Saturday, August 23, 2008

Surat Untuk IUFC~

Bismillahhirohmanirrohim...

Setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan pd pemilik kuasa semesta alam ini.. Muga2 kt didalam golongan mereka2 yg dirahmati dan dipayungi keredhaannya. Pohon agar kita selalu diberi ingatan terus dari Allah s.w.t agar pembaikan diri dpt dlakukan serta merta Amin~

Alhamdulillah.. hari ni saya dpt bermain secara serius bersama pasukan IUFC setelah hampir 3 tahun saya berehat secara total dari arena bola sepak di gelanggang MMU. Terimbau kembali kenangan lampau tika mana saya masih digelar "junior" bermain bersama sama "senior" hinggalh kami berjaya memetik hasil gigih atas padang dgn gelaran JUARA LIGA MMU. Syukur alhamdulillah..

Namun, itu kisah lalu, apa yg ingin sy perkatakan disini adalah masa kini, hari ini.. Setelah kita sama2 berpenat lelah atas pdg dgn 3 perlawanan hari ini.. apa yg kita pelajari? Tidak lebih dari sekadar letih? Atau sekadar kita dpt mengenalpasti apa kelemahan yg kita harus perbaiki dari semasa ke semasa?

Tulisan ini bukan bertujuan merendahkan moral pemain, atau mengkritik IUFC.. tidak sama sekali... Saya tulis kerna SAYANG pada kalian semua juga pasukan yg telah hampir 9 thn berdiri teguh dan terus mara..

Pandangan saya IUFC hari ini rata2 memiliki individu2 yg hebat, baik, bagus yg boleh bermain dgn cantik sekali... Jika dianalisa persembahan kita hari ini, saya kira IUFC bermain dgn baik dan masih boleh kita pertingkatkan mutu permainan dari semasa ke semasa..

Itu tidak perlu menjadi persoalan. Kita punyai pemain2 yg berbakat. Apa yg ingin saya perkatakan di sini ialah satu aspek yg saya kira ia AMAT penting dalam memastikan keterusan IUFC bergerak mara terus kehadapan.

Pengurus kita, saudara abg khair, acapkali beliau mengingatkan kita ttg NIAT. Apa nawaitu kita bermain? Untuk apa? Kenapa bermain? Saya juga beranggapan kita telah jelas akan inagtan beliau pd semua.. Namun disini persoalannya..

Kita tidak mahu bait2 indah seperti ini hanya menjadi pemanis di bibir2 pemain. Kita terpesona dgn ingatan2 indah seperti ini. Setiap dari pemain juga menjadikan ia manisan bibir. Ia benar, siapa saja mampu ungkapkan kata2 seperti itu. Hatta, Malacca Boys juga mampu utk bercakap ttg nawaitu bermain.

Tetapi apakah ia benar2 meresapi ke dalam HATI kita?? Apa ia benar2 kita hadam hingga sebati dgn diri kita? Ini persoalannya.. berulang ulang kali ingatan ini diberi, namun ia sekadar pemanis di bibir penyegar telinga. Kunyah ia hingga lumat, telan dan sebatikan dlm diri.

Bercakap ttg NIAT ini, apakah NIATnya..? seperti ingatn pengurus, abg khair, kita mahu tonjolkan imej ISLAMI diatas pdg.. buktikan ISLAM itu, bila dicampak kemana mana, ianya ibarat benih yg baik, dicampak kelaut menjadi pulau, dicampak kedarat menjadi bukit.

Bilamana kita punyai NIAT yg benar, dan ia resapi ruang hati kita, bukan hanya sekadar dibibir.. Kita akn sanantiasa mengawasi akhlak kita, perlakuan kita, tindakan kita, reaksi kita. Kerna apa ini berlaku? Kerna kt akn sentiasa ada rasa org sdg melihat kita! Melihat apa yg ISLAM mampu bawa tika beraksi di atas pdg..

Ini akn terjadi sendirinya, bila kita telah berjaya asimilasikn NIAT dgn diri. Tidak apa apa walau dari mana latarbelakang kita, apa cara kita, sikap kita.. Tak mengapa. Ia benar, setiap kita berbeza beza cara. Namun, bilamana NIAT telah dicipta, ditampal pada HATI, ia sendirinya akan kita tontonkan diatas pdg melalui akhlak kita tika beraksi.

Akhlak ISLAMI!!! Apa erti kita bermain bersama IUFC, namun ia tidak upaya merobah diri kita utk lebih baik seiring dgn agenda ISLAMI yg sy kira harus menjadi tnggjawab KITA bersama. Siapa pun kita, bila beraksi dlm membawa imej ISLAMI ini, ia harus mengesani diri kita. Setidaknnya pertontonkan indahnya ISLAM ini tika beraksi. Bermain bersungguh sungguh, beri galakkan pd rakan2 sepasukan, bantu membantu dlm permainan, kata2 semangat dorong rakan2, tidak bedendam dgn musuh perlawanan dan sebagainya...

Siapa tahu.. dgn kecantikan Akhlak Islam yg kita tontonkan dlm permainan, HIDAYAH ALLAH diturunkan pada siapa2 yd DIA inginkan.. asbab dan musabab kita tonjolkan kecntikan ISLAM ini.. Seribu Rahmat Sejuta Pahala kita perolehi =)

Marilah rakan2, saya kira rata2 kita semua bertambah usia, bukan kita bertambah muda. Hidup kita sementara. Singgah sebentar mencari harta utk dibawa pulang ke negeri ABADI.. Jika hari ini kita belum berusaha utk sedar kita cuma SEMENTARA di DUNIA, bilakah lagi? Kita tgu apa? Bukan sekadar bemain BOLA... =)

Jgn smp esok pagi kita sudah tidak lagi buka mata utk lihat esok hari... Bukan niat saya menulis ini demi kepentingan USRAH semata mata, tetapi IA demi KITA, DEMI IUFC, kerna sayang pada IUFC, sayang pada kalian semua, mari sama2 kita perbaiki diri..

Saya juga punya kekurangan diri yg banyak. Marilah kita nasihat menasihati satu sama lain dlm proses kita memperbaiki diri bersama.

Mara Terus Mara IUFC~
Semangat Perjuangan Harmoni...

Jazakallah~

1 comment:

A said...

wah ..
awk pandai main bole ..
mesti awk terer kan ..

wah ..
rindunya bermain b'sama abg Gidi, abg Pizan, abg Noyo, abg Mus, abg Fathi, abg Yan, abg Hafiz, abg Shah, abg Lud, Bad ...

wuu ~~
kenangan itu~~