Sunday, January 09, 2011

Siang Malam beribadat! Bagus ke??

Terlalu sibuk nak cantikkan rumah sendiri, tambah marmar, buat landskap cantik2, bina kolam ikan, beli perabot baru, buat itu, buat ini, tapi akhirnya, bammmm... BANJIR melanda setinggi 2 meter.

Habis semua yang kita usahakan tu. Sia-sia sahaja. Sebab hanya fikir untutk rumah sendiri tapi terlupa masalah di luar sana yang lebih parah.

Mungkin itulah umpamanya orang yang begitu kuat beribadat. Setiap malam tahajjud. Puasa sunat tak pernah tinggal. Solat sunat pun tak tinggal. Begitu juga Al-Quran, hebat sekali.

Salah kah semua tu? Tak! Malah itulah yang dituntut! Alhamdulillah kalau ini yang kita amalkan. Tetapi....

Amatlah rugi, bagi orang seperti itu? Kenapa?

Rugi bilamana dia hanya buat semua kebaikan itu untuk dirinya. Ibadat siang malam pada Allah hanya untuk dirinya.

Bagaimanalah agaknya, jika Risalah Islam ini Allah turunkan pada Nabi S.A.W, tetapi baginda amalkan hanya untuk diri baginda sahaja, apakah Islam akan sampai pada kita hari ini? Apa mungkin Islam tersebar luas hingga menguasai Dunia di zaman Abbasiyah?

Tidak mungkin! Tidak mungkin berlaku seperti itu!

Ini semua berlaku bilamana Baginda S.A.W memahami tuntutan Risalah ini perlu di sampaikan. Mengajak orang ramai kepada kebaikan.

Menyeru umat ini pada kefahaman Islam yang sebenar. Menyuruh meninggalkan kemaksiatan. Bersungguh-sungguh sampaikan Risalah ini pada sesiapa sahaja.

"Balighu Anni Wal'ayah"
-Sampaikan dariku walau sepotong ayat-
Riwayat Tarmidzi

Jadi... jom kita ajak orang buat kebaikan bersama-sama. Jangan hanya kita yang beramal siang malam, tetapi lupa pada rakan taulan dan saudara kita.

Wednesday, January 05, 2011

Melayu ke Islam?

Sesetengah orang begitu jelik mendengar perkataan "Ketuanan Melayu". Slogan ini seperti merobek-robek jantung mereka.

Begitulah hinanya slogan "Ketuanan Melayu" hatta "Melayu" juga kadang-kadang terkena tempias.

Baik. Kita tinggalkan slogan itu sendirian.

Kerana yang paling utama hanya satu iaitu "Islam". Ini yang sepatutnya dilaungkan.

Alhamdulillah syukur. Tapi sayang... Kenapa?

Jangan cuma kuat laungkan "Islam" tapi selalu tertewas subuh di tilam empuk, jarang sekali bersama di saf utama.

Jangan hanya kuat laungkan "Islam" tapi jarang-jarang nampak di Rumah orang Islam.

Saya juga begitu. Jangan hanya pandai menulis tapi tak pandai buat!

Disclaimer: Pandangan peribadi penulis.

Saturday, January 01, 2011