BEBAS!!!
Hampir setahun blog ni ditinggalkan. Itu la, dulu orang berblog, awak pun nak berblog juga, pastu tak jaga blog ni, dah naik bersawang dah ha. Nasib baik tak naik anai anai. Kalo tak kena panggil 'termite control team' .
Salam kembali pada kawan kawan semua. Skang ni saya dah BEBAS dari segala macam pening kampus. Rumah baru pun dah jauh dari kampus. Program?? InsyaAllah takkan jadi pengarah apa apa program dah lepas ni insyaAllah. Kalo ada pun jadi peserta ke, orang bawah2 jer ok lah.Jawatan apa2 pun dah tak ada. Tahun ni pun tahun akhir saya di MMU InsyaAllah. Final Year!!! hehe Amin!!!
Jadinya, banyak la masa yang perlu diisi dengan aktiviti sendiri. Selalu asyik sibuk dengan kerja kerja kat kampus, tetiba skang dah tak ada apa nak buat. Macam pelik sikit. Nak jugak cari kerja. Tapi tak tau la kerja apa. Siapa siapa ada kerja tolong la bagi yer. Kemas rumah korang ke, cuci kereta ke, potong rumput ke, basuh baju ke... hahaha.. bosan tahap tenuk dah ni.
Trimester ni pulak ada 3 subjek je. Huh, kalo hari isnin dengan jumaat 2 jam kelas, hari hari lain, sejam je kelas. Huh, macam tak de kelas je. Jeles lak tengok orang lain ada kelas banyak!! Hahaaha.. :D Siapa yang rasa banyak kelas tu boleh la bagi skit kelas kat saya... :))
Tapi minggu ni skit sibuk tolong rakan rakan kita yang akan bertanding SRC. Hafiz a.k.a maun, Mong, Ain, Amal, Sadeq, Hafiz dan Hazwan ( alpha ). Minggu lepas dan minggu ni saya kena jadi "campaign manager" diaorang. Kerjanye, bawak diaorang turun berjumpa pelajar (rakyat). Ala ala pilihanraya malaysia tu. Dekat dekat nak pilihanraya, baru la susah2 nak turun jumpa rakyat.
InsyaAllah lepas habis SRC Election, saya akan betul betul BEBAS!!! Harap harap la. ( tapi kadang2 kak ita call pastu dia ayat skit minta tolong, alahai... terpaksa terima :D sori yer akak, tolong jangan ayat saya lagi dah pasni ) hehehe..
Aceh?? haa, ape cerita aceh?? hahaha, dengar dengar bos nak buat interview, tapi tak tau bila. Nak jumpa bos Aceh tu susah sangat. Dia duduk kat mana tah, saya lak tinggal kat MITC ni. :D
Kalo bos tu rasa nak terima saya yang tak berapa bagus ni ok jer. Tolong2 tak menjadi masalah. (amik hati bos ni ) hehehe..
Hari ni ari ahad, tak tau nak buat ape. Duduk kat rumah je la,tunggu kalau2 ada orang nak ajak pergi makan. Ade ke orang nak ajak?? huhu..
Okie lah, cukup sampai sini dulu. Harap2 dengan kelapangan masa yang banyak lepas ni, blog ni dapat dihidupkan semula dengan istiqamah!!!
Salam...
2 comments:
yes!!!ini la masa yg ditunggu2.cpt2 la abes bz tu ye.lpas ni boleh la p tgk movie,mkn n melancong sekali mcm dulu2 ye.tp abg idzwan dh xde kat cn = (
huhu..nk kene bodex boss gak ni..ade intebiu bg tau k..ahaha!!nk p intebiew..kene wat resume la plakz..ahahaha
Post a Comment