Thursday, March 04, 2010

manusia, kemanusiaan dan berperikemanusiaan...

Hmmm.... kebelakangan ni banyak kes2 diluar batas kemanusiaan berlaku. Pembunuhan kanak2 secara kejam, pembunuhan warga emas tanpa belas kasihan, pembunuhan ahli keluarga melebihi sifat kebinatangan dan berbagai lagi...

Apa sudah jadi pada dunia hari ini?

Jelas sekali nilai-nilai kemanusiaan yang hidup bertuhan telah hapus ditelan nafsu hasutan kesyaitanan.

Masakan haruan makan anak? Ibu ayah dicincang bagai daging di pasar?

Nilai apakah ini?? Siapa mengaku bertanggungjawab??

Apa benar hari ini kita hidup dalam sistem yang mempunyai nilai2 kemanusiaan??

Jika benar, mengapa suasana hari ini huru hara dengan berita2 yang meruntun jiwa??

Telah hilang kemanusiaan dari jiwa seorang manusia. Siapa yang perlu disalahkan?

Jawapannya kita semua, kerana semua berperanan membina semula nilai2 manusia yang hidup bertuhankan Allah swt.

Sampaikanlah walau satu patah kata yang bermanfaat, walau ia hanya pada seorang manusia. Sampaikanlah.

Kalaupun tidak dengan contoh, dengan lidah, kalaupun tidak dengan jari jemari pun memadai. Guna teknologi sebarkan khabar baik buat manusia.

Agar kembali berperikemanusiaan. Hatta haiwan pun sayangkan anaknya, masakan manusia berperikemanusiaan.

Sampaikan.


Disclaimer: Untuk ingatan diri sendiri dan yang sudi diingatkan
.