Wednesday, June 24, 2009

Acehhhhhh.... bila nk p lagi??






Saje je, teringin nak pergi Aceh lagi... jom2... :D

Friday, June 19, 2009

Permata Dunia~


.

Lagu yang penuh dengan semangat. Setiap kali dengar lagu ni saya rasa macam motivasi diri naik tinggi. Hahaha.. tak tau la kenapa, tapi lagu ni memang best.

Sape2 yang tak tahu, ni lagu rasmi Multimedia Universiti. Saya paling kerap dengar lagu masa minggu orientasi untuk pelajar baru. Kemudian, masa konvokesyen pun banyak kali dengar jugak sebab merasa duduk atas pentas konvo 3 kali, tapi kali ni harapnya naik pentas konvo sekali dengan terima segulung ijazah Ameen! =)

Kami perintis....

p/s: ya Allah, mudahkanlah segala urusan Aizam, Ameen!!! Mekasih yer doakan saya =D

Thursday, June 18, 2009

Bekerja...

Medan amal tidak sama dengan medan bercakap, dan medan jihad tidak sama dengan medan amal.

Ringkas tetapi penuh makna ayat ini. Memang benar! Orang yang bekerja mana mungkin sama dengan orang yang berehat-rehat sambil menonton cerita.

Nah! Seperti aku juga tergolong dalam golongan ini. Pintaku dari yang Esa, agar sentiasa memandu diri ini kepada golongan yang bekerja.

Sudah terlalu banyak masa yang aku sia-siakan . Apa masih ada peluang menebus kesilapan? Segera bangun! Jangan terleka lagi!

Memetik pesan Imam Al-Ghazali " perkara yang paling jauh adalah masa lalu". Benar! Kalaupun kota Paris itu jauh, namun aku masih mampu untuk sampai kesana biar berjam-jam, atau bertahun-tahun perjalanannya.

Tetapi, 1 saat yang baru berlalu, siapa yang bisa untuk sampai kembali ke saat itu? Berilah 100 juta tahun pun, tidak ada siapa yang mampu sampai kembali ke waktu itu.

Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa kami! Terutama diri saya sendiri. Semuga dalam hati ini senantiasa ada sinar walau sebesar zarah. Ameen~

Tuesday, June 16, 2009

Jasamu tetap dikenang~

Sebelum ni saya dok nasihat orang lain. Jaga barang elok2. Jangan letak barang kat belakang. Kalau nak solat, letak bag kat depan.

Alhamdulillah, lebih kurang 7 tahun saya kat sini, tak pernah hilang lagi barang dalam kampus. Tapi Allah lebih berkuasa.

Akhirnya, setelah bergelar ex-pelajar MMU :D

Semalam saya hilang laptop kat masjid... huhu.. =) Sekali dengan modem Celcom Broadband ada dalam bag tu. Lepas balik dari Sport Planet tengok futsal persahabat antara MMU (iufc) dengan pelajar Kolej Mara Banting yang bakal fly ke U.K, U.S, Replubic Checzh, Ireland etc. saya singgah jap kat masjid kampus solat maghrib.

Selalunya saya mesti letak bag laptop saya kat depan kalau nak solat. Tapi, dah nak jadi cerita, semalam saya lupa. Letak kat belakang. Mungkin sebab teruja bawak motor kot. Dah lama tak bawak motor, heh :D Semalam saya tukar kereta dengan wan najmuddin.

Dia nak bawak orang main futsal. Saya amik motor dia.

Ape pun, Allah Mustaan.

Sayonara Compaq Presario X1000 heh =D

p/s: semoga Allah ampunkan dosa orang yang ambil laptop tu, dan dosa saya juga, Ameen~ =)

Monday, June 15, 2009

Mencari Spirit yang Hilang

Buat para Dai'e. Kisah perjalanan Murabbi ini sentiasa dapat membakar kembali spirit dalam diri.

Sekadar trailer, namun ia cukup memberi kesan pada diri saya.




Muga spirit ini kita ambil untuk terus tsabat~

Allah Kareem...

Sunday, June 14, 2009

Sarawak...

Ini masa di Sibu. Makan di Sugar Bun. Sugar Bun cuma ada di Sarawak. Alternatif pada KFC dan sangat popular di sana. KFC kurang laku.


Di Waterfront. Belakang tu bangunan parlimen Sarawak yang baru~ Itu mak dan adik saya... huhu.. =)


Di Top Spot. Tempat makan seafood yang popular di Kuching. Kalah umbai Melaka. Bergaya jugak mak saye nih~ huhu...


Ni masa makan kat satu2 nya kedai mamak di Sibu. Tu air teh special dari Sibu. Sebab dia guna gula nira. Nampak tak air tu hitam skit. Sedapppp... serious... x tipu... :D


Di taman ape tah nama dia dah lupa kat Sibu. Saya, mak, mak kawan mak saya (faham x) :D dan adik saya~


Dan ini bersama-sama kucing besar, trademark bandar kuching~


p/s: ada banyak lagi gambar2 menarik. Ada masa saya kongsi kat sini yerr.... =)

Saturday, June 13, 2009

Selamat datang pelajar baru!!!

Pada adik-adik baru yang masuk ke Universiti, kami ucapkan TAHNIAH!!! Sekarang kamu semua bergelar pelajar Universiti, bukan lagi lepasan SPM yang masih belum tahu kemana. (kecuali yang terus bekerja)

Satu suasana baru buat kamu semua. Persekitaran pembelajaran yang amat berbeza dengan sekolah. Jujur saya katakan, di Universiti, kamu bebas, sebebas-bebasnya. Lebih-lebih lagi bergelar pelajar MMU. =)

Sedikit sebanyak pengalaman saya belajar di MMU mungkin boleh dikongsi bersama buat panduan. Orang putih cakap "total freedom". Yaa.. memang betul, nak buat apa pun di Universiti ini, silakan. Tidak ada siapa menghalang.

Tapi apa yang boleh pastikan kita terus terselamat dari suasana yang tidak sihat ini? Mudah ja. Carilah kawan-kawan yang boleh sama-sama bantu kita untuk jadi lebih baik. Rujuk senior-senior yang boleh beri nasihat yang baik.

Dan faktor yang paling penting untuk pastikan adik-adik terus dalam suasana yang baik dan sihat ialah, ketaatan pada agama kita Islam. Inilah faktor paling utama. Jangan tinggal solat 5 waktu. Ini 'requirement' paling rendah. Jaga solat 5 waktu yer =)

Hidup di Universiti amat berbeza adik-adik. Di sekolah, kalau sekolah berasrama penuh atau tak penuh atau setengah penuh ke, ada cikgu-cikgu yang selalu ingatkan kita. Kalau SBP, atau berasrama, ada jadual yang sentiasa ingatkan kita.

Bunyi loceng 'kringgggggg...' pergi 'prep'. 'Kringgggggg.....' pergi riadah petang. 'Kringggggg.... waktu makan malam. 'Kringgggggggggg' tah ape lagi yang kena buat lepas tu. Pendek kata, semua dah disetkan. Kita cuma tinggal kena ikut je jadual tu.

Kalau di rumah setidaknya ada mak dan ayah. "Aminn!!!!!, dah siap kerja sekolah belum?". " Maillllll!!!, bangun solat subuh yer". "Ayuuuuu!!!, makan, dah siap hidang kat dapur tu". Haaa.. tu lah dia antara dialog-dialog yang kita biasa dengar masa di alam ria sekolah :D

Di Universiti, siapa yang susun jadual kita?? Siapa yang kejut kita solat? Siapa yang masakkan untuk kita? Siapa yang ingatkan kita siapkan 'assignment'. Ingatkan kita untuk belajar, peperiksaan dah dekat?

Malangnya tak ada adik-adik. Kita sendiri tentukan apa kita nak buat. Maka masa depan kamu ditangan kamu sendiri. Kamu lah yang akan corakkan warna-warni kehidupan kamu nanti. Saya pinjam kata-kata kawan saya, Hamdan Al-migrainni :D , Universiti ni ibarat Kilang. Pelajar baru ibarat kapas putih.

Bila kapas putih ni masuk dalam kilang untuk diproses, jadi kalau prosesnya baik, dan yang menjaga kilang prosesnya pun baik, insyaAllah dia akan keluar jadi sehelai baju yang cantik warna-warni.

Macam tu jugaklah dengan kita. Pelajar baru masuk, Universiti akan jadi kilang untuk membina mahasiswa baru ini. Dan kilang ini perlukan pekerja untuk gerakkan kerja-kerja dikilang. Maka, senior-senior, dan kawan-kawan yang baik akan tolong bantu kita sepanjang dalam proses kilang itu tadi.

InsyaAllah, selepas beberapa tahun, kemudian keluar jadilah seperti mana yang telah dilalui sepanjang proses di Universiti ini. Jadi, pilihlah, mahu keluar jadi lebih baik, atau sama sahaja, atau lebih menakutkan, jadi lebih teruk dari sebelumnya?

Pilihan ditangan kamu. Tentukan.

Buat pelajar-pelajar lama atau lebih mudah senior students, bantulah adik-adik ini. Bimbinglah mereka dengan baik.

Bilamana kita bantu mereka, bimbing mereka, pastikan mereka jadi lebih baik dari kita. Ini prinsip asasnya. Bantu orang lain untuk jadi lebih baik dari kita. Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa kena bantu sampai jadi lebih baik dari diri kita sendiri?

Kalaun kita bantu mereka, tapi dia tetap jadi orang yang sama, lebih baik tak perlu bantu. Jadi mesti pastikan adik-adik ini jadi lebih baik. Lebih baik diri dia yang sebelumnya dan lebih baik dari kita.

Dan seterusnya, adik-adik ini pula akan bantu adik-adik yang akan datang pula untuk jadi lebih baik dari dia dan seterusnya sampai dunia ini tamat. Hasilnya, kita akan setiasa membina manusia untuk jadi lebih baik dan baik dan baik. =) Faham ke ayat ni? huh...

Pesanan buat diri saya sendiri dan senior-senior yang lain. Apapun, atas dasar yang baik, mari kita bersama-sama bantu-membantu. Bekerjasama dalam perkara yang benar dan kita berlapang dada dalam perkara yang kita tidak sepakati.

Ini agar adik-adik tidak menjadi mangsa suasana dan keadaan. Kita sama-sama bekerja untuk bantu mereka, dan biar mereka tentukan pilihannya. Asalkan pilihan itu tidak lari dari syariat, itu sudah cukup baik.

Bantulah adik-adik baru semampu yang boleh, dan adik-adik baru ini juga perlu bantu diri sendiri masing-masing sekuat yang mampu. Muga kita semua sama-sama diberi kekuatan dan pertolongan dari Allah SWT untuk terus maju dalam membina Jati Diri Muslim yang sebenar.


Disclaimer: Tulisan ini sebagai pandangan peribadi penulis dan berdasarkan dalam konteks MMU, Melaka.

Friday, June 12, 2009

Pujian hanya milik Nya...

Segala puji hanya milik yang Maha Esa. Syukur atas ketentuan Nya.
Saya ungkapkan segala puji-puijian pada Pencipta Semesta ini. Doa dan harapan dimakbulkan. Ameen~

Apa yang dinanti-nanti kini berakhir. Syukur tidak terhingga setelah mendapat keputusan peperiksaan yang terkahir. Mintalah pada Nya. Jangan sombong atau malu untuk memohon dari Nya.

Kerana hakikat segalanya ditentukan Nya. Syukur-syukur. Fasa seterusnya bermula =)

Ayuh mari teruskan perjalanan. Banyak lagi dakwat untuk saya lakarkan masa depan yang bagaimana buat saya. Semuga ia lakaran yang cantik =)

p/s: penat teramat OC tahun ni. Oc night??? Faham-faham je lah =D

Tuesday, June 09, 2009

saudaraku...

Assalamualaikum WBT

Pertamanya, saya menyeru pada diri saya sendiri untuk sentiasa memperbaiki diri. Saya juga mohon pada yang Esa, agar niat diri ini sentaisa tetap semata-mata kerana yang Esa.

Saya mohon maaf sekiranya ada pihak yang berkecil hati dengan saya, maka saya nyatakan permohonan maaf ini secara terbuka melalui laman sesawang saya.

Sama-sama kita nilai kembali, hujung jalan ini kemanakah kita semua? Kita semua punya cita-cita yang sama. Ayuh mari kita berganding bahu.

Meminjam kata-kata DSAI " bersikap merangkul dan tidak meminggirkan ". Dasar baik disepakati, yang tak elok dihindari.

Semoga Allah SWT sentiasa membimbing kita kerana ini jalan yang panjang.

Allah hu'alam~

Monday, June 08, 2009

OCccccc....

Penatttttt... biasala kalau dah jadi 'Orientation Committee' aka OC. Tapi tahun ini mencabar sebab hostel tutup selama setahun atas sebab kerja-kerja pembaikan. Yerlah, dah berpuluh tahun bangunan hostel tu. Dah sampai tahap wajib runtuhkan buat baru jer :D

Jadi pelajar yang ramai-ramai sepatutnya tinggal di hostel, kini ditempatkan sementara di Water City Melaka. Wah, baru masuk MMU dan tinggal Hotel budak-budak baru nih. Seronok tu memangla untuk adik-adik baru.

Apa pun, selamat maju jaya la pada semua yang jadi OC. Baiklah, nak tidur dah, esok kol 6.30 pagi dah kena terpacak kat Water City tu, nak kena bawak semua lebih kurang 500 orang ke kampus guna bas. Hahaa... bape trip agaknye nak setel sume tu?? Huhu... esok kita tengok jelah macam mana tu ... huh.. pale saya pun dah penin-penin nih :D

Oke, selamat malam... Wassalam~

Thursday, June 04, 2009

Last day cuti2 Malaysia~

Hari ni dah nak balik semenanjung. Setelah 3 malam 3 hari kat Sarawak bumi kenyalang nih. Menarik Sarawak ni rupanya.

Semalam pusing-pusing sekitar Kuching. Sangat menarik, dan masih banyak tempat-tempat yang menarik belum sempat dilawati.

Macam nak kena datang lagi je Kuching ni. Apapun nanti saya 'upload' gambar buaya yang sedang melompat terkam makanan. Haa.. memang tak dapat gambar ni kat mana-mana kecuali Jong's Crocodile Farm, Kuching,Sarawak.

Serious buaya dia bukan macam buaya kat taman buaya Melaka. Hahaha... buaya Melaka malas-malas dan kecik-kecik. Buaya Sarawak ni, hoooo.... dah la besar gedabakk... pastu selamba boleh lompat terkam makanan. Huhu.. patutla orang cakap buaya-buaya Sarawak ni ganas-ganas... rafff raff.. grrrr..... :D

Okela, nak siap-siap. Kol 10 nak 'check out'. Pastu hari ni jalan-jalan tengok barang-barang best. Kalo ade duit bole beli, kalo tak cukup duit, amik gambar je :D Kemudian nak jumpa 'abang' harini. Abang ni student orang Sarawak dan belajar sama kat MMU tu amik acoounting, classmate hamdan. Nama dia Abang Hanafiah, sebab panggil abang je... heh..

Orait, jumpa lagi. Salam Sarawak dari saya.

Aizam Al-Sarawakiwi :D ~

Monday, June 01, 2009

Jangan Lupa Lirik vs ???

Tiba-tiba saya rasa nak tulis tentang apa yang saya terlihat petang tadi dalam tv. Sebenarnya saya dah lama tak tengok rancangan tv. Maklumlah, sedikit sibuk dengan aktiviti kampus. Di rumah sewa saya pun, yang ada cuma tv1, tv2, tv3, ntv7, tv9 dan tv8 kot.

Tapi saya bukan selalu ada rumah. Tak percaya tanya la kawan serumah saya, leman dan shah (tauke lintah) :D Daripada tonton tv, saya banyak habiskan masa dengan internet. Baiklah, saya terus pada topik utama artikel kali ini.

Memandangkan saya sekarang sedang bercuti di Sarawak, jadi ada banyak masa terluang, dan petang tadi selepas pulang minum 'teh Sarawak' saya sempat tonton tv. Saja dah lama tak tonton tv.

Kemudian ade satu iklan. Mula-mula saya tak faham iklan tu. Sebab iklan dia ialah 'short scene' dari 'scene' yang berbeza-beza, dan semua orang yang dalam 'short scene' tu cakap dialog yang sama "itu pun tak ingat ke?"

Akhir sekali baru tahu, rupanya rancangan "Jangan Lupa Lirik". Siapa yang tahu rancangan itu, mungkin tahu konsepnya. Racangan yang berkonsepkan hiburan. Semua peserta perlu menyanyi satu lagu yang dipilih mengikut undian peserta sendiri, tapi peserta tak tahu lagu apa. Cuma bole pilih contohnya peserta A pilih nombor 3. Kemudian nasiblah lagu apa yang dia dapat.

Lepastu kena nyanyikan lagu diiringi dengan lirik pada skrin paparan sampai habis dan menariknya, sedang peserta tu layan menyanyi, tiba-tiba, lagi tu akan diberhentikan dan lirik pun tak ada. Peserta yang berjaya habiskan dengan betul liriknya, dikira berjaya ke peringkat seterusnya.

Satu idea yang amat menarik dan praktikal bagi saya apabila ditukar sedikit intipatinya. Apakata kita jadikan program itu kepada "Jangan Lupa Al-Quran" :)

Hafal lirik lagu yang 'lagho' tidak memberi apa-apa bantuan walau sedkit pun kepada kita. Saya juga suatu ketika dahulu akan cuba menghafal lirik-lirik lagu yang menjadi kesukaan saya. Namun setelah dilihat kembali menerusi timbangan neraca Allah SWT, maka ia menjadi sia-sia.

Pemuda-pemudi semua, ingatlah, mengapa Islam hari ini diinjak-injak oleh musuhnya adalah kerana kita sendiri. Apa kekuatan kita hari ini yang boleh dibanggakan? Apa pencapaian kita hari ni yang mampu buat seluruh umat dunia kagum pada kita?

Teringat saya pada kata-kata Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khattab “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”

Islamlah yang telah memuliakan kita semua. Apakah kita masih ragu-ragu lagi akan kemuliaan yang Allah berikan pada kita semua? Kembalilah berpegang pada kemuliaan yang sebenar. Carilah sebanyak-banyak rahmat Allah sementara umur yang dipinjamkan ini masih belum tamat tempohnya.

Marilah kita sama-sama periksa kembali diri kita. Berapa banyak lirik lagu yang telah berjaya kita hafal dan berapa banyak surah pula yang telah berjaya kita hafal?

Antara lirik lagu dan surah-surah dalam Al-Quran ini, yang mana satu akan membantu kita ketika dihisab oleh Allah SWT di mahsyar nanti? Sama-sama kita memulakan langkah menuju redha Allah SWT, dan semuga Allah SWT merahmati kita semua.


Fasthabiqul Khairat~


Disclaimer: Artikel ini untuk ingatkan diri saya sendiri sebagai penulis yang masih punya banyak kelemahan diri dan untuk pembaca yang sudi mengambil kebaikan darinya.

Sibu..

Saya ada kat Sarawak sekarang ni. Ade kat Sibu. 1 jam 55 minit dari LCCT ke Sibu. Saja jalan-jalan ke rumah kawan mak saya.

Takde buat ape pun sangat. Lagipun kenduri kawen adik kawan mak saya tu kelmarin. Pengatin lelaki tu orang Sg. Petani, Kedah.

Macam biasa la, jumpa orang kedah, borak-borak ramah gak lak. Esok baru saya akan ke Kuching, Sarawak lak.

Eh oke lah, diaorang ajak pegi pekan Sarikie lak. Nanti update lagi yer...

Huhu.. Sarawak pun panas gak... ingat sejuk macam kat canada ke :D

Sebelum terlupa, Selamat Hari Lahir pada Ida. Hoho... sekarang sudah sedikit tua. Muga Allah sentiasa Rahmati.

Dan juga adik Fatihah kami, anak kak Ita. Semuga besar nanti jadi Srikandi Agama ini yer, Ameen!!! :)

Saturday, May 30, 2009

...

2002~2009...

Jauh perjalanan itu, namun telah berlalu...

2009~...?








Terima kasih~

Wednesday, May 27, 2009

Alhamdulillah~ Selesai...

Alhamdulillah, isnin yang baru lepas, kelmarin (25/05/09) merupakan penutup kertas exam saya. InsyaAllah, dah berusaha termampu yang boleh, dan kini tawakkal kepada Allah SWT. Doakan urusan saya dimudahkan Allah yer kawan2.

Semoga Nurul Aizam Zaini dapat keputusan cemerlang trimester ini dan graduate di trimester ini dengan mudah dan juga dapat konvo pada bulan 8 ini semua dengan izin Allah SWT, Ameen!!! Mekasih yer doakan saya kawan2 :D

Ramai je yang bila saya jumpa akan tanya "bila balik kampung?" huu... saya jawab " tak balik". Haha... pastu macam2 nasihat saya dapat :D "balik lah exam dah abis" , ada gak yang tanya " nape tak balik?"

Bukan saya tak nak balik, tapi ada beberapa perkara perlu diselesaikan lagi. Kalau balik pun, bukan dapat jumpa mak saya. Mak saya pergi kenduri kawen adik kawan dia kat Sarawak. Saya nak kena langsaikan dulu hutang2 yang masih berbaki dengan MMU nih, kalo ade la :D ade ke?? haaaa... :>

Pastu nak siapkan resume sume, apply kerja. Takkan nak tunggu kerja datang. Kena usaha baru lah rezeki kita datang btol tak kawan2... :) Lagipun jadual saya cuti ni dah agak penuh.

28-29/05/2009:

Ada jaulah ke Negeri 9 - Cyberjaya - Shah Alam.

30/05/2009:

Kenduri umah kak ina STAD. Haa... terlanjur cakap kat sini, dia jemput semua yang mengenali dia datang sama2. Kenduri tu sebagai tanda sykur pada Allah SWT yang mana suami kak ina, abg bad dah pulih dari kanser yang dialami hampir 4-5 bulan lepas. Alhamdulillah, abg bad dah pulih. Kenduri start lepas zohor. Buat kat umah dia kat padang temu. Datang lah yer... (jadi wakil lak menjemput orang) :D

Malamnya pulak, ade Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) anjuran ISMA di surau An- Najihin, Tmn. Merdeka. Semuadi jemput hadir jugak. Program mula jam 10 malam, ade pengisian sikit, pastu tidur, bangun Qiam, subuh, riadah pagi dan pulang ;) Datang lah beramai-ramai yer bagi yang belum balik bercuti.

31/05/2009 - 4/06/2009:

Saya dan adik saya ke Sarawak, insyaAllah. Jumpa mak kami kat sana yang sedang tolong kenduri kawen adik kawan dia tu. Haishh.... asek pergi kenduri kawen orang jer ni... bila lagi?? Hahaha... gurau2 jer :D Tadi pun ada kawan sama batch saya kat MMU ni, perempuan la, terjumpa dia kat PS masa makan tadi.

Pastu tetiba dia cakap " haa.. nasib baik bawak". Saya blurr kejap. Dia selongkar2 bag tangan dia, pastu bawak keluar 2 kad. Satu nama saya, satu nama nizam syamil punya dia minta tolong sampaikan. Tau kad ape??? hahaha.. dah nak kawen rupanya kawan saya nih!!!

Tarikh kenduri 13 Jun 2009 kat rumah dia di Puchong, Selangor. Saya pun terus cakap "tahniah!!!" dalam hati ( huuu.. bertambah lagi sorang list kawan2 ku yang kawen) :D Apapun, TAHNIAH NAD!!! Nama penuh Nadiah Abd Razak (betul ke nad? ) hehe :D

5/06/2009 - 11/06/2009:

Orientation Week untuk pelajar2 baru yang bakal menjadi pelajar MMU. Program last di MMU (ye ke ? ) huhu... Apapun, dah Presiden SRC minta tolong, kita bantu la mana yang mampu. Kesian Maun, banyak betul dugaan yer? Heh.. sabar yer. macam tulah kalau jadi Presiden. Mana ada yang mudah2. Kemenangan sentiasa bersama orang2 yang sabar ;)

12/06/2009 - ??/??/????

Apa yang akan jadi??? Heh.. belum tahu lagi... tunggukan episod akan datang yer :D Semuga semua yang dirancang berjalan baik. Ameen!!!~
----------------------------------------------------------------


Selesai jadual cuti ni, muka surat baru buku kehidupan saya yang kosong bakal dicoret. Cerita apa yang akan dikarang pun belum tahu lagi. Rangka cerita seperti telah tersedia. Tapi tak tahulah semua yang dirangka itu akan dicoret sebagai isi utama atau mungkin dibuang sahaja.

Tunggu dan lihat. :) Apa yang penting, harus ada perancangan dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Selebihnya, serah pada Allah SWT. :)

Oke, takat ni je dulu. Nanti ada masa sambung lagi ;)

Semuga semua rakan-rakan dapat keputusan cemerlang bagi exam kali ni. Ameen!!!~


Sunday, May 24, 2009

Terakhir~ Ameen!!! ;)

Subject ID : BSM 3104
Subject Description : Strategic Management
Exam Hour : 2
Date : 25/05/2009
Venue : Exam Hall
Seat : 21
Time : 2.30pm

Kawan-kawan, rakan-rakan dan teman-teman semua. Doakan saya Nurul Aizam Zaini dapat jawab paper akhir dengan baik Ameen!!! Saya juga doakan untuk kamu semua Ameen!!~

Rabbi Yassir, wa la tu'assir, wa tammim bilkhair
Rabbi zidni 'ilman warzuqni fahman

Friday, May 22, 2009

25 May 2009~ :D

Alhamdulillah..... sudah lepas dua paper... huh! Ada satu lagi nih. Hari isnin ini last paper. InsyaAllah paper ku yang terakhir di MMU setelah 7 tahun menyemai bakti, mencurah tenaga, manggali ilmu, memugar cinta, maka akhirnya saya telah berada dihujung satu episod cerita dalam hidup saya.

Pohon teman2, rakan2, dan kawan2 semua mendoakan kemudahan buat segala urusan saya. Semuga saya dapat mengakhiri perjuangan kampus dengan satu ending yang baik, khusnul khatimah~ Ameenn!!

Saya juga doakan semua agar dimudahkan segala urusan kamu, Ameen!!!~

Buat kawan2 yang sama macam saya di triemster akhir, All the best in future!!! Dan buat kawan2 yang masih ada baki setahun, 2 tahun, 3 tahun atau 4 tahun lagi belajar di MMU, All the best jugak!!! Teruskan perjuangan kampus!!! Masih banyak perlu diperbaiki. ;)

May Allah bless be with All of us!!! :)

Akhirnya, TERIMA KASIH saya ingin ucapkan pada semua yang saya pernah kenal, telah kenal, akan kenal atau sedang berkenalan :D kerana sudi menjadi orang yang saya kenali.

Last but not least... Thank You Allah!!!~


p/s: entry macam dah abis exam plak :D hihi.. doakan saya yer kawan2 utk last paper nnt, Ameen!!

Thursday, May 21, 2009

Yang Kedua~

Subject ID : BHR 3154
Subject Description : Leadership
Exam Hour : 2
Date : 21/05/2009
Venue : CITS Lab 1
Seat : 16
Time : 2.30pm

Rabbi Yassir, wa la tu'assir, wa tammim bilkhair
Rabbi zidni 'ilman warzuqni fahman


Ya Allah, kau mudahkanlah urusan Aizam, dan semua rakan-rakannya Ameen!!!

Monday, May 18, 2009

SATU TAMAT~

Selesai satu! Huh... setelah berpeluh-peluh dalam air-cond :D Alhamdulillah, terjawab sudah akhirnya persoalan yang bermain-main dalam kotak fikiran ni.

Penat Oooo.. nak simpan lama-lama. Takut lupa... haha :D Apapun syukur pada yang Esa sebab dah lepas SATU.

Oke, ada lagi DUA. Masih bermain-main dalam kotak kepala ni. Apa la agak-agaknya yang keluar nanti. Huuu...

Jom jom sambung baca nota kawan-kawan. Ayuh... yoshhhh..


Ingatlah anakku
Teguhkan pendirianmu
Kalian harus punya ketekunan
Harus punya keinginan yang kuat
Untuk mencapai cita-cita
Kalian harus punya keberanian
Dan pantang menyerah
Menghadapi tantangan macam apapun
Dan ingat
Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya
Bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.

-Pakcik (gurubesar), laskar pelangi~

Yang pertama~

Subject ID : BRI 3114
Subject Description : Human Resource Information Systems
Exam Hour : 2
Date : 18/05/2009
Venue : FOSEE ACR 1001
Seat : 89
Time : 2.30pm

Rabbi Yassir, wa la tu'assir, wa tammim bilkhair
Rabbi zidni 'ilman warzuqni fahman


Ya Allah, kau mudahkanlah urusan Aizam, dan semua rakan-rakannya Ameen!!! Pohon maaf dari semua yer kalo ada salah silap :)

Sunday, May 17, 2009

Mong~

Alhamdulillah, tadi baru lepas borak-borak dengan mong :) Seronok rasa hati ni, dapat tanya khabar, gelak-gelak sume. Nampaknya mong semakin tabah menerima takdir Allah. Semoga Allah tambah kekuatan dan ketabahan pada mong.

Tapi mula-mula call mong tak jawab. Lepas tu dia 'sms' dia tengah selesaikan urusan peribadi di tandas... hehe..:D cett.. apa la.. busuk btol mong nih.. huh :D

Mong cakap doktor beritahu kat dia, insyaAllah lagi 2-3 hari dia dah bole keluar wad dan rehat dirumah. Kaki dia macam yang semua orang tau dah masuk besi, tangan dia pulak masuk skru. Huh.. " selambe je skru tangan orang" Ayat mong tak puas hati kat doktor. Huhu... cett..

Adik dia maimunah yang dalam keadaan koma, mong cakap menunjukkan respon yang baik, sebab ade gerak-gerak sikit dan batuk-batuk.

Orang tak putus-putus datang ziarah, mong bagitahu. Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik pun datang ziarah dia dari bangi. Alhamdulillah, ramai sayang kat ko mong huhu.. :D

Yang special2 ade ziarah tak? opppss... hehe, hanya pria-pria je yang bole tau cite nih.. :D hihih.. cett.. sempat lagi tu :D

Mong cakap dia banyak makan makanan luar berbanding makanan hospital. Mana taknye, dia cakap, sume orang yang datang ziarah dia bawak makanan.. heh :D Jadi lepas ni sape2 nak g ziarah lagi, tukar-tukar. Jangan bawak makanan dah. Bawak benda lain lak...

Bawa la buku ke pulak, PS 2 ke, Game Boy ke, FIFA 2009 ke... heeheh... takdelah, bawak la apa-apa yang korang suka nak bagi kat dia oke ;) Yang penting bermanfaat :)

Last skali mong kim salam sume dan dia ucapkan Good Luck in Exam!!! Mekasih mong~

Kami semua akan sentiasa doakan mong dan keluarga agar lebih kuat dan tabah menerima takdir Allah s.w.t. Semuga keluarga mu sentiasa dilindungi dan dipelihara Allah s.w.t dan semuga maimunah pulih dan sedar dari koma~ Ameen!!!

~Mong duduk, no. 2 dari kiri semasa kejohanan bolasepak 7 sebelah PEMBINA Melaka~
[klik gambar untuk paparan lebih besar]

p/s: study yer kawan2, kita masih punya kesihatan yang baik, maka ucapkanlah syukur pada yang Esa :)

Saturday, May 16, 2009

Cita-cita...

Kejar cita-cita sampai hujung dunia~
Jangan pernah menyerah kalah~

-ikal,laskar pelangi...

Kita harus punya cita-cita~
Dan disekolah inilah kita mulai cita-cita itu~

-lintang,laskar pelangi...


p/s: sempena hari guru, karena guru yang banyak memulai cita-cita anak didiknya~

Wednesday, May 13, 2009

Salam Imtihan~

Final exam bakal kembali memenuhi jadual aktiviti harian pelajar-pelajar MMU bermula 18 / 05 - 30 / 05 / 2009. Persiapkan diri dengan segala kelengkapan sebelum berangkat ke medan jihad. Strategi, kesihatan, kekuatan fizikal dan jasmani, kesucian hati serta usaha yang tak mengenal henti perlu dipastikan sebaik-baiknya. Ini semua merupakan asbab kepada kunci kejayaan kita.

Ingin saya kongsi kisah Pahlawan Agung Islam yang saya kira dapat meniup semangat jihad untuk kita ambil iktibar dan pengajaran darinya.

Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Siapa tidak kenal dengan pahlawan agung ini. Beliau merupakan pembebas kota suci Baitulmaqdis dari tangan pihak Kristian pada ketika itu. Sultan Salahuddin dilahirkan dalam suasana keluarga yang senang. Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zinky, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan.

Pada usia 17 tahun beliau telah menjadi antara tentera yang hebat. Sehinggalah dilantik menjadi panglima tentera bagi menggantikan Panglima Shirkuh, panglima yang sebelumnya, meninggal dunia. Pada tahun 583 hijrah, berlakunya peperangan bersejarah yang dinamakan peperangan Hittin yang telah berjaya membebaskan Palestin.

Sultan Salahuddin sendiri telah memimpin pasukannya dalam peperangan Hittin. Semangat jihad yang tidak pernah padam dalam jiwanya membuatkan beliau hanya memikirkan untuk menawan Palestin. Antara topik perbualan yang menjadi kegemaran beliau adalah jihad. Sepanjang sirah hidupnya, beliau tidak sunyi dari peperangan.

Peperangan demi peperangan hingga berjaya menawan Baitulmmaqdis. Beliau juga telah banyak melakukan perubahan dalam struktur kerajaan Mesir setelah diiktiraf kerajaan Abbasiyyah sebagai Sultan Mesir pada tahun 570 hijrah. Duit kerajaan banyak diperuntukkan untuk kebajikan rakyatnya yang sebelum ini banyak dihabiskan untuk tujuan hiburan, majlis-majlis keramaian dan sebagainya.

Peperangan tetap tidak sunyi walaupun Palestin telah berjaya ditawan. Musuh-musuh beliau tetap sentiasa menunggu peluang untuk kembali merampas Baitulmaqdis dari beliau. Sehinggakan suatu ketika beliau berhajat untuk pergi menunaikan haji, namun terpaksa membatalkan niat itu kerana musuh akan menyerang pada bila-bila masa ketika beliau tiada.

Sultan Salhuddin Al-Ayubi akhirnya meniggal dunia pada tahun 589 Hijrah pada usia 55 tahun dalam keadaan beliau tidak sempat menunaikan hajatnya untuk mengerjakan haji.

Rakan-rakan semua, apa yang menjadikan beliau sehebat ini? Apa yang membuatkan manusia yang sama seperti kita semua ini mempunyai kekuatan, kelebihan dan kesungguhan yang melampaui kita? Sedangkan kita dan beliau secara fizikalnya sama. Cukup semua sifat. Tidak ada yang lebih dan yang kurang. Itu perbandingan secara kasar.

Namun disana pasti ada sesuatu yang jelas membezakan kita semua dan beliau. Kerana beliau FAHAM akan tuntutan agamanya. Beliau mengerti dengan jelas apa yang ISLAM mahu kita lakukan.

Cuba saudara bayangkan, Rasulullah pernah mengatakan bahawa Palestin akan di buka oleh Islam dan Umar Al-khattab pernah menyatakan Palestin ini seluruhnya milik umat Islam. Semenjak wafatnya baginda s.a.w, para sahabat tidak putus-putus, tidak henti-henti menghantar tentera bagi menawan Baitulmaqdis.

Sehingglah pada ketika Umar Al-Khattab menjadi khalifah, Palestin berjaya dibebaskan. Namun kemudian dirampas kembali. Tetapi setelah beratus tahun selepas itu muncul pahlawan yang bernama Sultan Salahuddin Al-Ayubi membebaskan kembali Palestin.

Apa yang menjadikan beliau terus berusaha membebaskan Palestin adalah kerana beliau yakin akan kata-kata rasulullah s.a.w. Walaupun setelah beratus tahun selepas kewafatan baginda s.a.w, beliau yakin akan apa yang pernah baginda s.a.w ucapkan dahulu.

Apa yang menyebabkan rasullullah s.a.w beranai menyatakan bahawa suatu hari nanti Islam akan menawan Rom Timur dan Rom Barat? Sedangkan ketika itu, pembebasan yang bakal berlaku masih jauh lagi. Rasullullah s.a.w sendiri tidak dapat menyaksikan pembebasan itu.

Pertamanya kerana mukjizat rasulullah s.a.w yang mendapat hidayah dari Allah s.w.t lantas baginda s.a.w dapat mengetahui apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Namun ada satu lagi faktor yang membuatkan rasulullah s.a.w yakin dengan kata-katanya.

Ianya adalah kerana keyakinan rasulullah s.a.w bahawa Islam ini agama yang sebenar-benarnya. Sesiapa sahaja yang melakukan sepenuhnya apa yang Islam ajarkan, maka tidak mustahil untuk umatnya menjadi yang terbaik dalam apa jua aspek kehidupan. Keyakinan inilah telah menjadikan para sahabat, dan para pahlawan agung silam berjaya menjadi manusia-manusia yang hebat.

Apakah ia juga tidak untuk kita? Pastinya jika kita juga memegang keyakinan ini, berazam bersungguh-sungguh seperti itu, maka kita juga akan menjadi yang terbaik seperti yang telah sejarah agung Islam rakamkan.

Rakan-rakan semua, kita juga mampu menjadi seperti mereka. Tapi syaratnya mestilah mempunyai keyakinan, kesungguhan dan keazaman yang sama seperti mereka. Jadi dengan itu, marilah kita sama-sama, khusunya bagi yang bakal menduduki final exam, meletakkan keyakinan bahawa agama Islam ini adalah yang paling benar dan terbaik. Sesiapa saja yang melakukan seluruh arahan Allah, maka dia akan menjadi yang terbaik dalam hidupnya, malah menjadi pelajar yang terbaik dalam konteks kita sebagai mahasiswa.

Semuga kita semua diberi kekuatan, keyakinan, kesungguhan, dan keazaman yang sama seperti para sahabat dan para pahlawan agung islam terdahulu. Akhir kata dari saya untuk semua rakan-rakan, teman-teman, dan kawan-kawan, berusahalah yang terbaik. Yakinlah, bahawa kejayaan pasti milik kita jika kita berpegang teguh pada kebenaran agama suci Islam ini.

Selamat menduduki peperiksaan dan selamat menjawab pada semua. Kepada yang kini merupakan trimester terakhir, muga Allah permudahkan urusan kita. Ameen!!!~

Rabbi Yassir, wa la tu'assir, wa tammim bilkhair
Rabbi zidni 'ilman warzuqni fahman


Bittaufiq wannajah fil imtihan~

Disclaimer: Tulisan ini adalah untuk tujuan pembaikan diri saya sendiri dan juga yang ingin mengambil kebaikanya.


Makluman: Sama2 kita doakan kesembuhan pada rakan kita Zulhelmi a.k.a mong agar pembedahan beliau berjalan lancar dan adiknya agar sedar dari koma Ameen!!! Maklumat lanjut boleh ke blog hamdan : http://khallys.blogspot.com/

Tuesday, May 12, 2009

Bismila hirrohmaa nirrohim'~

Ya Allah, kau campakkanlah kekuatan dalam hati mong dalam menghadapi saat-saat seperti ini. Kau tempatkanlah adiknya dikalangan mereka yang dirahmati Mu ya Allah. Kau pulihkanlah kembali adiknya. Kau berikanlah kekuatan pada mong sekeluarga atas ujian Mu ini ya Allah.

Ameeen!!!~

Semoga mong dan keluarga dalam lindungan Allah s.w.t

Allah Musta'an.

Thursday, May 07, 2009

Panassssss~

Huuu... makin lama makin panas lak MMU nih. Macam2 btol. Dah la cuaca memang panas kat Melaka nih, tambah pulak panas lain. Haha.. memang tak payah mandi air panas gadek dah, sebab dah terlebih panas.

Dengan isu penulis2 bloggers yang semakin melupakan etika menulis, dengan OC yang macam2 hal, dengan kisah SRC yang akan tukar sistem... panas panas!!! :D Haishh.. ni yang terasa macam nak makan pisang goreng panas nih... huuu..~

Tak tau la apa nak jadi lagi 5 tahun kat MMU nih. Nak cakap lebih2 pun tak boleh jugak, mana tau nanti saya sendiri kena campak kerja kat MMU, maklumlah MMU kan bawah TM, tak mustahil TM hantar ke MMU, haa sudah.. kena ngadap MMU lagi. Huu~ panas lagi panas :D

Biarlah la panas2 sume nih, mana tau kot2 esok salji turun kat Melaka ni, sejuk skit. Boleh main snow kat belakang bukit beruang tuh. Doa2 la salji turun yer :D huhu~ Bole guling2 atas salji, pastu wat patung salji huhu :D Kalo nak ais pun senang :D free jek.. ;)

Oke lah, lebih baik siapkan presentation nih. Esok nak kena present.. huuu... Ya Allah kau mudahkanlah segala urusan Aizam Ameen!!!!!~

Exam exam dah dekat~ :D

Wednesday, May 06, 2009

Sajak 10 tahun terkahir~

Sepuluh tahun terakhir, empat kali nahkoda bahtera negeri ini berganti. Sepuluh tahun terakhir, pemegang amanat semakin tidak bisa dipercaya. Mereka semakin rakus merampas hak-hak rakyat jelata. Sepuluh tahun terakhir, malapetaka pun selalu menghantam negeri ini. Tsunami, banjir, longsor, dan bermacam penyakit silih berganti merontokkan anak-anak negeri. Sepuluh tahun terakhir, orang-orang lapar dan orang-orang menganggur semakin tidak terhitung jumlahnya. Sepuluh tahun terakhir, kemaksiatan dan tindak kejahatan sangat sulit dihentikan. Rasa malu, dan rasa peduli, terasa semakin menjauh. Adakah harapan dan asa di negeri ini?

Mungkinkah Allah (SWT) berkenan untuk mencurahkan berkah dan rahmatNya. Apakah kita berhak untuk berkuasa dan memimpin negeri ini. Pantaskah kita melayani orang-orang yang bosan dengan janji-janji para penipu.

Ingatlah saudaraku, arah dan tujuan kita jangan berubah. Langkah harus semakin tegap. Karena perubahan adalah kepastian. Bangkitkan semangat! Dan rebut setiap peluang! Jangan sibuk dengan hal yang tidak penting. Ledakkan keraguan! Dan yakinlah, bahwa Allah (SWT) pasti membimbing kita untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki!

(Opening Album, Shoutul Harokah - Bangkitlah Negeriku)


Sajak ni amat menarik perhatian saya. Sangat benar apa yang diungkapkan dalam isi sajak ini. Terutama perihal kemaksiatan dan tindak kejahatan amat sulit dihentikan.
Usah pergi jauh, lihat sahaja suasana sekeliling kita. Sebagai mahasiswa, persekitaran kampus yang penuh kecelaruan idealisma.

Namun cukup setakat ini. Kerana selepas ini, tidak lagi ada toleransi kepada manusia sehingga hak Allah tergadai murah. Semoga semua yang berada pada jalan ini diberi kekuatan dan thabat hingga ke hembusan nafas terakhir~

Monday, May 04, 2009

7 tahun dan seterusnya...

Satu perjalanan yang amat panjang. 7 tahun merantau ke negeri orang, mencari ilmu bekal dada ini. Pasti ia bukan suatu perjalanan yang mudah bagi seorang anak kampung yang tidak pernah jauh dari keluarga malah tidak pernah terdedah pada dunia luar yang amat mencabar.

Tanggal May 2002 menjadi titik mula perjalanan ini. Bermula sebagai pelajar Diploma in Information Technology di Multimedia University kampus Melaka. Suasana yang belum pernah saya lalui. Pelajar-pelajar dari berbagai negara, medium perantara utama bahasa inggeris dan berbagai lagi.

Seperti patah semangat ketika kaki mula melangkah di dewan utama. Namun tetap kugagahi langkah ini. Hanya tuhan yang tahu. Kerdil diri ketika itu. Apa yang akan berlaku 7 tahun seterusnya tahun tiada siapa tahu. Terus mengikut arus.

Bermula dari saat itu, telah terkumpul berbagai-bagai cerita, kisah, pengalaman dan harapan. Kini, hanya dengan izin yang Maha Esa saja bisa ku teruskan perjalanan ini ke satu jalan cerita baru di luar sana. Bukan lagi dunia mahasiswa, tetapi dunia yang meletakkan diri ini selayaknya sebagai hamba.

Seluruh kesyukuran ini kuserahkan pada yang Maha Esa kerana telah mencampakkan diri ini di MMU Melaka. Segalanya telah menjadikan diri aku yang kini. 7 tahun yang tidak mungkin akan terpadam buat selamanya. Kekal terpahat dijiwa. Kerana 7 tahun inilah tempoh diri ini mengenali erti hidup, erti pesahabatan, erti perjuangan dan erti diri sebagai hambaNya.

Kini, aku masih memandang kehadapan. Apa yang bakal kulalui diluar sana? Apa yang akan dilalui selepas ini? Tiada siapa tahu. Apakah nyawa ini masih ingin kekal dalam jasadnya? Hanya DIA yang tahu. Segalanya dikembalikan padaNya.

Benarlah kata orang Bumi Melaka Bumi Bertuah. "Di atas runtuhan kota Melaka kita dirikan jiwa merdeka" kata-kata Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Melaka akan kekal terpahat selamanya. Negeri yang amat istimewa untuk saya.

Kini masih mengatur jalan depan sana~

Sunday, May 03, 2009

Fasa...

Berakhirnya satu fasa bermakna bermulanya satu fasa yang baru. Tamat fasa bayi bermula fasa kanak-kanak. Kemudian bermula pula fasa remaja, belia, dewasa dan seterusnya tua. Begitu juga dengan fasa bujang kepada beristeri, anak-anak, cucu-cicit dan seterusnya.

Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan seterusnya dunia kerjaya. Wah... saya kini di fasa yang mana? InsyaAllah fasa peralihan ke dunia kerjaya (jika diizin Allah) Amin~

Fasa ini merupakan suatu cabaran. Perlu di tangani dengan berhati-hati. Kerana kita tidak mahu jatidiri yang dibina ketika idealis mahasiswa dahulu lusuh dek kerana kesibukan dunia kerjaya yang jauh lebih mencabar.

Idealis mahasiswa dalam sudut pandang saya ialah kreativiti, bertenaga, sentiasa cerdas berfikir dan lantang bersuara.

Namun ada satu fasa yang sering menjadi perbualan ramai. Fasa ini merupakan satu fasa terpenting dalam hidup manusia. Mungkin juga ia fasa yang paling sukar di antara fasa-fasa yang tersedia dalam hidup ini.

Saya juga akan melalui fasa ini.

Allah Musta'an..

Fasthabiqul Khairat~

Nurul Aizam Zaini
PEMBINA Melaka
http://pembinamelaka.com/v1/

Wednesday, April 29, 2009

MMU Awards 09' dan Meeting bersama Penaung~

Salam...

Huu.. sibuk sikit minggu ni. Nak update sikit tentang MMU Awards 09, tapi masih belum ada masa. Apa pun TAHNIAH diucapkan pada semua komiti Peuehaba Aceh 3... You All did a great job!!!

Tapi jangan kita lupa ya bapak-bapak, ibu-ibu... Semuanya kita kembalikan kesyukuran itu pada yang maha Esa :)

Ni ada 2 gambar nak kongsi. Nanti ada masa saya update yer...




Gambar masa MMU Awards 09' Grand Hall, Cyberjaya Campus. Congratz to All!!~




~Gambar bersama penaung program Peuahaba Aceh 3, Y.A.Bhg Tun Dr. Siti Hasmah, Canselor MMU~



p/s: nanti ada masa saya update lagi yer citer2 mmu awards dan aceh~

Tuesday, April 21, 2009

Wahai Pemuda...

Salam~

Alhamdulillah, program kepimpinan minggu lepas berjalan dengan baik walaupun ada perubahan tentatif pada saat akhir. Maaf ya pada pihak penganjur kerana 3 orang yang kurang malu menggelarkan diri sebagai "tycoon" telah menyusun semula perjalanan dan struktur program :)

Namun ianya untuk kebaikan. Usaha kalian semua kami ucapkan TAHNIAH!!! Saya yakin niat murni kalian bermatlamatkan satu objektif iaitu gemilangkan kembali ISLAM pada tempatnya. TAHNIAH saya ucapkan. Masih ada mereka-mereka yang sedar.

Kita adalah PEMUDA yang harus menggerakkan suasana, yang menghidupkan gerak kerja dakwah ini, yang mesti turun menggarap massa, yang bersama-sama masyarakat walau apa jua suasana.

Kita tidak mahu menjadi pemuda-pemudi yang kosong ibarat buih-buih di lautan. Banyak namun tidak bernilai apa-apa. Saya sertakan lirik lagu "Cita Pemuda" nyanyian kumpulan "Shoutul Harokah" dari Indonesia.

Cita Pemuda

Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagi janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan doa untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita

Satu, hati, bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap, maju, dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Satu, hati, bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap, maju, dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan doa untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita

Satu, hati, bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap, maju, dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Satu, hati, bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap, maju, dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Nah! Jika dihayati liriknya, dimana kita? Apakah kita punya cita seperti mereka? Inilah generasi PEMUDA yang kita mahu lahirkan. Imbas kembali sejarah Islam ketika mana Sultan Salahudin Al-Ayubi berjuang membebaskan Palestin.

Beliau tidak pernah berehat, melainkan sakit. Setiap detik dalam hidupnya hanya berfikir bagaimana untuk membebaskan Palestin. Jihad merupakan topik perbualan yang amat digemari beliau. Akhirnya beliau meninggal dunia ketika masih belum sempat ke Makkah untuk menunaikan Haji walaupun telah berhajat beberapa kali untuk menunaikannya.

Setiap kali beliau berhajat, musuh yang bersedia untuk menyerang Palestin akan datang serang bila-bila masa. Akhirnya hajat beliau dibatalkan.

Kawan-kawan semua, kita PEMUDA hari ini dimana kita? Apa sumbangan kita pada Islam? Saya lebih suka ajukan soalan ini pada diri saya sendiri. Apa yang telah saya lakukan? Nampak gayanya, ternyata kita begitu lemah dan kerdil hari ini.

Ayuh kawan-kawan! Segera bangun! Kita sama-sama menyumbang, walau sedikit, ia merupakan salah satu batu-bata yang disusun dan akhirnya membentuk sebuah bangunan yang kuat dan kukuh.

Muga kita diberi kekuatan dariNYA agar kita terus thabat pada jalan ini~

Disclaimer: Pandangan penulis adalah untuk diri sendiri dan dikongsi untuk semua pembaca yang budiman ;)


Nurul Aizam Zaini
PEMBINA Melaka
http://pembinamelaka.com/v1/

p/s: lagu-lagu shoutul harokah boleh cari di youtube... ada banyak :D

Friday, April 17, 2009

weekend yang tak sunyi lagi~

Salam~

Satu lagi hujung minggu yang tak pernah sunyi dari aktiviti. Sejak pulang dari Aceh, setiap hujung saya ada aktiviti.

Minggu ni kemana pula? Petang ni insyaAllah jam 3.oo petang berangkat ke Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang.

Ada kem kepimpinan. Kem ni untuk adik-adik sebenarnya. Saya, hamdan, leman dijemput sebagai fasilitator jemputa.

Dah orang jemput, kita penuhi jemputan, betul tak. Oke lah, jumpa lagi kalian semua, insyaAllah kalau panjang umur, ahad malam. ;)

Thursday, April 16, 2009

KONVENSYEN anjuran PEMBINA


[Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar]

Jom join KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS...

Maklumat lanjut bole ke laman web PEMBINA Melaka. Link ada di bahagian tepi blog saya ni... klik dan boleh dapat maklumat lanjut... ;)

Monday, April 13, 2009

Baju dan Hebahan Aktiviti!!! ~

Salam

Inilah dia bila orang bujang basuh baju...

Baju ni asal nya putih. Antara baju-baju yang saya dok jaga sangat2. Sekali dah jadi warna PINK. Alamak... macam mana nak pakai nih?

Takpe-takpe, nanti rendam dengan cloroc (betul ke ejaan tu).

Apapun yang penting ialah nak hebahkan, insyaAllah 15 April ini (rabu) *Melaka cuti sebab hari bersejarah melaka, PEMBINA Melaka dengan kerjasama Unit Agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar MMU Melaka, akan menganjurkan satu seminar seperti berikut:

Tajuk: Seminar Jati Diri Muslim Siri 3
Waktu: 8.30 pagi - Asar * 4.30 petang
Tempat: Multimedia Universiti, Melaka

Jom la kawan-kawan semua datang beramai-ramai. Alah.. tak sampai sehari pun. Kalau pegi jalan-jalan, tengok wayang, shopping kita bole spend masa, ini nak dapat ilmu yang sangat penting. JATI DIRI MUSLIM!

Assignment banyak nak buat?? Alahaii.. saya dah jadi mahasiswa ni, masuk tahun ni tahun 6 campur Diploma. Tipu la kalau cakap tak ada masa. Time is yours, you decide where to put the priority.

JOM JOM JOM!!! JOM datang seminar!! Jumpa di sana oke. Kalau berminat dan nak tahu lanjut boleh call nombor ni...

013-6286991 - Hamdan
013-6285880 - Aizam

Jazakallahukhair..

p/s: Siapa yang menghadirkan diri dalam majlis2 ilmu ni, ibaratnya taman2 syurga dan doa kita diangkat malaikat. Ape lagi.. jom laa.. ;)

Bercuti sehari bersama tauke kopi janda melaka.

Salam..

Cerita hujung minggu ni.. mula dengan hari sabtu. Seawal jam 4.00 pagi saya bangun tidur... huuu... ngantok memang ngantok... tapi dah nizam syamil minta tolong, jadi bangun juga la.

Bukan apa, nizam balik ke kampung halaman dia, Kota Bharu, Kelantan naik kapal terbang Air Asia. Jadi minta saya hantar ke LCCT. Berlepas jam 7.30 pagi, jadi dari Melaka kenalah awal. Itu yang bangun jam 4.00 pagi tu.

Saya ajak pakya teman. Sebab nanti takkan nak balik sorang2, nagtok nanti bahaya. Lepas je tol Ayer Keroh saya tidur dalam kereta, nizam yang pandu. Bila sedar, ehh.. dah kat nilai.. kejapnye.. hahaha.. padahal tidur.

Sampai lebih kurang jam 6.40 pagi. Nizam check-in, saya da pakya solat subuh dulu. Selesai solat terasa lapar pulak. Apalagi, ni la masa demand nizam.

"zam, penat hantar ko ni, banjer la minum2 ke" hehehhe.. ayat manis...

Sekali nizam bagi duit, banyak la juga. "nah,, ko amik la ni, isi minyak, pastu lebih tu makan la, tol guna touch n go aku"

Wahh.. ini sudah baik pakya. Hahahaha.. apalagi, pakya lak "teringin sangat" nak minum cofee bean. Hehehehe... padahal nak makan KFC macam boikot lak, pastu McD pun sama jugak. Itu la pilihan yang ada.

Tapi tak makan la, minum jer.. mahal kot cofee bean tu. Jadi kami pun minta la air kopi. Dah kate cofee bean. Orang kampung, mana biasa makan tempat2 eksklusif ni. Pakya lain la, dah biasa, tauke la katakan :D

Saya oder expresso machiato. Akak tu tanya single ke double, saya ingat single dia biasa la cawan dia, macam air regula dengan max kat McD tu. Pakya lak oder expresso ape tah... tapi dia amik double. Pakya minum nak banyak jer.. haha..

Sekali amik kau... beza gila air saya dengan pakya.

Tu dia... mak dengan anak... beza betul!!! Huhu....~

Minum je la... dah bayar tu, mahal lak tu.. haha.. takpe2, nak merasa, nanti orang tanya bole cakap dah minum dah cofee bean, biasa je, sedap lagi kopi ulee kareng Aceh :p

Lepas abis minum, telefon Badrus, MMU Cyberjaya, terus gerak ke rumah dia, amik bad dan baru la pergi sarapan yang sebenar kat dengkil.

Selesai sarapan, saya dengan pakya meneruskan perjuangan kami hari tu, ke KLCC. Pakya lagi yang ajak pergi PC Fair. Semua pakya. Isk pakya ni.. haha :D jangan marah arr...

Letak kereta kat Bandar Tun Razak, naik LRT pergi masjid jamek, tuka amik putra lak ke KLCC. Betul ke putra? tah la.. bukan orang K.L. Asal sampai sudah.

Sampai KLCC jalan punya jalan cari tempat PC Fair tu, dekat sebelah Aquaria, di Convention Center dia. Sampai je, bapak punya la panjang beratur. Tak jadilah, patah balik dengan pakya. Pergi kinokuniya. Saya cari buku boigraphy tentang Indraa Nooyi, Global CEO PepsiCo yang terkini. Tapi tak ada.

Lepas tu pakya lagi, ajak naik skybridge. Sampai kaunter, tiket dah habis. Dia ada had rupanya. Sehari dia amik 1000 orang je. Kami sampai jam 11.00 pagi macam tu. Akak kaunter cakapm kena datanag sebelum jam 8.00 pagi. Mak aih... taka da kerja nak tertonggok tunggu depan KLCC lepas subuh. Huu..

Habis tu kami gerak ke Shah Alam. Pergi rumah makcik Asma.
Dah lama tak ziarah makcik di rumah dia. Singgah sekejap, makcik ajak makan. Pakya malu-malu lak. Hahahaha... gelabah la pakya :D

Terima kasih daun keladi yer makcik, lain kali boleh belanja lagi :D Selesai makan semua, saya dan pakya meneruskan perjalanan pulang ke Melaka.

Itulah dia percutian sehari saya bersama pakya ke K.L Setengah hari jer. Sampai melaka dah letih semua. Maaf yer pada teman-teman, tak dapat join program malam tu. Syahid kat rumah, huhu.. Astagfirullah.. kena muhasabah balik nih.. huh..

Okelah, dah ngatok, mau tidur, esok ada tutorial dan kelas. Selamat semua..

Allahu a'lam...

Thursday, April 09, 2009

cerita semalam dan hari ini...

Salam...

Pertamanya, takziah pada zulfazlizan sekeluarga atas kepulangan datuknya ke pangkuan Ilahi. Al-Fatihah...

Jadi rakan-rakan semua, sama-sama kita muhasabah diri kita. Apa kita sudah bersedia untuk mati? Kerana mati tak pernah beritahu kita bilakah dia akan datang menjemput kita.

Buat diri saya sendiri, masih banyak ruang-ruang lompong yang harus diperbaiki setiap hari demi mempersembahkan diri ini dalam suasana yang berjaya di hadapanNYA nanti. Amin!

Semalam, hari rabu pagi, kak ita sms saya beritahu adik kami@anaknya fiqri masuk hospital pantai demam sampai tak keluar suara.

Ni ada gambar yang saya ambil masa pergi lawat semalam. Saya pergi sendirian je sebab rakan-rakan lain semua ada kelas dan exam semua. Saya memang tak ada kelas rabu dan khamis.




Erkkk... nape buat muka popeye lak nih?? huhu.. tangan tu dah mcm mohamad ali peninju lagenda.. :D

Haa.. mcm ni lah.. baru hensem skit, senyum2.. tp nmpk x tgn ni.. tumbuk kang :p tp dh besar nnt tumbuk orang jahat jer oke... :p

Alhamdulillah dengarnya fiqri dah keluar wad harini. Semoga cepat sembuh dan jangan nakal-nakal oke ;)


Itu lah sikit cerita semalam, dan cerita hari ni pula... :> tau apa dia?? Saya, pakya janda dan ucop pergi menunaikan hajat yang lama dah tersimpan.

Makan coconut shake kat klebang tu... :D


Isk isk pakya... kata dah makan, tapi ni macam orang lapar tak makan lagi...


Tadaa.... inilah dia coconut shake yang orang cakap femes sangat tu, sampai masuk surat khabar suma la.. nasib tak masuk peti surat je... huh..

Haa.. nilah dia rupanya dari dekat... menarik jugak sebenarnyer.. nyumm nyumm... :)

Auummmmmmmmmm.... anak sapa la nih?? sampai terpejam mata punya nikmat makan... isk isk..

Auuummmmmmmm... sorang lagi... yang ni sampai lidah pun nak terkeluar.. isk isk... sabar yer ucop...

Ehh... yang ni nape baik jer.. hahahahahaa... :D jangan marah arr pakya dan ucop.. ;)

Besttt... ucop puas sampai tunjuk tanda bagussss... lainkali datang lagi yerr...

Ini la dia bila dah habis.. sampai ke bawah habis disedut.. ni cawan pakya oke.. :D

Ini dia gambar suasana gerai coconut shake tu... ringkas jer.. tapi menyelerakan.. Terima kasih daun keladi pada PAKYA TAUKE KOPI JANDA MELAKA sebab belanja saya dan ucop... nanti belanje lagi yer... baru la berkat duit untung... :D

Baiklah, setakat ini dulu.. apapun rakan-rakan semua, jangan lupa pesanan saya di awal tadi.. MATI ITU DEKAT DAN PASTI! Sama-sama kita berusaha perbaiki diri.. Oke... ;)

Allahu a'lam..

Wednesday, April 08, 2009

Aceh di hatiku~ Part 3.

Sambungan...

Rupa rupanya kami orang paling akhir masuk fleet( kapal terbang). Siap pekerja yang jaga boarding gate tu tak nak bagi kami masuk fleet. Padahal yang buat masalah bukan kami, pihak Air Asia yang buat masalah. Lagipun bukan nak terbang dah, sebab pekerja AirAsia tengah loading kargo masuk fleet.

Masalahnya ialah, memang kami yang pertama sekali sampai untuk check-in, tapi pekerja yang jaga di kaunter check-in tu trainee rupanya. Dia masih belum cekap buat kerja. Jadi dia dah terbuat silap apa tah masa masukkan data check-in kami, sampai dia pun tak tau nak selesaikan macam mana, siap panggil supervisor dia turun tolong selesaikan.

Itu yang jadi lambat. Tapi dengan kekuatan yang ada pada ketua delegasi perempuan, iaitu Amal, akak yang jaga gate tak bagi kami masuk tu kena sebijik dengan amal. Tapi bukan sebijik Justify Fullpenumbuk. Amal cakap lebih kurang macam ni la...

"the problem is not from us, from you guys" sambil amal tunjuk boarding pass sebab ade tulis waktu kami check-in. Terus akak tu cakap "okay-okay, panggil kawan-kawan awak yang lain"

Cayalah Amal bebet!! :D Masa tu amal dan beberapa orang yang guna passport persendirian je yang dah sampai kat bording gate tu, yang lain-lain masih dekat kaunter imigresen lagi sebab guna passport kumpulan, jadi lambat sikit sebab ramai-ramai sekali kena cek. Sampai ada yang kena sita barang kat imigresen sebab bawak bahan cecair lebih had dalam "hand luggage".

Apepun, alhamdulillah, kami selamat semua naik kapal terbang. Semua orang dalam fleet dah duduk selesa, kami je baru masuk, cari seat sume, letak barang, pastu dengar flight attandance dia buat announcement "Maaf atas kelewatan yang berlaku blablabla...."

Tak apa lah, yang penting semua selamat. Makanya lebih kurang jam 4.20 waktu Aceh (5.20 Malaysia) kami selamat tiba di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh. Sampai je, pihak gabenor dah siap menanti, pihak PKPU pun dan sedia menanti. Kami disambut mesra. Alhamdulillah proses kemasukan ke Aceh berjalan baik.

Terus kami ke pondok yatim Istanbul. Adik-adik disana dah sedia menanti rupanya. Kami disambut penuh girang. Ustaz-ustaz pengasuh pondok yatim juga semua dah ada. Sedikit diskusi pengenalan antara 2 pihak. Macam ice breaking sikit lah. Selesai semua, delegasi lelaki meneruskan perjalanan ke pondok yatim Putra di Siem.

Delegasi perempuan memang akan menginap di pondok Istanbul sebab situ semua adik-adik perempuan je. Kami lelaki ke pondok Putra sama juga sebab Putra semua adik-adik lelaki. Jadi inilah tempat penginapan kami selama 7 hari di Aceh. Jadi malam itu, masing-masing di tempat masing-masing, kami adakan sedikit taaruf ringkas dengan adik-adik.

Keesokan hari, seawal pagi jam 8.00 macam tu, delegasi lelaki bergerak ke rumah perempuan. Jarak masa perjalanan dari rumah perempuan ke rumah lelaki lebih kurang 20-30 minit. Tiba di rumah perempuan, delegasi perempuan dah pun mula sikit untuk persiapan perasmian jam 3.00 petang nanti.

Kami pun terus bantu buat kerja persiapan. Alhamdulillah, walaupun perasmian bermula lewat sikit sekitar jam 3.30 baru mula, semua berjalan dengan baik. Ada juga 1-2 masalah, tapi semua dapat di atasi, dan yang pentingnya perasmian berakhir dengan baik dan gembira.

Selesai semua, ada jamuan ringan sikit dan sedikit bedah siasat tentang perasmian. Selesai bedah siasat, delegasi pun pulang ke rumah Putra. Malam itu bermulalah cabaran sebenar untuk kami semua. Cabaranya ialah...

bersambung :p

Thursday, April 02, 2009

Aceh di hatiku~ Part 2.1


Salam,

Ini antara gambar yang sempat saya upload, tengah sibuk nak exam nih..

Tapi abaikan tarikh pada gambar tu, hamdan tersilap setting kamera dia..

Enjoy the pictures...




p/s: kawan-kawan, jom melancong ke Aceh, Pulau Sabang sangat cantik~

Tuesday, March 31, 2009

Aceh di hatiku~ Part 2.

23 Mac 2009.

Seawal jam 6 pagi saya dah siap2 bangun. Solat dulu, pastu balik rumah kemas barang skit, kemas diri, terus gerak ke kampus jam 8 pagi dah ada di kampus.

Sambil tunggu delegasi yang lain tiba, sempat juga cek apa yang patut. Kemudian, lebih kurang jam 8.30 pagi hampir semua delegasi tiba. Kemudian kami sarapan sama-sama di PS. Selesai sarapan, delegasi lelaki kena angkut kotak-kotak komputer dari 'Operation Room' (OR) bawa ke roundabout.

Mujur abg sam STAD ada membantu, kami guna van STAD untuk angkut sume 21 kotak bawa ke bas. Dah selesai angkut sume kotak, semua berkumpul di OR. Mesyuarat ringkas jawatankuasa dimulakan syafeeq selaku ketua delegasi yang telah saya serahkan sepenuhnya tanggungjawab ketika program berlangsung.

Alhamdulillah, mesyuarat ringkas berjalan dengan baik. Kemudian, lebih kurang jam 11 pagi, semua bergerak ke bas. Setibanya di sana, En. Zam pun dah sampai. Pastu En. Zam beritahu pada driver bas, nak guna bas satu lagi. Kami pun pindahkan semua kotak-kotak yang telah disusun ke dalam bas yang lagi satu. Memang betul-betul tough delegasi lelaki lepastu. Angkat kotak 2 kali kot :p

Selesai semua, kami bergambar sebelum bergerak ke LCCT. Gambar semua delegasi seramai 21 orang. Sebelum bergerak, Zulfazlizan selaku ketua agama delegasi, membacakan doa perjalanan memohon kerberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t.

Setelah hampir sejam perjalanan, kami berhenti di R&R Seremban, makan apa yang patut, sebab di LCCT tak nak makan dah, lagipun mahal makanan kat situ. Ada yang pergi tandas untuk tunaikan hajat yang belum tertunai.

Kemudian sambung semula perjalanan ke LCCT. Tiba lebih kurang jam 2 petang macam tu. Alhamdulillah la, sebab flight jam 4.00, so ada masa 2 jam lagi untuk check-in sume. Sampai je LCCT tu, semua delegasi lelaki turun pergi cari troli, delegasi perempuan jaga kotak-kotak komputer dan barang.

Bila semua kotak dah ada troli, kami bergerak dalam susunan yang telah ditetapkan. Kotak 1-5 orang ni jaga, kotak 6-10 orang lain lak jaga dan seterusnya. Saya bergerak paling hadapan dengan En.Zam dan 2 orang lagi saya dah terlupa sapa dia yek? Sapa yer?? tolong bagitahu kat sini yerr.. :D

Tapi kami tersilap jalan, sebab terus ke pintu masuk boarding gate. Sepatutnya ke kaunter check-in dulu. Patah balik, nasib baik jumpa semua. Memang dari awal kami dah set apa-apa jadi ke kaunter informasi LCCT. Jadi bila terputus dengan delegasi yang lain, kami terus ke sana, dan alhamdulillah memang mereka ada kat sana.

Lepastu, bila check-in kaunter buka lebih kurang jam 2.30 macam tu, kami terus masuk beratur, dan kami orang pertama masuk check-in untuk flight ke Banda Aceh. Tapi walaupun kami yang pertama sekali check-in, rupa-rupanya...

bersambung.... huhu.. :D

Monday, March 30, 2009

Aceh di hatiku~ Part 1.

Syukur Alhamdulilah...

Kami semua selamat pergi dan pulang. Walaupun perancangan awal akan berada di Aceh selama 6 hari, namun peracangan Allah adalah yang terbaik, makanya kami berada di Aceh selama 7 hari disebabkan Air Asia telah "retime" jadual penerbangan.

Setelah Peue Aceh 2007 yang mana saya tak dapat bersama, seterusnya Peuehaba Aceh 2007 yang saya turut serta sebagai delegasi, dan kali ini, Peuehaba Aceh 3 2009, banyak sekali cerita menarik yang saya nak kongsi bersama semua pembaca.

Tapi maaf ya, bukan kali ini. Lain kali, sebab masih ada exam ni. Huhuuhu.. Kepada yang membaca blog saya, pohon maaf sebab seminggu tak 'update'.

Kepada semua komiti Peuehaba Aceh 3. Terima kasih semua!!! "Love you all" wahahaha... cakap omputih lak.. :p

sori yer bebet... "sori naik lori" hehehehe... :D

BISA???? BISAAAAAAA!!!! ( tu la perkataan yang amir paling suke) :D

Monday, March 09, 2009

Graduate? Takda kerja? Ekonomi tak ok?

Nak tulis ape yer? Sebenarnye saja rasa nak menulis, tapi tak ada idea. Baca nota, buat latihan sikit sudah. Exam esok malam dan khamis depan. Bersedia? Hmm.. insyaAllah boleh la kot untuk esok tu.

Mengikut satu statistik yang diberitahu oleh seorang pensyarah di MMU ni, terkini lebih kurang 100 000 orang yang telah diberhentikan kerja. Ramai tu. Satu jumlah yang besar. InsyaAllah kalau semua berjalan dengan baik, saya akan habie belajar bulan 5 ni.

Jadi lepas tu mesti la nak kerja. Takkan dah habis belajar pun masih nak nyusahkan mak ayah, betul tak? Nak kena bayar kereta kalau ada kereta, hutang pinjaman pelajaran bagi yang ada berhutang, dan mestila semua orang ingin berkahwen. Kena la kumpul duit. Lain la kalau ada pakej kahwen percuma. Hoho..

Dengan susana ekonomi yang tak menentu hari ini, ada kerja ke? Boleh ke dapat kerja? Inilah antara soalan-soalan yang berpusing-pusing dalam kepala mahasiswa yang bakal tamat belajar. Bagi pelajar yang dibawah tajaan mana-mana syarikat, seperti contoh tajaan YTM (Yayasan Telekom Malaysia), mungkin tidak risau sangat sebab akan dipanggil untuk berkhidmat kepada Telekom. Tapi itu pun belum tentu. Kalau Telekom dah ramai pekerja, kena la cari kerja sendiri.

Cabaran ni. Tapi insyaAllah, tak perlu risau. Mesti ada rezeki masing-masing. Usaha ja. InsyaAllah ada la tu. Jadi tak perlu risau sangat pada yang bakal tamat belajar. Fokus pada saki-baki masa di alam kampus ni. Buat yang terbaik.

Memang ekonomi tak baik sekarang ni. Itu kita serah pada pihak bertanggungjawab uruskan. Tapi pihak bertanggungjawab tu pun kena la betul-betul berusaha untuk pulihkan suasana. Jangan la asyik beri kenyataan:

"Ekonomi kita masih boleh bertahan"
"Kita ada kekuatan dalaman yang tersendiri"
"Kita ada pakej ransangan"

Huh.. Mana boleh tahan. Bagi yang belajar ekonomi, mesti tahu lah, Malaysia ni, ekonomi kita sangat bergantung pada FDI (Foriegn Direct Investment), dan U.S antara rakan dagang Malaysia yang besar. Kalau di U.S pun terkesan dengan teruk, macam mana kita bole bertahan?

Ajaib ni. Kita lagi hebat dari U.S ke? Kilang Panasonic Melaka dan tutup, Seagate Prai pun sama, dan banyak lagi lah. Boleh kata dah banyak pelabur asing tutup kilang dan keluar dari Malaysia. Harapnya biarlah orang yang betul-betul faham tentang ekonomi jalankan tugas perekonomian kita. Tapi yang penting kena bersih, adil dan amanah. Penting tu.

Wah, panjang pulak membebel ni. Okelah, sambung lain kali.

Sunday, March 08, 2009

Hujung minggu~

Wah... exam dah dekat!! 10 hb paper 'Human Resource Information System', 19 hb paper 'Strategic Management'.

Tapi masih dok main-main lagi nih!! Huh.. fokus-fokus!! Semalam sabtu ada persediaan 'LDK' amir. Malam sebelumnya ada persediaan 'I.T' duang. Petang lepas kelas amir, pergi makan 'the best' Capati 'ever'!!!

Mana tah ni nizam syamil jumpa kedai tu... jauh jugak, dalam 20 minit perjalanan naik kereta. Jalan nak ke Tehel nun. Tapi takpe, sebab capati dan kari dia yang 'best' punya pasal, jalan jek.

Hari ini ahad, wah... belajar-belajar! Semalam tengok cerita 'IP MAN'. Menarik cerita tu. Serius menarik! Kisah bagaimana seorang yang hebat kunfu tapi tak sombong dan bangga diri. Kisah seorang suami yang amat mengasihi isterinya. Bertuah orang perempuan kalau semua suami macam tu.

Kisah bagaimana masyarakat 'China' berjuang untuk terus terus hidup dizaman penjajahan jepun! Dan akhirnya bagaimana dia mempertaruhnya dirinya sebagai ganti demi mempertahankan maruah bangsa dan negaranya.

Keseluruhan, terbaik cerita ini. Saya terfikir, ini sepatutnya menjadi sifat seorang mukmin. Malah mungkin lebih baik dari ini. Kita perlu berusaha. Memang kita tidak sehebat para sahabat, tidak sehebat para mujahidin, tapi kita diberi ruang dan masa untuk terus berusaha.

Kerana tidak ada alasan untuk kita katakan kita tidak diberi kesempatan, tidak diberi peluang dan tidak tahu bagaimana. Al-Khaliq alam ini telah berikan kita secukupnya. Hanya diri kita yang mahu atau tidak. Jika kita bekehendakkan kebaikan, maka akan dimmudahkan jalan untuk kita, InsyaAllah.

Eh, sudah-sudah, pergi baca buku. Exam dekat dah! Huh...

p/s: kejap ia datang, kejap ia pergi... hmm... apa benda? :D

Disclaimer: Pandangan peribadi penulis.

Saturday, March 07, 2009

Daulat Al-Quran dan Sunnah atau Tuanku?

Bila Quran dan Sunnah di daulatkan. Islam akan kembali pada tempatnya. Ketika itu manusia akan kembali pada kebenaran yang terang dan nyata.

Senario yang melanda bangsaku hari ini, amat membimbangkan. Tidak ada salahnya mendaulatkan Sultan. Islam mengajar untuk patuh dan hormat pada pemimpin. Tetapi jika pemimpin menyalahi agama, apa kita masih mahu mendaulatkan kesilapan?

Jangan kita lupa, manusia melakukan kesalahan, hatta Rasulullah s.a.w yang maksum juga menerima tarbiyyah langsung dari Allah s.w.t. Apatah kita yang jauh dari sifat maksum baginda s.a.w.

Di atas dasar ini, kita yang daif perlu mendaulat Al-Quran dan As-Sunnah. Meletakkan kembali Islam pada tempatnya. Sejarah telah jelas menceritakan tika mana Islam menguasai 2/3 dunia. Bagaimana mereka yang dahulu ini berjaya melakukannya?

Jawabnya, mereka meletakkan hak pada tempatnya. Meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan paling atas dan mulia. Bukan rujukan ciptaan manusia yang tak pernah sunyi melakukan kesilapan.

Mendaulatkan bagaimana? Perlembagaan sesebuah negara seharusnya meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama.

Apa kita hari berusaha ke arah itu? Semoga kita sama-sama usaha ke arah itu.

Mati itu dekat, entah bila masanya kita akan pergi menghadap ilahi. Sama-sama persiapkan diri. :)

Disclaimer: Sekadar pandangan peribadi penulis.

Sunday, March 01, 2009

Nyaris kena RAGUTT!!!

Salam...

Haa.. petang tadi dalam pukul 5.30 macam tu, saya keluar makan sorang2 jer kat Farisa. Setelah sehari suntuk kemas bili ni bagi cantekk... vakum satu blik, sampai tilam ngan bantal pun vakum gak... tak kire lah, asal boleh jer...

Sampai Farisa, saya duduk kat luar, malas duduk kat dalam, sebab nak amik angin petang kononnya. Pastu akak biasa tu pun datang amik order dalam loghat kalate campur thailand dia.

Nasi putih telur bungkus dengan air kopi O ais. Masa tu saya sorang2 makan kat bahagian luar kedai, dan satu pasangan 'couple' tengah makan kat dalam kedai betul2 depan saya. Itu je yang ada kat kedai makan masa tu selain orang kedai.

Order sampai, saya pun makan la dengan lahapnya, lapo sehari tak makan lagi. Asyik makan mamee ngan air gas alas perut dari pagi. Tengah syok layan nasi putih ngan telur bungkus tu, tiba2 terasa macam nak paling sebelah kanan pulak.

Saya duduk menghadap kedalam kedai. Jadi sebelah kiri saya US Pizza dan sebelah kanan deret kedai2 kosong. Bila saya berpaling je sebelah kanan, nampak sorang mamat india, sedang berjalan ke arah saya.

Tengok gaya orangnya, memang suspicious abis la, dengan rantainye, gelang tangan nye. Iskk.. lain macam je mamat nih. Terus saya capai handphone, wallet, dan kunci kereta yang saya letak atas meja. Huh, siapa yang selalu makan ngan saya memang tau sy tak suka letak barang2 tu sume dalam poket waktu makan.

Tapi suspect punya pasal, saya amik sume tu letak dalam poket on the spot time nampak mamat yang suspicious tu. Tiba2, terus mamat tu berhenti, ada la jarak dalam 4 meter lagi nak sampai kat saya. Dia patah balik jalan terus sampai hujung.

Pastu ade sorang lagi mamat melayu datang dari hujung kedai tu, jalan ke arah mamt india kemudian dua2 terus hilang menuju ke arah belakang kedai. Pastu dua2 naik motor Honda EX5 warna hitam palt no. MAD 6775.

Mamat melayu tu bawak motor, si mamt india tu bonceng. Saya jadi blurr... arr.. pehal mamat india ni, mula2 jalan laju je, pastu tiba2 berhenti, patah balik, naik moto ngan kawan dia yang memang saya tak nampak kat mane derang letak motor tu.

Pastu terus terdetik dalam hati, huh... kompom ni geng2 peragut yang meragut depan umah maun haritu. Saya terus habiskan makan, bayar dan balik.

Saya bawak kete saya keluar ikut hujung deretan kedai yang boleh terus kelaur kat traffic light IPK tu. Pastu mase nak keluar simpang tu, saya saje tengok cermin belakang. Rupa-rupanya derang ade kat situ lagi. Derang tak perasan saya nampak derang sebab saya dalam kete. Saya tengok derang pun gune cermin belakang je.

Pastu saya perlahankan sikit kete. Rupa-rupanya lepas saya abis makan. Derang bawak moto derang pusing sekali lagi depan kedai tu. Assumption saya, derang pusing tu sebab nak tengok lagi kot2 ada sapae2 lagi yang ade tengah makan dan letak barang2 penting atas meja.

Port derang letak moto memang baik. Derang letak kat pokok mangga kat hujung corner deret kedai tu. Mula2 derang akan round usah2 dulu. Kalo ade mangsa contoh macam saya tadi. Derang akan letak moto kat pokok mangga tu yang memang kalo kita tengah makan takkan nampaknya. Sebab moto tu kat belakang kedai.

Pasti mamat melayu tu ready dengan motor. Si mamat india tu pulak buat2 jalan, bila dah dekat dia ragut je ape yg ada atas meja. Kalo dia nak rasa lebih secure, maybe dia akan siku2 skit kepala orang tu contohnya macam saya tadi supaya penin2 skit tak sempat nak kejar dia.

Dia lari laju2 kearah belakang kedai tu, tak jauh, dekat je, pastu mamat melayu tu dah ready, mamat india melompat dengan penuh tenaga terus celapak atas motor, terus mamat melay memecut sekuat hati.

Wahhh... satu kerjasama yang hebat dan mantap lagi harmoni antara kaum melayu dan india. Mesti derang ni suka tengok wonderpets, sebab tu derang tahu kepentingan kerjasama!! Tapi silap tempat lak.. huh..

Apapun, Alhamdulillah, saya dipelihara dari kejadian buruk tu. Syukur pada yang maha Esa. Nasihat pada kawan2, jangan letak apa2 atas meja makan. Saya nyaris2 jadi mangsa. Pada yang masih aktif kat luar tu dok meragut, menyamun, bertaubatlah. Tengah2 meragut tiba2 mati sebab serangan jantung, haa... kan susah.

Kalo nak ragut, pergi ragut rumput banyak kat tepi jalan, yang tu orang tak marah. Tolong cantikkan alam sekitar lagi... ;)

Oke..

Berhati-hati semua ;)