"......Wahai orang yang beriman! Rukuk dan sujudlah kamu kepada Tuhan kamu (Allah) dan buatlah kebaikan, mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan..." al-Hajj 22:77
Monday, February 28, 2011
Update
Sabah tetap menawan!
Enjoy da pictures... http://www.facebook.com/home.php#!/album.php?aid=44271&id=100000660844081
Sunday, January 09, 2011
Siang Malam beribadat! Bagus ke??
Habis semua yang kita usahakan tu. Sia-sia sahaja. Sebab hanya fikir untutk rumah sendiri tapi terlupa masalah di luar sana yang lebih parah.
Mungkin itulah umpamanya orang yang begitu kuat beribadat. Setiap malam tahajjud. Puasa sunat tak pernah tinggal. Solat sunat pun tak tinggal. Begitu juga Al-Quran, hebat sekali.
Salah kah semua tu? Tak! Malah itulah yang dituntut! Alhamdulillah kalau ini yang kita amalkan. Tetapi....
Amatlah rugi, bagi orang seperti itu? Kenapa?
Rugi bilamana dia hanya buat semua kebaikan itu untuk dirinya. Ibadat siang malam pada Allah hanya untuk dirinya.
Bagaimanalah agaknya, jika Risalah Islam ini Allah turunkan pada Nabi S.A.W, tetapi baginda amalkan hanya untuk diri baginda sahaja, apakah Islam akan sampai pada kita hari ini? Apa mungkin Islam tersebar luas hingga menguasai Dunia di zaman Abbasiyah?
Tidak mungkin! Tidak mungkin berlaku seperti itu!
Ini semua berlaku bilamana Baginda S.A.W memahami tuntutan Risalah ini perlu di sampaikan. Mengajak orang ramai kepada kebaikan.
Menyeru umat ini pada kefahaman Islam yang sebenar. Menyuruh meninggalkan kemaksiatan. Bersungguh-sungguh sampaikan Risalah ini pada sesiapa sahaja.
-Sampaikan dariku walau sepotong ayat-
Riwayat Tarmidzi
Jadi... jom kita ajak orang buat kebaikan bersama-sama. Jangan hanya kita yang beramal siang malam, tetapi lupa pada rakan taulan dan saudara kita.
Wednesday, January 05, 2011
Melayu ke Islam?
Begitulah hinanya slogan "Ketuanan Melayu" hatta "Melayu" juga kadang-kadang terkena tempias.
Baik. Kita tinggalkan slogan itu sendirian.
Kerana yang paling utama hanya satu iaitu "Islam". Ini yang sepatutnya dilaungkan.
Alhamdulillah syukur. Tapi sayang... Kenapa?
Jangan cuma kuat laungkan "Islam" tapi selalu tertewas subuh di tilam empuk, jarang sekali bersama di saf utama.
Jangan hanya kuat laungkan "Islam" tapi jarang-jarang nampak di Rumah orang Islam.
Saya juga begitu. Jangan hanya pandai menulis tapi tak pandai buat!
Disclaimer: Pandangan peribadi penulis.
Saturday, January 01, 2011
Tuesday, December 28, 2010
Pasukan Bolasepak Muslim
Imbas kembali 7 tahun ke belakang.Wah! Ketika itu semuanya begitu sempurna. Watak setiap pemain yang begitu bersahaja.
Begitu juga dengan permainan mereka. Jarang sekali ego menguasai diri. Bermain sebaik mungkin dalam mempamerkan akhlak seorang muslim di atas padang.
Malah, andai kami dikasari, mungkin sekali dua memberi reaksi tidak menyenangkan dan selalunya, kami hanya melontarkan senyuman. Ya, senyuman, atau sekadar diam tidak berkata apa-apa.
Itu ketika di atas padang sedang bermain. Sebelum bermain, sentiasa diingatkan agar pakaian menutup aurat. Sentiasa mempamer akhlak yang baik mencerminkan seorang muslim. Doa senantiasa mengiringi ditepi padang perlawanan.
Menghormati waktu solat bukan hanya dengan sekadar berhenti bermain ketika azan, malah lebih dari itu memastikan setiap pemain menjaga solatnya.
Jika sempat ditunaikan solat sebelum perlawanan, makan tunaikan dahulu dan jika tidak sempat, selepas perlawanan harus segera sempurnakan solat.
Di hari-hari lain, pemain-pemain ini selalu mudah dijumpai di masjid. Ini kerana mereka sentiasa menjaga solat. Bukan hanya ketika pertemuan mingguan atau bulanan.
Paling istimewa, ketika itu mereka adalah JUARA LIGA KAMPUS!
Saya pelajar tahun 2 ketika itu diberi peluang bersama mereka untuk bermain dalam pasukan mereka.
Saya menyaksikan sendiri semua ini berlaku. Bukan mengatakan segala-galanya sempurna ketika itu, tetapi mereka sentiasa berusaha untuk mempamerkan tauladan yang baik walau dimana sekalipun.
Diatas padang, diluar padang, ketika bermain atau ketika waktu biasa. Itulah mereka.
7 tahun yang lalu..................................................................................
____________________________________________________________
Kini...
Jujur saya katakan, amat jarang saya ikuti perkembangan pasukan itu lagi. Namun, melalui perkhabaran rakan-rakan yang masih mengikuti mereka...
Saya dapat merasakan satu kehilangan.
Kini pasukan itu telah hilang identiti mereka. Apa identiti yang dimaksudkan?
Di mana emosi ketika bermain? Bagaimana pula ketika di waktu biasa? Apa aturan pakaian di atas padang? Bagaimana solat setiap pemain?
Kenapa? Soalan ini terlalu sensitif? Hal peribadi masing-masing? Tiada kena mengena dengan diri pemain? Cara saya tidak kena?
Tidak! Semua yang bermain beragama Islam. Apa salahnya saya mengatakan perkara ini? Malah bermain pula membawa identiti Islam.
Cara bagaimana yang kena? Apa jika cara lain yang digunakan mereka akan menerima? Sama sahaja. Mahu terima atau tidak, terpulang.
Mahu berubah dia terima. Tak mahu berubah, dia tak terima.
Persoalannya siapa yang bertanggungjawab?
Jangan salahkan sesiapa, tetapi harus ada sesiapa sahaja ketika ini untuk perbetulkan semula warisan ini.
Samada yang kini berada di dalam pasukan atau di luar pasukan, lakukan penambahbaikan semula kepada warisan ini.
Harus ada yang memulakan usaha.
Pernah seorang senior berkata kepada kami:
"Sebuah pasukan yang hebat tidak hanya memerlukan pemain-pemain yang berkemahiran tinggi, malah lebih hebat dari itu, sebuah pasukan yang amat hebat memerlukan pemain yang tinggi akhlaknya, berdisiplin dan bersungguh-sungguh kerana seorang muslim yang baik adalah seorang yang hebat dalam apa jua bidang"
Kami berhak memberi pandangan kerana dahulu kami pernah mengerah keringat membina identiti itu, dan kami tidak rela melihat apa yang telah kami usahakan musnah begitu saja.
Padangan peribadi penulis yang pernah suatu ketika berada dalam pasukan itu. Kerana sayang, artikel ini di tulis.
Saturday, December 04, 2010
way to gooooo.........................
Sunday, November 21, 2010
tak seperti disangka...
Malah bertambah lagi pekat...
Arghhh... apa sudah jadi...
Disana sini kamu "wahh!!"
Didalam kamu "hmmm..."
Tunduk... tetapi hakikat...
Wahh.. mendongak...
Seperti kau yang cipta...
Apa sudah lupa...
Sebentar saja lagi...
Dia datang dengan berita...
Friday, November 19, 2010
Bukan syok sendiri, dan bukan nak perli...
"Ko tu pun bukannya perfect sangat".
"Same gak ko tu pun".
Arrr.... maaf la kalo ada sesiapa yang tak selesa dengan tulisan saya.
Yup, betul. Saya pun tak de lah baik mana pun. Same jugak macam orang lain. Malah mungkin lebih teruk lagi. Masih banyak perlu di baiki diri sendiri.
Tapi apa pun, semua yang saya tulis, pertama sekali untuk diri saya sendiri yang suka baca kembali tulisan sendiri. (macam syok sendiri je baca tulisan sendiri).
Tak, bukan macam tu. Bila saya baca semula tulisan saya, ia akan membuatkan saya terfikir.
"Eh, aku ni tulis tapi diri sendiri tak buat, tak betul nih. Sendiri tulis sendiri kena buat dulu"
Itulah tujuannya. Untuk ingatkan semula diri ni supaya jangan cakap tak serupa bikin.
Jadi, maaflah yer, kalau ada yang tak selesa atau kurang senang dengan tulisan ni :)
Sekadar menilai kembali setiap detik dan saat yang kita gunakan di dunia sementara ini agar ia setidaknya mebuatkan Pencipta kita rahmati dengan Syurganya yang tiada nilaiannya di dunia.
Selamat malam~
Tuesday, November 16, 2010
Woohhh!!! Panjangnya beratur beli tiket Movie!!!
Itulah antara dialog2 yang biasa di dengar tatkala ada "movie" hebat yang memang ditunggu-tunggu keluar menemui peminat-peminat di panggung.
Salah ke?? Ermm... saya tak berani nak jawab. Terpulang pada masing-masing. Cuma....
-------------------------------------
Di suatu masa, tempat dan suasana yang lain...
Seluruh manusia dari manusia pertama yang turun ke dunia, Nabi Allah Adam a.s hinggalah manusia yang terakhir lahir ke dunia.
Semuanya sedang sibuk bersesak sesak, dan berasak-asak beratur menanti giliran mereka tiba.
Gilarannya berhadapan dengan Allah swt untuk dihisab dan dinilai setiap perbuatan dan amalannya ketika di dunia.
Suka? Takut? Insaf? Gembira? Menyesal? Gentar?
Hanya kita sendiri yang tahu.
-------------------------------------
Kembali ke situasi manusia bersesak-sesak beratur menanti giliran membeli tiket "Movie" di awal tadi.
Apakah sama kedua-dua keadaan ini? Adakah nilai timbangan Allah kepada dua keadaan ini sama?
Kita sebenarnya terlupa. Kita cuma singgah sebentar di dunia untuk membawa bekal menuju destinasi Akhir.
Sepertinya kita dalam perjalanan. Singgah sebentar di R&R untuk isi bekal kereta (minyak), bekal kita (makanan dan rehat) agar perjalanan seterusnya lancar sampai ke destinasi Akhir.
Pembaca yang dihormati. Bukan tujuan menyindir sesiapa. Tapi ini hakikat realiti. Sekadar mengingatkan kembali.
Jangan kita hanya tersedar tika mana jasad sudah di liang lahat. Tiada lagi keampunan di saat itu.
Kita semua PASTI MATI!!! ARE YOU READY???!!!
Disclaimer: Padangan dan tulisan peribadi penulis untuk tujuan diri sendiri dan yang mahu menerima.
Tuesday, November 09, 2010
TAHU tapi tak MAHU!
Tahu... saya tahu tu...
Baguslah kalau tahu. Buat tak?
Errmm xpe, nanti lah dulu...
Kenapa pula?
Ala.. nanti nanti la yer.
Ahaa... sebabnya ialah... TAK MAHU!
Alhamdulillah harini dah ramai orang yang tahu Islam itu sepatutnya begitu, begini, dan begitu... Bagus.
Tapi sayangnya, sekadar tahu tapi tak mahu. Ada bezakah? Tentulah ada bezanya. Contohnya kita TAHU minum air hilangkan dahaga. Tapi kita tak MAHU minum air, adakah dahaga tu akan hilang?
Sekadar TAHU air hilangkan dahaga tak akan membuatkan kita hilang dahaga. Melainkan kita MAHU minum air tu, dan kita buat (minum air) barulah dahaga akan hilang.
Jauh bezanya tu. TAHU dan MAHU.
Ramai orang TAHU kalau nak ke Syurga Allah, ini caranya, itu syaratnya, begitu adabnya dan beginilah syariatnya.
Tapi ramai ke orang yang MAHU ke Syurga Allah itu? Kalau MAHU, buat!
Duduk dan fikir.
Disclaimer: Perkongsian penulis untuk diri sendiri.
Monday, November 08, 2010
once in a life
Betul ke? Nampaknya macam itu lah. Do appreciate things while we still can enjoy it.
Dan ape yg sangat penting untuk dihargai is our life! Pepatah lama "muda hanya sekali". Maka jangan biarkan masa muda mu terbuang sia-sia.
Arahkan segala tenaga jiwa dan raga yang muda itu pada satu arah yang hebat! Tumpukan seluruh kuasa dan kekuatan padanya!
Sunday, November 07, 2010
lenguh...
Sekarang sedang merehatkan diri. Penat, lenguh, sengal semua ada... Itulah akibatnya kalo tak maintan stamina.
Bila start hiking semula, sampai gigil kaki nak turun gunung. Aishh... I have to start again continuously maintain my stamina!!
Will upload later for the hiking story, InsyaAllah...
Smile alway :)
Friday, November 05, 2010
Menjengah semula...
Ya Allah... kesian kat blog ni. Sunyi... tak ada apa apa perkembangan sejak 2-3 bulan ni.
Tiba-tiba malam ni dapat inspirasi baru untuk kembali menjengah blog yang dah sekian lama dibiarkan tersisih.
Kalau-kalau ada yang buka blog ni, maaf la yer. Kesibukan (alasan tipikal) menghambat masa yang ada. Dicampur sikit malas jadi hasilnya macam ni lah.
Banyak sangat cerita kalau nak tulis kat sini sejak 2-3 bulan kebelakangan. Tapi tak pe lah. Nak tulis pun dah tak ingat.
Apa pun, harap lepas ni dapat hidupkan semula blog ni. Paling tidak pun, ada perkembangan sekali sebulan pun cukup baik.
Haha... sibuk macam Menteri, padahal kerja banyak jer masa. Itulah malas namanya.
Sedar tak sedar dah setahun di alam kerja, dan entah berapa lama lagi usia akan dipinjamkan untuk terus meniti usia.
Dengan diri yang masih terpalit karat jahiliah, mudah mudahan dengan masa yang berbaki dapat terus perbaiki diri.
Oke, sampai sini dulu. Nanti sambung lagi.
p/s: sudah ada passion baru :)
Saturday, August 28, 2010
pilih lah kami...
17 hari telah berlalu...
hanya berbaki 13 hari lagi...
tapi apakah hari yang berbaki ini pasti kita miliki?
Aku selalu memberi kata ingtan...
tapi aku takut diri ini yang tidak mentaati
amat jauhlah rahmat yang esa
pada yang berkata tapi sia-sia
Ya Allah tuhan kami
rahmat milik Mu kami tagih
ampunan dari Mu kami ingini
syurga Mu amat kami rindui
Namun kami takut
takut kami tidak layak dipilih
menghuni jannah firdausi
Ya Allah, ampuni kami
Ameen ya rabb.. Ameen!
Tuesday, August 24, 2010
tak semua sama.
manusia, pasti berlaku khilaf sini sana...
yang pasti, ia satu proses menjadi manusia dewasa...
Wednesday, August 11, 2010
Masing - masing punya puasa.
Hah... Masing- masing punya puasa, apa kau sibuk. Kau nak beramal tunggang - tonggek ke, tergolek - golek ke, tu kau punya hal. Aku nak buat ape pun, kau tak payah nak kisah!
Wah.. bukan main emo yer. Kawan, kita dah dengar macam - macam kelebihan ramadhan ni. Sampai dah tak larat nak dengar dah berita-berita tentang kelebihan ramadhan.
Tapi kita tetap masih sama macam bulan -bulan yang lain. Tak ada beza pun.
Baik, sekarang bayangkan kita seorang pelajar kursus katering atau masakan di sebuah kolej ternama. Satu hari, koleh tersebut adakan satu pertandinggan memasak Nasi Beriyani.
Hadiah pemenang pertadingan memasak ini ialah pakej lawatan ke Turki-UK-Eropah selama 2 minggu, wang tunai RM 20,000 serta tawaran kerja di sebuah Hotel terkemuka.
Kebetulan, ayah kita adalah rakan baik kepada Chef paling terkemuka di Malaysia nama dia Chef. Wani. Pendek kata, sebut je nama Chef ni, satu Malaysia tau kehebatan masakan dia.
Disebabkan ayah kita rakan baik kepada Chef ni, jadi ayah pun bawa kita berjumpa dia untuk pergi belajar cara memasak nasi beriyani. Maklumlah, Chef terkenal, dan Chef tu pun tanpa banyak soal setuju nak ajar dan beri petua-petua yang hebat.
Baik, sekarang saya nak tanya, adakah kita dengan sepenuh hati akan buat semua yang di ajar Chef ni demi memastikan kemenangan dan dapat semua hadiah menarik itu tadi?
Manusia yang waras semestinya dia akan buat sungguh-sungguh kerana dia tahu Chef itu memang hebat dan memang kepakarannya dalam bidang masakan.
Baik, sekarang saya ingin lontarkan pula persoalan, Allah swt, pencipta seluruh alam ini dan segala isinya termasuklah kita manusia, telah beri pada kita sebuah buku panduan resipi kejayaan hidup.
Dialah yang cipta segala-galanya, dialah yang aturkan segala perjalanan planet-planet di angkasa, dialah yang aturkan sungai, bukit, angin, air di bumi dan dialah yang tentukan hidup mati kita, rezeki kita, dan jodoh kita.
Dan betapa kasih dan sayangnya Dia pada kita, dia telah beri buku resipi kejayaan hidup pada kita. Nah, sekarang kita mahu baca dan ikut panduan kejayaan hidup yang tertulis dalam buku hebat itu atau tidak?!
Buku resipi ini atau nama lainnya Al-Quran.
Manusia yang waras pasti akan ikut. Kawan-kawan, bersungguh-sungguhlah mengejar rahmat ramadhan ini. Hari ini baru hari pertama. Masih punya masa untuk tanam semula niat untuk jadikan ramadhan ini yang terbaik dalam sejarah hidpu kita, kerana kita tidak tahu adakah kita masih punya masa untuk sampai ke ramadhan akan datang.
Bacalah Quran sebanyak-banyaknya.
Zikir lah pada Allah sebanyak-banyaknya.
Dermalah semampu anda.
Solat 5 waktu berjemaah sentiasa.
Tahajjudlah 2 rakaat setiap malam semampu anda.
Dan...
Tinggalkanlah game-game anda.
Kurangkanlah tidur-tidur anda.
Bercakap yang sia-sia hentikanlah.
Membuang masa begitu saja jauhilah.
Semoga di hari kita menghadap Allah nanti, setidak-tidak kita mampu persembahkan salah satu ramadhan yang terbaik dalam hidup kita pada NYA.
Wallahua'lam...
Enough said... Just do it!
Aha... Dah bermula episod 1 Ramadhan kita tahun ini. Alhamdulillah, banyak mesej pesanan ringkas, mesej di facebook, status facebook dan di berbagai tempat lagi kita bole lihat ramai yang meraikan kedatangan Ramdhan Kareem ini.
Its just started! Kawan-kawan semua, sudah cukup rasanya kita asyik menggunakan lidah berbicara.
Jom kita tumpu pada amal pula. Beramal lah sebanyak mungkin yer.
Apa-apa amalan pun asalkan tak langgar syariat. Buatlah asalkan yang baik.
Disebabkan tajuk kali ni pun suruh kurangkan bercakap, jadi terpaksa guna jari menulis di blog, haha...
Oke...
Selamat beramal semua dan jangan kemana-mana. Ikuti kisah Ramadhan tahun ini sampai episod terakhir.
. . .
Tuesday, July 27, 2010
masa depan...
Komitmen makin bertambah seiring bertambahnya usia. Usia pula makin meningkat bukan berkurang. Dah hampir setahun bergelar pekerja makan gaji. Tapi banyak lagi yang perlu perbaiki dan pelajari.
For the next 10 years...
"Hmm.... jauhnya planning. 10 tahun tu lambat lagi, tak payah la fikir sangat." Kata setengah orang.
Tapi saya kata perlu. Paling kurang pun "We have aim of what we want to be after 10 years from now."
Perancangan dah ada, tapi mampu ke tak ni? Err... Ermm.. Hmm...
Boleh boleh boleh!!!
InsyaAllah... selesaikan satu persatu dengan baik dan lakukan penuh semangat.
Mudah-mudahan tercapai segala cita dan harapan.
Ameen!
Sunday, June 20, 2010
Istimewa buat adik adik ku...
Salam kasih sayang buat adik2 yang dikasihi.
2 hari 1 malam kita telah bersama sama.
Di situ kita telah kenal siapa kita suatu ketika dahulu.
Kita pernah memimpin dunia!
Kini kita juga sudah tahu peranan kita...
Bayangkan kita semua sedang menanti keretapi di stesen keretapi Arau Perlis utk pulang ke K.L bercuti.
Sedang kita duduk sambil membaca novel menanti keretapi itu TIBA TIBA!
Sebuah keretapi yang sgt laju berhenti di stesen itu. Tak pernah kita lihat keretapi itu sebelum ini. Besar, panjang dan sangat unik....
Semua yg berada di stesen itu bangun dr kerusi dan melihat dgn lebih dekat keretapi yg pelik itu.
Tiba2, keluar seorang yg berpakaian putih bersih, sedikit janggut yg rapi kelihatan di wajah lelaki itu. Lelaki itu melemparkan senyuman pada semua yg seakan akan pelik dgn keretapi yg x pernah dilihat itu.
Selang beberapa saat lelaki itu melaungkan kata2 dgn amat kuat sekali.
" Wahai semua pemuda pemudi islam yg berada di hentian ini, keretapi ini menuju ke satu destinasi yang perjalanannya amat panjang dan jauh"
" Destinasi kami ialah ke sebuah tempat yang mana disitu ISLAM memerintah keseluruhan DUNIA!!"
" Di situ ISLAM memimpin dengan penuh keadilan dan kasih sayang"
" Kami hanya berhenti seketika disini dan sesiapa yang ingin turut serta bersama sama kami melalui jalan yang panjang ini menuju ke NEGERI itu, SILA NAIK SEKARANG!!"
Wahai adik2....
Apa kita masih terpaku hairan melihat keretapi pelik itu atau kita terkejut mendengar jeritan kuat lelaki itu atau kita ingin bersama sama mereka menaiki keretapi itu??
"Islam datang dalam keadaan yg dagang (asing) dan akan kembali dagang. Maka berbahagia lah mereka yg tergolong dalam golongan yg asing ini"
Teruskanlah langkahmu hingga sampai ke DESTINASI kita wahai adik2!
:)
Saturday, May 29, 2010
ampunan Mu
Amat besar kebencian Mu pada aku yang menasihati tetapi masih melakukan dosa.
Ya Allah...
Aku hamba Mu yang hina.
Aku lupa pada neraka Mu.
Ya Allah...
Dosa-dosaku menggunung tinggi.
Aku mengharap belas dari Mu.
Tiada yang lebih besar dari Rahmat dan belas kasihan Mu.
Sungguh diri ini penuh disaluti dosa kehinaan.
Aku malu untuk berdepan dengan Mu.
Sungguh aku tidak layak ke syurga Mu.
Namun aku tidak mahu ke neraka Mu.
Ya Allah...
Kurniakanlan ampunan kepada ku.
Aku takut seksa neraka Mu.