Wah, berehat beberapa hari dari blog. Nasib baik tak bersawang lagi. Beberapa 'update'. Hujung minggu lepas ada pertandingan bola sepak 7 sebelah anjuran PEMBINA Melaka. IUFC hantar 3 pasukan.
Wonderpets berjaya ke separuh akhir dan dapat tempat ke-4 dari keseluruhan 12 pasukan. Tahniah semua pasukan dan usaha lagi!
'Details' tentang pertandingan nanti boleh ke laman sesawang mong, tapi belum 'update lagi'.
Baiklah, setakat itu dulu cerita bola. Ada cerita lebih penting saya nak ajak pembaca hayati.
Kawan-kawan semua, macam mana dengan Palestin sekarang? Dah sejuk atau masih membahang panasnya?
Ini merupakan persoalan penting yang harus dijawab semua. Bagaimana usaha boikot kita? Dah boleh makan ke yang di boikot sebelum ini? Masih ambil tahu tentang Palestin seperti hari-hari ia diserang? Hari-hari 'update'.
Jangan terleka dengan kehidupan kita yang selesa dan mewah ini kawan-kawan. Sedang adik-adik Palestin berhempas pulas mempertaruh nyawa, kita masih punya masa bersuka. Sedang mereka menggigil menahan lapar, kita masih tertawa suka, sambil makan-makan riang gembira.
Sedang mereka tak tidur malam risaukan nyawa ibu, ayah, adik dan sebagainya, kita lena tanpa rasa gelisah didalam kelas. Sedang mereka menderita berhadapan seribu satu duka, APA yang kita buat untuk mereka hingga ke saat ini?
Mereka bergadai nyawa mempertahankan tanah suci Islam yang diberkati Allah bukan untuk mereka semata, tetapi untuk KITA!
Saudara, pastikan hangat darah para syuhada' sentiasa menjadi pembakar untuk kita di sini. Berterusan kita pada usaha yang kita janjikan sebelum ini. Boikot, derma, menyebar maklumat, mencipta 'awareness' dan apa sahaja yang boleh kita buat.
Semoga suatu hari nanti, kita juga dikurnia Allah semangat JIHAD mereka Ameen!
Disclaimer: Tulisan ini untuk ingatan diri saya semata mata yang selalu lupa dan banyak melakukan kesilapan.