Sunday, September 07, 2008

Apa tugas kita?

Salam~

Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran kita panjatkan pada Allah s.w.t, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi s.a.w serta ahli keluarganya, para sahabat, tabi'in dan sekalian pejuang islam yang telah syahid dalam menegakkan islam.

Kita bersyukur telah 5 hari kita berpuasa, masih lagi kita diberi kekuatan oleh Allah untuk terus bernafas teruskan hidup. Kita teruskan hidup kita seperti biasa rutin yang kita lakukan setiap hari. Bangun di awal pagi bersahur, solat subuh, tadarus al-quran dan seterusnya dengan aktiviti biasa yang kita lakukan sampai tiba waktu berbuka kita bersedia di depan juadah enak yang dibeli. Azan dilaungkan kita pun berbuka seterusnya dengan amalan teraweh kerna ia rutin di bulan puasa. Selesai, pulang kerumah, bertadarus al-quran dan kemudian mungkin kita akan tidur atau stadi atau nonton tv. Begitulah seterusnya amalan harian kita hari hari.



Kita sangka kita telah memenuhi tujuan dan maksud hidup di dunia ini. Cukup sekadar amalan yang kita lakukan untuk diri sendiri. Solat yang tidak pernah tinggal, rajin membaca al-quran, solat sunat yang banyak, berteraweh di masjid berjemaah dan sebagainya lagi untuk diri kita. Kita sangka insyaAllah kita telah memenuhi inilah tujuan aku dijadikan.

Saudara, kita punya misi lebih dari itu. Kita punya tujuan yang jauh lebih besar. Matlamat yang merentasi masa, zaman dan suasana. Kita mahu islam kembali memerintah dunia. Ia misi yang besar, yang mungkin ada yang menakrifkan ia sebagai mustahil! Tidak ada yang mustahil. Dulu kita telah berjaya. Kita cuma perlu ulangi semula. Ikutlah apa yang telah mereka lakukan dahulu.

Dalam mencapai misi besar ini, kita tidak hanya mahu apa yang sekadar cukup untuk diri sendiri. Alhamdulillah, amal islami untuk diri kita amat penting dalam mendidik hati dan membentuk peribadi muslim. Namun lebih dari itu, kita harus keluar dan sampaikan. Kita perlu mengesani masyarakat. Kita perlu turun dan beritahu. Supaya masyarakat terbanyak faham dan sedar bersama sama dengan kita. Kita tidak mahu hanya kita yang terselamat di Mahsyar nanti. Kita mahu semua sama sama insyaAllah selamat.

Masakan tidak Rasulullah s.a.w boleh saja untuk masuk syurga berseorangan. Apa perlu baginda bersusah payah mengajak orang lain untuk turut serta bersamaNya. Tapi tidak. Baginda Rasulullah s.a.w telah keluar sampaikan pada manusia seluruhnya bermula dengan fasa fasa tertentu bermula dengan sahabat baginda terdekat dahulu, diikuti keluarga seterusnya masyarakat umum.



Kita perlu dan harus jalankan tugas ini bersama sama. INI lah tujuan dan maksud hidup kita. Sampaikan lah islam pada siapa sahaja. Kita hanya perlu berusaha. Hidayah itu milik Allah. Apa yang dikhuatirkan. Sampaikanlah.

"sampaikanlah walau satu ayat dariku"

sabda baginda s.a.w.

Kita masing masing punya kesibukan. Sibuk dengan pelajaran dan tugasan sebagai pelajar, sibuk dengan kerja sebagai pekerja, sibuk dengan urusan anak anak sebagai ibu, sibuk dengan urusan rumah, kereta sebagai ketua keluarga. Semua kita sibuk. Tidak siapa yang punya kelapangan. Tapi apa ini menjadi alasan untuk kita tidak melunaskan janji kita menjalankan AMANAH pada TUAN kita Allah s.w.t.

Jangan jadi seperti robot yang yang melakukan rutin sama setiap harinya hingga sampai masa dia rosak dibuang begitu saja oleh tuannya. Kita tidak mahu dibuang begitu saja oleh TUAN kita kerna telah gagal menjalankan AMANAH kita di dunia sementara ini sebelum ke dunia abadi.



Marilah semua. Tidak kira siapa kita, pelajar, pekerja, majikan, datuk, tan sri, apa saja panggilan kita. Kita semua sama. Tidak ada beza. Laksanakan AMANAH kita bersama sama.

Ingatlah, jika tidak kerna titis darah para syuhada' dahulu, kita hari ini tidak menikmati nikmat ISLAM! Jangan siakan usaha mereka. Jangan bazir DARAH mereka. Kita harus sambung usaha mereka. InsyaAllah muga Allah beri kita kekuatan dalam memastikan risalah ini terus menerus sampai pada semua merentasi zaman.



Jazakumullah~

4 comments:

fendy_ahmad said...

Salam,

Tugas kepada agama cukup banyak subsetnya...

Antara yang banyak di antara kita alpa ialah tugas sebenar kepada keluarga terutama ibu dan ayah juga tugas kita kepada bangsa juga negara....

Renung - renungkan ...

Nurul Aizam Zaini said...

salam~

saya tidak nafikan itu, namun saudara juga akui yg itu ialah subsetnya..

bilamana saya perkatakan tujuan dan maksud hidup ia merujuk pada yg paling utama..

bole rujuk disini bahan disini..

http://bahantarbiyyah.info/v4/content/view/31/45/

sambgn..

http://bahantarbiyyah.info/v4/content/view/38/45/

sekian~

asma said...

Salam , barangkali telah tiba masanya untuk NGO turun bersama-sama menangani isu remaja hari ini,remaja di pusat beli belah ,di medan merempit , merokok dan banyak lagi medan lain yang sgt menggusarkan kita...

Nurul Aizam Zaini said...

w'lam..

benar makcik.. sudah tiba masanya,malah lebih dari itu, bukan sahaja NGO, tapi juga siapa saja yg paham akan agama, yg punya rasa syg pada nasib AGAMA Allah ini harus turut serta bersama sama mengemudi tenaga, masa, wang ringgit dalam memastikan kebejatan sosial hari ini InsyaAllah paling tidak di kurangkan..

suburkn kembali amal ISLAMI di muka bumi ini~

p/s: alhamdulillah, ahad baru ni saya dan ramai rakan2 dari IPT lain di melaka telah sama2 turun ke Melaka Sentral sampaikan kurma, air mineral dan yg penting ialah risalah (pamphlete) ttg ramadhan,atas platform NGO namamya ISMA ( ikatan muslimin malaysia ). Harap ramai lagi NGO lain turut serta turun ke padang ;)