dengan segala macam hal. Padahal azan dilaungkan merupakan ARAHAN! Allah kepada kita!

Allahhuakhbar 2x!!!! Ertinya, Allah maha besar!!!! Tidak ada apa yang leih besar dari Allah. Kenapa kita masih sibuk dengan urusan lain??? Apakan urusan itu lebih besar dari Allah??!!
Fikir-fikirkanlah.

Perintah Allah selalu kita ambil mudah. Kita buat sekadarnya, kita buat sebagai perkara kedua. Mana tidaknya, solat tidak di awal waktu. Membaca buku pelajaran lebih utama dari Al-quran. Bercakap tentang perkara lain lebih utama dari zikir pada Allah.

Entahlah. Bingung dengan suasana ini. Sedangkan tidak ada satu pun di dunia ini kita yang punya. Semua Allah yang punya!!! Katakan apa saja, Allah yang empunya!!!

Tapi kita masih lupa dan leka! Jangan sampai nyawa dihujung halkum baru teringat itu semua. Maka sia-sia sudah tidak bermakna. Mati bila-bila masa. Tidak siapa tahu masanya akan tiba. Sentiasalah bersedia.

Selamat Hari Raya Eid' Adha :)

Allahu a'lam....


Disclaimer: Sekadar pandangan peribadi penulis dan ianya untuk ingatan diri penulis yang maih punya banyak kekurangan agar menjadi panduan untuk memperbaiki diri.

Saturday, November 21, 2009

Aceh...

Erti hidup pada memberi.
Hidup biar berjasa.
Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya.
Jadilah tangan yang memberi.
.
.
.
.
.
.
Antara ungkapan-ungkapan yang selalu digunakan, dalam memaknakan kehidupan. Semuanya hanya satu tujuan iaitu menjadi manusia yang berbakti pada apa saja. Berbakti pada manusia, pada bumi, pada alam, pada haiwan. Apa saja.

Mari bersama-sama kami, menghulur tenaga, masa, harta atau apa yang anda ada membantu mereka yang memerlukan.

Tonton video ini:


Anda boleh layari website Peuehaba Aceh 2010 untuk keterangan lanjut berkenaan bantuan yang pasukan ini masih memerlukan dalam menjayakan misi memberi mereka.

Mari semua yang terbaca artikel ini, bak kata rancangan bersamamu TV3, hulurkan tangan, ringankan beban.

Kepada TEAM PEUEHABA ACEH 2010, All the best!!! Semoga usaha murni ini dirahmati yang Esa. Ameen!

Monday, November 16, 2009

balik Melaka...

Hujung minggu lepas balik ke Bumi Bertuah Warisan Dunia, haha... Melaka. Sampai melaka jumaat malam.

Sampai terus ke Seminar room STAD, adik2 I-Smart ade class tajwid kat situ ngan Ustz Luthfi. Ramai gak. Ada adik2 I-smart yang tak pernah tengok sebelum ni. Bagus2, maksudnya ada sambutan kelas bulanan ni. Keep up da good work guys.

Esoknya jumpa nizamm syamil dan kak ita. STAD ada event weekend tu, jadi tolong la ape yang patut. Tengok student rehearsal kat main hall untuk Muhibbah dinner. Tak dapat datang real dinner pun takpe.

Pastu ke tasik ayer keroh dengan nizam, sebab nizam kena monitor student rehearsal program Pertandingan Bot Naga MMU 2009. Maklumlah, ketua menteri datang, kena la prepare baik2.

Petang makan ayam penyet dengan shah dan kak ita. Mekasih yer sebab belanja kami makan. Ayam penyet kat melaka lebih kurang sama harga macam kat central food court cyberjaya ni la.

Malam sabtu tu pergi melawat rumah aie. Saja duduk borak2. Lama tak jumpa, haha... macam setahun tak jumpa. nak jumpa mong, tapi dia balik pulak. Katanya ada acara sambut menantu pulak. Isk3, orang nak sambut menantum bukan sambut ko, buat ape ko balik? haha...

Esok pagi ahad ada riadah ISMA melaka. Tak dapat join riadah DHL, tapi join melaka. Menarik2, jumpa semua tok syeikh melaka yg power2 sume turun main bola. Traning power2 yer... Takut nanti abis angin bertembung DHL. Shah Alam pun sama la, bagi stamina power2 baru invite Cyberjaya turun friendly :D

Abis riadah pergi amik aie, ucop dan aswad tengok pertandingan bot naga. Ramai la juga orang datang.

Tengah hari balik rumah, kemas2 barang skit lagi, kemudian najmuddin, wan apis dan fain datang tolong angkat barang2 masuk dalam van dan kereta. Terima kasih yer semua!

Kemudian terus gerak ke cyber. Sampai cyber, solat ape semua, dan terus pergi bawak makan kat mak teh.

Ada sesi perkenalan antara I-smart melaka dengan Green group cyber. Semoga jalinan silaturahim ini terus berkekalan yer I-smart dan Green group.

Tu je lah serba sedikit update. Balik melaka, sudah tentu la best. Maklumlah, tempat jatuh lagi dikenang. Hahaha...

Baiklah, sampai sini dulu.

Wassalam~

Thursday, November 12, 2009

weekend di cyberjaya.....

Salam~

Lama tak update yer. Biasalah, dah kerja, masa terhad sikit untuk update semua blog :D Haaa... oke... saja nak share gambar outing photo shooting dengan abg zafril dan azril dan juga din yang sampai sikit lewat.

Tarikh: 31 Oktober 2009
Masa: 4.00 petang
Lokasi: Taman Botani, Putrajaya
Model: NAZ (hahaha)
Photographer: Zafril wal Azril =>



















Amacam?? Model of the year 2009!!!! haha.. Oke lah, malas nak tulis panjang2. Skang ni tengok gambar jer.

Sunday, November 01, 2009

sabtu ahad...

Hujung minggu di Cyberjaya. Tak tahu ape nak buat. Kalau kat Melaka rehat di umah jer, kecuali ade program.

Semalam, keluar ambil gambar di taman botani dengan kawan-kawan lama yang tinggal sekitar sri kembangan, serdang, putrajaya, shah alam, bangi dan KL.

Lepas ambil gambar (saya jadi model :D) pergi makan kat taman warisan. Usai makan, kawan-kawan pergi ambil gambar kat masjid besi pula.

Saya tak ikut sebab nak ke alamanda beli barang sikit. Hari ni ahad, kat rumah je. Hujung minggu.

Kebelakangan yang perlahan. Seperti sesuatu mengimbau yang jauh kembali dekat. Jalan-jalan itu amat kuat terbayang.

Perlahan-lahan harus digagahi. Sedikt demi sedikit. Persiapan menanti akan datang yang belum pasti.

Monday, October 26, 2009

baru mula...

Assalamualaikum~

Akhirnya, cuti pun melabuhkan tirainya, maka ramailah makluk-makhluk yang bergelar pelajar kembali ke universiti.

Ada yang pulang dengan penuh riang, rindu pada kawan-kawan, ada yang berat nak tinggalkan cuti, rindu nak tinggalkan waktu-waktu lapang di rumah, dan macam-macam lagi lah.

Kampus yang sunyi kembali riuh rendah. Penuh dengan manusia yang berbagai-bagai jenis. Ada cerah, ada gelap sikit, ada gelap terus, semua ada.

Tapi buka cuti trimester ini berbeza bagi saya. Secara kebetulan, trimester 2 yang baru bermula hari ini (isnin) dimulakan oleh saya sebagai pekerja. Bukan lagi pelajar

Alhamdulillah, sudah ada kerja. Lama juga rasanya honeymoon seorang diri, haha... sampai dah mula bosan tak tahu nak buat apa.

Masih jauh lagi kisah ini. Moga hati kental terus mendepani hari-hari mendatang. Semoga bimbingan Allah sentiasa bersama. Ameen!

Baiklah, sampai sini dulu. Sambung lagi lain kali. Sedang menyesuaikan dir dengan iklim baru, haha...

Sekian.


Sunday, October 25, 2009

Melaka.

Salam~

InsyaAllah... tinggal jua Melaka bersama kenangannya. Moga hari-hari yang datang terus bahagia dalam redha Nya.

8 tahun 5 bulan hidup di Melaka. Macam-macam kisah suka duka, gembira lara, bahagia derita, semua ada. Macam-macam ada! Haha...

Isnin, 26 Oktober 2009, bakal membuka lembaran baru kisah aku.

Terima kasih semua!


Yang benar,

NURUL AIZAM ZAINI

Thursday, October 22, 2009

terkesan...

Jadilah orang yang beramal, bukan yang suka bercakap dan berdebat...

Monday, October 05, 2009

Siswa bantah e-undi

Isu ini agak menarik bagi saya. Mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsi dari pengalaman saya sebagai bekas pelajar juga mantan MPP.

E-undi, bukan suatu perkara yang asing bagi pelajar MMU. Cara ini telah digunakan lebih 8 tahun yang lalu di MMU.

Ya mungkin benar, dari beberapa aspek, mahasiswa merasa ragu-ragu dengan kaedah ini. Seperti contoh, seorang pelajar boleh undi lebih dari sekali, identiti pelajar mengundi pihak mana boleh dikesan dan lain-lain lagi.

Saya katakan disini, ini adalah perkara biasa. Biasa yang dimaksudkan ialah perasaan ragu-ragu dan tidak yakin pada sistem e-undi.

Kerana belum pernah melalui situasi seumpama ini, jadi asasnya ia satu perkara yang pasti akan berlaku pada mahasiswa-mahasiswa.

Ingin saya nyatakan, jika difikirkan masalah dan keraguan yang bakal timbul melalui kaedah ini, bukan setakan itu sahaja, malah lebih dari itu.

Sebagai sebuah universiti swasta yang telah lama menggunakan cara ini, sistem semakin baik, malah integriti sistem yang digunakan di MMU saya tidak ragui lagi.

Lebih sistematik, tepat dan efektif, seiring dengan era teknologi yang berkembang pesat.

Sistem itu apa yang manusia tentukan padanya. Ia tidak mungkin dicemari dengan sendirinya melainkan manusia yang melakukan sesuatu pada sistem itu.

Pokok pangkalnya disini, manusia yang bagaimana menguruskan sistem ini. Pastikan orang yang membina sistem ini seorang yang jujur dan amanah menjalankan tanggungjawabnya.

Keupayaan sistem bukan persoalan lagi, sebaliknya manusia yang bertanggungjawab menguruskan sistem ini adalah persoalanny.

Saya menyahut baik saranan e-undi digunakan dalam pilihanraya kampus, kerana ia bukan suatu perkara yang baru. Di MMU ia telah lama digunapakai.

Namun, integriti sistem ini terletak pada manusia yang menguruskannya. Mungkin mahasiswa-mahasiswa yang meragui sistem ini, boleh juga berjumpa dengan MPP dari universiti lain yang telah lama gunapakai sistem ini.

Sekadar berkongsi maklumat dan pengalaman. Tidak rugi apa-apa, malah membina hubungan antara universiti.

UM mungkin sedikit istimewa pada saya, kerana NC Universiti Malaya Professor Datuk Dr. Ghauth Jasmon, adalah mantan NC MMU, atau di MMU kita panggil sebagai President Universiti.

Di bawah kepimpinan beliau, sistem e-undi ini telah diperkenalkan di MMU. Sejak dari itu, sistem ini telah pun digunakai lebih dari 8 kali pilihanraya di MMU.

Hasilnya sangat baik, malah integriti sistem ini berada di tahap yang terbaik.

Saya meraskan ada baiknya juga perkara ini dipertimbangkan secara rasional yang tidak bermotifkan apa-apa. Buat kajian yang terperinci dan nyatakan dengan baik pada NC universiti masing-masing akan fakta-fakta yang menyumbang kepada ketidakpercayaan saudara pada sistem ini.


Disclaimer: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Artikel ini juga tidak ditulis atas kepentingan tertentu.

Sunday, September 27, 2009

Raya lagi....

Raya pertama sampai raya ketiga, macam biasa lah, raya di kampung, Beruas Perak. Tunggu orang datang rumah jer. Ada la jugak pergi ziarah rumah saudara-mara. Itu 3 hari pertama raya.

Raya keempat sampai raya keenam, beraya di Penang dan Kedah. Penang tu beraya rumah kawan-kawan. Kedah beraya dirumah saudara sebelah mak. Sempat la juga keluar jalan-jalan di Penang dengan kawan-kawan.

Raya ketujuh pula, hampir seharian dalam kereta. Perjalanan pulang ke Melaka bermula dari Sungai Petani. Jauh tu. Dah hampir ke hujung utara terus ke hampir hujung selatan. Singgah sekejap beraya di Shah Alam dan Cyberjaya.

Dan hari ini, raya ke lapan. =) Bermula lah siri jelajah raya Melaka pula. Maklumlah dah hampir 8 tahun saya di Melaka. Ramai la kenalan-kenalan di sini.

Hari ini dah ade satu jemputan rumah terbuka. Minggu depan insyaAllah dah ada juga 1. Rumah saudara saya kat Bukit Baru pun tak pergi lagi nih. Wah, bagus, boleh susun jadual dah nih. Hehe...

Pada kawan-kawan yang memang orang Melaka, buatlah rumah terbuka yer, dan jangan lupa jemput kami - kami yang bukan orang Melaka nih. (untung tinggal di perantauan, x yah wat open house) =D

Tapi ape pun, saya nak pesan kat diri saya sendiri dulu, dan juga pembaca semua, jangan lupa susun juga jadual kita untuk dapatkan puasa 6 yer. Bukan selalu boleh dapat pahala seperti puasa setahun.

6 hari dalam syawal jer ade bonus nih. Betapa sayangnya Allah pada kita, sampai lepas ramadhan pun diberi kita macam - macam kelebihan.

Oke, Selamat Beraya lagi semua...

Pada rakan-rakan yang ada EXAM!!! huhu.. =D Bittaufiq wannajah fil imthihan...

Semoga berjaya dalam peperiksaan oke.. Amin!!!

Wednesday, September 23, 2009

raya dan televisyen...

Wah... lama gak tak update blog nih. Labah-labah pun dah intai 3-4 kali. Nasib baik dia tak buat sarang.

Maklumlah, balik kampung cuti beraya. Di kampung bukan tak ada signal internet nih, ada, tapi cuma 'edge' level jer, tak dapat 'hsdpa'. Huh, kalo nak tahu ape benda ni kena guna broadband baru tahu :D

Tapi sekarang ni ada kat Queensbay Mall Penang, dapat la online dengan kelajuan 180 kmh... =D

Raya seperti biasa, alhamdulillah, tak ada apa-apa kejadian tak diingini berlaku. Semua berlalu dengan baik.

Tapi saya sedikit kecewa!! :(

Kecewa, duka lara. Huh.. bukan putus cinta yerp.. opsss.. :D

Kecewa dengan sikap dan peranan media hari ini terutama pengusaha syarikat penyiaran televisyen.

Di Melaka, rumah sewa saya, jarang sekali saya tonton rancangan di tv. Kalau ada pun cuma TV3RTM1, RTM2, TV9, dan NTV7.

Tapi bila pulang ke kampung, wah.. ada lebih dari itu. Di kampung lebih hebat nih. Apa yang mengecewakan ialah rancangan yang disediakan.

Lebih 50% rancangan yang disediakan tidak membina jiwa malah boleh merosakkan jiwa-jiwa muda-mudi kita hari ini.

Bayangkanlah satu pagi di hari raya, raya ke berapa tah :D lepas subuh tu baring sekejap :D maklumlah jarang-jarang pulang ke kampung, dan terus terlena, kemudian bila terjaga semula terpandang kat tv, huh...

Ada penari yang sedang menari separuh bogel dan sudah tentu penari tu wanita. Hmmm.. ( saya tidur di ruang tamu, sebab tu terus terpandang tv)

Ada juga filem melayu yang ditayangkan sepanjang minggu raya ini, dan sadisnya pelakon melayu lelaki dan perempuan itu berciuman.

Ya, benar kita tahu kejadian-kejadian seperti ini sangat berleluasa di luar sana. Tapi apakah ini menghalalkan ia untuk dipertontokan di kaca tv, pada anak-anak kecil, remaja, malah pada sesiapa saja pun, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk dipertontonkan.

Di mana adab dan kesopanan kita? Budaya Asia yang terkenal dengan budi bahasanya, kesantunannya, budaya yang amat menjaga tata susila pergaulan kini direnggut tanpa rasa bersalah.

Terutama dalam konteks kita Malaysia yang meletakkan ISLAM sebagai agama RASMI. Sungguh menyedihkan. Apa Islam menghalalkan perkara sebegini?

Sudah tentu tidak. Saya sedar, sebenarnya terletak pada kita sendiri juga dalam memilih sesuatu perkara samada ia baik ataupun tidak untuk kita. Boleh saja untuk kita tidak langgani rancangan - rancangan seperti ini.

Benar, mungkin itu silap dipihak pelanggan sendiri. Tapi cukupkah sekadar itu?

Apa yang saya maksudkan disini ialah peranan mereka yang mempunyai kuasa dalam menguruskan hal ini. Mereka yang ada kuasa menetukan sesuatu perkara untuk kebaikan negara dan rakyat keseluruhannya.

Benar, tidak dinafikan, semakin hari semakin bertambah rancangan-rancangan yang mempunyai unsur moral yang baik ditayangkan.

Masyarakat umumnya sedar akan perkara ini. Namun, amatlah diharapkan, agar usaha-usaha pihak tertentu ini ditingkatkan lagi. Diperkuatkan lagi.

Kita sedar, bukan suatu perkara yang mudah untuk merubah. Tetapi harus ada satu pihak yang memulakan usaha ini. Tidak akan ada langkanh yang ke 1000 jika tidak ada langkah yang pertama.

Media eletronik seharusnya lebih berperanan dalam membentuk pembangunan masyarakat. Media merupakan saluran terbaik dalam membina kekuatan rakyat negaranya. Cara fikir, pengetahuan, kekuatan budaya dan apa saja, semuanya dapat dibina dengan baik sekiranya media berperanan lebih bijak.

Pengaruh media kepada manusia amat besar. Di harapkan media dapat menjadi medium utama membantu negara mencapai kemajuan sebenar negara.

Bukan sahaja kemajuan teknologi, infrastruktur, dan pengetahuan, malah yang lebih penting ialah kemajuan akhlak, sasiah, dan etika rakyatnya.

Barulah kemajuan yang seimbang dapat dicapai. Jika tidak, negaranya maju, namun ditadbir dan diuruskan oleh manusia yang tidak maju akhlaknya, maka kerosakan pasti berlaku.

Ingatlah pada pesan Saidina Umar al-Khattab

"Dulu kita adalah satu bangsa yang hina, kemudian kita dimuliakan dengan Islam, dan jika hari ini kita tinggalkan Islam, maka kita akan kembali HINA"

Semoga nasihat ini memandu kita untuk terus tetap pada jalan yang sebanar.

Allahu a'lam~

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin~

Sepuluh jari disusun, memohon kemaafan dari semua yang mengenali saya dan juga yang membaca blog ini.

Salah dan dan silap, kata-kata, perbuatan dan apa sahaja, mohon diampunkan.

Akhir sekali, selamat menyambut kemenangan Syawal bersama keluarga tercinta dan sahabat handai yang dikasihi dalam suasana yang sentiasa mengingati Allah swt.


TaqabbalAllahu minna wa minkum~

Wednesday, September 09, 2009

Hubungan Malaysia - Indonesia

Assalamualaikum wbt

Nampaknya hubungan dua saudara ini kembali tegang. Beberapa isu kebelakangan ini telah mencetuskan suasana kurang enak diantara dua saudara ini.

Kenapa harus begini? Malaysia dan Indonesia diibaratkan dua saudara kandung. Dari rumpun bangsa yang sama malah Agama Islam merupakan anutan utama kedua-dua negara ini.

Jadi mengapa perbalahan harus berlaku?? Ia, hanya kerana beberapa isu yang sebenarnya boleh ditanggapi dengan baik, jujur beserta semangat persaudaraan yang tinggi, namun sebaliknya emosi dan nafsu mengambil peranan dalam menaggapi isu ini. Lantas inilah hasilnya. Sifat benci-membenci diantara satu-sama lain.

Presiden Persatuan Pelajar Indonesia di Malaysia, saudara Abdullah Abbas, rakan saya satu universiti ada menghubungi saya berkaitan isu ini.

Saya ingin tegaskan, isu ini harus ditanggapi dengan penuh semangat kerukunan yang tinggi. Nilai-nilai murni yang ada tidak kira samada Rukun Negara Malaysia ataupun Pancasila Negara Indonesia, kedua-duanya mengajurkan kepada keikhlasan, kejujuran dan kesatuan.

Sebagai rakyat biasa, kita harus tenang dan bijak menilai suasana. Serahkan pada pucuk pimpinan untuk menyelasaikannya. Justeru pucuk pimpinan kedua-dua negara juga harus segera dan bijak menanggapi isu serta memberi penjelasan sebaiknya pada rakyat masing-masing.

Media pula harus memainkan peranan yang lebih bersifat positif bukan provokatif dalam menjernihkan kembali hubungan yang sedang keruh ini. Sifat profesional yang tinggi serta etika kewartawanan harus dijunjung dalam memastikan profesyen ini terus relevan dan dipercayai rakyat serta membantu membina semula hubungan yang baik antara dua negara.

Akhir sekali, mari kita semua tidak kira samada rakyat Indonesia ataupun Malaysia, kedua-dua negara merupakan negara yang menjadikan Islam sebagai anutan utamanya. Majoriti penduduk kedua-dua negara beragama Islam, malah Islam telah meresap sebati dalam budaya kedua-dua negara.

Ini merupakan titik utama kepada kita semua. Titik persamaan ini sudah cukup kuat agar hubungan saudara ini terus kukuh dan sejahtera. Apa islam mengajar kita bermusuh-musuhan?? Tidak, masakan Rasulullah saw mempersaudarakan kaum ansar dan muhajirin. Ini satu bukti sirah yang jelas menunjukkan Islam mementingkan persaudaraan. Islam menganjurkan kesatuan, kasih sayang dan kemurnian hati.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Ayat ini jelas menyatakan semua muslim itu bersaudara. Tidak kira apa pun bangsa, warna kulit, keturunan dan negara kamu. Malah disuruh pula mendamaikan antara kita saudara seAgama. Ayat ini merupakan PERINTAH Allah swt. Siapa yang mahu ingkar akan perintah ini??

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Sekali lagi dalam ayat ini Allah menyatakan, supaya kita kenal-mengenal. Membina hubungan baik antara kita semua muslim. Letakkan persengketaan jauh dari sisi kita. Kita harus melihat isu ini menerusi neraca Allah swt. Bukan melalui pemikiran manusia semata-mata yang selalu terikutkan emosi serta hawa nasfu yang sememangnya akan ada kecacatan padanya.

Yang tetap benar hanyalah apa yang Allah swt ajarkan pada kita. Wahai saudaraku sekalian, janganlah kita bersengketa sesama kita. Sesungguhnya kita didalam kerugian, musuh jua yang ketawa keriangan melihatkan dua saudara ini bertikam lidah tak sudah-sudah.

Saudara-saudara kita di Palestin, Thailand, China yang kini sedang bertarung nyawa meneruskan kehidupan dan mempertahankan akidah mereka sebagai muslim, kita disini enak aja berantam sesama kita satu akidah yang sama. Rugilah kita begini.

Ayuh, kita maju kehadapan bersama-sama, selalu duduk berdiskusi dengan aman dan jujur atas dasar satu akidah, InsyaAllah, Allah akan lorongkan jalan perdamaian buat kita semua malah tautan ukhuwwah juga akan bersemi padu antara kita.

Ingatlah saudara semua, "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad persuruh allah" kalimah yang sudah cukup kuat untuk kita jadikan ikatan persaudaraan kita terus kukuh dan utuh yang tidak bisa dileraikan oleh siapa pun.


Nurul Aizam Zaini

Semua mukmin bersaudara~

Fastabiqul Khairat.


Disclaimer: Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan juga pendirian penulis kepada pertanyaan rakan-rakan samada dari Malaysia ataupun Indonesia.

Monday, August 31, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Ya, itulah laungan kemerdekaan yang menjadi detik amat bersejarah buat penduduk tanah Melayu.

Patriotisme, cintakan negara, satu sifat amat baik. Sifat ini dahulunya lahir dari desakan dan tekanan oleh penjajah ke atas rakyat yang dijajahnya.

Diatas tekanan dan himpitan inilah, bangkit golongan-golongan yang berjuang bagi membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

Para pemimpin melaungkan slogan-slogan kecintaan negara, slogan-slogan kebebasan dari cengkaman.

Para karyawan juga menyumbang membakar semangat juang rakyatnya melalui tulisan-tulisan, puisi-puisi, sajak-sajak yang membina kekuatan bangkit untuk menentang penjajahan.

Patriotisme satu aliran yang dibina manusia.

Tetapi yang lebih penting adalah dimana kita meletakkan patriotisme ini? Apakah ia mengatasi sesuatu yang lain?

Penting untuk kita faham, dalam konteks ini, semangat cintakan negara harus berada dalam lingkungan syariat.

Islam itu lebih utama. Makanya, patriotisme ini perlu berdiri atas asas yang kukuh malah BENAR iaitulah Islam.

Malangnya, ramai anak-anak bangsa hari ini telah gagal meletakkan semangat ini atas dasar yang jelas dan benar datangnya dari Allah swt.

Justeru, dapatlah kita saksikan sambutan kemerdekaan yang pelbagai cara oleh muda-mudi kita hari ini, walaupun pada tahun ini disambut dalam bulan kecintaan pada Allah, Ramadhan.

Ini harus diperbaiki. Kejelasan dalam bersemangat mencintai tanah air harus didasari dengan Islam. Bukan semata-mata MERDEKA melaungkan semangat MERDEKA!

Jelaslah bahawa cari fikir, tidakan dan penghayatan seperti ini belum MERDEKA! Ini dalam konteks kita Malaysia.

Jadi sama-sama kita bekerja dan berusaha tanpa mengira siapa pun kita, bagi mengembalikan KEMERDEKAAN yang sebenar pada tanah air kita!

MERDEKA dari jahiliyyah hari ini.

Seterusnya, dalam konteks yang lebih luas. Kita masih belum merdeka. Selagi mana belum merdekanya Palestin.

Khalifah Umar Al-Khattab ra berkata, tatkala Islam telah menguasai Palestin, "Seluruh bumi Palestin ini menjadi tanah wakaf buat umat Islam"

Kita telah berjaya di tipu oleh musuh. Apakah kejayaan musuh itu? Memisahkan tanah air melalui geografi.

Kita di Malaysia, tidak berkaitan hal ehwal Indonesia pada kita. Bukan urusan kita yang berlaku di Palestin.

Ini kejayaan musuh.

Seharusnya, tanah air kita adalah selagi mana ada saudara kita, yang mengucapkan kalimah "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad persuruh Allah" maka disitu juga tanah air kita.

Palestin Tanah Air Kita!

Saudara satu akidah kita sedang berjuang menuntut kemerdekaan kita. Apa sebagai saudara kita berdiam sahaja?

Apa kita biarkan saja saudara kita ditindas, dizalimi, dan dihina di tanah air mereka sendiri yang juga tanah air KITA!

Sama-sama kita bantu mereka sedaya yang mampu. Moga tanah air kita yang satu ini juga MERDEKA!

Inilah kemuncak KEMERDEKAAN KITA!


Salam Kemerdekaan~

Nurul Aizam Zaini

Wednesday, August 26, 2009

25 hari lagi RAYA!!!!

Alhamdulillah... 5 hari Ramadhan dah berlalu. Masa bergerak pantas sekali. Ertinya hari raya semakin hampir!!

Gedung-gedung jualan ada yang telah mula sibuk mempromosikan tawaran hebat masing-masing. Ada yang diskaun sehingga 70%. Wah.. tawaran hebat nih!! Rugi kalau tak ambil peluang.

Lagu-lagu raya pun telah ada yang mula kedengaran. Ini menambahkan lagi semangat nak beraya!! seronoknyerr... :)

Itulah dia realiti hari ini melalui pemerhatian saya sendiri. Masyarakat di hujani dengan suasana yang membawa kita jauh daripada nikmat sebenar Ramadhan Al-Mubarak.

Mari kita duduk sebentar. Tenangkan diri. Tarik nafas dalam-dalam. Sekarang cuba kita ingat kembali, 5 hari Ramadhan yang telah berlalu, bagaimana amalan kita?

Semakin baik? Sama sahaja? Semakin lebih teruk? Sudah berapa banyak pahala Ramadhan yang telah berjaya kita kejar?

Ramadhan, bulan yang telah Allah janjikan berbagai-bagai kelebihan, nikmat dan segala yang baik ada di dalamnya. Tapi apa kita benar-benar ambil peluang ini?

Peluang yang Allah beri selama tempoh 30 hari daripada 360 hari yang ada. Ingin berkongsi sedikit perkongsian daripada saudara Gamal, salah seorang imam tarawikh hari ini.

Beliau beritahu, kita manusia, tak pernah lepas daripada kesilapan. Pasti akan melakukan kesilapan. Yang maksum hanya Rasulullah SAW.

Makanya, Ramadhan ini Allah jadikan untuk kita mendapat ampunan dariNYA. Untuk kita bersungguh-sungguh memohon keampunan Allah.

Allah jadikan Ramadhan untuk kita bertaqwa kepadaNYA, dan supaya Allah akan memberikan pula belas kasihanNYA kepada mereka yang bertaqwa itu.

Pesnanan yang ringkas tapi amat memberi kesan. Kenapa harus Allah memberi belas kasihanNYA?

Kerana Allah SWT telah janjikan, Ramadhan ini awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Amat jelas sekali, semua ini Allah ciptakan buat mereka yang mahu berubah.

Jadikan Ramadhan ini muntalaq (titik mula) perubahan dalam diri kita. InsyaAllah, sama-sama kita usaha dan perbaiki IMAN kita dari semasa ke semasa.

Muga bantuan Allah bersama-sama mereka yang bersungguh-sungguh mencari mardhatillah, redha Allah.

Ayuh semua cek semula amalan kita.

Fasthabiqul Khairat~


Disclaimer: Pandangan peribadi penulis. Sekadar berkongsi. Masih dalam usaha pembaikan diri sendiri.

Monday, August 24, 2009

Allah Mustaan~

"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik buatmu... dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..." [2:216]



meminjam tagline blog azril...

"...manusia merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cintaNya..."

Selamat Tinggal Melaka, Bumi Hang Tuah...

Nampaknya topik entry kali ini akhirnya menjadi realiti...

Friday, August 21, 2009

1 Ramadhan dan Ekspidisi Aceh...

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti...~ :) Dah lama saya dengar lagu ni, tapi tak tahu siapa yang punya lagu. Tapi akhirnya tadi dah berjaya 'download'. Lagu Opick rupanya.

Saya suka lagu ni. Iramanya memikat jiwa yang kali pertama terdengar semasa Muktamar IU Melaka tempoh hari.

Baiklah, 1 Ramadhan dah bermula. Langkah yang pertama kita pada hari pertama ini bagaimana? Langkah mulia atau cela? Mudah mudahan Allah tetapkan langkah kita sama seperti langkahnya para anbia yang mulia, Ameen!

Selamat menjalani ibadah puasa ya Akhi ya Ukhti~ Permulaannya rahmah, pertengahannya pengampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Ambilah peluang rahmah di awalnya ya.

Fastabiqul Khairat!

Baik, sedikit cerita mengenai perjalanan saya dan beberapa rakan lain ke Meulaboh, Aceh, Indonesia baru-baru ini. Kerana telah berjanji, makanya harus ditunaikan. Benar ya Akhi ya Ukhti? :D

14 Agustus 2009 ~ 16 Agustus 2009.

Kami tiba di BANDARA ( Bandar Udara / Lapangan Terbang) Sultan Iskandar Muda kira-kira jam 2.15 petang. Pada team Aceh 1,2, dan 3 MMU mesti dah bole bayangkan tempat tu kan. Tak perlu cerita panjang.

Baik, sampai je pak Ramdon dah menanti ketibaan kami dengan pak Taufik. Pak Ramdon ni orang kanan PKPU (Pos Keadilan Peduli Umat) di Aceh. Seperti biasa, kami makan dulu.

Usai makan, terus ke Blue House. Blue house ni kantor PKPU dan juga salah satu podok yatim PKPU di Banda Aceh. PKPU ada banyak pondok yatim di banda Aceh, sekitar lebih 5 buah.

Sampai di Blue house yang nama tempatnya Ketapang, kami solat dulu. Dalam 'flight' tak ada imam nak baca khutbah :D Terpaksa jamak di Aceh sekali dengan asar. Kemudian kami periksa 3 buah komputer dari program Aceh 3 bulan Maret lalu untuk dibawa ke Meulaboh.

Siap semua! Yok.. kami bersedia untuk perjalanan seterusnya. Oleh kerana perjalanan kali ini 5 orang sajaha dan 3 hari 2 malam, jadi kami cuma sewa innova.

Vroommmm~~ Perjalanan ke Muelaboh bermula sekitar jam 5.30 petang dan memakan masa 8 jam 30 minit untuk tiba di Meulaboh.

Yaa.. 8 jam 30 minit untuk rakyat Malaysia itu kebiasaan bukan. Naik bas ekspress dari Melaka ke Perlis la lebih kurangnya. Perjalanan yang enak sebab Malaysia guna PLUS 'Highway!'

Tapi perjalanan kami, hanya Allah yang tahu. Jalan raya asal yang menghubungkan Banda Aceh ke Meulaboh telah musnah sama sekali dek kerana tsunami yang menghantam Aceh lewat 2004.

Untuk tempoh perjalanan 8 jam 30 minit itu, sekitar 15 % sahaja jalan raya berturap tar. Selebihnya, jalan yang tak seperti jalan. Lebarnya 6 lorong lebuhraya Malaysia, tapi, tanah selut setinggi lutut saya.

Bayangkanlah, pak supir kami iaitu pak Taufik, tak perlu susah nak 'drift'. Memang innova kami akan 'drift' sendiri. Licin, selut tebal, tayar kereta akan bergelincir sendiri. Jika pak taufik silap kawalan sikit, ke dalam gaunglah kami jawabnya.

Perjalanan kami melalui tepi-tepi lereng 3 buah gunung. Di sebelah kiri kami ialah gunung yang tinggi menggunung, dan sebelah kanan kami ialah gaung yang di bawahnya laut. Pak Taufik beritahu, dia sangat risau lewat kawasan gunung ni.

Kerana kalau berlaku GEMPA! batu-batu besar jatuh dari atas! Gulpp! Kami semua diam seketika. Lepas tu berkumat kamitlah mulut masing-masing baca doa. Huu.. Ya Allah.. peliharalah perjalanan kami! Ameen!

Kami juga terpaksa merentasi 2 sungai menaiki rakit. Ya rakit... bukan macam FERI pulau pinang yer. Itu terlalu hebat dan insyaAllah masih selamat.

Rakit pertama, rakit ni masyarakat sana buat sendiri je. Tak de beli dari KOREA ke JEPUN ke. Orang Aceh memang kreatif. Saya tak tau nak ceritakan rakit ni diperbuat dari apa dan macam mana rupanya. Tengok gambar je lah nanti.

Innova kami, kenderaan orang lain dan beberapa LORI BESAR pun naik sekali atas rakit tu, dan rakit tu hanya digerakkan oleh sebuah enjin bot yang biasa bot-bot kecil nelayan guna tu. Saya pun tak pasti berapa cc enjin tu.

Rakit kedua pula, ialah 3 buah sampan yang disusun rapat-rapat, kemudian diletakkan papan di atasnya. Diikat kuat-kuat kemudian jadilah rakit yang membawa innova dan kami menyeberangi sungai.

Perjalanan pergi kami tersangkut sekali dalam selut. Dalam suasana hujan, dan sekeliling kawasan hutan yang memang tak ada lampu jalan, kami kena turun tolak innova. Alhamdulillah lepas.

Perjalanan pulang pula sekali lagi. Kali ini kami semua turun tolak pun tak guna. Selut terlalu tebal. Tapi alhamdulillah ada satu kenderaaan lain kebetulan lalu, jadi dia tolong tarik guna kereta dia. Alhamdulillah lepas, tapi kami semua bermandi lumpur.

Perjalanan pulang juga kami terpaksa tukar tukar tayar 3 kali kerana bocor. Alhamdulillah 2 kali bocor semasa masih di kota Muelaboh, memang ada kedai tayar, dan bocor yang terakhir dalam perjalanan pulang.

Sekali lagi Allah bantu kami, kerana bocor di kawasan Panga, yang ada kedai tayar. Bolehlah tukar tayar.

Mungkin kalau sekadar baca je tak dapat rasa 'feel' sebenar. Tapi apa yang bole saya gambarkan, menginsafkan dan amat mencabar mental dan fizikal. Macam masuk pertandingan 4x4 Advanture lak.

Rakyat Malaysia yang sayang kereta, jangan memandu kereta di sana. Kalau setakat tersangkut sikit kat 'bump' jalan dah rasa macam 'ahhh...' sedih, remuk hati, heh... sepanjang perjalanan kami tak mampu nak cakap apa dah.

Jalan sikit, 'bummmp!!' jalan lagi 'dummmm!!' jalan lagi 'danngggg!!'. Tak apa lah. Layan kan je bunyi-bunyi dan kemuk kemek kereta tu.

70% jalannya melalui kawasan tepi pantai dan yang menariknya, pantai-pantai di Aceh sangat cantik dan ombaknya memang tinggi dan besar. Setinggi seekor lembu ombaknya. Jadi mungkin mereka pun dah biasa dengan ombak besar ni dan bila sekali tsunami datang seperti tak perasan mungkin.

Ini sahaja yang termampu saya ceritakan perjalanan kami 3 hari 2 malam atas tujuan meninjau kawasan untuk program ke Aceh kali yang ke -4 insyaAllah bakal diadakan di Meulaboh, kawasan yang paling teruk dilanda tsunami.

Perjalanan yang menyedarkan saya betapa beruntung dan bertuahnya kita rakyat Malaysia. Syukurlah dengan kemewahan yang kita ada. Kadang kita rasa masih belum cukup lagi, perlu dihebatkan lagi, masih boleh dipertingkatkan. Ya benar!

Namun jangan lupa, dalam rakus kita ingin mengejar kesempurnaan, ada orang lain di sana dalam keadaan serba kekurangan, yang amat memerlukan perhatian kita. Walau hidup serba serbi kurang dan tak sempurna, tetapi mereka masih mampu melemparkan senyuman tanda terima kasih atas kedatangan kami. Mereka tetap bersemangat cekal tempuhi kehidupan hari-hari.

Ayuh pemuda pemudi yang punya tenaga, idea, dan masa, kita bantu siapa saja yang kita mampu!

[sebelum berangkat, di LCCT]


[mask men]

[makan bersama pak hidayat]

[di Blue house, cek komputer utk dibawa ke Meulaboh]


[inilah hasilnya, 3 komp, 5 bagasi kami, semua sumbat sekali]


[sori syafeeq, kena dok belakang sekali ngan komp. dan bag]


[laluan berbatu dilereng-lereng gunung]

[lagi laluan berbatu]


[di sebelah kiri kami gaung dan bawahnya laut]


[berhenti solat di mana tah, lupa dah]

[jetty rakit yang pertama]

[sambil tunggu rakit tiba dari seberang sana]

[haa.. itulah rakitnya, nampak tak? bawa lori sekali!]


[gambar dari dekat, rakit buatan sendiri~]


[kenderaan sedang turun dari rakit]

[di jetty rakit ke 2, ada innova pancit masa kami tiba di situ]


[ni pula rakit kedua. 3 bot kecil yg digabung menjadi rakit]

[innova kami sangkut masa perjalanan pergi dan hasilnya...]

[ni lagi satu hasil tolak innova dalam lumpur]


[tiba di calang, lebih kurang jam 12.00 tgh mlm, berhenti makan]

[lapar lapar lapar!!! makanan pun dah nak abes]


[tukar tayar di kota Meulaboh, 2 tayar ditukar, bocor]


[kali ketiga tukar tayar bocor dlm perjalanan pulang, di panga]

[ombak laut besar!! setinggi lembu tu!!]

[ni la dia jalan yang kami lalui sepanjang perjalanan 8 jam 30 minit]


[motor kat sana dah biasa, takde masalah]

[antara jambatan yg roboh kerana tsunami, sedang dibina baru]


[lagi gambar 'lebuhraya' yang kami guna]


[bertakung air, jalan pun tak nampak]


[haa.. tu dia.. selut yang dalam hampir ke lutut]


[air dari gunung melintasi jalan dan terus ke sungai]

[kami jalan atas air sungai yang cetek setinggi buku lali]


[sangkut kali ke 2 dlm perjalanan pulang]

[naisb baik abang2 tu baik, tolong tarik, kalo x memang x lepas]

[kanak2 ribena main lumpur =D]

[hoho.. dh lama x mandi lumpur!! best jugak]

[dh smp di Banda Aceh, smbil tgu leman beli Mee Ketam!! =D ]

[cantik kan innova kami?!]

[gambar ngan uts. fahmi n ust. dedi sblom berangkat pulang]


[wahhh, bersihnya innova!! dah basuh sblom pulang] =)


[singgah ke rumah pak hidayat sebelum pulang]

[backstreet boys version Aceh, sblom pulang di Airport]


[H1N1 precaution step =D]


[selamat tinggal Aceh, InsyaAllah Januari nnt dtg lagi]


[selamat pulang ke tanah Air]

[Sila click pada gambar utk paparan lebih jelas]

Terima kasih pada semua yang membantu, terutama penasihat2 tetap seumur hidup program Aceh MMU iaitu En. Zamzuri dan Ibu Nita =D Mekasih ya... =)


p/s: sori ye pada yg nk mee ketam... =D mee ketam dh tinggal nama jer.. heheh =D