Sunday, September 27, 2009

Raya lagi....

Raya pertama sampai raya ketiga, macam biasa lah, raya di kampung, Beruas Perak. Tunggu orang datang rumah jer. Ada la jugak pergi ziarah rumah saudara-mara. Itu 3 hari pertama raya.

Raya keempat sampai raya keenam, beraya di Penang dan Kedah. Penang tu beraya rumah kawan-kawan. Kedah beraya dirumah saudara sebelah mak. Sempat la juga keluar jalan-jalan di Penang dengan kawan-kawan.

Raya ketujuh pula, hampir seharian dalam kereta. Perjalanan pulang ke Melaka bermula dari Sungai Petani. Jauh tu. Dah hampir ke hujung utara terus ke hampir hujung selatan. Singgah sekejap beraya di Shah Alam dan Cyberjaya.

Dan hari ini, raya ke lapan. =) Bermula lah siri jelajah raya Melaka pula. Maklumlah dah hampir 8 tahun saya di Melaka. Ramai la kenalan-kenalan di sini.

Hari ini dah ade satu jemputan rumah terbuka. Minggu depan insyaAllah dah ada juga 1. Rumah saudara saya kat Bukit Baru pun tak pergi lagi nih. Wah, bagus, boleh susun jadual dah nih. Hehe...

Pada kawan-kawan yang memang orang Melaka, buatlah rumah terbuka yer, dan jangan lupa jemput kami - kami yang bukan orang Melaka nih. (untung tinggal di perantauan, x yah wat open house) =D

Tapi ape pun, saya nak pesan kat diri saya sendiri dulu, dan juga pembaca semua, jangan lupa susun juga jadual kita untuk dapatkan puasa 6 yer. Bukan selalu boleh dapat pahala seperti puasa setahun.

6 hari dalam syawal jer ade bonus nih. Betapa sayangnya Allah pada kita, sampai lepas ramadhan pun diberi kita macam - macam kelebihan.

Oke, Selamat Beraya lagi semua...

Pada rakan-rakan yang ada EXAM!!! huhu.. =D Bittaufiq wannajah fil imthihan...

Semoga berjaya dalam peperiksaan oke.. Amin!!!

Wednesday, September 23, 2009

raya dan televisyen...

Wah... lama gak tak update blog nih. Labah-labah pun dah intai 3-4 kali. Nasib baik dia tak buat sarang.

Maklumlah, balik kampung cuti beraya. Di kampung bukan tak ada signal internet nih, ada, tapi cuma 'edge' level jer, tak dapat 'hsdpa'. Huh, kalo nak tahu ape benda ni kena guna broadband baru tahu :D

Tapi sekarang ni ada kat Queensbay Mall Penang, dapat la online dengan kelajuan 180 kmh... =D

Raya seperti biasa, alhamdulillah, tak ada apa-apa kejadian tak diingini berlaku. Semua berlalu dengan baik.

Tapi saya sedikit kecewa!! :(

Kecewa, duka lara. Huh.. bukan putus cinta yerp.. opsss.. :D

Kecewa dengan sikap dan peranan media hari ini terutama pengusaha syarikat penyiaran televisyen.

Di Melaka, rumah sewa saya, jarang sekali saya tonton rancangan di tv. Kalau ada pun cuma TV3RTM1, RTM2, TV9, dan NTV7.

Tapi bila pulang ke kampung, wah.. ada lebih dari itu. Di kampung lebih hebat nih. Apa yang mengecewakan ialah rancangan yang disediakan.

Lebih 50% rancangan yang disediakan tidak membina jiwa malah boleh merosakkan jiwa-jiwa muda-mudi kita hari ini.

Bayangkanlah satu pagi di hari raya, raya ke berapa tah :D lepas subuh tu baring sekejap :D maklumlah jarang-jarang pulang ke kampung, dan terus terlena, kemudian bila terjaga semula terpandang kat tv, huh...

Ada penari yang sedang menari separuh bogel dan sudah tentu penari tu wanita. Hmmm.. ( saya tidur di ruang tamu, sebab tu terus terpandang tv)

Ada juga filem melayu yang ditayangkan sepanjang minggu raya ini, dan sadisnya pelakon melayu lelaki dan perempuan itu berciuman.

Ya, benar kita tahu kejadian-kejadian seperti ini sangat berleluasa di luar sana. Tapi apakah ini menghalalkan ia untuk dipertontokan di kaca tv, pada anak-anak kecil, remaja, malah pada sesiapa saja pun, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk dipertontonkan.

Di mana adab dan kesopanan kita? Budaya Asia yang terkenal dengan budi bahasanya, kesantunannya, budaya yang amat menjaga tata susila pergaulan kini direnggut tanpa rasa bersalah.

Terutama dalam konteks kita Malaysia yang meletakkan ISLAM sebagai agama RASMI. Sungguh menyedihkan. Apa Islam menghalalkan perkara sebegini?

Sudah tentu tidak. Saya sedar, sebenarnya terletak pada kita sendiri juga dalam memilih sesuatu perkara samada ia baik ataupun tidak untuk kita. Boleh saja untuk kita tidak langgani rancangan - rancangan seperti ini.

Benar, mungkin itu silap dipihak pelanggan sendiri. Tapi cukupkah sekadar itu?

Apa yang saya maksudkan disini ialah peranan mereka yang mempunyai kuasa dalam menguruskan hal ini. Mereka yang ada kuasa menetukan sesuatu perkara untuk kebaikan negara dan rakyat keseluruhannya.

Benar, tidak dinafikan, semakin hari semakin bertambah rancangan-rancangan yang mempunyai unsur moral yang baik ditayangkan.

Masyarakat umumnya sedar akan perkara ini. Namun, amatlah diharapkan, agar usaha-usaha pihak tertentu ini ditingkatkan lagi. Diperkuatkan lagi.

Kita sedar, bukan suatu perkara yang mudah untuk merubah. Tetapi harus ada satu pihak yang memulakan usaha ini. Tidak akan ada langkanh yang ke 1000 jika tidak ada langkah yang pertama.

Media eletronik seharusnya lebih berperanan dalam membentuk pembangunan masyarakat. Media merupakan saluran terbaik dalam membina kekuatan rakyat negaranya. Cara fikir, pengetahuan, kekuatan budaya dan apa saja, semuanya dapat dibina dengan baik sekiranya media berperanan lebih bijak.

Pengaruh media kepada manusia amat besar. Di harapkan media dapat menjadi medium utama membantu negara mencapai kemajuan sebenar negara.

Bukan sahaja kemajuan teknologi, infrastruktur, dan pengetahuan, malah yang lebih penting ialah kemajuan akhlak, sasiah, dan etika rakyatnya.

Barulah kemajuan yang seimbang dapat dicapai. Jika tidak, negaranya maju, namun ditadbir dan diuruskan oleh manusia yang tidak maju akhlaknya, maka kerosakan pasti berlaku.

Ingatlah pada pesan Saidina Umar al-Khattab

"Dulu kita adalah satu bangsa yang hina, kemudian kita dimuliakan dengan Islam, dan jika hari ini kita tinggalkan Islam, maka kita akan kembali HINA"

Semoga nasihat ini memandu kita untuk terus tetap pada jalan yang sebanar.

Allahu a'lam~

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin~

Sepuluh jari disusun, memohon kemaafan dari semua yang mengenali saya dan juga yang membaca blog ini.

Salah dan dan silap, kata-kata, perbuatan dan apa sahaja, mohon diampunkan.

Akhir sekali, selamat menyambut kemenangan Syawal bersama keluarga tercinta dan sahabat handai yang dikasihi dalam suasana yang sentiasa mengingati Allah swt.


TaqabbalAllahu minna wa minkum~

Wednesday, September 09, 2009

Hubungan Malaysia - Indonesia

Assalamualaikum wbt

Nampaknya hubungan dua saudara ini kembali tegang. Beberapa isu kebelakangan ini telah mencetuskan suasana kurang enak diantara dua saudara ini.

Kenapa harus begini? Malaysia dan Indonesia diibaratkan dua saudara kandung. Dari rumpun bangsa yang sama malah Agama Islam merupakan anutan utama kedua-dua negara ini.

Jadi mengapa perbalahan harus berlaku?? Ia, hanya kerana beberapa isu yang sebenarnya boleh ditanggapi dengan baik, jujur beserta semangat persaudaraan yang tinggi, namun sebaliknya emosi dan nafsu mengambil peranan dalam menaggapi isu ini. Lantas inilah hasilnya. Sifat benci-membenci diantara satu-sama lain.

Presiden Persatuan Pelajar Indonesia di Malaysia, saudara Abdullah Abbas, rakan saya satu universiti ada menghubungi saya berkaitan isu ini.

Saya ingin tegaskan, isu ini harus ditanggapi dengan penuh semangat kerukunan yang tinggi. Nilai-nilai murni yang ada tidak kira samada Rukun Negara Malaysia ataupun Pancasila Negara Indonesia, kedua-duanya mengajurkan kepada keikhlasan, kejujuran dan kesatuan.

Sebagai rakyat biasa, kita harus tenang dan bijak menilai suasana. Serahkan pada pucuk pimpinan untuk menyelasaikannya. Justeru pucuk pimpinan kedua-dua negara juga harus segera dan bijak menanggapi isu serta memberi penjelasan sebaiknya pada rakyat masing-masing.

Media pula harus memainkan peranan yang lebih bersifat positif bukan provokatif dalam menjernihkan kembali hubungan yang sedang keruh ini. Sifat profesional yang tinggi serta etika kewartawanan harus dijunjung dalam memastikan profesyen ini terus relevan dan dipercayai rakyat serta membantu membina semula hubungan yang baik antara dua negara.

Akhir sekali, mari kita semua tidak kira samada rakyat Indonesia ataupun Malaysia, kedua-dua negara merupakan negara yang menjadikan Islam sebagai anutan utamanya. Majoriti penduduk kedua-dua negara beragama Islam, malah Islam telah meresap sebati dalam budaya kedua-dua negara.

Ini merupakan titik utama kepada kita semua. Titik persamaan ini sudah cukup kuat agar hubungan saudara ini terus kukuh dan sejahtera. Apa islam mengajar kita bermusuh-musuhan?? Tidak, masakan Rasulullah saw mempersaudarakan kaum ansar dan muhajirin. Ini satu bukti sirah yang jelas menunjukkan Islam mementingkan persaudaraan. Islam menganjurkan kesatuan, kasih sayang dan kemurnian hati.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Ayat ini jelas menyatakan semua muslim itu bersaudara. Tidak kira apa pun bangsa, warna kulit, keturunan dan negara kamu. Malah disuruh pula mendamaikan antara kita saudara seAgama. Ayat ini merupakan PERINTAH Allah swt. Siapa yang mahu ingkar akan perintah ini??

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Sekali lagi dalam ayat ini Allah menyatakan, supaya kita kenal-mengenal. Membina hubungan baik antara kita semua muslim. Letakkan persengketaan jauh dari sisi kita. Kita harus melihat isu ini menerusi neraca Allah swt. Bukan melalui pemikiran manusia semata-mata yang selalu terikutkan emosi serta hawa nasfu yang sememangnya akan ada kecacatan padanya.

Yang tetap benar hanyalah apa yang Allah swt ajarkan pada kita. Wahai saudaraku sekalian, janganlah kita bersengketa sesama kita. Sesungguhnya kita didalam kerugian, musuh jua yang ketawa keriangan melihatkan dua saudara ini bertikam lidah tak sudah-sudah.

Saudara-saudara kita di Palestin, Thailand, China yang kini sedang bertarung nyawa meneruskan kehidupan dan mempertahankan akidah mereka sebagai muslim, kita disini enak aja berantam sesama kita satu akidah yang sama. Rugilah kita begini.

Ayuh, kita maju kehadapan bersama-sama, selalu duduk berdiskusi dengan aman dan jujur atas dasar satu akidah, InsyaAllah, Allah akan lorongkan jalan perdamaian buat kita semua malah tautan ukhuwwah juga akan bersemi padu antara kita.

Ingatlah saudara semua, "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad persuruh allah" kalimah yang sudah cukup kuat untuk kita jadikan ikatan persaudaraan kita terus kukuh dan utuh yang tidak bisa dileraikan oleh siapa pun.


Nurul Aizam Zaini

Semua mukmin bersaudara~

Fastabiqul Khairat.


Disclaimer: Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan juga pendirian penulis kepada pertanyaan rakan-rakan samada dari Malaysia ataupun Indonesia.