Saturday, November 15, 2014

Mahasiswa, Akademik, dan Kebebasan.

Adam Adli, Safwan Anang, dan terkini Fahmi Zainol selalu diangkat oleh media-media liberal sebagai HERO dan pejuang kebebasan akademik.

Saya hairan, apa yang mereka maksudkan dengan kebebasan akademik dan kebebasan itu sendiri?

Manusia tidak boleh bebas dalam erti kata diluar lingkungan syariat atau agama. Ini jelas. Tidak ada pertikaian atau perdebatan tentang itu.

Jika ada, orang itu bermasalah. Islam datang antaranya untuk apa? Cuba teliti kisah Rib'ie bin Amir, seorang sahabat nabi SAW melalui kata-katanya yang cukup hebat.

“Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah Ta'ala, daripada kesempitan dunia kepada dunia yang lapang, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”


Ini kebebasan untuk manusia. Membebaskan diri dari apa saja kepada ketundukan hanya kepada Allah swt. Mana mungkin manusia itu diberi kebebasa sepenuhnya. Jika tidak lahirlah masyarakat seperti di barat hari ini.


Bebas apa saja. Nak berbogel di khalayak? Na bercium di khalayak? Nak itu nak ini nak nak nak nak.......

Hancur kehidupan dan bumi jika manusia diberi kebebasan tanpa kawalan.

Kebebasan Akademik.

Apa yang mereka ini pejuangkan dengan kebebasan akademik? Kamu tidak bebas untuk ke kuliah? 
Kamu tidak bebas untuk dapat keputusan cemerlang? Kamu tidak bebas menulis dan membuat kajian? Kamu tidak bebas membaca buku? Kamu tida bebas beraktivisme? Kamu tidak bebas menyumbang pada masyarakat?


Atau kamu tidak bebas untuk ponteng kelas? Tidak bebas melanggar peraturan universiti? Tidak bebas menghasut? Tidak bebas memaki hamun siapa yang kamu suka? Tidak bebas membakar universiti? Tidak bebas apa ?

Saya juga bekas pimpinan mahasiswa. Saya bebas melakukan apa saja aktiviti ketika itu dalam lingkungan peraturan dan peruntukan universiti yang ada.

Saya bersama pasukan berkonfrantasi dengan pihak HEP dalam banyak hal untuk kebajikan pelajar. Tapi dalam ruang yang tidak menzalimi peraturan yang sedia ada.

Dalam banyak hal juga pasukan kami bekerjasama baik dengan HEP juga untuk kebajikan pelajar.

Kesimpulannya, bijak menggukana setiap peluang dan ruang yang ada sebagai pemimpin pelajar. Dan lebih penting buktikan juga kita pemimpin pelajar yang juga cemerlang akademik.

Kita memimpin dengan ilmu. Bukan dengan sentimen dan hawa nafsu yang tidak jelas hala tuju. Ke mana akhirnya kita nak bawa mahasiswa mahasiswi ini?

Memimpin perlu bijak. Tak boleh hanya berani dan lantang semata dalam kebanyakan masa.

Set the right paradigm, and lead with your wise action. Not position per se.

Misi Melahirkan Mahasiswa Beragenda!

No comments: