RON92 = RM 2.20
DIESEL = 2.40
turun lagi 15 sen, berdasarkan penurunan harga global.. nampaknya rakyat malaysia kena biasakan dengan naik turun harga minyak untuk hari hari seterusnya.. kalau tiba tiba esok speculator buat spekulasi dan harga minyak naik, maka rakyat di Malaysia juga perlu membayar pada harga yang tinggi, dan kemudia selepas sebulan harga minyak dunia turun, kita akan menikmati pada kadar yang lebih rendah, dan kemudian lagi selepas 2 bulan naik lagi, kita pun kena bayar mahal semula... macam inikah seterusnya? saya tak tahu, harapnya supaya ada satu metode yang lebih komprehensif dan ekfektif di perkenalkan selepas ini..
p/s: teringat ada rakan saya yang telah ke Australia, katanya disana harga minyak adalah mahal kecuali pada hari hari tertentu contohnya hari rabu, harga minyak murah... makanya penuh lah stesen minyak pada hari rabu tu yer.. ;0
No comments:
Post a Comment