Salam~
Isu yg agak panas ketika ini, Isu UiTM yg dicadangkan supaya dibuka 10% kuota utk bukan melayu. Hari ni dalam The Star saya baca, pelajar UiTM buat perhimpunan dan Presiden MPP serah memorandum bantahan.
Jom kita buka wacana segar bersifat akademik dan ilmiah dan perbicangkan isu ini dari perspektif yg lebih luas. Janganlah kerna UiTM utk MELAYU, utk masa depan MELAYU, HAK MELAYU dan berbagai bagai lagi semuanya HANYA DEMI MELAYU!!! kita menafikan HAK rakan kita yg sama sama lahir, membesar, belajar dan mati sbg warganegara yg sama, WARGANEGARA MALAYSIA.
Cuba kita lihat dari perspektif agama. ISLAM juga adalah utk semua. Tidak pernah ALLAH s.w.t nyatakan dalam Al-Quran, ISLAM utk org2 ISLAM sahaja. Orang bukan ISLAM x bole belajar ttg ISLAM, tak boleh tahu apa itu ISLAM, dan tak boleh menganuti agama ISLAM. TIDAK sama sekali. Ia untuk semua, utk siapa2 sahaja. Inilah yg menjadikan ISLAM itu berkembang hari demi hari hingga suatu ketika ia menguasai 2/3 dunia.
Jelas lah kat sini bahawa kenapa perlu ada sifat eksklusif. Apa UiTM terlalu eksklusif hanya utk MELAYU??!! Bukalah ruang, bukannya habis hancur berkecai pelajar MELAYU jika 10% ruang yg diberi pd bukan MELAYU. Kenapa? gusar tkt nnt pelajar MELAYU ditindas di Universiti khas org MELAYU sendiri? Hahaa.. karutlah korang nih.. kuota tu 10 % sahaja. Tak sampai 20% pun. Sikit sgt pun kalo nk ikutkan. Kalo bahasa org muda " tak jadi kudis pun" atau " ciput jer" . Sikit sgt!!
Bukalah minda wahai sahabat2 ku di UiTM ( bukan semua yer, sebahagian yg x setuju je ) :D . Keluar dari zon selesa!! Jangan jadi jaguh kampung. Lagak kita hanya dalam kepungan kecil. Cuba keluar skit. Tengok bagaimana persaingan sebenar!! Ini tidak... tak mahu beri ruang pada bangsa lain, akhirnya korang bersaing sama sama sendiri, dan jadi yg TERHEBAT dikalangan BANGSA SENDIRI. Alahaii.. ceteknya pemikiran tu.. Kita sangka kita dah HEBAT, tapi bila keluar ke tempat org.. haaa.. masa tu baru tauuu.. " alamak, ada ramai lagi org lagi hebat lah" Haa.. ye lah.. dah selama ni korang bersaing sama2 korang sebangsa je. Macam mana nak nampak kita ini sebenarnya jika dibandingkan dgn bangsa lain di level manakah sebenarnya kita?
Sebagai contoh, saya bukan mahu mendabik dada atau bermegah megah, BUKAN! Ianya pengalaman saya sendiri. Kami di MMU, pelajar terdiri dari lebih 70 buah negara. Ada yg dari Mesir, Iran, Iraq, Yemen, Khazakstan, Mongolia, Indonesia, Bostwana, Ghana, Nigeria, Afrika, Sudan, Somalia, China, Bangladesh, Uganda, Myanmar... macam macam lagilah.. tak perlu saya senaraikan semua. Kalo nak tau gak pergi web site MMU : www.mmu.edu.my.
Bila kita bersaing dgn bangsa2 yg lain, kita akan jadi lebih kompetetif, lebih berdaya saing, lebih maju kedepan dan lebih terbuka minda nih! Yalah.. sbb kita bersaing dgn mereka2 yg berbeza cara fikir, yg berbeza mentaliti, yg berbeza budaya, berbeza tahap pengetahuan, berbeza latar belakang, sosio budaya dan berbagai bagai lagi beza. Disini kita belajar utk jadi lebih HEBAT! Disni baru kita tahu kita bangsa MELAYU sebenarnya dimana kita? Paling hebatkah? Paling baik kah? Paling sopan kah? Paling rajin kah? Baru kita tahu, baru kita kenal bangsa sendiri, kekuatan kita diamana? kelemahan kita di mana?
Janganlah takut utk bersaing! Keluar dari zon selesa. Lihat dunia luar sana ada bagai bagai ragam manusia. Ada bagai2 jenis rupa manusia, ada bagai2 sikap manusia. Khas utk pimpinan pelajar di UiTM, Tuan presiden, jgnlah lihat isu ini dari perspektif yg sempit. Kaji dan teliti "Pro and Cons." Saya juga bekas pimpinan pelajar MMU Melaka. Disni kami terpaksa hadapi bukan sahaja karenah pelajar2 tempatan, malah lebih mencabar dlm menghadapi ragam pelajar antarabangsa. Disini juga kami kena belajar bagaimana utk mengawal mereka, bagaimana utk buat mereka dengar dan patuh pada lokaliti masyarakat kita. Ini cabaran sebenar utk menjadi BANGSA yg hebat dalam erti kata GLOBAL. Ingat senang ke nk kawal pelajar2 antarabagsa nih? Cubalah dulu baru tahu... :)
Kita punya misi menjadi sebuah negara MAJU sepenuhnya pada tahu 2020! Seperti diimpikan mantan PM. Apa kita akan berjaya mencapai untuk menjadi BANGSA MAJU ini jika untuk bersaing dgn orang lain pun kita tidak mahu, tidak upaya, takut bangsa kita dipijak di BUMI sendiri dan berbagai bagai lagi alasanlah. Tak perlulah khuatir, bagaimanapun Negara ini adalah Tanah Melayu. Keistimewaan kita tetap terjaga, TETAPI tidak bermakna kita sesuka hati boleh menidakkan HAK KAUM lain dlm erti kata lain rakan2 kita yg berbangsa INDIA dan CINA. Mereka juga ada HAK sebagai warganegara.
Islam itu ADIL. Jika kita benar2 negara ISLAM, berlaku adillah pada semua. Tak tahu lah jika ada yg tak bersetuju ISLAM itu utk org MELAYU saja. Kalo begitu tidak ADILlah ISLAM ini. Saya rayulah pada rakan2 yg SEBANGSA dan SEAGAMA dgn saya di UiTM, usah khuatir, usah gusar. Tak kan hilang MELAYU di UiTM hanya dgn 10 % ruang yg diberi. Tak kan MUSNAH MELAYU, tak kan MELAYU dipijak dibumi sendiri. Percayalah pada janji yg ESA. Adillah pada semua, insyaAllah DIA akan bantu kita.
MAHASISWA HARUS BERANI DALAM MENDEPANI SUASANA HARI INI YANG CUKUP MENGUJI DALAM MEMBINA MASA DEPAN NEGARA YANG LEBIH TINGGI!
Salam~