Saturday, January 31, 2009

RECEP TAYYIP ERDOGAN

TAHNIAH!!! SYABAS!!!

Turki, merupakan sebuah negara yang sememangnya dinanti nantikan suaranya. Dunia menyaksikan di negara inilah, sistem khilafah yang terkahir berkuasa. Suatu ketika Turki memimpin 2/3 dunia sehinggalah kejatuhan terancang oleh manusia hina bernama Mustafa Kamal Atartuk, ditambah pula dengan lompong-lompong kekuatan ia sendiri, maka lenyap terus sistem Kerajaan Islam di muka bumi ini.

Hari ini dunia menyaksikan kembali, suara yang pernah memimpin dunia itu kembali bergema di Davos, Switzerland secara terang terangan di atas podium "world economic forum" malah bertetang mata Shimon Peres, Presiden Israel Laknatullah!!!

Tahniah Erdogan!!! Secara berdepan, di khalayak awam, dalam suatu majlis gilang gemilang, beliau nyatakan pada Shimon, mereka adalah penjenayah perang, membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa, dan akhirnya beliau nyatakan, jika beginilah keadaannya, beliau tidak akan kembali lagi ke Davos!! Erdogan di sambut bagai perwira ketika pulang ke negaranya.

Well done superhero!!! Boleh refer video di bawah...



Kita bila lagi? Dunia Islam, seharusnya mencontohi keberanian Erdogan. Terima kasih juga pada Venezuela yang bertindak mengahalau duta Israel keluar dari negaranya. Mereka bukan negara Islam, tetapi atas dasar kemanusiaan, Chavez punya rasa simpati pada yang tidak berdosa.

Ingin lihat lebih banyak tekanan dikenakan ke atas Israel jahanam. Kepada Israel, tunggu dan lihat, kamu tidak akan selamanya berkuasa...

Thursday, January 29, 2009

Buat "OC" dan "SRC"...

Salam...

Pelajar baru telah pun mendaftar diri. Bagi MMU yang kebiasaannya akan ada pengambilan awal Januari, jadi akan ada 2 kali pengambilan di MMU ini. Awal Januari dan Jun. Dengar khabar lebih kurang 264 orang yang mendaftar untuk ambilan awal ini.

Di sini harus diteliti, kerana bermula dari hari pertama adik-adik baru ini mendaftar sebagai pelajar menjadi titik tolak dalam menetukan siapa mereka 5 tahun akan datang. Pelajar baru ini masih belum mengenal suasana kampus, masih belum tahu rempah ratus yang mewarnai kehidupan pelajar universiti.

Jadi, peranan abang-abang, kakak-kakak merupakan faktor paling utama dalam membantu adik-adik ini mempersiapkan diri untuk menempuh alam baru buat mereka. Manusia pertama akan mendekati adik-adik ini ialah pelajar "senior" atau kita panggil sebagai "OC" Orientation Comimttee.

OC berperanan besar dalam menentukan siapakah adik-adik ini 5 tahun akan datang. Saya berpesan pada diri saya dan juga semua OC, agar kita kembali pada Ad-Deen. Bepegang teguh pada tali Allah. Yakin pada agama yang telah Allah redhai ini.

Tidak ada perkara lain yang lebih berhak dari ini. Jika kita mahu kembali melihat kampus kita di warnai generasi generasi yang berakhlak mulia, berbudi bahasa tinggi, dan hebat dunia akhiratnya, maka praktis syumul islam menjadi tawarannya.

Berilah segala macam ilmu pada pelajar baru ini, samada kepentingan memilih kawan, jangan ponteng kelas, belajar dari awal, selalu jumpa pensyarah, berbaik dengan "senior" yang pandai dan berbagai lagi, tetapi akhirnya jika yang satu ini tidak diletakkan paling atas, sia-sia semua bekalan yang diberi.

Sekali lagi saya ingatkan "OC" dan mereka yang berpeluang medekati adik-adik ini dari awal, ajaklah mereka kepada ISLAM. Sampaikanlah Ar-Risalah ini pada mereka. Bersungguh-sungguh dan istiqamah kita pada usaha ini. Jika tidak kita siapa lagi.

Kuasa telah kamu miliki. Peluang telah diberi, jadi gunakanlah ia sebaik mungkin. Masa saya dan rakan-rakan telah berlalu. Kini masa kamu semua. Tulisan ini semata-mata agar kamu semua tidak mengulangi kesilapan yang pernah kami lalui, samada kami penah lakukan, lihat atau dengar. Pastinya, kami tidak mahu ia berulang, dan KAMU semua kini yang memiliki "authority" dan peluang, lakukan yang terbaik.

Semoga kampus kita kembali di warnai generasi-generasi rabbani yang hebat, namun merendah diri, sujud pada kebesaran ilahi.



"Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap dari kamu akan dipersoalkan tentang mereka yang dia pimpin"
~Sahih Muslim~

Tuesday, January 27, 2009

Cuti minggu terkahir...

Hola... cuti dah nak habis. Isnin depan dah mula kelas, dah tak aman kampus ni. Yelah... student sume dah balik, yang tempatan yang bukan tempatan sume lah... huu... lepas 3 bulan tak ada kelas, tak masuk kelas, tak ada exam, tak ada assignment, tak ada presentation, 2 hb 2 ni kena masuk kelas semula...

Dah ada attandance semula, ada assignment, ada presentation, ade group assignment, macam macam lagi lah... Misi terkahir di MMU ni pun dah makin hampir. Semakin mencabar trimester akhir ni insyaAllah!! Ameen!!

Jadual trimester ni pun macam tak padat sangat. 3 subjek je... kelas paling awal pukul 10 pagi, paling lewat pukul 4petang, paling banyak 2 kelas satu hari, paling sikit tak ada kelas hari khamis... :)

Tapi trimester akhir ini sangat banyak menguji!!! ya Allah berilah aizam kekuatan!! Ameen!!

~Selamat kembali ke kampus pada semua~

Friday, January 23, 2009

Perang dah habis?? Kenapa Boikot??

Salamun Alyek'

Hmm.. seperti sudah sedikit sepi cerita tentang kesengsaraan saudara kita di Gaza, Palestin. Ada yang cakap " alhamdulillah dah gencatan senjata, boleh la mula membeli barang2 yang di boikot" , ada juga yang cakap " haaa.. dah tak berperang dah... oke lah.. tak perlu risau dah".

Mungkin ada yang berfikiran begitu, mungkin tidak. Tetapi apapun saudara, sedarilah, peperangan ini belum berkesudahan. Ini janji Allah sehingga Palestin kembali kepada HAK nya. Jangan cepat merasa lega, tidak risau dengan suasana ketika ini.

Peperangan ini belum berakhir saudara. Kini ramai yang memainkan persoalan tentang perlu boikot atau tidak?? Jika boikot kita yang derita dibuang kerja dan sebagainya. Terpulang wahai saudara.

Hayati maksud hadis seperti dalam video di bawah ini. Allah berjanji akan tetap ada kaum yang menegakkan Agama ini. Saya memilih untuk mejadi sebahagian mereka walaupun tidak berjihad, setidaknya usaha saya BOIKOT, DOA, dan lain2 dihitung Allah.

Apalah sangat dibuang kerja berbanding kematian, tiada makanan, tiada tempat tidur, kemusnahan sekolah, rumah, dan sebagainya! Apalah sangat. Di buang kerja di Malaysia TAK MATI RAKAN RAKAN!!!! ORANG MALAS SAHAJA YANG TAK MAKAN DI MALAYSIA!!!

Kalau takut kena buang kerja, sepatutnya saya juga berasa lebih takut kerana tempat kerja mak saya sedang dalam proses membuang pekerja dan mak saya tak terkecuali!! Tetapi kita perlu redho saudara, kerana saya yakin, ada banyak rezeki lain Allah beri untuk kita!!!

Di buang kerja di Malaysia = Kematian, derita sengsara di GAZA??!! Tidak sama sekali saudara. Tak mengapalah saudara. Terpulang pada diri masing masing.

Saya percaya, di SANA kelak tika berhadapan PENCIPTA dan ditanya sumbangan saya untuk tanah suci ke - 3 umat islam ini, insyaAllah ada jawapannya. Mudah mudahan, Ameen!!

p/s: kenapa perlu kita pertahankan Palestin? Bacalah sejarah, hadeeth rasulullah, dan terjemahan Quran mengenainya. Siapa yang menguasai Baitulmaqdis bermakna dialah menguasai dunia!

Discalimer: Sekadar pandangan penulis. Tidak berniat untuk sindir sesiapa. Jika ada yang tidak suka atau tidak bersetuju, maaf dipinta.

Thursday, January 22, 2009

Song Save GAZA!!!

This song is for our brothers and sisters in Palestine. The lyrics of the song is taken from hadeeth Rasulullah s.a.w

Song title: Baitul Maqdis
Singer: Mu'adz
Song: Amrullah



May Allah bless all the Muslims~ Khaibar Khaibar, Khaibar ya yahud, jaisyur Muhammad, Saufa Yahud!!!!

Wednesday, January 21, 2009

telah tiba

kita semakin hampir
semakin dekat
hari itu akan tiba
janji itu pasti terlaksana
makin hari makin benar
satu persatu datang pada dunia
siapa yang tidak percaya?
masih ada yang tak percaya?
tunggulah masanya tiba
ketika itu tak ada semua
ia semakin hampir
makin jelas
kita perlu sedia
siap siaga menanti
muga ketika itu
kita kuat pada benar
sampai jumpa
kita akan berjaya
insyaAllah~

entry pagi buta~

wah... dah masuk minggu ke-2 cuti, kampus memang sunyi sepi, tinggal budak2 international yang memeriahkan kampus... tak balik cuti, macam ni la jadinya... esok rabu, ade makan free kat STAD, jom p makan free esok...
tapi kena tolong la akak2 STAD packing bag skit utk dak2 Januari intake, dah nak masuk... kawan2 ade yg tgh bercuti, berehat bersama keluarga, ade yg nk ke genting, ade yg tgh berprogram di perlis, mcm2 lagi lah..
pastinya trimester 3 bakal bermula, InsyaAllah, satu pengembaraan bakal berakhir dengan izinNya... pengembaraan yang dimulai dengan angka 0 dan kini dipenuhi angka2 yang berbeza nilai..
pohon segalanya berjalan baik mengikut perencanaan yang telah diatur... AMEEN!!!! lama juga kembara ni... rasa seperti baru bermula, kini telah tiba digaris tamat... huh... kalau nak dikira, penuh dengan manis, masam, masin rencahnya...
hmm... terlalu banyak cerita, kalau ditulis, 6 jilid buku rasanya... haha... rakan2 ramai yg telah dulu ke alam nyata, sy pula kemudian menyusul kesana...
hah... ape yg direpek nih... karut pagi2 buta... oke lah.. selamat semua~
santribonos--

Monday, January 19, 2009

3 hari 2 malam~

Salamun Aleyk'

3 hari 2 malam kami berkampung di Kompleks Rakan Muda, Alor Gajah, Melaka. Kem Lepasan SPM anjuran KRIM ( Kelab Remaja Isma ) dan PEMBINA ( Persatuan Belia Islam Nasional ). Hampir 40 orang peserta. Ada yang datang dari K.L, ada dari Shah Alam, Johor, Perak, Kedah pun ada dan paling ramai dari Melaka la.

Kem Lepasan SPM 09 (KLS) ni sebenarnya satu kem untuk bantu adik2 yang sedang tunggu keputusan SPM untuk bantu mereka merancang sebelum masuk Universiti. Nak masuk U kena buat apa? U mana yang bagus? Pinjaman atau biasiswa nak dapt dari mana? Kat U nanti macam mana? semualah tentang U dan kem ni member jawapan kepada adik2 ni semua.

Tapi taklah 100% penerangan tentang U je, ada juga slot "team building" , main "game' dan sebagainya. Main game sampai tangan dan seluar saya koyak haa... ni semua sebab hamdan yang asyik nak lari jaa.. weii hamdan.. kita menang la.. buat apa nak lari??? tengok saya!! Konfiden, kalah pun buat macam orang menang, mesti musuh konfius, sapa yang menang ni sebenarnya??? hahaha..

Apapun semua berjalan lancar, banayk perkongsian yang adik semua tu dapat. Memang bermanfaat lah.. penceramah, fasilitatior semua bukan calang2 orang, ada yang garaduate dari mesir, aussie, new zealand, U.K, dan yang paling hebat dari MMU lah.. hahaha..

Semua tu pulak, engineer petronas la, guru MRSM la, Pnesyarah University la, student yang tak habis2 belajar lagi.. :D semua ada... memang adik2 tu semua gembira lah...

Oke la, setakat tu je dulu update kali ni, tahun depan ade lagi KLS ni, pastikan lebih ramai datang oke!!

adiosontro--

p/s: Hamas telah menang!!! Hidup HIdup!!!! hiduP HAMAS!!! hanCur hanCUR!!! haNCur yaHUdi!!!

Thursday, January 15, 2009

Song for Gaza!!

We will not go down!!!





credit to: palestinkini::

Wednesday, January 14, 2009

innalillah wainna ilahirojiun~

Salam

Tengah hari tadi mak saya call, beritahu tok njang saya dah kembali berjumpa Ilahi. Tok njang ni adalah bapa saudara mak saya yang paling rapat ngan mak saya la.. emm... masa mak call tadi pun bole tau mak saya sangat sedih dengan pemergiannya.

Saya doakan roh tok njang ditempatkan bersama sama para salihin di sisi Allah s.w.t Amenn!!! Pada mak saya, sabar yer mak... masa kita pula akan tiba nanti, jadi kita harus persiapkan diri :)

Hmm... disini kematian suatu berita yang menyedihkan buat kita di Malaysia dan ajal kita pun belum pasti bila, tapi saudara kita di Gaza kini sedang berdepan maut!! Bila bila sahaja peluru akan hinggap di kepala.

Mati seperti suatu kepastian nyata buat mereka. Makan dalam suasana tak selamat, tidur dalam keadaan berjaga jaga tak lena, memasak serba tak kena, mandi dalam ketakutan, pendek kata semuanya, bila bila dan apa saja, MAUT datang tiba tiba.

Bersyukurlah rakyat Malaysia. Bantulah mereka di Gaza! Pedulilah saudara kita di sana! Sama samalah kita tangung sedikit derita mereka!

Apalah nak dibanding pengorbanan kita dengan mereka yang mempertaruhkan nyawa mempertahankan tanah suci umat islam, al-Quds.

p/s: Kalau nak boikot israel dan Amerika pun kita tidak mampu, sia sialah kita bersaudara dengan mereka di Gaza.

Disclaimer: Cuma pandangan penulis. Jika ada yang tak selesa, mohon maaf.

Tuesday, January 13, 2009

Siapa pengganas siapa hero??

Salamun Aleyk'

2-3 hari ni asyik ulang alik Melaka - Shah Alam. Sedikit letih tapi gembira :)
Tak nak 'update' tentang tu, tapi nak kongsi tentang Rapat Umum Selamatkan Gaza di Stadium Melwati Shah Alam.

Ramai orang. Dalam surat khabar bagitau lebih kurang 5000 orang hadir bagi menyatakan sokongan, kebersamaan dan kasih pada saudara se-Agama kita di Palestine yang terus menerus di zalimi.

Siapa pengganas??? Israel bom sekolah PBB, tapi Hamas digelar pengganas!! Israel bom rumah ibadat orang Islam (masjid) tapi Hamas digelar pengganas!! Israel tembak kanak-kanak secara sengaja, tapi Hamas digelar pengganas!! Israel letupkan rumah-rumah kediaman, tapi Hamas digelar pengganas!!

APA INI????? Apa definisi pengganas pada mereka??? Apa dalam kamus dewan Amerika pengganas itu yang diserang?? yang mempertahankan maruah mereka?? yang melindungi tanah air mereka??

DUNIA sudah GILA!!!! MANA KEADILAN??? MANA KEBENARAN??? JANGAN PERNAH KITA BERGANTUNG HARAP PADA MEREKA YANG ZALIM!!!

BERSATULAH SELURUH NEGARA ISLAM!!! BERSATULAH!!! TIADA JALAN LAIN!!!!

Al-Quds hanya akan kembali pada Islam yang kuat, pada penganutnya yang benar benar pada Islam!!!

p/s: walapun saya tahu memang mustahil negara islam untuk bersatu, apatah lagi untuk mereka baca blog saya ni, tapi tetap nak tulis juga.

Disclaimer: Sekadar luahan pandangan penulis. Jika ada yang tidak suka,mohon maaf.

Friday, January 09, 2009

Hari terakhir "PRACTICAL" ...

Salamun Aleyk'

Jumaat datang lagi. Syukur syukur masih bole bernafas :D Hari ni hari terakhir 'practical' saya di TM. Yeeehaaaaa!!!! Alhamdulillah.... syukur... selamat 3 bulan di TM.

Macam macam jugak la saya belajar kat sini. Walaupun saya cerita pada kawan kawan sebelum ni macam tak ada kerja, tapi sebenarnya bukanlah tak ada langsung. Masa tak ada kerja memang la bole rehat, tapi bila ada kerja, amik kau... sampai kadand tu malam baru balik, hujung minggu pun kerja.

Apepun menarik pengalaman bertugas selama 3 bulan di unit Sumber Manusia TM Melaka ni. Tadi staff staff kat sini buat satu majlis ringkas bagi meraikan saya yang tamat tempoh perkhidmatan "expired" hari ni.

Ada la ucapan ucapan sikit, makan makan sikit dan yang paling best... hehehe.. saya dapat cenderahati la... apa lagi... banyak gak dapat... :> Huh! 3 bulan dah selesai, REPORT tak buat lagi!!!!! Aduuuiiiii.... Oke oke... nanti saya siapkan!!! Haitt!!!

Trimester depan ade 3 subjek lagi. Mudah mudahan semua berjalan lancar, pastu bole KONVO bulan 8 ni!!!! Ameenn!!!! Pastu bole kerja!!!!! Pastu tahun 2010 jemput semua ke Majlis Kahwen yer!!! :D :D :D :D

p/s: hohohohohohohho... xde kerja lain, asyik pk kaaaaaaweeennnn jer... isk isk isk.... kronik btol la azril kiaranra dan hamdan nih!!!!

Thursday, January 08, 2009

Malaysian Studies... >:)

Salamun Aleyk'

Haa.. jam dah pukul 1.05 pagi, kiranya dah hari khamis la ni yer. Tak tidur lagi nih, macam student yang ada exam lak. Isk isk isk... exam takde pun nak tidur lewat gak, sian yang ade exam tu ha, tak tidur bersengkang mata ngadap nota nota tersayang :D

Baru kejap tadi dalam pukul 10 malam macam tu, kire semalam la sebab dah lepas pukul 12 kan, saya ke kedai runcit... lupa lak nama kedai tu, ape merbok tah... masuk je kedai tu terus ade orang tegur saya

"haa zam..." saya pun jawab la "oohh en. zaki" en. zaki ni manager customer sales kat TM tempat saya practical sekarang ni. Adelah borak borak sikit, pastu dia tanya "awak kenal tak sape tu?" sambil tunjuk ke arah kaunter bayaran" , saya pun tengoklah, rupanya " ohh.. kenal, madam husni" , lecturer kat MMU tempat saya belajar.

Apa lagi, borak la sikit sikit. pastu saje tanya soalan ni " paper madam esok ek (harini la kiranya sbb dah pukul 12 pagi)" dia pun jawab " aah.., mana awak tau?" saya jawab balik "ada kawan kawan bagitau".

pastu korang nak tau tak madam cakap ape tentang paper Malaysian Studies kali ni??!!!

Haaaa... naseb la sape yang amek Malaysian Studies sem ni!! Kalo korang nak tau sebelum jawab exam esok... call saya dari jam 8.30 - 9.00 pagi je bole call... :D

Sekian dulu untuk kali ini.. Selamat Menjawab Peperiksaan pada yang masih ada Exam!!!

All Da Best!!!!

p/s: kedai runcit tu adalah kepunyaan madam husni dan suaminya en. zaki...

Wednesday, January 07, 2009

Rapat Umum Selamatkan Gaza

Rakyat Malaysia dijemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Anjuran: Aman Palestin
Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa : 10 pagi hingga 12 tengahari
Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam

Objektif:

1. Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2. Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3. Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.


Sumber :[credit to blankurt::]

Monday, January 05, 2009

untuk mereka...

Selayaknya
Bagi jiwa jiwa yang mengazzamkan dirinya pada jalan ini
Menjadikan dakwah sebagai laku utama
Dialah visi, dialah misi, dialah obsesi
Dialah yang menggelayuti di setiap desah nafas
Dialah yang akan mengantarkan jiwa jiwa ini kepada redho
Dan Magfirah Tuhannya kelak.


[sumber: sang murabbi, izzatul islam]




p/s: apa kamu sedar terkadang itu kamu terlupa akan peranan kamu?

Sunday, January 04, 2009

Sabtu 3 Januari 2009

Salamun Aleyk'

Agak lama saya tak 'update' blog ni. Pertama sekali selamat datang 1430H dan 2009M. Sedikit lewat tapi saya kira masih tidak terlalu lambat untuk ucapkannya.

Hari ini ( 3/01/09) saya ke Kajang bersama Shah, Pami dan Abg fendi. Menghadiri kenduri kawen Abg Ezran. Sedap lauknya. Ada 'gulai kawah kelantan'. Menarik dan sangat sedap.

Lebih kurang jam 3.00 ptg gerak ke Shah Alam Seksyen 13 jumpa kawan kawan lama masa Diploma. Ada wany yang kini dah kerja dan 'part time' pelajar sarjana muda 'Human Resource' di UiTM, Diq bertugas di Kementerian Kewangan, Azurin bertugas di HSBC, dan yan masih di MMU.

Ada juga blankurt, Certified Ethical Hackers di Kinrara. Usai makan, saya dan shah gerak ke seksyen 11 ziarah makcik asma:: Makcik asma ajak keluar makan di santai Cafe' dengan anak anaknya. Terima kasih makcik. Ada masa jumpa lagi.

Akhir sekali ke Putrajaya, presint 16, Taman Warisan. Abg fendi, Abg Hazimin dan Fahmi ada disana. Sempat borak borak kemudian terus pulang ke Melaka :) Saya nak mohon maaf dari Abg Fendi, Abg Hazimin, dan juga Fahmi kalau kalau masa borak borak kosong tu ada terlepas cakap atau terguris hati :)

Azam kali ini. Tak nak banyak banyak. Memadailah jika untuk tahun ini saya lebih berhati hati apabila berbicara. Tidak mengguris hati sesiapa, tidak terlalu leka dengan perbualan, Tidak banyak bicara yang melalaikan dan tidak banyak ketawa yang keterlaluan. :)

Allahu a'lam.