Monday, May 30, 2011

Walimatul Urus

Assalamualaikum wbt.

Dengan penuh rasa hormat dan kesyukuran, kami...

Nurul Aizam Zaini & Nawwar Wafaa Sulaman,

Ingin menjemput hadirin ke majlis walimah kami bagi meraikan pernikahan kami pada 26 Jun 2011 di Ayer Keroh dan 02 Julai 2011 di Beruas.

Majlis Pihak Perempuan:

26 Jun 2011(Ahad)
bertempat di Tomyam Klasik, Lot 48, Jln. Sg. Putat
75350 Melaka
dari 12 tgh hari hingga 4 ptg

Majlis Pihak Lelaki:

02 Julai 2011 (Sabtu)
bertempat di Kg. Pengkalan Damar
32700, Beruas, Perak
dari 12 tgh hari hingga 4 ptg


Diharap para hadirin dapat RSVP kepada jemputan kami ini di Facebook atau laman web walimah untuk menyatakan kehadiran kalian untuk memudahkan kami merancang majlis. Semoga majlis walimah yang diadakan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.
---
“ Baarakallahu laka wa baarakaa ‘alaiyka wa jama’a baiynakumaa fii khoir”
“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.”
(Riwayat Abu Dawud)

p/s: Kepada sesiapa yang ingin dapatkan kad kahwin, sila emailkan kepada saya "Kad Kahwin" ke alamat email berikut: aizzam@gmail.com

Sunday, May 29, 2011

stronger...

Oh Allah...

Makes me stronger!!!

Ameen!

Saturday, May 21, 2011

Topeng Dai'e

Mungkin orang ramai melihat aku baik
Atau mungkin juga ada yang menganggap aku ini contoh
Kerana aku selalu memberikan nasihat pada mereka
Kerana aku sering mengucapkan kata-kata yang memuji Allah swt
Aku juga selalu dilihat bersama-sama mereka yang suka pada kebaikan
Malah, ada ketikanya aku diundang untuk menyampaikan ingatan Allah pada mereka
Aku dengan mudah sekali berkata-kata, memberi ingatan dan mengajak mereka pada kebaikan

Namun...
Hanya Allah saja yang tahu
Betapa hati ini kotor!
Betapa jiwa ini hina!
Terpalit dengan dosa dosa
Penuh kerosakan di dada
Tiada siapa tahu
Tiada siapa tahu
Sungguh hina
Lebih hina dari mereka yang tidak tahu apa-apa
Kerana dia tahu, perbuatannya Allah murka

Sampai bila...
Bilakah masanya mahu berubah sepenuhnya...
Masa akan terus berlalu tanpa meninggalkan sisa
Pengakhiran semakin hampir
Kerana esok belum pasti buat kita
Segeralah!!!
Segeralah bangun dan berubah!!!
Sementara Allah masih pinjamkan sedikit waktu
Agar sesaat yang diguna untuk Allah, bisa membantu ketika disana...

Tanggalkan topeng itu, binalah dirimu perlahan-lahan
Walau sedikit, ia lebih bermakna, kerana itu adalah kamu...

Sunday, April 17, 2011

Menjadi Diriku...

Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya


Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Sebuah lagu yang cukup beerti untuk dihayati :)

Thursday, April 14, 2011

Refleksi diriku...

Bagaimana mungkin Daulah Islamiyyah dikembalikan, sekiranya mereka (ahli-ahli) jemaah Islam masih lagi melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan. Astagfirullah...

Ya Allah, ampunkanlah aku!

Wednesday, April 06, 2011

melodi dan memori

Perlahan - lahan rasa ingin kembali menulis di blog hadir. Jujur saya semakin malas menjenguk blog sendiri.

Tetapi hadir satu daya untuk kembali menulis. Pernah dalam tulisan saya sebelum ini, saya menceritakan tentang lagu/irama/melodi.

Bagi saya, setiap lagu itu berkait rapat dengan suasana atau pengalaman peribadi. Lagu A menginagtkan latar cerita ketika di situ.

Lagu B pula menceritakan gambaran ketika di sini. Begitu seterusnya lagu-lagu yang mempengaruhi setiap pengalaman hidup saya.

Dan kerana itu juga, lagu membangkitkan rasa ingin menulis di blog ini. Di satu sisi bagus kerana memberikan motivasi, namun di satu sisi yang lain, ia adalah satu bentuk kebergantungan yang tinggi pada faktor-faktor lain.

Bila tiada lagu yang menginspirasikan diri, maka tak menulis? Tak kisahlah. Asalkan blog ini masih ada isinya walau 1 cerita 1 bulan.

Jangan tinggal terus. Ok, mengantuk... Selamat malam.

Thursday, March 31, 2011

Mulakan hari ini...

5 tahun lalu, 10 tahun lalu 15 tahun lalu... Ya benar semua orang miliki kisah silam tersendiri. Masing-masing dengan ceritanya.

Ada yang baik, ada yang kurang menarik, ada gembira ada duka dan berbagai lagi kisah. Ia kini dalam lipatan sejarah hidup setiap insan.

Tetapi apakah wajar, kehidupan lampau menghantui kehidupan masa kini yang bakal mencorakkan masa hadapan?

Jika kisah silam itu sesuatu yang baik, maka ambil ia sebagai bekalan untuk terus memperbaiki diri.

Namun, jika kisah silam itu suatu yang merugikan, jadikanlah ia sebagai sempadan. Jangan biarkan ia menjadi alasan untuk kita terus menyalahkan diri.

Terus jalani kehidupan dan sentiasa perbaiki diri. Tiada siapa yang mampu untuk memperbaiki kisah lalu. Tetapi semua insan mampu untuk memulakan kisah baru dan menentukan kesudahan yang bagaimana diinginkannya.

Yesterday is a History
Tomorrow is a Mystery
But today is a Gift
That is why it is called the Present!

Jom mulakan kisah baru hidup kita. Jadi insan berguna pada semua manusia, haiwan, benda dan apa saja dan paling penting, Hamba yang bertakwa!

Monday, March 21, 2011

hujung minggu MAC!

Bulan ni sangat banyak ke sana-sini. Hujung minggu tak boleh rehat-rehat di rumah. Anyway, tetap memuaskan.

Hujung minggu pertama, perkhemanan PEMBINA, hujung minggu kedua, majlis perkahwinan di Langkawi, hujung ketiga majlis perkahwinan di perak dan shah alam dan hujung minggu terakhir, majlis perkahwinan di perak juga.

Ramai pulak orang kahwen yer :)

Monday, February 28, 2011

Update

Bulan Febuari...

Sabah tetap menawan!

Enjoy da pictures... http://www.facebook.com/home.php#!/album.php?aid=44271&id=100000660844081

Sunday, January 09, 2011

Siang Malam beribadat! Bagus ke??

Terlalu sibuk nak cantikkan rumah sendiri, tambah marmar, buat landskap cantik2, bina kolam ikan, beli perabot baru, buat itu, buat ini, tapi akhirnya, bammmm... BANJIR melanda setinggi 2 meter.

Habis semua yang kita usahakan tu. Sia-sia sahaja. Sebab hanya fikir untutk rumah sendiri tapi terlupa masalah di luar sana yang lebih parah.

Mungkin itulah umpamanya orang yang begitu kuat beribadat. Setiap malam tahajjud. Puasa sunat tak pernah tinggal. Solat sunat pun tak tinggal. Begitu juga Al-Quran, hebat sekali.

Salah kah semua tu? Tak! Malah itulah yang dituntut! Alhamdulillah kalau ini yang kita amalkan. Tetapi....

Amatlah rugi, bagi orang seperti itu? Kenapa?

Rugi bilamana dia hanya buat semua kebaikan itu untuk dirinya. Ibadat siang malam pada Allah hanya untuk dirinya.

Bagaimanalah agaknya, jika Risalah Islam ini Allah turunkan pada Nabi S.A.W, tetapi baginda amalkan hanya untuk diri baginda sahaja, apakah Islam akan sampai pada kita hari ini? Apa mungkin Islam tersebar luas hingga menguasai Dunia di zaman Abbasiyah?

Tidak mungkin! Tidak mungkin berlaku seperti itu!

Ini semua berlaku bilamana Baginda S.A.W memahami tuntutan Risalah ini perlu di sampaikan. Mengajak orang ramai kepada kebaikan.

Menyeru umat ini pada kefahaman Islam yang sebenar. Menyuruh meninggalkan kemaksiatan. Bersungguh-sungguh sampaikan Risalah ini pada sesiapa sahaja.

"Balighu Anni Wal'ayah"
-Sampaikan dariku walau sepotong ayat-
Riwayat Tarmidzi

Jadi... jom kita ajak orang buat kebaikan bersama-sama. Jangan hanya kita yang beramal siang malam, tetapi lupa pada rakan taulan dan saudara kita.

Wednesday, January 05, 2011

Melayu ke Islam?

Sesetengah orang begitu jelik mendengar perkataan "Ketuanan Melayu". Slogan ini seperti merobek-robek jantung mereka.

Begitulah hinanya slogan "Ketuanan Melayu" hatta "Melayu" juga kadang-kadang terkena tempias.

Baik. Kita tinggalkan slogan itu sendirian.

Kerana yang paling utama hanya satu iaitu "Islam". Ini yang sepatutnya dilaungkan.

Alhamdulillah syukur. Tapi sayang... Kenapa?

Jangan cuma kuat laungkan "Islam" tapi selalu tertewas subuh di tilam empuk, jarang sekali bersama di saf utama.

Jangan hanya kuat laungkan "Islam" tapi jarang-jarang nampak di Rumah orang Islam.

Saya juga begitu. Jangan hanya pandai menulis tapi tak pandai buat!

Disclaimer: Pandangan peribadi penulis.

Saturday, January 01, 2011