Assalamualaikum w.b.t
Hmm... tiba tiba rasa semangat untuk menulis.. tapi tak tahu nak mula dari mana. Apa pun saya mulakan dari percutian saya seminggu selepas raya yang baru berlalu. Raya seperti baisa keadaanya, meriah dengan sanak saudara dan yang paling gembira melihat adik adik kecil riang lari sini sana gembira. Tersenyum saya melhat gelagat mereka. ( bole lihat gambar mereka dalam friendster saya)
Namun selepas 2 hari berhari raya masing masing mula dengan agenda sendiri dan akhirnya tinggallah saya dan pakcik pakcik saya yang masih bujang dirumah juga seorang wanita iaitu OPAH saya. Bila ada tetamu, apa lagi, kami yang laki nilah kedapur sediakan hidangan. Boleh tahan orang laki layan tetamu :)
Selepas seminggu berhari raya, saya terus dengan misi yang telah saya rancang dengan iwan dan beberapa orang rakan lagi sebelum raya lagi. Percutian rehat minda sebelum trimester 2 bermula. Bermula dari rumah saya perjalanan diteruskan saya seorang diri kerumah iwan,kemudian ridhwan tiba dengan bas di sungai petani dari terengganu. Sesudah subuh perjalanan bermula ke Kuala Perlis. Tiba disana rezeki murah sarapan pagi ada hamba allah membayar untuk kami. Syukran Jazilan, semoga allah merahmati dia. AMIN!!!
Seterusnya naik feri ke Langkawi masa perjalanan hampir sejam. Tiba sana terus sewa kereta dan ke destinasi iaitu Awana Porto Malai. Selesa berada disana. Pengalam menarik di langkawi ialah menaiki kereta kabel bukit mat cincang. Saya sarankan sesiapa yang ke sana jangan lupa kereta kabel jika tidak sia sia ke Langkawi. Kemudian Underwaterworld agak menarik.. Secara keseluruhan saya berpuas hati di Langkawi.
Seterunya perjalanan diteruskan ke Pulau pinang dan menginap di hotel 5 bintang. Park Royal Batu Feringghi. Hotel paling mahal saya menginap setakat ini. Memang puas hati. Pengalaman tak dapat dilupakan diasana semasa naik "para sailing" ala, yang bot tarik payung parachut tu. Semasa sedang enak menikmati pemandangan laut tiba tiba payung saya jatuh dalam laut dan saya pun sekali jatuh tapi akhirnya payung saya terbang tinggi kembali setelah saya tersiksa jatuh dalam laut. *cuak gak ooo, igt mati dah...*
Destinasi seterusnya ke Kuala Lumpur tidur di rumah rasyd semalam dan seterusnya ke bentong pahang tidur dirumah sahabat lama yang telah bekerja sebagai esekutif logistik di sebuah syarikat german iaitu Mas Aidiff. Setelah bermalam semalam kami pun ke destinasi seterunya Bukit Tinggi berdekatan rumah mas. Mas dan adiknya turut sama di Bukit Tinggi. Memang menarik bercuti disitu walaupun bilik kecil tapi kami puas sebab dapat bersama Mas, main bowling,badminton,pool,game,berenang.. macam macam lagi.. Namun saya kehilangan kamera digital saya disana, sedih sebab banyak gambar2 menarik dalamnya.Redha kerna ketentuan allah :>
Seterusnya pulang ke Melaka untuk memulakan sesi 2 pembelajaran. InsyaAllah akan ada percutian yang akan dirancang lebih rapi dan lebih ramai akan turut sama.
kadang kadang kita diuji sebab ada perkara baik yang kita akan dapat jika kita benar bersabar... :>
nurulaizam~
p/s : boleh ke friendster saya untuk lihat gambar percutian..
No comments:
Post a Comment