Sunday, June 17, 2012

Kehidupan Baru yang Mengujakan.

Allahhuakbar! Allahuakbar! Allahhuakbar!

Sudah begitu lama rasanya saya tinggalkan blog ini tanpa berita. Maka saya mulakan semula dengan mengucapkan takbir pada Allah swt.

Begitu banyak cerita tiba-tiba menerjang ke minda namun tidak tahu bagaimana untuk diungkapkan. Terasa kelu lidah, dan kaku jari-jemari kerana tidak tahu bagaimana dan dimana untuk dimulakan semula cerita.

Melihat kembali tulisan-tulisan lama, kadang saya ketawa kecil sendirian, kadang terasa sayu di hati, kadang gembira dan berbagai perasaan yang datang menerpa di jiwa ketika ini.

Ramai teman-teman lama yang kini telah mendirikan rumah tangga. Rindu juga pada saat remaja kami bersama membesar di bumi bertuah MMU Melaka. Kampus yang penuh kisah suka dan duka kami. Mengajar sejuta pengalaman bermakna terutama untuk diriku.

Hidup diteruskan. Perjalanan tidak berhenti. Silih berganti siang dan malam, bertiup angin timur ke barat, usia juga semakin meningkat. Masa depan belum tahu bagaimana.

Apa pun, langkah ke depan harus diatur penuh keazaman. Mudah-mudahan, kejayaan dunia dan akhirat menanti kita di hujung jalan. Ameen!


aizam-
17 Jun 2012
02:27, Bkt. Beruang, Melaka