Thursday, November 30, 2006

Perjalanan ini...

Assalamualaikum w.b.t

Hmm... tiba tiba rasa semangat untuk menulis.. tapi tak tahu nak mula dari mana. Apa pun saya mulakan dari percutian saya seminggu selepas raya yang baru berlalu. Raya seperti baisa keadaanya, meriah dengan sanak saudara dan yang paling gembira melihat adik adik kecil riang lari sini sana gembira. Tersenyum saya melhat gelagat mereka. ( bole lihat gambar mereka dalam friendster saya)

Namun selepas 2 hari berhari raya masing masing mula dengan agenda sendiri dan akhirnya tinggallah saya dan pakcik pakcik saya yang masih bujang dirumah juga seorang wanita iaitu OPAH saya. Bila ada tetamu, apa lagi, kami yang laki nilah kedapur sediakan hidangan. Boleh tahan orang laki layan tetamu :)

Selepas seminggu berhari raya, saya terus dengan misi yang telah saya rancang dengan iwan dan beberapa orang rakan lagi sebelum raya lagi. Percutian rehat minda sebelum trimester 2 bermula. Bermula dari rumah saya perjalanan diteruskan saya seorang diri kerumah iwan,kemudian ridhwan tiba dengan bas di sungai petani dari terengganu. Sesudah subuh perjalanan bermula ke Kuala Perlis. Tiba disana rezeki murah sarapan pagi ada hamba allah membayar untuk kami. Syukran Jazilan, semoga allah merahmati dia. AMIN!!!

Seterusnya naik feri ke Langkawi masa perjalanan hampir sejam. Tiba sana terus sewa kereta dan ke destinasi iaitu Awana Porto Malai. Selesa berada disana. Pengalam menarik di langkawi ialah menaiki kereta kabel bukit mat cincang. Saya sarankan sesiapa yang ke sana jangan lupa kereta kabel jika tidak sia sia ke Langkawi. Kemudian Underwaterworld agak menarik.. Secara keseluruhan saya berpuas hati di Langkawi.

Seterunya perjalanan diteruskan ke Pulau pinang dan menginap di hotel 5 bintang. Park Royal Batu Feringghi. Hotel paling mahal saya menginap setakat ini. Memang puas hati. Pengalaman tak dapat dilupakan diasana semasa naik "para sailing" ala, yang bot tarik payung parachut tu. Semasa sedang enak menikmati pemandangan laut tiba tiba payung saya jatuh dalam laut dan saya pun sekali jatuh tapi akhirnya payung saya terbang tinggi kembali setelah saya tersiksa jatuh dalam laut. *cuak gak ooo, igt mati dah...*

Destinasi seterusnya ke Kuala Lumpur tidur di rumah rasyd semalam dan seterusnya ke bentong pahang tidur dirumah sahabat lama yang telah bekerja sebagai esekutif logistik di sebuah syarikat german iaitu Mas Aidiff. Setelah bermalam semalam kami pun ke destinasi seterunya Bukit Tinggi berdekatan rumah mas. Mas dan adiknya turut sama di Bukit Tinggi. Memang menarik bercuti disitu walaupun bilik kecil tapi kami puas sebab dapat bersama Mas, main bowling,badminton,pool,game,berenang.. macam macam lagi.. Namun saya kehilangan kamera digital saya disana, sedih sebab banyak gambar2 menarik dalamnya.Redha kerna ketentuan allah :>

Seterusnya pulang ke Melaka untuk memulakan sesi 2 pembelajaran. InsyaAllah akan ada percutian yang akan dirancang lebih rapi dan lebih ramai akan turut sama.



kadang kadang kita diuji sebab ada perkara baik yang kita akan dapat jika kita benar bersabar... :>

nurulaizam~


p/s : boleh ke friendster saya untuk lihat gambar percutian..

Sunday, November 26, 2006

Lagu untuk semua...

Salah seorang artis yang saya hormati.
Ebiet G.Ade dari indonesia.

Cuba anda halusi lirik lagu ini dan apakah intepretasi anda pada lirik ini??



Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering bebatuan
ho ho ho ... du du du ....
Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
hati tergetar menambah kering rerumputan
perjalanan ini seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih
ho ho ho ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
ketika kutanya mengapa
bapak ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini
sesampainya di laut kukabarkan semuanya
kepada karang kepada ombak kepada matahari
tetapi semua diam tetapi semua bisu
tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
ho ho ho ... ho ho ho ...


kerna tangan tangan bumi kita derita...
nurulaizam~

Wednesday, November 15, 2006

Selamat Pulang...

assalamualaikum w.b.t

Alamdulillah jumpa lagi kita di ruangan ini. Ramadhan baru berlalu dan kini masih dalam bulan syawal. Kalau rajin teruskanlah puasa sunat 6 hari. :) Banyak perkara berlaku dalam masa yang amat singkat. Kadang kadang kita rasa masa ini terlalu singkat, tapi bila kita renung kembali apa dan berapa banayak perkara yang telah kita lakukan sebenarnya banyak.

Masa amat mencumburui kita. Jika kita tidak pandai menghargainya hanyut kita dalam arus leka dia. Saya sendiri telah lalui, banyak perkara sebenarnya telah berlaku dalam masa yang singkat ini. Baru lepas peperiksaan akhir trimester1 dan kini persiapan untuk peperiksaan pertengahan trimester 2 pula. Wah! pantas masa berlari.

Selamat kembali kepada para para blogger sekalian selepas cuti panjang. Sama sama kita sumbang apa terdaya melalui penulisan kita yang tak seberapa. Lontaran idea perlu dalam menjana dan membentuk budaya berfikir dan bertidakbalas secara ilmiah dan kritis.

Sekian...

Selamat bercuti pada yang baru mula bercuti~
nurulaizam~