Salam~
Semalam masa saya on the way balik rumah, saya lalu kawasan pesta konvo UTEM. Tempatnya depan Ancasa Hotel MITC. Jadi masa saya lalu tu saya nampak la banyak gerai2 yg dibuka. Seperti kebiasaan la, Pesta Konvo IPTA memang meriah berbanding kami MMU ( IPTS ). Bukan nye pesta konvo kami tak menarik, cumanya IPTA ni pesta konvo derang pihak Univ. yg turun monitor hampir keseluruhan program dan bezanya kita, secaa totalnya pelajar yg uruskan.
Tapi itu bukan topik saya malam ni. Apa yg mengecewakan saya ialah adanya konsert yang saya pun tak tahu siapa artisnya, melalak seolah tak ada perasaan malu. Ada juga perempuan yg nyanyi sama. Apa ini? Apa perlunya konsert yg sedemikian? Mengapa perlu ada program berbentuk demikian? Adakah ini satu kemestian? Kalau tak ada konsert tak lengkapkah pesta konvo? Untuk apa pesta konvo di anjurkan? Adakah ia untuk malam berhibur para pelajar? Atau malam kebebasan untuk semua pelajar? Atau peluang sekali setahun untuk pelajar bersosial? Atau ia sebenarnya sekadar meraikan kejayaan rakan rakan kita yg teleh berjaya tamatkan pengajian? Dimana objekif asal pengajuran PESTA KONVO?
Inilah dia corak pemikiran mahasiswa hari ini. Kita telah dicanangkan dengan idea idea yg salah. Dari mula kita lahir hingga kita bergelar mahasiwa, setiap hari kita dipertontonkan dengan idola yg rosak, yg bagi sy tidak layak utk digelar idola pun. Ialah, kalau idola tu Mawi, Brad Pitt, Aiswarya Rai, Hitrik Roshan, Ronaldinho, Lampard, dan ramai lagilah yg semudah itu dijadikan idola. Inilah dia.. Ia juga berpunca dari media samada media eletronik, media cetak, multimedia dan bagai lagi... Hari hari kita dipertontonkan tentang kehebatan mereka, kelebihan mereka, kebaikan mereka. Lama kelamaan, ia membentuk fikrah kita untuk jadi seperti mereka. Kita mula menyanjung mereka. Ini silapnya kita hari ini.
Apa sudah jadi dengan cendiakawan2 yg ramai di Malaysia ini utk dijadikan idola? Mana pergi buku2 tulisan pendita Za'aba yg sepatutnya menjadi bacaan wajib setiap mahasiswa hari ini? Mana hilang lagi semua para cendiakawan, pendita, pendidik, professor, ulama', guru2 hebat yang hari ini septutnya menjadi rujukan utama kita! Mereka inilah IDOLA. IDOLA ialah mereka yg membawa kebaikan kepada Agama, Bangsa, dan Negara! Bukan mereka yg menghanyutkan arah tuju kita, mereka yg melalaikan kita dr tanggungjawab utama, mereka yg tidak mendatangkan apa apa manfaat pada Agama, Bangsa, dan Negara.
Bacalah kisah2 para sahabat, kisah2 pemuda unggul zaman kegemilangan Islam seperti contoh Salahudin Al Ayubi, Sultan Muhammad Al Fateh dan ramai lagi. Masa muda mereka diisi dengan perjuangan menegakkan Islam. Apa kita ketika seusia mereka, apa yg telah kita sumbangkan utk agama? Malu saya pada mereka. Ketika muda mudi hari ini sibuk sms AFUNDI, gangstarz, Live match liverpool vs chealsea, dan berbagai lagi, MEREKA pemuda di zaman Gemilang Islam ini sedang sibuk berperang menegakkan Islam, sedang sibuk menguruskan urusan Negara, sedang sibuk mempertahankan kebenaran Islam. Jauh beza kita. Bukan langit dengan bumi, macam matahari dengan pluto mungkin.
Mungkin ada yang baca ni akan cakap " alaa.. aizam tu, gelabah la.. mcm dia bgs sgt" atau " laa itu dulu, zaman islam baru bermula, skang zaman dah berubah" atau " kita kena ikut peredaran zaman la.. jgn rigid sgt.. " atau " haha.. cakap bole lah, buat tngk.. kita skang ni bukan mcm dulu nk kena perang ke ape ke" dan mungkin mcm2 lagi skrip2 yg akn keluar. Heh.. tak kisahlah.. Bagi saya, jika ini dalam fikiran dan hati kita, PERCAYALAH sampai kiamat ISLAM dihina, kita bangsa yg akan terus dijajah, dihina, diperkotak katik sesuka hati oleh mereka2 yg sedang memerangi kita secara tidak sedar.
Ingat semula, suatu masa Islam menguasai 2/3 dunia. Bagaimana mereka buat? kerana adanya mereka2 yg sedar akan tanggungjawab ini. Kerna adanya pemuda2 yg sanggup korban nyawa, harta, masa, kemewahan dan sebagainya demi meneruskan keterusan risalah Islam. Mereka telah buktikan pada dunia, mereka telah berjaya membina sebuah tamadun DUNIA yg AGUNG! Jadi bolehkan kita ulangi kejayaan mereka? Bagaimana?
Ya BOLEH!! kenapa tidak? mereka telah buktikan. Apa yg perlu kita buat ialah mengulangi sejarah mereka. Mereka telah berjaya dengan formula yg telah mereka bina. Kita juga boleh! Gunalah formula yg sama! Mereka telah tunjukkan caranya. Kita cuma tinggal buat saja. Ulangi apa yg telah mereka buat! itu saja. InsyaAllah, tidaklah kita akan berjaya setahu dua, tapi pokoknya kena ada usaha. Kerja kita ialah bekerja dan berusaha. Kejayaan itu milik yg Esa. Jika dia tidak hadiahkan pada kita, mungkin ia hadiah untuk generasi yg akan datang. Kita tidak tahu. Namun apa yg perlu kita bekerja dan berusaha :)
Saya juga masih banyak kekurangan diri. Masih banyak ruang2 untuk diperbaiki. Tulisan ini adalah untuk diri saya, untuk ingatan pada diri saya, supaya saya sentiasa sedar akan tanggungjawab saya. Tapi para pembaca juga boleh baca, faham dan KERJA! :) Semoga Allah beri kita kekuatan untuk sama sama perbaiki diri kita dan terus BEKERJA untuk NYA!
Kerja kita untuk Islam~
Lebih baik buat sedikit dari bercakap banyak tapi tak buat apa2! :)
Salam~
Jazakallah~

5 comments:
itu la dia.kat ipta pn dh mcm tu.Kat mmu apatah lagi.contohnya hiburan yg terlebih masa oc night,pergaulan lelaki dan perempuan semasa persiapan event ataupn masa event sdg berlangsung
(idola = berhala) tau.huhuhu
betul saya akui, ttg masa oc night, sy pernah jd director oc dn pernah jd camp commander oc.. itupun setelah berbagai bagai sekatan yg kita cuba buat,pun masih berlaku. bygkanlah kalau yg urus oc tu bukan dr kalangan yg sedar akan tanggungjawab.. saya kira perkara yg lebih buruk akn berlaku semasa orientasi..
thanx atas teguran anda anonymous.. tp sy suka kalu pemberi komen di blog sy ni sy knal.. lebih baik :D
sangat bagus rencana ini..moga saudara trus menulis dari perspektif ini..munkin ramai rakan2 kita terlupa,lalai dan sebagainya dan perlu diingati..bangunlah dari tidur,bangkitkan iman dan agungkan islam.."may allah bless you and this blog's readers"
hafiz
to anonymous, maksud saya yg saya lebih suka jika pemberi komen di blog saya ni saya knal bukanlah beerti sy x suka org yg sy tak kenal beri komen.. bukan begitu..
maksud sy lebih elok beritahu nama anda, supaya kita kenal.. kan molek begitu :)
Post a Comment