Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

Monday, March 21, 2011

hujung minggu MAC!

Bulan ni sangat banyak ke sana-sini. Hujung minggu tak boleh rehat-rehat di rumah. Anyway, tetap memuaskan.

Hujung minggu pertama, perkhemanan PEMBINA, hujung minggu kedua, majlis perkahwinan di Langkawi, hujung ketiga majlis perkahwinan di perak dan shah alam dan hujung minggu terakhir, majlis perkahwinan di perak juga.

Ramai pulak orang kahwen yer :)

Monday, February 28, 2011

Update

Bulan Febuari...

Sabah tetap menawan!

Enjoy da pictures... http://www.facebook.com/home.php#!/album.php?aid=44271&id=100000660844081

Tuesday, December 28, 2010

Pasukan Bolasepak Muslim

Assalamualaikum wbt.

Imbas kembali 7 tahun ke belakang.Wah! Ketika itu semuanya begitu sempurna. Watak setiap pemain yang begitu bersahaja.

Begitu juga dengan permainan mereka. Jarang sekali ego menguasai diri. Bermain sebaik mungkin dalam mempamerkan akhlak seorang muslim di atas padang.

Malah, andai kami dikasari, mungkin sekali dua memberi reaksi tidak menyenangkan dan selalunya, kami hanya melontarkan senyuman. Ya, senyuman, atau sekadar diam tidak berkata apa-apa.

Itu ketika di atas padang sedang bermain. Sebelum bermain, sentiasa diingatkan agar pakaian menutup aurat. Sentiasa mempamer akhlak yang baik mencerminkan seorang muslim. Doa senantiasa mengiringi ditepi padang perlawanan.

Menghormati waktu solat bukan hanya dengan sekadar berhenti bermain ketika azan, malah lebih dari itu memastikan setiap pemain menjaga solatnya.

Jika sempat ditunaikan solat sebelum perlawanan, makan tunaikan dahulu dan jika tidak sempat, selepas perlawanan harus segera sempurnakan solat.

Di hari-hari lain, pemain-pemain ini selalu mudah dijumpai di masjid. Ini kerana mereka sentiasa menjaga solat. Bukan hanya ketika pertemuan mingguan atau bulanan.

Paling istimewa, ketika itu mereka adalah JUARA LIGA KAMPUS!

Saya pelajar tahun 2 ketika itu diberi peluang bersama mereka untuk bermain dalam pasukan mereka.

Saya menyaksikan sendiri semua ini berlaku. Bukan mengatakan segala-galanya sempurna ketika itu, tetapi mereka sentiasa berusaha untuk mempamerkan tauladan yang baik walau dimana sekalipun.

Diatas padang, diluar padang, ketika bermain atau ketika waktu biasa. Itulah mereka.

7 tahun yang lalu..................................................................................

____________________________________________________________

Kini...

Jujur saya katakan, amat jarang saya ikuti perkembangan pasukan itu lagi. Namun, melalui perkhabaran rakan-rakan yang masih mengikuti mereka...

Saya dapat merasakan satu kehilangan.

Kini pasukan itu telah hilang identiti mereka. Apa identiti yang dimaksudkan?

Di mana emosi ketika bermain? Bagaimana pula ketika di waktu biasa? Apa aturan pakaian di atas padang? Bagaimana solat setiap pemain?

Kenapa? Soalan ini terlalu sensitif? Hal peribadi masing-masing? Tiada kena mengena dengan diri pemain? Cara saya tidak kena?

Tidak! Semua yang bermain beragama Islam. Apa salahnya saya mengatakan perkara ini? Malah bermain pula membawa identiti Islam.

Cara bagaimana yang kena? Apa jika cara lain yang digunakan mereka akan menerima? Sama sahaja. Mahu terima atau tidak, terpulang.

Mahu berubah dia terima. Tak mahu berubah, dia tak terima.

Persoalannya siapa yang bertanggungjawab?

Jangan salahkan sesiapa, tetapi harus ada sesiapa sahaja ketika ini untuk perbetulkan semula warisan ini.

Samada yang kini berada di dalam pasukan atau di luar pasukan, lakukan penambahbaikan semula kepada warisan ini.

Harus ada yang memulakan usaha.

Pernah seorang senior berkata kepada kami:

"Sebuah pasukan yang hebat tidak hanya memerlukan pemain-pemain yang berkemahiran tinggi, malah lebih hebat dari itu, sebuah pasukan yang amat hebat memerlukan pemain yang tinggi akhlaknya, berdisiplin dan bersungguh-sungguh kerana seorang muslim yang baik adalah seorang yang hebat dalam apa jua bidang"

Kami berhak memberi pandangan kerana dahulu kami pernah mengerah keringat membina identiti itu, dan kami tidak rela melihat apa yang telah kami usahakan musnah begitu saja.


Padangan peribadi penulis yang pernah suatu ketika berada dalam pasukan itu. Kerana sayang, artikel ini di tulis.

Saturday, December 04, 2010

way to gooooo.........................

Struggling... Do I ? Yes you must!!! Oh no... we can just escape it.

Friday, November 05, 2010

Menjengah semula...

Salam...

Ya Allah... kesian kat blog ni. Sunyi... tak ada apa apa perkembangan sejak 2-3 bulan ni.
Tiba-tiba malam ni dapat inspirasi baru untuk kembali menjengah blog yang dah sekian lama dibiarkan tersisih.

Kalau-kalau ada yang buka blog ni, maaf la yer. Kesibukan (alasan tipikal) menghambat masa yang ada. Dicampur sikit malas jadi hasilnya macam ni lah.

Banyak sangat cerita kalau nak tulis kat sini sejak 2-3 bulan kebelakangan. Tapi tak pe lah. Nak tulis pun dah tak ingat.

Apa pun, harap lepas ni dapat hidupkan semula blog ni. Paling tidak pun, ada perkembangan sekali sebulan pun cukup baik.

Haha... sibuk macam Menteri, padahal kerja banyak jer masa. Itulah malas namanya.

Sedar tak sedar dah setahun di alam kerja, dan entah berapa lama lagi usia akan dipinjamkan untuk terus meniti usia.

Dengan diri yang masih terpalit karat jahiliah, mudah mudahan dengan masa yang berbaki dapat terus perbaiki diri.

Oke, sampai sini dulu. Nanti sambung lagi.

p/s: sudah ada passion baru :)

Tuesday, July 27, 2010

masa depan...

Sekarang ni saya jarang-jarang update blog ni. Sibuk kerja? Mungkin, atau sibuk buang masa? Yer juga kot. Yang pasti memang dah tak selalu buka blog ni.

Komitmen makin bertambah seiring bertambahnya usia. Usia pula makin meningkat bukan berkurang. Dah hampir setahun bergelar pekerja makan gaji. Tapi banyak lagi yang perlu perbaiki dan pelajari.

For the next 10 years...

"Hmm.... jauhnya planning. 10 tahun tu lambat lagi, tak payah la fikir sangat." Kata setengah orang.

Tapi saya kata perlu. Paling kurang pun "We have aim of what we want to be after 10 years from now."

Perancangan dah ada, tapi mampu ke tak ni? Err... Ermm.. Hmm...

Boleh boleh boleh!!!

InsyaAllah... selesaikan satu persatu dengan baik dan lakukan penuh semangat.

Mudah-mudahan tercapai segala cita dan harapan.

Ameen!

Wednesday, February 17, 2010

cuti2 Utara... :)

Salam...

haa.. cuti 4 hari lepas korang ke mana?

Mesti la balik kg kan. Tapi ade juga yang tak balik. Saya??

Mesti balik. Dah kerja ni bukan senang nak dapat cuti. Bukan boleh suka-suka ponteng kerja macam zaman2 student dulu.

Rasa malas nak ke kelas, selamber suruh kawan sign. Astaga. Iskkk... tak bagus... jangan tiru teladan yang tak baik.

Saya sampai penang jam 8.00 pagi. Terus, idzwan ambil di airport hantar ke Sri Malaysia.

Ke Sri Malaysia sebabnya tumpang siap2 di bilik blankurt, shah, nizam dan din.

Kemudian ramai2 kami gerak ke kenduri kahwen salmi dan abag anas. Saya tumpang keta abg fik & sarah.

Ade kereta din, kereta iki, kereta en hazimin, kereta siti. Ramai gak la.

Sampai sana jumpa lagi senior2 yang lain. Lama tak jumpa. Zul nga amir pun datang dr Sg. petani.

Tulah hari pertama, ramai bertandang ke walimah salmi dan abg anas. Masa nak balik, kereta abg shah, ex amir iu kena pecah.

Abis rayban mahal ngan smart tag kena curi. Kereta amir ridhuan dan abg fik yang bersebelahan terselamat.

Alhamdulillah. Kalau tidak, dalam kereta abg fik tu ada laptop saya, laptop abg fik, dengan lensa kamera dslr abg fik. Syukur2.

Hari kedua...

Kami ramai ke rumah kak ita di kuala kedah.

Saya, idzwan, abg fik, sarah, abg jimon, abg fathi, dan amir ridhuan. Kami pekena laksa kuala kedah kat umah kak ita.

Tapi sayang betul sebab tak rasa masakan kak ita. Maklumlah, dia hari tu busy membeli belah di Padang Besar. Hahaa.... takpe2, lenkali yaa... :D

Hari ketiga...

Huh... hari yang amat mencabar buat saya. Ikut mak dan kawan2 nya ke Padang Besar, Perlis. Nak tau kenapa mencabar, nanti saya buat entry khas untuk topik ni yer... sabar... :D

Hari keempat...

Hari last vacation. Tenga hari gerak ke Penang ngan iwan. Jalan kat quensbay, gurney, usm dan akhirnya iwan hantar saya ke airport semula.

Sampai LCCT jam 12 malam. Bad datang ambil. Terima kasih bad tolong hantar dan ambil walaupun hampir2 ketinggalan flight gara2 tidur nyenyak... huuu... syukur2...

Oke la yer, cuma nak update jer.

Salam`

Monday, February 08, 2010

bercuti lagi!!!!

alamak...

tambahan tambahan....

senarai tempat2 yg ingin di lawati telah bertambah...

nak gi mana?? haa...

tempatnya adalah di....

KOREA!!!! Saranghe... hanjiennn... :D ( ape maksud 2 perkataan ni?? slalu dgr tp x paham) :D

sebab kt sana ada penginapan free, mkn2 minum pn free.. eh yeke mkn minum free?? tiket flight???

beli sendiri laa... huh... sume nak free...

masuk tandas pun 50 sen...

oke2...

Makkah dan KOREA berada di senarai tearatas dalam carta minggu ni...

minggu depan???

jumpa dalam slot cuti-cuti saya untuk jawapannya minggu hadapan... :D

dah2, ape ngarut nih...

kerja2...

Friday, February 05, 2010

Jom kahwen!!!!

Salam,

Hehe.... mcm desparate jer tajuk topik nih... Haha...

Takde, bukan mcm tu, just nak share je kelebihan orang yang berkahwin.

Dan tak lupa juga sebelum tu pada rakan2 saya yang akan berkahwin tahun ni. Ramai gak. Tapi tak payah la sebut siapa.

Cuma selamat berbahagia in advance. Ameen!!

Ini antara kelebihan berkahwin...

Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, ia bukan dari aku (yakni bukan dari umatku). Berkahwin adalah sunnah kerana itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksanakan sunnahku.” (Riwayat Ahmad bin Hanbal)

Baginda menegaskan lagi..

“Seorang hamba Allah yang telah beristeri ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi.” (Riwayat al Baihaqi)

‘Abdullah ibni ‘Abbas pernah mengatakan “Hendaklah kamu beristeri, kerana sehari hidup beristeri lebih baik daripada seribu tahun beribadah.”

Dan dalam keadaan sakit yang tenat ‘Abdullah ibni Mas’ud berkata “Kahwinilah aku, kerana aku tidak ingin menghadap Allah dalam keadaan membujang.”

Ingatlah Rasulullah SAW juga telah bersabda

“Hendaklah kamu berkahwin agar dapat melahirkan keturunan. Pada hari kiamat kelak aku berbangga jika kamu menjadi umat yang banyak daripada umat-umat yang lain.” (Riwayat al Baihaqi)

Tetapi sebelum itu,usah terpedaya dengan nafsu dunia kerana Rasulullah bersabda

Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kecantikkannya, kerana kebaikan akhlaknya dan kerana agamanya. Kahwinilah dengan wanita yang baik penghayatan agamanya, engkau akan mendapat ketenteraman.”


Haa... tunguu ape lagi. pergi la kahwin cepat... :D


p/s: hamdan, blankurt, din, shah, iwan, diq, farah, zurin, nizam syamil... eh ramai lagi. jgn tgu lama yer... haha... :D

Wednesday, February 03, 2010

gatal tangan nak tulis...

Apa nak tulis yer?? Rasa macam nak tulis sesuatu, tapi tak tahu ape dia. Macam mana tu?

Selalu orang guna blog ni untuk tulis tetang kisah harian mereka, tentang kawan-kawan, tentang percutian mereka, eh macam-macam lah.

Tulis la ape yang kita suka kan. To express ourself bak kata orang U.S.

Dah lama berhenti menulis kat blog ni. Sebab tu bila dah mula rajin, asyik nak menulis jer.

Ni antara tempat-tempat yang saya ingin lawati.

Bandung, Indonesia.

Danau Toba, Indonesia ( dah sampai medah dah aritu, tapi tak sempat nak pergi )

Pulau Sipadan, Sabah.

Makkah

Madinah

Bali, Indonesia.

Brunei.

Cordoba, Spain.

Turkey.

Morocco.

Rome, Italy.

Ehh eh.. banyak nya nak pergi. Oke, plan satu-satu. Bila la nak pergi semua ni.

Nak pergi dengan siapa? Takkan sorang-sorang. Jom-jom. Sape-sape yang nak join :D

Monday, December 21, 2009

misi tawan utara & pantai timur~

Salam...

Minggu ini saya sedikit sibuk dan akan 'outstation' selama seminggu.

Tentatif seminggu ini:

20/12/09

Kedah

21/12/09

Kedah & Penang

22/12/09

Penang

23/12/09

Penang & Kelantan

24/12/09

Kelantan

25/12/09

Kelantan & Cyberjaya.

Pusing utara dan pantai timur. Sebenarnya atas urusan kerja Yayasan. Membina hubungan strategik dengan negeri - negeri, universiti di negeri dan industri-industri yang berpotensi besar.

Untuk semua student, Selamat Berjaya dalam Peperiksaan!!

Bittaufiq Wannajah Fil Imthihan ;)

Tuesday, December 15, 2009

Khabar dari Cyber... :D

Salamun Aleyk..

Lama rasanya tak update blog ni. Kalo ada labah2 mesti dia dah mula design bentuk apa jaring dia nanti.

Sedkit sibuk. Nak buat macam mana, kerja juga tuntutan yang perlu ditunaikan, tetapi ada lagi tuntutan yang lebih besar.

Memang perlu perancangan yang baik untuk kedua-dua tuntutan ini agar tidak saling menidakkan antara satu dan lain.

Minggu ni cuma 2 hari di ofis, minggu depan lansung tak masuk ofis dan minggu seterusnya 2 hari di ofis dan minggu seterusnya lagi 4 hari di ofis dan seterusnya lagi langsung juga tiada di ofis.

Haaa... paham tak?? hahaha.... pandai2 lah nak paham. Ambil exam dah berpuluh kali boleh faham soalan, ini baru satu persamaan linear kudratik jer. Hahaha...

Tiba2 teringat masa baring2 kat masjid kampus melaka dengan kawan2 sambil2 mentelaah buku, nota dan sebagainya.

Bila boring, keluar minum kejap kat infasha ke, cahaya dinnar ke. Minggu exam, tidur pun memang kat masjid je. Dah bawak siap2 kelengkapan.

Mandi sume kat situ jer. Punya la semangat belajar sebab exam dah dekat. Hahaa.. itulah, lainkali belajar awal2, jangan tunggu last minit.

Apapun kerja satu pengalaman baru yang menarik walaupan kadang2 tu memenatkan. Ok lah yer, dah ngantuk nak tidur dulu.

Saja update sebab lama sangat tak uapdate nanti orang malas nak datang pulak :D Bukak je blog ni, asyik sama je. Sorry yer.... Tapi ada orang baca ke blog ni?? Huhu...

Ok ok...

Assalamualaikum... ~

Monday, October 26, 2009

baru mula...

Assalamualaikum~

Akhirnya, cuti pun melabuhkan tirainya, maka ramailah makluk-makhluk yang bergelar pelajar kembali ke universiti.

Ada yang pulang dengan penuh riang, rindu pada kawan-kawan, ada yang berat nak tinggalkan cuti, rindu nak tinggalkan waktu-waktu lapang di rumah, dan macam-macam lagi lah.

Kampus yang sunyi kembali riuh rendah. Penuh dengan manusia yang berbagai-bagai jenis. Ada cerah, ada gelap sikit, ada gelap terus, semua ada.

Tapi buka cuti trimester ini berbeza bagi saya. Secara kebetulan, trimester 2 yang baru bermula hari ini (isnin) dimulakan oleh saya sebagai pekerja. Bukan lagi pelajar

Alhamdulillah, sudah ada kerja. Lama juga rasanya honeymoon seorang diri, haha... sampai dah mula bosan tak tahu nak buat apa.

Masih jauh lagi kisah ini. Moga hati kental terus mendepani hari-hari mendatang. Semoga bimbingan Allah sentiasa bersama. Ameen!

Baiklah, sampai sini dulu. Sambung lagi lain kali. Sedang menyesuaikan dir dengan iklim baru, haha...

Sekian.


Sunday, October 25, 2009

Melaka.

Salam~

InsyaAllah... tinggal jua Melaka bersama kenangannya. Moga hari-hari yang datang terus bahagia dalam redha Nya.

8 tahun 5 bulan hidup di Melaka. Macam-macam kisah suka duka, gembira lara, bahagia derita, semua ada. Macam-macam ada! Haha...

Isnin, 26 Oktober 2009, bakal membuka lembaran baru kisah aku.

Terima kasih semua!


Yang benar,

NURUL AIZAM ZAINI

Sunday, September 27, 2009

Raya lagi....

Raya pertama sampai raya ketiga, macam biasa lah, raya di kampung, Beruas Perak. Tunggu orang datang rumah jer. Ada la jugak pergi ziarah rumah saudara-mara. Itu 3 hari pertama raya.

Raya keempat sampai raya keenam, beraya di Penang dan Kedah. Penang tu beraya rumah kawan-kawan. Kedah beraya dirumah saudara sebelah mak. Sempat la juga keluar jalan-jalan di Penang dengan kawan-kawan.

Raya ketujuh pula, hampir seharian dalam kereta. Perjalanan pulang ke Melaka bermula dari Sungai Petani. Jauh tu. Dah hampir ke hujung utara terus ke hampir hujung selatan. Singgah sekejap beraya di Shah Alam dan Cyberjaya.

Dan hari ini, raya ke lapan. =) Bermula lah siri jelajah raya Melaka pula. Maklumlah dah hampir 8 tahun saya di Melaka. Ramai la kenalan-kenalan di sini.

Hari ini dah ade satu jemputan rumah terbuka. Minggu depan insyaAllah dah ada juga 1. Rumah saudara saya kat Bukit Baru pun tak pergi lagi nih. Wah, bagus, boleh susun jadual dah nih. Hehe...

Pada kawan-kawan yang memang orang Melaka, buatlah rumah terbuka yer, dan jangan lupa jemput kami - kami yang bukan orang Melaka nih. (untung tinggal di perantauan, x yah wat open house) =D

Tapi ape pun, saya nak pesan kat diri saya sendiri dulu, dan juga pembaca semua, jangan lupa susun juga jadual kita untuk dapatkan puasa 6 yer. Bukan selalu boleh dapat pahala seperti puasa setahun.

6 hari dalam syawal jer ade bonus nih. Betapa sayangnya Allah pada kita, sampai lepas ramadhan pun diberi kita macam - macam kelebihan.

Oke, Selamat Beraya lagi semua...

Pada rakan-rakan yang ada EXAM!!! huhu.. =D Bittaufiq wannajah fil imthihan...

Semoga berjaya dalam peperiksaan oke.. Amin!!!

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin~

Sepuluh jari disusun, memohon kemaafan dari semua yang mengenali saya dan juga yang membaca blog ini.

Salah dan dan silap, kata-kata, perbuatan dan apa sahaja, mohon diampunkan.

Akhir sekali, selamat menyambut kemenangan Syawal bersama keluarga tercinta dan sahabat handai yang dikasihi dalam suasana yang sentiasa mengingati Allah swt.


TaqabbalAllahu minna wa minkum~

Monday, August 24, 2009

Allah Mustaan~

"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik buatmu... dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..." [2:216]



meminjam tagline blog azril...

"...manusia merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cintaNya..."

Selamat Tinggal Melaka, Bumi Hang Tuah...

Nampaknya topik entry kali ini akhirnya menjadi realiti...

Friday, August 21, 2009

1 Ramadhan dan Ekspidisi Aceh...

Assalamualaikum ya Akhi ya Ukhti...~ :) Dah lama saya dengar lagu ni, tapi tak tahu siapa yang punya lagu. Tapi akhirnya tadi dah berjaya 'download'. Lagu Opick rupanya.

Saya suka lagu ni. Iramanya memikat jiwa yang kali pertama terdengar semasa Muktamar IU Melaka tempoh hari.

Baiklah, 1 Ramadhan dah bermula. Langkah yang pertama kita pada hari pertama ini bagaimana? Langkah mulia atau cela? Mudah mudahan Allah tetapkan langkah kita sama seperti langkahnya para anbia yang mulia, Ameen!

Selamat menjalani ibadah puasa ya Akhi ya Ukhti~ Permulaannya rahmah, pertengahannya pengampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Ambilah peluang rahmah di awalnya ya.

Fastabiqul Khairat!

Baik, sedikit cerita mengenai perjalanan saya dan beberapa rakan lain ke Meulaboh, Aceh, Indonesia baru-baru ini. Kerana telah berjanji, makanya harus ditunaikan. Benar ya Akhi ya Ukhti? :D

14 Agustus 2009 ~ 16 Agustus 2009.

Kami tiba di BANDARA ( Bandar Udara / Lapangan Terbang) Sultan Iskandar Muda kira-kira jam 2.15 petang. Pada team Aceh 1,2, dan 3 MMU mesti dah bole bayangkan tempat tu kan. Tak perlu cerita panjang.

Baik, sampai je pak Ramdon dah menanti ketibaan kami dengan pak Taufik. Pak Ramdon ni orang kanan PKPU (Pos Keadilan Peduli Umat) di Aceh. Seperti biasa, kami makan dulu.

Usai makan, terus ke Blue House. Blue house ni kantor PKPU dan juga salah satu podok yatim PKPU di Banda Aceh. PKPU ada banyak pondok yatim di banda Aceh, sekitar lebih 5 buah.

Sampai di Blue house yang nama tempatnya Ketapang, kami solat dulu. Dalam 'flight' tak ada imam nak baca khutbah :D Terpaksa jamak di Aceh sekali dengan asar. Kemudian kami periksa 3 buah komputer dari program Aceh 3 bulan Maret lalu untuk dibawa ke Meulaboh.

Siap semua! Yok.. kami bersedia untuk perjalanan seterusnya. Oleh kerana perjalanan kali ini 5 orang sajaha dan 3 hari 2 malam, jadi kami cuma sewa innova.

Vroommmm~~ Perjalanan ke Muelaboh bermula sekitar jam 5.30 petang dan memakan masa 8 jam 30 minit untuk tiba di Meulaboh.

Yaa.. 8 jam 30 minit untuk rakyat Malaysia itu kebiasaan bukan. Naik bas ekspress dari Melaka ke Perlis la lebih kurangnya. Perjalanan yang enak sebab Malaysia guna PLUS 'Highway!'

Tapi perjalanan kami, hanya Allah yang tahu. Jalan raya asal yang menghubungkan Banda Aceh ke Meulaboh telah musnah sama sekali dek kerana tsunami yang menghantam Aceh lewat 2004.

Untuk tempoh perjalanan 8 jam 30 minit itu, sekitar 15 % sahaja jalan raya berturap tar. Selebihnya, jalan yang tak seperti jalan. Lebarnya 6 lorong lebuhraya Malaysia, tapi, tanah selut setinggi lutut saya.

Bayangkanlah, pak supir kami iaitu pak Taufik, tak perlu susah nak 'drift'. Memang innova kami akan 'drift' sendiri. Licin, selut tebal, tayar kereta akan bergelincir sendiri. Jika pak taufik silap kawalan sikit, ke dalam gaunglah kami jawabnya.

Perjalanan kami melalui tepi-tepi lereng 3 buah gunung. Di sebelah kiri kami ialah gunung yang tinggi menggunung, dan sebelah kanan kami ialah gaung yang di bawahnya laut. Pak Taufik beritahu, dia sangat risau lewat kawasan gunung ni.

Kerana kalau berlaku GEMPA! batu-batu besar jatuh dari atas! Gulpp! Kami semua diam seketika. Lepas tu berkumat kamitlah mulut masing-masing baca doa. Huu.. Ya Allah.. peliharalah perjalanan kami! Ameen!

Kami juga terpaksa merentasi 2 sungai menaiki rakit. Ya rakit... bukan macam FERI pulau pinang yer. Itu terlalu hebat dan insyaAllah masih selamat.

Rakit pertama, rakit ni masyarakat sana buat sendiri je. Tak de beli dari KOREA ke JEPUN ke. Orang Aceh memang kreatif. Saya tak tau nak ceritakan rakit ni diperbuat dari apa dan macam mana rupanya. Tengok gambar je lah nanti.

Innova kami, kenderaan orang lain dan beberapa LORI BESAR pun naik sekali atas rakit tu, dan rakit tu hanya digerakkan oleh sebuah enjin bot yang biasa bot-bot kecil nelayan guna tu. Saya pun tak pasti berapa cc enjin tu.

Rakit kedua pula, ialah 3 buah sampan yang disusun rapat-rapat, kemudian diletakkan papan di atasnya. Diikat kuat-kuat kemudian jadilah rakit yang membawa innova dan kami menyeberangi sungai.

Perjalanan pergi kami tersangkut sekali dalam selut. Dalam suasana hujan, dan sekeliling kawasan hutan yang memang tak ada lampu jalan, kami kena turun tolak innova. Alhamdulillah lepas.

Perjalanan pulang pula sekali lagi. Kali ini kami semua turun tolak pun tak guna. Selut terlalu tebal. Tapi alhamdulillah ada satu kenderaaan lain kebetulan lalu, jadi dia tolong tarik guna kereta dia. Alhamdulillah lepas, tapi kami semua bermandi lumpur.

Perjalanan pulang juga kami terpaksa tukar tukar tayar 3 kali kerana bocor. Alhamdulillah 2 kali bocor semasa masih di kota Muelaboh, memang ada kedai tayar, dan bocor yang terakhir dalam perjalanan pulang.

Sekali lagi Allah bantu kami, kerana bocor di kawasan Panga, yang ada kedai tayar. Bolehlah tukar tayar.

Mungkin kalau sekadar baca je tak dapat rasa 'feel' sebenar. Tapi apa yang bole saya gambarkan, menginsafkan dan amat mencabar mental dan fizikal. Macam masuk pertandingan 4x4 Advanture lak.

Rakyat Malaysia yang sayang kereta, jangan memandu kereta di sana. Kalau setakat tersangkut sikit kat 'bump' jalan dah rasa macam 'ahhh...' sedih, remuk hati, heh... sepanjang perjalanan kami tak mampu nak cakap apa dah.

Jalan sikit, 'bummmp!!' jalan lagi 'dummmm!!' jalan lagi 'danngggg!!'. Tak apa lah. Layan kan je bunyi-bunyi dan kemuk kemek kereta tu.

70% jalannya melalui kawasan tepi pantai dan yang menariknya, pantai-pantai di Aceh sangat cantik dan ombaknya memang tinggi dan besar. Setinggi seekor lembu ombaknya. Jadi mungkin mereka pun dah biasa dengan ombak besar ni dan bila sekali tsunami datang seperti tak perasan mungkin.

Ini sahaja yang termampu saya ceritakan perjalanan kami 3 hari 2 malam atas tujuan meninjau kawasan untuk program ke Aceh kali yang ke -4 insyaAllah bakal diadakan di Meulaboh, kawasan yang paling teruk dilanda tsunami.

Perjalanan yang menyedarkan saya betapa beruntung dan bertuahnya kita rakyat Malaysia. Syukurlah dengan kemewahan yang kita ada. Kadang kita rasa masih belum cukup lagi, perlu dihebatkan lagi, masih boleh dipertingkatkan. Ya benar!

Namun jangan lupa, dalam rakus kita ingin mengejar kesempurnaan, ada orang lain di sana dalam keadaan serba kekurangan, yang amat memerlukan perhatian kita. Walau hidup serba serbi kurang dan tak sempurna, tetapi mereka masih mampu melemparkan senyuman tanda terima kasih atas kedatangan kami. Mereka tetap bersemangat cekal tempuhi kehidupan hari-hari.

Ayuh pemuda pemudi yang punya tenaga, idea, dan masa, kita bantu siapa saja yang kita mampu!

[sebelum berangkat, di LCCT]


[mask men]

[makan bersama pak hidayat]

[di Blue house, cek komputer utk dibawa ke Meulaboh]


[inilah hasilnya, 3 komp, 5 bagasi kami, semua sumbat sekali]


[sori syafeeq, kena dok belakang sekali ngan komp. dan bag]


[laluan berbatu dilereng-lereng gunung]

[lagi laluan berbatu]


[di sebelah kiri kami gaung dan bawahnya laut]


[berhenti solat di mana tah, lupa dah]

[jetty rakit yang pertama]

[sambil tunggu rakit tiba dari seberang sana]

[haa.. itulah rakitnya, nampak tak? bawa lori sekali!]


[gambar dari dekat, rakit buatan sendiri~]


[kenderaan sedang turun dari rakit]

[di jetty rakit ke 2, ada innova pancit masa kami tiba di situ]


[ni pula rakit kedua. 3 bot kecil yg digabung menjadi rakit]

[innova kami sangkut masa perjalanan pergi dan hasilnya...]

[ni lagi satu hasil tolak innova dalam lumpur]


[tiba di calang, lebih kurang jam 12.00 tgh mlm, berhenti makan]

[lapar lapar lapar!!! makanan pun dah nak abes]


[tukar tayar di kota Meulaboh, 2 tayar ditukar, bocor]


[kali ketiga tukar tayar bocor dlm perjalanan pulang, di panga]

[ombak laut besar!! setinggi lembu tu!!]

[ni la dia jalan yang kami lalui sepanjang perjalanan 8 jam 30 minit]


[motor kat sana dah biasa, takde masalah]

[antara jambatan yg roboh kerana tsunami, sedang dibina baru]


[lagi gambar 'lebuhraya' yang kami guna]


[bertakung air, jalan pun tak nampak]


[haa.. tu dia.. selut yang dalam hampir ke lutut]


[air dari gunung melintasi jalan dan terus ke sungai]

[kami jalan atas air sungai yang cetek setinggi buku lali]


[sangkut kali ke 2 dlm perjalanan pulang]

[naisb baik abang2 tu baik, tolong tarik, kalo x memang x lepas]

[kanak2 ribena main lumpur =D]

[hoho.. dh lama x mandi lumpur!! best jugak]

[dh smp di Banda Aceh, smbil tgu leman beli Mee Ketam!! =D ]

[cantik kan innova kami?!]

[gambar ngan uts. fahmi n ust. dedi sblom berangkat pulang]


[wahhh, bersihnya innova!! dah basuh sblom pulang] =)


[singgah ke rumah pak hidayat sebelum pulang]

[backstreet boys version Aceh, sblom pulang di Airport]


[H1N1 precaution step =D]


[selamat tinggal Aceh, InsyaAllah Januari nnt dtg lagi]


[selamat pulang ke tanah Air]

[Sila click pada gambar utk paparan lebih jelas]

Terima kasih pada semua yang membantu, terutama penasihat2 tetap seumur hidup program Aceh MMU iaitu En. Zamzuri dan Ibu Nita =D Mekasih ya... =)


p/s: sori ye pada yg nk mee ketam... =D mee ketam dh tinggal nama jer.. heheh =D

Monday, August 17, 2009

Bersyukur jadi rakyat Malaysia~

Alhamdulillah, puji dan syukur pada Allah swt. Saya dan 4 orang lagi rakan saya telah selamat pulang ke Tanah Air semalam (Ahad)

Perjalanan kami selama 3 hari 2 malam ke Meulaboh, Aceh bermula jumaat lepas dan berakhir ahad, semalam.

Meulaboh, kawasan yang paling teruk di hentam Tsunami tanggal Disember 2004 yang lalu. Pengembaraan yang takkan dapat saya lupakan seumur hidup ini.

Bersyukurlah kita lahir sebagai rakyat Malaysia. Saya tak dapat ceritkan pengalaman itu ketika ini. Masih ada banyak kerja lain yang harus saya siapkan.

InsyaAllah, ada masa saya akan ceritakan buat semua pembaca blog ini. Kisah 3 hari 2 malam perjalanan ke Meulaboh, Aceh, Indonesia.

Menginsafkan~