Thursday, July 30, 2009

Prioritas~

Medan amal itu amat luas. Dimana - mana pasti punya cara beramal.
Kerja juga satu medan amal. Bekerja dengan amal atau beramal dengan kerja?
Meminjam kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.
"Jangan mencari kerja melebihi kepentingan dakwah"
Mencari kerja sekadar secukupnya. Sekadar alat penerusan hidup.
Bukan mengejar dunia yang tak kan pernah puas.
Qudwah baginda saw sebaik panduan.
Boleh saja baginda kaya raya.
Tapi qudwah dipamerkan.
Dakwah baginda yang terutama.
Dunia sekadar di tangan.
Tak pernah masuk dalam jiwa.
Agar tidak menjadi wahan.
Inilah ia suri teladan.
Terbaik sepanjang zaman~

Monday, July 27, 2009

Bukit Beruang Bahhhh!!!

Alhamdulillah, seawal subuh hujan turun mencurah-curah tidak henti membasahi bumi sekitar Ayer Keroh. Bukit beruang juga tidak terlepas dari dibasahi rahmat hujan. Menjengah jam 10.00 pagi, hujan semakin lebat. Air mencurah lebih banyak.

Sehinggalah ke saat ini, 4.23 petang, hujan masih lagi berterusan namun renyai-renyai. Semakin reda lebatnya berbanding pagi tadi. Saya berkesempatan melakukan tinjauan ke kawasan sekitar Bukit Beruang. (Praktis untuk riki Aceh :D)

Hampir 8 tahun saya bermastautin di Melaka sejak tahun 2002, ini kali pertama banjir saya lihat banjir teruk berkalu di Bukit Beruang. Sebelum ini pun dah banjir banyak kali, namun ini yang terhebat dalam tempoh 8 tahun saya jadi orang Melaka. (Oppss.. betul ke dah jadi org melaka :D)

Kawasan taman bukit beruang utama, iaitu rumah lama saya sebelum berpindah ke MITC, ditenggelami air keseluruhannya. Ada yang air di paras buku lali, ada yang paras lutut dan dengarnya ada juga yang sampai ke paras pinggang. Wah... ini dah jadi sungai baru.

Taman melawis juga turut sama jadi sungai hari ini. Malah ke paras pinggang. Saya kira ini kawasan yang peling teruk kena. Polis, Bomba, JPA3, wartawan TV dan bot-bot penyelamat semuanya telah bersedia di sekitar taman-taman ini. Taman melawis saya menjadi tumpuan bot-bot penyelamat melalui tinjauan saya tadi.

Antara rakan-rakan,sahabat-sahabat kita yang terkena ujian air bah ini ialah, abang khair, abang naka, rubiah, kak najmin dan ramai lagi. Kami doakan kalian semua selamat dan bersabar yer. Barang-barang yang tidak dapat diselamatkan tidak mengapa. Yang pentingnya keselamatan kalian semua.

Sekian dulu laporan terkini. Berita lain akan menyusul kemudian sekiranya ada perkembangan terbaru.

Allah Mustaan. Bersangka baik pada setiap ujian Allah. :)

Dusta Dalam Bercinta~

Imam Ghazali rhm berkata:
Barang siapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta.

Barang siapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta.

Barang siapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pedusta.

Barang siapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pendusta.

Barang siapa yang mengaku cintakan Allah tetapi keluh-kesah dengan ujianNya, maka dia adalah pendusta.

Tuesday, July 21, 2009

futur...

Memang berat untuk pikul amanah ini. Berat mata yang pandang, berat lagi bahu yang galas. Masalah peribadi, tekanan suasana, kekurangan diri sendiri, dan bermacam lagi.

Semua kita punya halangan tersendiri. Tak ada seorang pun antara kita terlepas dari ujian ini. Tapi apa ini beerti FUTUR harus hadir dalam diri??

Teman-teman yang dihormati, jangan beri ruang untuk FUTUR ini beraja didalam hati. Seperti yang baginda SAW pernah bersabda "umat akhir zaman ini bagai buih2 di lautan".

Benar teman-teman. Umat akhir ini ramai, namun kualiti amat mengecewakan. Kita juga mungkin tidak terlepas. Insan tetap seorang yang akan melakukan kesilapan.

Namun, cepat-cepat kita bangun dan buangkan FUTUR dalam hati ini agar ia tidak sempat bersarang dan meraja di hati.

Carilah rakan-rakan yang mengajak pada kebaikan, pergilah ke tempat-tempat yang membina kekuatan hidup bertuhankan Allah swt, berkata-katalah perkara yang menzahirkan ciri-ciri mukmin beriman.

Saya juga terkadang timbul rasa FUTUR, tapi jangan benarkan ia terus bersarang. Pantas dan bingkas bangun kesampingkan ia jauh dari hati. Agar ia tidak terus beraja.

Manusia perlu pada ingatan, kerana lupa itu sifat insan. Ayuh teman-teman, jangan FUTUR di jalan ini.

Jalan ini jalan yang panjang, cekalkan jiwa harungi cabaran. Andai terasa FUTUR mula bersarang, cepat-cepatlah ubati dengan tenang.

Yakinlah pada janji Tuhan semesta alam, bagi mereka yang bantu urusan akhirat, maka Allah bantu urusan dunia mereka.

Allahu a'lam~

Disclaimer: Untuk diri sendiri dan sekadar tulisan peribadi.

Friday, July 17, 2009

The Return of Aceh~

Salam... haaa... dulu saya buat entry tentang Aceh, ade gak insan2 yang tidak dikenali dok tanya macam mana kalo nak join program aceh...

ha ni dia.. sape2 yang berhajat sila lah click kat sini yer...

Aceh 4 Recruitment Drive
!!!! <-

Semoga Berjaya!!!

All the Best to All!!!


:)

Thursday, July 16, 2009

semalam, hari ini dan esok~

Sampai bila kita mahu asyik berkata " saya ni banyak lagi dosa". Sampai bila kita mahu berkata "belum sedia lagi". Sampai bila kita asyik " nanti la dulu yer".

Saudara, kita tahu "SAMPAI BILA KITA HIDUP??"

Bila ajal sudah sampai ke hujungnya, tiada lagi kata taubat yang diterima. Ambillah kisah Firaun iktibar buat kita. Di saat laut merah menenggelamkan semuanya, nyawa sudah sampai ke halkum, maka kata-katanya "aku percaya pada Tuhan" sudah tidak memberi apa-apa makna.

Saudara, kita manusia. Manusia itu tidak maksum sifatnya kecuali Rasulullah SAW yang terpelihara dari segala dosa.

Kita juga digelar insan. Insan tetap seorang insan. Akan tetap melakukan kesalahan. Tapi apa ini beerti kita tidak punya peluang dan masa untuk berubah?!

Ya, kita punya! Cuma kita yang tidak berusaha. Bangkitlah, dan segeralah berusaha untuk berubah!

Semua kita punya sejarah silam. Namun ia sekadar sebahagian coretan kisah hidup kita. Terus mara, lakarkan sejarah baru.

Sejarah yang penuh gemilang dengan warna-warni Islam yang indah dan cantik. Muga-muga Allah suka pada usaha kita.

Dihapuskan segala dosa-dosa lalu. Allah itu Maha Pengampun!

Ayuh kita teruskan susunan langkah kaki ini menuju CINTA dan KASIH Allah :) Membina umat yang kembali pada Islami.

Tuesday, July 14, 2009

gambar2 sekitar PKD di Kg. Org. Asli Sg. Melut, Dengkil~

Yg berdiri pakai baju oren berdiri, nama dia sa arsan..dan yg duduk tu abg salim, dua2 dr kemboja, srg lg tu mazlan, ex-stu UiTM~

haa.. tngk tu, yg dpn tu syakir, yg blakang tu zuhdi, tgh ajar kami menari poco2.. dua2 ni ikhwah UniKL-MIAT...


derang ni sume mmg suka bergambar... oke, peaceee sumeee.. :D ~

tarikkkkk!!! tarikkkk!!! 1st round kami kalah, 2nd round kami menang, 3rd round kami bg can la kt drg.. hahaha...~
cpat dikk.. bwk air tu leklok.. jgn kasi tumpah... skit lg nk penuh nih.. :)

terima kasih dan tahniah pada pemenang2!! ( belakon jek, x mng pape pn ) :p

ha tngk tu... belakon pn agak2 la, smp 2 haidah skali hang dpt.. haha..

hooobbbbb... mcm ni tiup dik!!!

anak2 org asli, kg. sg. Melut, dengkil.. ramai.. sumenye suke bergambar~

yg pakai jacket tu nama rashid, sebelah dia azmi, dua2 tu staff JAKIM.. yg blakang tu baju hijau x knal, mai mana tah.. yg sblah tu hmmm :> heheh..

Sunday, July 12, 2009

Laporan penuh...

Sila rujuk blog hamdan untuk laporan Program Kembara Dakwah 09 ( PKD 09) http://khallys.blogspot.com/

sumber diambil daripada blog salah seorang perserta dari KLIUC.

Sunday, July 05, 2009

laporan PKD...

Alhamdulillah...

Selesai program kat kg. Org Asli, dengkil. Menarik gak... Mula jam 9.00 pg, lebih kurang la, gerak ke sana, kemudian mula dgn xtvt sukaneka.

Ada banyak gambar2 best2 nih.. tp x bole upload lg sbb lupa bwk cable nk transfer gambar :D, nanti la yer..

Sambil2 sukaneka, ade pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma. Saya pun cek la, :D Alhamdulillah... NORMAL!! SEHAT!! segala puji dan syukur hanya milikNya.

Sebab apa kena syukur? Sebab bila2 masa je Allah bole amik balik sume nikmat nih, jadi bersyukurlah sementara masih diberi nikmat nih =)

Lepas tu mkn tgh hari, solat, kemudian kami pecah ikut kumpulan kami. Masing2 bwk srg satu bungkusan plastik, berat lebih kurang 4 kg hohoho...

Kami kena ziarah dari rumah ke rumah, bagi bungkusan yg berisi brg2 mkn, biskut, gula, tepung dll. Sambil2 bg brg tu, ustaz2 jakim yg mengiringi kami sempat la gak dakwah skit2.

Sebabnya, kebanyakan org asli disini masih belum ade agama apa2 lagi. Ade sorang makcik tu, dia cakap apa tau? Dia cakap "tunggu la dulu, hati belum terbukak lagi, pintu tertutup lagi"

Heheh.. InsyaAllah, kami doakan Allah beri hidayahNya pada makcik yer :D Kemudian selesai sume lebih kurang jam 5.30 petang.

Kumpulan saya paling last abis, sbb kami kena pergi umah yg jauh.. huhuhu.. kurus saya mcm ni, bwk 4 kg nye bungkusan, jalan jauh lak tu. Tapi tetap sempat mkn durian :D

Saya pulak tah mcm mana bole sekumpulan ngan hamdan sepanjang program ni. Tapi hamdan mcm biasa la, guna taktik selamat, dia bagi bungkusan dia awal2 lagi, jadi tak payah nak usung lama2, cesssss...

Skang ni dh ade kt ILIM dah, kat dalam bilik saya yang tenang damai dihembus angin sepoi2 bahasa sambil ngadap highway PLUS ni :D

Kalau sape yg slalu gune highway, mesti dia perasan ILIM, tepi highway besar2 dia tulis. Haaa.. nmpk tngkap terbukak, ting 4, tu la blik saya n hamdan.

Oke la, setakat ni je dulu laporan program Kembara Dakwah. Nak rehat, letih2.. Malam ni ade tayangan video ape tah.. huuu..

Oke..

Salam~

Saturday, July 04, 2009

jadual si penganggur :D

Alhamdulillah, luncheon Aceh berjalan dengan baik. Ramainya komiti Aceh 1,2,dan 3 berkumpul bermula jam 12.00 tgh hari tadi hingga jam 7.00 petang.

Ada yang datang dari Melaka, dari K.L, Bangi, Rawang, yang sudah bekerja, yang baru habis belajar, sedang 'practical' dan yang masih belajar semua ada.

Tapi ada juga komiti Aceh 1,2 dan 3 yang tak dapat hadir atas faktor komitmen kerja, family dan ada juga faktor jarak.. hehe.. maaf ya Amir, kamuk jauh sangat di Sarawak.

Dengan tema yang encik director reka cipta bersama-sama penasihat program "from luncheon to beacheon", tah ape ape maknenye beacheon tu ha?? :D

Apapun, setinggi-tinggi syukor kita panjatkan pada yang maha Esa, kerana atas keizinanNya maka kita semua dapat berkumpul bersama-sama. Alhamdulillah =)

Saya pulak, huhhh..memang, memang tengah menganggur.. huhuh.. sementara tunggu panggilan kerja nih, jadual penuh.

Ni la namanya penganggur bermanfaat :D banyak benda kena buat nih.. huuu.. ni jadual saya setakat ni la..

26~28 Jun 2009
TEAM CAMP di Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Tg. Bidara,Melaka
(MMU)


3~10 Julai 2009
Kembara Dakwah Belia-belia Malaysia 2009
Jakim dan ILIM
Selangor~Perak~Negeri 9~Kedah
(Wakil PEMBINA)


4 Julai 2009
Luncheon to Beacheon, Aceh
PD, Negeri 9
(Aceh)


11-12 Julai 2009
Family Day ISMA
PD, Negeri 9

Haaa.. tu la dia serba sikit. Tau kenapa jadual ni disusun supaya padat. Sebabnya, time2 skang ni kena cari banyak2 program yang makan free :D hehe.. maklumlah, sedang terputus sumber, bekalan.. heh..

Takde lah, memang betul makan free, tapi bukanlah itu nawaitu utama saya. Bila banyak program macam ni, masa terisi, dan dpt la jugak ilmu2 yg bole guna pakai =)

Tu je la serba sikit. Ni esok nak ke Dengkil lak, ke kg orang Asli, huhu... jumpak kamuk sanak situk samek kulap :D (test2 bhs org asli) :p

Oke..

bersambung lagi di laporan akan datang.... =)

Wednesday, July 01, 2009

jangan lupa mereka~

Sunyi seketika cerita saudara kita di sana.
Tapi sebenarnya tidak... Masih ramai yang aktif membantu mereka. Siapa saudara tu?
Nun saudara kita di Palestin. Mereka masih berjihad pertahankan Tanah Suci kita semua ,umat Islam.

Tak kurang juga jiran sebelah rumah kita. Baru - baru ni dikejutkan dengan berita pembunuhan berdarah di dalam Masjid. Doakan mereka!

Palestin. Walau di asak, di hantam, di injak-injak, namun jiwa-jiwa rakyatnya bebas merdeka. Tidak ada ketakutan pada hati mereka. Biar kebal manapun kereta besi yang datang, biar hebat manapun burung besi yang datang.

Satu inci dari tanah ini tidak rela di biarkan mereka ambil.

Inilah suri teladan negara, pimpinan dan rakyat yang punya cukup sifat untuk meletakkan Islam kembali pada tempat asalnya.

Teruskan usaha kita dari kejauhan. Jangan pernah kita lupa pada saudara kita yang ketika ini sedang memberi nyawa mereka demi Agama. Walau di mana jua mereka.

Doakan mereka dalam setiap solat kita.

Mereka saudara kita~