Wednesday, August 06, 2008

pesanan~

saidina umar dlm mahsyur beliau yg hebat:

" Dulu kita bangsa yang HINA, Allah telah MULIAkan kita dengan ISLAM. Jika hari ini kita tinggalkan ISLAM, maka kita akan kembali HINA"

Mudah, ringkas tetapi sangat padat. apa ertinya kata kata ini? Jika kita lihat dari sudut sirah, bangsa Arab merupakan satu bangsa yang Jahil. Bukan jahil dari aspek teknologi dan ekonomi. Mereka agak maju dalam aspek itu, kerna di zaman itu mereka sudah mampu membina Piramid.

Jahil mereka dalam erti makna maju dalam kesesatan. Ia umpama masyarakat barat hari ini yang sangat maju tetapi, tetapi struktur masyarakat mereka rosak. Tak perlu pergi jauh. Lihat saja kita di Malaysia hari ini. Keruntuhan akhlak muda mudi dimana mana. Ada saja kisah buang bayi, pembunuhan, rogol, kecurian yang banyak, rasuah, korupsi dari peringkat bawah masyarakat sampailah ke peringkat tertinggi pimpinan negara.

Ya, kita agak maju berbanding negara negara membangun yang lain. Tetapi adakah kita hari mulia di sisi Allah s.w.t. Lihat saja bagaimana kepincangan sistem kehakiman negara kita yang telah rosak. Tak perlulah saya ceritakan lagi dengan mendalam. Semua sedia maklum. Institusi kepolisian negara kita juga dipertikaikan. Seolah olah lembu dicucuk hidung. Turutkan saja apa kata pemerintah negara.

Jika mereka yang diangkat sebagai pemimpin hari ini pun ROSAK, apakan lagi yang di bawah ini. Kempimpinan melalui tauladan. Haha... slogan yang selalu diungkapkan mereka. Memang betullah, mereka telah tunjuk tauladan yang hari ini anak muda mencontohi mereka. Maka lahirlah, "mat rempit", "pelacur", "along" dan macam macam lagi lah.

Lihatlah bagaimana mewahnya hidup pemimpin negara kita hari ini. Rumah besar besar, kereta mewah, bercuti ke London, Paris uishh... serata dunia la boleh pergi. Mewah sungguh hidup korang yer pak pak pemimpin negara. Nih saya nak tanya sikit, korang pernah ke turun kampung kampung tengok dengan mata kepala sendiri betapa derita rakyat yang hidup hari ini.

Kalau tak percaya, mari sini saya bawakkan korang semua. Tengok dengan mata kepala sendiri. Penipu kalau pemimpin hari ini cakap "tak da org yg x mkn kt msia ni" haaa... banyak la korang... cakap tadak fakta. Cakap tak pernah nak siasat. Yang tau, meeting tu meeting ni, tah ape ape meeting, jalan sana, jalan sini abis duit rakyat.

Weii.. kalau macam korang ni tak layak digelar pemimpin tau tak!!! Orang lain jauh lebih baik la. Ni nak tanya, berapa pemimpin negara hari ini yang pernah baca sirah nabi? sirah kisah hidup para sahabat, tentang bagaimana mereka memimpin negara hingga satu masa islam menguasai 2/3 dunia.

Ini sembang kuat. Islam HADHARI la, itu la ,ini la, tapi anak isteri tak pakai tudung, tak tutup aurat, Islam apa ni?? hahaha... Karut2.. tak apa lah wahai pak pak pemimpin negara "terchenta".
Masih ada masa untuk sedar dan insaf. Kalau tak sedar jugak, nanti kat padang mahsyar jawab la dengan rakyat rakyat yang tertindas dan dizalimi korang semua.

Sedarlah. Setiap yang hidup pastikan mati. Pokok pisang belakang umah saya tu pun lama lama akan mati gak. Kalau tak takut mati takpelah. Mana tau kot kot gelaran TUN macam kat dunia ni bole bawak ke Akhirat, kebal dari seksaan Allah. Tak tau la kan.. :D

Okie la.. baca dan paham betul betul kata kata saidina umar tadi. Adakah kita hari ni masih bersama Islam?? Ingat, Islam tak perlukan kita, sebaliknya kita yang memerlukan Islam. Kerna dengan Islam kita di Muliakan.

Salam ~

No comments: