Tuesday, February 24, 2009

Sedikit 'update'

Salam~

Wah, berehat beberapa hari dari blog. Nasib baik tak bersawang lagi. Beberapa 'update'. Hujung minggu lepas ada pertandingan bola sepak 7 sebelah anjuran PEMBINA Melaka. IUFC hantar 3 pasukan.

Pasukan Al-Qassam:
Hazri, Leman, Hamdan, Syahirul, Abu, Haizad, Izzat, Nabil UPG, Panjang (import), abg Aziz (import).
Pasukan Kickers:
Yusof, Fairus, Maun, Syed Ali, Paan, Mayo, Meor, Nazri, Atok.
Pasukan Wonder Pets:
Ayie, Mong, Amiroso, Najmuddin, Aizam, Syai, Aswad, Duang, Kamel, Don.

Wonderpets berjaya ke separuh akhir dan dapat tempat ke-4 dari keseluruhan 12 pasukan. Tahniah semua pasukan dan usaha lagi!

'Details' tentang pertandingan nanti boleh ke laman sesawang mong, tapi belum 'update lagi'.

Baiklah, setakat itu dulu cerita bola. Ada cerita lebih penting saya nak ajak pembaca hayati.

Kawan-kawan semua, macam mana dengan Palestin sekarang? Dah sejuk atau masih membahang panasnya?

Ini merupakan persoalan penting yang harus dijawab semua. Bagaimana usaha boikot kita? Dah boleh makan ke yang di boikot sebelum ini? Masih ambil tahu tentang Palestin seperti hari-hari ia diserang? Hari-hari 'update'.

Jangan terleka dengan kehidupan kita yang selesa dan mewah ini kawan-kawan. Sedang adik-adik Palestin berhempas pulas mempertaruh nyawa, kita masih punya masa bersuka. Sedang mereka menggigil menahan lapar, kita masih tertawa suka, sambil makan-makan riang gembira.

Sedang mereka tak tidur malam risaukan nyawa ibu, ayah, adik dan sebagainya, kita lena tanpa rasa gelisah didalam kelas. Sedang mereka menderita berhadapan seribu satu duka, APA yang kita buat untuk mereka hingga ke saat ini?

Mereka bergadai nyawa mempertahankan tanah suci Islam yang diberkati Allah bukan untuk mereka semata, tetapi untuk KITA!

Saudara, pastikan hangat darah para syuhada' sentiasa menjadi pembakar untuk kita di sini. Berterusan kita pada usaha yang kita janjikan sebelum ini. Boikot, derma, menyebar maklumat, mencipta 'awareness' dan apa sahaja yang boleh kita buat.

Semoga suatu hari nanti, kita juga dikurnia Allah semangat JIHAD mereka Ameen!

Disclaimer: Tulisan ini untuk ingatan diri saya semata mata yang selalu lupa dan banyak melakukan kesilapan.

Friday, February 20, 2009

Assalamualaikum...

Wahh...

Dah makin hampir... dan semakin dekat... Tapi terbaik ke?? Ermm... rasanya macam jauh panggang dari api...

Tapi apapun kena teruskan jugak... proses ini berterusan... salah silap semua buat... tapi belajar untuk tidak buat semula...

Tapi terkadang lupa pula... Yelah... manusia.. selalu lupa... Ingat kan orang, diri sendiri pelupa...

Tapi... sebab itu budaya ingat mengingati penting... Islam dah lama ajar, tazkirah... pesan memesan..

Baiklah kawan-kawan... saya cuma manusia, terkadang lupa terkadang silap, tekadang juga berdosa...

Ampun Maaf semua~

p/s: macam raya lak maaf2 nih.. eh nk maaf2 bukan raya pun bole la... cett :D

Wednesday, February 18, 2009

MMU dah jadi 2 semester setahun???

Ape?? betul ke?? Iyer... betul!!!

MMU sedang perlahan - lahan berubah menjadi IPTA!! Percaya tak?? Mula-mula sistem masuk dan keluar kampus yang mana sebelum ini masyarakat sekitar dan orang awam bebas masuk tetapi nak keluar kena buka bahagian belakang kereta untuk pemeriksaan ditukar dengan sistem baru yang mana tak ada 'car stiker' tak boleh masuk kampus tetapi keluar tak perlu buka belakang kereta. Ada baik ada tak baiknya.

'Bell shape' sistem yang juga ada sedikit perubahan, 'managemanet empowerment' yang banyak kepada pekerja, dan ada lagi beberapa perubahan kecil.

Terkini MMU yang asalnya menggunakan sistem 3 trimester setahun ditukar sama seperti IPTA 2 semester setahun. Mari kita lihat apa implikasinya. Bak kata pepatah

"belum cuba belum tahu"

Tapi saya ada satu cadangan pada 'Top Management' universiti, kenapa sistem atau undang-undang atau peraturan berkaitan 'dress code' tidak dilaksanakan sehabis baik. Memang ada usaha itu, tapi sekadar melepaskan batuk di tangga.

IPTA... memang peraturan ini sangat dijaga dan dilaksanakan sebaik mungkin!!! Boleh lihat perbezaan masuk UPM ke UM ke UIA ke denag masuk MMU!! Wahhh.... jauh langit dari bumi.

Malas nak komen banyak-banyak. Saya dah la trimester akhir, kot-kot nanti ade yang tak suka komen saya, kena buang universiti rugi je 1 trimester lagi nak abis. Tapi tak apa. Saya cakap perkara yang benar.

"berani kerana benar, takut kerana??? Salah!!!!"

Untuk tahu lebih lanjut tentang sistem baru ini, boleh lawati blog mr. Hazimin

Sunday, February 15, 2009

SAMAN LAGI???

Nurul memecut laju kereta yang dipandu. Meluncur bagai kereta F1 sedang berlumba. Lebuhraya lengang, seperti dia sahaja yang memandu. Sekali sekala ada beberapa kereta yang berkuasa lebih tinggi dari kereta nurul memotongnya.

Nurul biarkan saja. Mahu kejar pun tak guna. Pasti tak dapat saingi kelajuan mereka. Perjalanan dari Melaka ke Perak memang agak meletihkan. Kebiasaannya nurul ambil masa 5 jam untuk sampai ke destinasi.

Sesekali nawi ingatkan nurul, " rul, perlahan sikit, laju sangat ni!".

"Tak ada lah, biasa jer ni" , balas nurul.

"Biasa kau kata, tu ha, meter tu dah cecah 165" , kata nawi sambil muncungkan mulutnya ke arah meter kereta.

"hehehe.. " , senyum nurul seperti kerang busuk yang tersengih.

"haa, senyum la banyak-banyak, kalau kena saman nanti boleh senyum lagi puas-pues oke", balas nawi tak puas hati pada nurul yang degil.

Akhirnya nawi akur dan malas nak layan nurul yang degil keras kepala macam batu granite. Nawi terus melelapkan mata yang sememangnya telah mengantuk.

Tiba-tiba...

"Isk isk isk, mana nih.. iskk tak masuk-masuk lagi nih!!!", omong nurul sendirian.

"Hah!! apenye nurul?", nawi terkejut dari lamunan indah dek kerana nurul yang bising dan kelam kabut.

"Ehh.. nawi, kau tolong masukkan seat belt aku ni!! Tak masuk-masuk pulak!!" balas nurul.

"Lahh, kenape tiba-tiba je nak pakai? Tadi bawak laju elok je tak pakai?", nawi menyindir nurul.

"Iskk, kau ni nawi, jangan banyak tanya boleh tak? Kau tak nampak ke depan tu ha!! Ade "speed trap", balas nurul cemas.

"Hahahhaa... baru kau tahu, ingat bawa laju tadi tak tahu nak perlahan dah", nawi senyum penuh sindiran.

Akhirnya, nawi tolong kenakan "seat belt" untuk nurul. Ada kereta yang ditahan, ada yang lepas. Tapi banyaknya lepas. Nurul sedikit gembira melihat banyak kereta yang lepas. Mungkin bukan "speed trap", mungkin cuma pemeriksaan biasa, sangka nurul cuba tenagkan hati.

"Assalamualaikum encik?", polis beri salam.

"Waalaikummussalam", jawab nurul.

Kemudian polis pergi kehadapan kereta memeriksa sesuatu di bahagian depan kereta. Satu buku kecil saiz A4 ditangan polis. Sambil melihat pada buku kecil itu sambil ditenung pada bahagian depan kereta nurul.

"Maaf encik, minta ketepi sana yer". Beritahu polis.

"Hah?? errr kenape encik??", tanya nurul kerisauan.

"Emm no. kereta encik ni ada dalam list kami, lebih had laju. Encik bawa 160 di kawasan had 90", balas polis.

"Alamak", bisik nurul dalam hati. "baiklah encik, saya ketepi", sambung nurul.

Akhirnya nurul disaman RM 300.00 kerana pandu lebih had laju di lebuh raya. Nawi cuma tersenyum sinis seperti menandakan "biar dia tahu, baru dia sedar, orang cakap tadi tak nak dengar, sekarang dah kena baru tau".

RM 300.00 sekali saman. Bayangkan kalau dalam 5 bulan ade 4 saman kesalahan yang sama. RM 300.00 darab 4 = RM 1200.00

Wahh, banyak tu kawan. Ingat senang ke nak cari duit banyak tu. Pastu senang-senang pula bayar saman.

Itulah dia, kisah yang pernah disaman. Lepas kena saman mesti ada rasa menyesal sedikit. Yerlah, duit yang kena keluarkan tu bukan sedikit, banyak. Kebiasaanya yang disaman akan buat surat rayuan minta dikurangkan harga saman.

Hmm... itu lah dia kisah saman dunia.

Kawan-kawan, nanti agak-agaknya bila kita dibangkitkan semula di Mahsyar Allah yang agung untuk menghitung setiap manusia dari zaman nabi Allah Adam hinggalah ke akhir hayat dunia ini, agak-agaknya lah kan, dah berapa banyak SAMAN kita di DUNIA dulu yang kita kena bayar di SANA??!!

Pada hari itu, semua manusia menanti giliran masing-masing. Bila sampai giliran kita, dibukakan buku catitan perbuatan kita di DUNIA yang pencatit nya sentiasa bersama -sama kita tak kira dimana, bila, dan apa ia sentiasa di kiri dan kanan bahu itulah ia Malaikat Raqib dan Atid.

Berapa banyakkah SAMAN kita?? Apakan mampu untuk kita bayar?? Apa ada diskaun pada ketika itu?? Mungkin muflis kita nak bayar SAMAN di SANA!!

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Adakah kamu tahu siapa orang muflis? Jawab sahabat, orang muflis ialah mereka yang tidak ada wang dan harta. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesungguhnya orang muflis daripada umatku ialah mereka yang datang di hari kiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat, sedangkan dia memaki, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka dibahagi-bahagi kebaikannya tadi kepada orang-orang itu. Kalau kebaikannya habis sebelum terbayar segala kesalahannya, maka kesalahan mereka pula dilemparkan kepadanya, kemudian dihumbankannya ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Muga kita semua dijauhkan dari golongan yang disebut dalam hadis ini. Ameen!

Jadi kawan-kawan jom kita sama-sama cek dan pastikan SAMAN kita diSANA tak banyak!! Takut-takut nanti tak mampu nak bayar! Muflis! Jadi kita sediakan SAHAM yang bagus banyak-banyak di DUNIA ini agar dapat kita bayar SAMAN diSANA kelak.

Dengan harapan DISKAUN (Rahmat Allah) turut serta membantu kita diSANA insyaAllah Ameen! ;)

Allah hu'alam...

Disclaimer: Sekadar pandangan peribadi penulis.

Thursday, February 12, 2009

Ate ape ke hay nyer???

Haishh... tak habih-habih lagi ceghite kampong teman nih... ate ape sudahnyer.. teman kat sini pun riso mendengornyer... teman teghang-teghang nyokong Datuk Sri Ir Nizar. Teman memang suke care dier mentadbir.

Udah ler orangnyer tu berpendidikan tinggi, bab-bab agame pun hebat jugak!! Ate ce kome nengok, mane teman tak suke kt die, memang udah die baguih, pastu pulak kawan teman ni kawan pade si anaknyer Nizar ni mase die belajo kat UK dan kawan teman ni pun memang baik sampe kan Nizar ni die panggey uncle je...

Bukan cheghite buat-buat, ini oghang yang keney ghapat dengan die (MB Nizar). Haishh... udah-udah le... teman pun tak tahu ape sudahnye negeghi teman ni... ade yang baik tak tahan lame, sekghang dah ade due MB.. ha sudah...

Sultan, entahler, teman maleh nak ngomen, kang ghamei pulak yang ngate teman ni derhake le ape lagi ler, macam-macam.

Bagi teman, die Sultan ke, Raje ke, President ke tak ade bezenye. Sume same manusia. Tak ade yang lebih baik dari yang lain, melainkan yang bertaqwa pada Allah s.w.t. Haa.. ni bukan teman suke-suke cakap, ni Allah bagitahu dalam Quran tu ha... bace le, ni kome bacenyer idak, lepeh tu cakap suke hati kome, memang tak betoi le jadinyer...

Ate bile mati nanti, malaikat yang menanye dalam kubo nanti tak tanya, " wahai manusia, kamu ada jawatan ape mase hidup? saya penah jadi ini dan itu wahai malaikat"

Haa.. takde maknenyer... Kalo macam tu seghonok ler manusia sume, sume pakat ghamei-ghamei berebut jawatan, pangkat abih macam-macam lagi ler..

adeh.. teman taknak ler ceghite panjang-panjang, udah le tu, cumenye pesan teman pada sape-sape ler dan untuk diri teman jugak, Allah tu Maha Adil Maha kuasa. Allah tak nengok sape kamu, dari mane kamu, keturunan ape kamu, idakk.. Allah tak kesah sume tu, Allah dah bagitahu, sape yang beriman dan bertaqwa akan ade ganjarannya, sebaliknya, paham-paham la sendiri yer..

Baiklah yeop, nak begheti dah...

Salam...

Disclaimer: Sekadar pandangan penulis, jika ada yang tidak suka, maaf.

Tuesday, February 10, 2009

Tak belajar dari kesilapan!

Hah!! kan.. memang inilah satu benda yang sangat susah bagi saya. Tahu ape yang susah tu??
Iskk.. Cakap tak serupa bikin, pandai cakap tak pandai buat, cakap je lebih, sendiri tak buat, cakap boleh lah, buat tak jugak, dan apa apa lagi yang semakna dengannya.

Inilah dia kelemahan saya yang paling ketara. Huh... nak tak nak kena usaha jugak untuk atasi. Huh... macam susah jer... biar lah susah, kena usaha jugak!

Nanti orang cakap ****** Biar jer orang nak cakap apa... takpe... yang penting sendiri usaha dulu... hah...

Baik!

10 tahun kita setia bersama...

Tajuk macam ape jer... Huh..

Dah jumpa akhirnya bridge baru untuk gitar saya. Itu pun secara tak sengaja pergi ke Melaka Sentral hantar ganung balik, kemudian ada kedai musik kat situ yang buka. Jadi dapatlah saya beli...

Dah lama gak nak tukar bridge nih, sebab bridge yang lama terlalu panjang, dan yang kali ni pendek sikit. Tapi tak apa, lebih selesa berbanding bridge lama.

Gitar.. Kenape gitar?? Sebab saya salah seorang yang tergolong dalam golongan suka main gitar. Lama dah main gitar ni, tapi tak ada lah hebat sampai macam jimmy hendrix, santana, eric clapton sume tuh...

Sekadar untuk hiburan. Selagi tak melalaikan, tak jadi kesalahan. Jangan main sampai solat ditinggalkan. Itu memang lah salah. Buat apa pun, main "game" ke, bola ke tapi sampai tinggalkan solat tu dah salah lah.

Belajar main gitar masa "form 3" dulu. Masa tu umur 15 tahun. Waaa, muda lagi masa tu.. :> Zaman gemilang remaja tu. Beli gitar pun minta kat mak. Asalnya mak saya tak bagi, tapi dah lama-lama kena teknik pujuk rayu tujuh petala langit hahahaha... abis... cair terus mak saya.. :D

Dan hingga kini aku setia padaMU gitarku. :D Sampai sekarang saya masih guna dia, tak pernah tukar gitar lain. Tahun ni genaplah 10 tahun kami melayari hidup bersama. Penuh suka duka, pahit manis kami tempuh bersama, dan akhirnya kita tetap setia bersama.. hahhaaa... ape merepek nih, gitar je kot... :D

Ehh.. oke lah oke lah... ada banyak kerja lain nak buat lagi, saje nak update sikit blog nih.

p/s: to ubi dan mong, korang dah bape lame setia?? saya setia 10 tahun tu :> hahaha..

Monday, February 09, 2009

Berprogram, berpesatuan pun ada garisnya...

Salam...

Saya pernah menulis artikel ini pada bulan Disember lepas, dan saya ingin siarkan kembali, atas dasar yang saya kira perlu bagi menjelaskan pada mahasiswa khususnya berkaitan aktiviti berpesatuan atau berprogram yang cukup dekat dengan mahasiswa.

Aktif berpesatuan, berprogram, tetapi itu tidak menjanjikan kita bebas sebebas bebasnya. Kita masih punya peraturan dan paduan yang harus diikuti. Mungkin ada yang berpendapat "oh ni x apa, xde salah apa pun" , "ehh.. ni pun nak asing-asing ke?" , "ehh.. asal program ni dh mcm persatuan islam punya program?"

Friday, December 26, 2008

eh.. kelab ni lagi best!! eh.. yg ni lagi best laa..

Salamun Aleyk'

Jumaat Mubarakah...

Sekali lagi kita dapat bertemu penghulu segala hari. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memebri nikmat ini.

Pelajar baru universiti, pasti ada banyak yang perlu dipelajari dalam mendepani liku-liku hidup yang mendatang. Antara yang paling menarik bila tiba minggu pendaftaran persatuan/kelab. Semua pelajar baru diwajibkan untuk terlibat sekurang kurangnya denagn 1 persatuan.

Sudah pasti ada berbagai bagai jenis persatuan dan kelab yang perlu kita membuat pilihan. Ada persatuan 'language based', ada yang 'interest based', ada juga 'martial art based' dan tak ketinggalan juga 'sport and recreational based'.

Tapi apa kriteria kita dalam memilih persatuan ini? Sudah tentu kita akan pilih yang paling kita sukai. Bagi yang sukakan "martial art' pasti akan pilih silat, judo dsbnya, manakala yang minat pada sukan dan rekreasi pasti akan pilih bola, tennis, atau "outdoor' bagi yang sukakan aktiviti lasak.

Masing masing punya citarsa. Tidak menjadi kesalahan untuk kita memilih apa yang kita suka, namun ia menjadi satu kesalahan apabila Agama tidak menjadi landasan dalam etika berpesatuan. Batasan perlukan garisan yang jelas. Disini ramai jiwa jiwa muda hari ini kecundang.

Saudara, lakukanah apa saja yang kita sukai di muka bumi ini, tetapi jangan pernah lupa! Allah sentiasa pandang kita! Buatlah apa saja, dikiri kanan bahu pasti mencatit dengan teliti setiap gerak geri kita.

Jiwa jiwa muda, mahasiswa mahasiwi, berdiri teguh kita pada jalan Ilahi. Ingatlah, jagalah Allah dan Allah akan jaga kita. Hidup muda hanya sekali, jangan pernah kita rosakkan lagi masa muda ini. Yang berlalu lepaskan ia pergi mudah mudahan Allah ampuni kesilapan itu. Berjanjilah untuk berbakti pada Agama dan diri.

Kepada pemimpin pemimpin persatuan dan kelab, apa yang menjadi perjuangan persatuan kita? Bagaimana cara kita melaksana program persatuan kita? Apapun persatuan yang kita sedang pimpin, perlu ada garis yang jelas untuk memisahkan boleh dan tak boleh.

Jangan kerna sukakan aktiviti yang dilakukan sampai arahan Allah dipinggirkan. Sudah banyak peringatan Allah zahirkan pada kita buat mereka yang mengingkari Arahannya. Ingat...

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin. Dan kelak kamu akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kamu pimpin.”

sabda nabi s.a.w

Sekadar itu perkongsian saya. Kepada yang memimpin, harus memimpin dengan baik. Hasilkan kader kader yang baik. Teladan terbaik, Rasulullah s.a.w. Kepada yang dipimpin, dengar arahan selagi tidak menggadai maruah AGAMA, DIRI, dan KELUARGA!

Allahu a'lam...

~semuga akhir kita khusnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan minta jauh dari su'ul khatimah (pengakhiran yang buruk)~

Jadi timbang-timbangkanlah dengan baik. Kawan, hidup kita ini sekejap sahaja. Entah esok, entahkan lusa kita mati. Apa yang kita akan persembahkan pada yang Esa?

Jangan pula diambil mudah urusan ini. Pelajari baik-baik, fahamkan baik-baik, jika tak tahu kita bertanya kerana sesat jalan jika malu bertanya. Bukan boleh kita suka-suka mengatakan "ini tak salah, itu boleh, apa salahnya".

Al- quran itu jelas, Sunnah Baginda itu juga jelas. Jangan sampai hukum Allah kita pertikai. Jangan Sunnah Baginda kita memperolokkan.

Allah hua'lam...

Discalimer: Sekadar peringatan buat saya dan yang ingin tahu. Maaf jika ada yang tak suka.

Saturday, February 07, 2009

Sibuk berpolitik, apa nasib kami??

Salam,

Sekarang ni memang sedang hangat orang bercakap tentang Perak. Popular sekejap negeri kelahiran teman ni. Femes yeop!! Kuala Kangsor udah jadi macam ape haa... Penuh orang kat sana wehh.. huu..

Tetapi, sayang sekali, negara kini dalam kemelut ekonomi yang sangat meruncing. Berpuluh-puluh ribu pekerja dibuang kerja, Beratus-ratus kilang ditutup. Antaranya "Giant Company in the world" seperti Panasonic, Intel, dan banyak lagi.

Pakej rangsangan ekonomi RM 7 billion yang diumumkan belum pasti memberi kesan pada negara amnya dan rakyat khasnya. Itu pun entahlah bagaimana, kerana orang yang bertanggungjawab sedang sibuk mengatur strategi Perak.

Mantan PM pula berpendapat negara memerlukan RM35 billion untuk keluar dari kemelut ekonomi global ini. Tetapi beliau tidak boleh buat apa-apa, hanya boleh beri pandangan kerana kuasa bukan lagi ditangannya.

Mungkin kakitangan kerajaan tidak terlalu merasai kesan ini, begitu juga pensyarah-pensyarah Universiti yang tidak berhadapan dengan pembuangan kerja, makanya banyaklah masa mereka untuk bual bicara politik ini.

Namun bagi pekerja-pekerja sektor swasta yang sedang berdepan kemelut ekonomi global ini, pastinya kurang masa untuk memikirkan apa yang berlaku di Perak ini berbanding masa yang mereka gunakan dalam mencari penyelesaian berhadapan budaya buang pekerja dalam ketidakstabilan ekonomi hari ini.

Antara mereka yang tidak terlepas ialah Ibu saya sendiri. Setiap hari dibayangi "syndrome" buang kerja. Hinggakan emak saya pulang ke Perak pun dia tidak terlalu ambil tahu akan perihal politik disana. Yelah, apa yang memberi keuntungan pada mak saya berkaitan politik Perak berbanding menanti hari yang bakal menetukan dia masih bekerja atau tidak?

Tapi itu tidak apa-apa. Rezeki ada di mana-mana. Tidak perlu digusarkan sangat. Cuma berharap, ahli-ahli politik jangan terlupa pada dasar perjuangan mereka.

Apa-apa lah. Biar mereka terus berpolitik asal jangan RAKYAT terus derita. Bak kata pepatah, jangan sampai

"Menang sorak kampung tergadai"

Disclaimer: Sekadar pandangan penulis menukilkan luahan hati pekerja yang berhadapan terus kesan ekonomi global.

Thursday, February 05, 2009

Bergoncang lagi politik kita??

Politik Malaysia bergolak kembali dan kini ia di negeri lahir tumpah darahku, Perak. Tak mahu bicara soal itu. Biar saja ahli-ahli nya terus juang pada hemat merekalah yang benar. Ingatan saya, pada teman-teman, indah sekali bicara politik ini.

Seperti orang yang lapar, dijamu pula ayam goreng, pasti tak mahu berhenti bukan, sampaikan kantung isi rasa seperti sudah mahu pecah, baru tersedar dari kekenyangan. Begitu juga kita, pasti banyak yang kita akan perdebatkan, persoalkan, diskusi, cerita-cerita kontroversi ala paprazzi, dan banyak lagi.

Namun, dalam asyik kita bicara, perlu ada caranya. Ada batasannya. Setiap itu terjadi pada tempatnya, jadi pasti juga ada cara urusnya. Biar kita benar menyatakan fakta-fakta kukuh menunjangi dasar hujah kita, tetapi perlu pada kesantunan dan kesopanan.

Jangan sampai, kita yang bercakap kotor. Jangan sampai kita yang bicara kurang ajar. Jadinya begitu, sama saja kita bukan. Hati-hati teman-teman. Semuga aib kita juga Allah lindungi di Sana nanti, Ameen!

Disclaimer: Sekadar ingatan untuk diri saya, dan juga harapan untuk teman-teman agar sama-sama kita usaha!

Tuesday, February 03, 2009

Ape?? KFC?? Oppsss.. Sorry... now RFC!! :D

Wauu... sedapnyer... nyumnyumm... tak main la hingga menjilat jari, sekarang dah tukar, hingga termimpi-mimpi, andai tak dapt tak tidur malam, mandi tak basa tidur tak lena, eh ape ni... dah melalut lak..

Haa ni nak bagitau, ramai juga yang dah tahu, terutama orang belah utara, memang dah "familiar"sgt dah...

Memperkenalkan...

RADIX FRIED CHICKEN!!! dan RADIX COLA!!!!

Woooo.... jadi kawan-kawan, tak ada alasan lah, kalo tak makan KFC macam mana? saya dari kecik mak ayah saya dah ajar supaya mkn KFC!! Asal bukak mata je dulu, terus mak suapkan KFC Nugget tu... KFC dah mendarah daging dalam hidup saya.



Pastu bila dahaga, mak saya amik botol susu saya, dia masukkan coca cola bagi saya. Jadi saya membesar dengan benda-benda macam ni. Abang faham tak??!!



Abang faham dik!! Faham!! Amboi, gila omputih maka ayah ko... dari kecik dah ajar macam tu ek..

Jadi nak boikot ni susah la abang, lainlah kalo ade "subtitute product" cewah.. "term business" skit...

Haa.. sekarang dah ada... tu yang dua makanan keluaran orang tempatan, muslim lagi... Kalo nak tahu, di Sg. Petani, kawan abang cakap, memang penuh gila RFC tu... Sampai KFC tu tak ramai orang nak pergi dah... haa... kan.. sedap dikk!!



Owhh.. ekk.. baik baik, saya bertukar sekarang!! Sambil memboikot!!! Sambil membantu ekonomi rakyat sendiri!! Sama-sama muslim pulak tu. Bagusnya...

Cuma RFC sekarang ni hanya boleh didapati di Sg. Petani dan Alor Star sahaja. Jadi kami merayu pada pihak HPA agar dikembangkan lagi RFC ke seluruh negara secepat mungkin. Pihak kerajaan pun tolonglah bantu mereka percepatkan segala usaha pengembangan syarikat ke seluruh negara!!!
Ini antara website yang korang boleh lawati. Tengoklah sendiri, hasil produk muslim. Memang hebat!! Jadi tiada alasan lagi yer dikk.. Cuma untuk orang sebelah selatan, pantai timur, K.L, dan juga perak, kena sabar skit yer. Harap HPA akan cepat-cepat melebarkan sayap mereka.

http://hpa.com.my/09/
http://radixfriedchicken.webs.com/


Sunday, February 01, 2009

kelas? kuliah?

Kelas, kelas, kelas, kelas... Untuk makluman semua, saya baru sahaja berhenti kerja, dan kini menyambung pengajian di MMU Melaka bumi bertuah.

Setelah hampir 3 minggu saya berehat selepas berhenti kerja, kini perlu ke kelas semua. Pada adik-adik, belajar rajin-rajin. Jangan malas-malas. Saya yang dah berkerjaya ni pun sanggup berhenti kerja dan sambung semula belajar.

Betapa indahnya dunia pelajar ni, bak kata orang putih "student life". Jadi belajar rajin-rajin yer. Jangan nak malas-malas!! Jangan nak menggatal lagi!! Umur baru nak matang, hingus pun kadang-kadang ade lagi, belajar dulu!

Lainlah orang yang dah kerja dan berhenti sambung belajar. Itu kes lain, ade "excuse" kalau nak maju lebih setapak ke depan. Hahahaha....

~Jom Belajar~