Sunday, December 03, 2006

APA ANDA BACA DARINYA

Kali ni saya sedikit kagum dengan lagu M.Nasir kerna jika dilhat dari struktur makna ayat lirik lagunya saya kira ia mesej yang tepat dan jelas. Jika kita dengar lagunya saya kira cukup untuk menarik minat saya untuk kali keseterusnya...

Sudut Pandangan saya. Bagaimana anda? Apa tafsiran anda? Apa intepretasi anda? Apa maknanya ia pada anda?

Bacalah..

Anak-anak Kita - M.Nasir

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

bukan tujuannya lirik mungkin baik untuk lain~
nurulaizam~

3 comments:

Anonymous said...

aku baca.. ceraian huruf2 yg bersatu menjadi barisan kata2 yg terlalu berat utk dihadam minda.

uwekkss.. kang kalo aku x komen kata aku sombong laa.. cet!

Anonymous said...

Cikgu Elyas : bukan senang nk dpt teman hidup yg sanggup terima buruk baik kita, sanggup berkorban utk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat...
isteri bukannya hak milik.. tapi anugerah~~

ko dh tgk blomm???

~ AzuRiN ~ said...

abg aizam bzi ek lately...
lame gile x update..
huhuhu~ ketua skolah lar katekan..