Monday, September 18, 2006

3 hari 2 malam...


salam~
seperti yang dijanjikan, hamba kembali untuk sedikit coretan perjalanan hujung minggu lepas. Perjalanan yang mengambil masa kurang lebih 2 jam 30 minit ke KLIA. Tiba disana menanti sahabat yang belum tiba, hamba dan rakan menghabiskan masa di kedai buku dan makan di KFC.

Seperti biasa,suasana KLIA yang menyimpan seribu makna pada hamba mengingatkan kembali pada cerita lama. Walau ditepis dari mengingati,namun kenangan itu lebih kuat. Apa yang mampu hamba lakukan. Biarlah kisah itu, tidak ada apa apa, cuma sebuah kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Setelah satu jam setengah menanti akhirnya "ganung" tiba di KLIA. Hamba terus bergegas ke check-in kaunter J. Dia sedang sibuk menguruskan bagasinya yang besar.Maklumlah 2 tahun disana. Hampir 30 minit kemudian, semua rakan rakan yang lain tiba. Ramai juga! Masing masing sibuk bercerita,bertanyakan khabar dan mengucapkan tahniah pada hariz.

Tepat jam 7.30 malam, hariz bergerak ke kaunter masuk. Semua rakan rakan bergambar kenangan bersamanya. Selesai sahaja,hamba dan rakan turut sama bergerak ke K.L. Quratu' aini dan ayuni juga ke K.L menghantar hafiq. Terus kami gerak bersama dan hamba minta ain tunjukkan jalan untuk ke THE MALL. Perjalanan hampir 1 jam dengan kelajuan sutera kuning yang mencecah 140 km/j, semput juga kancil hamba menghambat mereka. Ganas juga kanak kanak pandu kereta :p

Alhamdulillah hamba tiba ke destinasi jam 9.30 malam. Selesai urusan disitu,hamba dan rakan terus ke destinasi terakhir. Cheras, gombak, batu caves semua kami lalui. Akhirnya destinasi ditujui ialah Pandan Jaya. Tiba disana, penat seluruh badan rasanya.

Seterusnya,seperti biasa, hamba berada disana selama 2 malam 2 hari bagi program Muktamar. Ahad pulang ke Melaka dengan kepenatan yang amat sangat!!! Sepanjang perjalanan, hamba sering mengantuk semasa memandu. Kerap kali nyaris kemalangan berlaku,namun alhamdulillah Allah masih sayang, tiada apa apa kecederaan atau kemalangan berlaku.

Sekian coretan perjalanan
nurulaizam~

No comments: