Saturday, May 30, 2009

...

2002~2009...

Jauh perjalanan itu, namun telah berlalu...

2009~...?








Terima kasih~

Wednesday, May 27, 2009

Alhamdulillah~ Selesai...

Alhamdulillah, isnin yang baru lepas, kelmarin (25/05/09) merupakan penutup kertas exam saya. InsyaAllah, dah berusaha termampu yang boleh, dan kini tawakkal kepada Allah SWT. Doakan urusan saya dimudahkan Allah yer kawan2.

Semoga Nurul Aizam Zaini dapat keputusan cemerlang trimester ini dan graduate di trimester ini dengan mudah dan juga dapat konvo pada bulan 8 ini semua dengan izin Allah SWT, Ameen!!! Mekasih yer doakan saya kawan2 :D

Ramai je yang bila saya jumpa akan tanya "bila balik kampung?" huu... saya jawab " tak balik". Haha... pastu macam2 nasihat saya dapat :D "balik lah exam dah abis" , ada gak yang tanya " nape tak balik?"

Bukan saya tak nak balik, tapi ada beberapa perkara perlu diselesaikan lagi. Kalau balik pun, bukan dapat jumpa mak saya. Mak saya pergi kenduri kawen adik kawan dia kat Sarawak. Saya nak kena langsaikan dulu hutang2 yang masih berbaki dengan MMU nih, kalo ade la :D ade ke?? haaaa... :>

Pastu nak siapkan resume sume, apply kerja. Takkan nak tunggu kerja datang. Kena usaha baru lah rezeki kita datang btol tak kawan2... :) Lagipun jadual saya cuti ni dah agak penuh.

28-29/05/2009:

Ada jaulah ke Negeri 9 - Cyberjaya - Shah Alam.

30/05/2009:

Kenduri umah kak ina STAD. Haa... terlanjur cakap kat sini, dia jemput semua yang mengenali dia datang sama2. Kenduri tu sebagai tanda sykur pada Allah SWT yang mana suami kak ina, abg bad dah pulih dari kanser yang dialami hampir 4-5 bulan lepas. Alhamdulillah, abg bad dah pulih. Kenduri start lepas zohor. Buat kat umah dia kat padang temu. Datang lah yer... (jadi wakil lak menjemput orang) :D

Malamnya pulak, ade Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) anjuran ISMA di surau An- Najihin, Tmn. Merdeka. Semuadi jemput hadir jugak. Program mula jam 10 malam, ade pengisian sikit, pastu tidur, bangun Qiam, subuh, riadah pagi dan pulang ;) Datang lah beramai-ramai yer bagi yang belum balik bercuti.

31/05/2009 - 4/06/2009:

Saya dan adik saya ke Sarawak, insyaAllah. Jumpa mak kami kat sana yang sedang tolong kenduri kawen adik kawan dia tu. Haishh.... asek pergi kenduri kawen orang jer ni... bila lagi?? Hahaha... gurau2 jer :D Tadi pun ada kawan sama batch saya kat MMU ni, perempuan la, terjumpa dia kat PS masa makan tadi.

Pastu tetiba dia cakap " haa.. nasib baik bawak". Saya blurr kejap. Dia selongkar2 bag tangan dia, pastu bawak keluar 2 kad. Satu nama saya, satu nama nizam syamil punya dia minta tolong sampaikan. Tau kad ape??? hahaha.. dah nak kawen rupanya kawan saya nih!!!

Tarikh kenduri 13 Jun 2009 kat rumah dia di Puchong, Selangor. Saya pun terus cakap "tahniah!!!" dalam hati ( huuu.. bertambah lagi sorang list kawan2 ku yang kawen) :D Apapun, TAHNIAH NAD!!! Nama penuh Nadiah Abd Razak (betul ke nad? ) hehe :D

5/06/2009 - 11/06/2009:

Orientation Week untuk pelajar2 baru yang bakal menjadi pelajar MMU. Program last di MMU (ye ke ? ) huhu... Apapun, dah Presiden SRC minta tolong, kita bantu la mana yang mampu. Kesian Maun, banyak betul dugaan yer? Heh.. sabar yer. macam tulah kalau jadi Presiden. Mana ada yang mudah2. Kemenangan sentiasa bersama orang2 yang sabar ;)

12/06/2009 - ??/??/????

Apa yang akan jadi??? Heh.. belum tahu lagi... tunggukan episod akan datang yer :D Semuga semua yang dirancang berjalan baik. Ameen!!!~
----------------------------------------------------------------


Selesai jadual cuti ni, muka surat baru buku kehidupan saya yang kosong bakal dicoret. Cerita apa yang akan dikarang pun belum tahu lagi. Rangka cerita seperti telah tersedia. Tapi tak tahulah semua yang dirangka itu akan dicoret sebagai isi utama atau mungkin dibuang sahaja.

Tunggu dan lihat. :) Apa yang penting, harus ada perancangan dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Selebihnya, serah pada Allah SWT. :)

Oke, takat ni je dulu. Nanti ada masa sambung lagi ;)

Semuga semua rakan-rakan dapat keputusan cemerlang bagi exam kali ni. Ameen!!!~


Sunday, May 24, 2009

Terakhir~ Ameen!!! ;)

Subject ID : BSM 3104
Subject Description : Strategic Management
Exam Hour : 2
Date : 25/05/2009
Venue : Exam Hall
Seat : 21
Time : 2.30pm

Kawan-kawan, rakan-rakan dan teman-teman semua. Doakan saya Nurul Aizam Zaini dapat jawab paper akhir dengan baik Ameen!!! Saya juga doakan untuk kamu semua Ameen!!~

Rabbi Yassir, wa la tu'assir, wa tammim bilkhair
Rabbi zidni 'ilman warzuqni fahman

Friday, May 22, 2009

25 May 2009~ :D

Alhamdulillah..... sudah lepas dua paper... huh! Ada satu lagi nih. Hari isnin ini last paper. InsyaAllah paper ku yang terakhir di MMU setelah 7 tahun menyemai bakti, mencurah tenaga, manggali ilmu, memugar cinta, maka akhirnya saya telah berada dihujung satu episod cerita dalam hidup saya.

Pohon teman2, rakan2, dan kawan2 semua mendoakan kemudahan buat segala urusan saya. Semuga saya dapat mengakhiri perjuangan kampus dengan satu ending yang baik, khusnul khatimah~ Ameenn!!

Saya juga doakan semua agar dimudahkan segala urusan kamu, Ameen!!!~

Buat kawan2 yang sama macam saya di triemster akhir, All the best in future!!! Dan buat kawan2 yang masih ada baki setahun, 2 tahun, 3 tahun atau 4 tahun lagi belajar di MMU, All the best jugak!!! Teruskan perjuangan kampus!!! Masih banyak perlu diperbaiki. ;)

May Allah bless be with All of us!!! :)

Akhirnya, TERIMA KASIH saya ingin ucapkan pada semua yang saya pernah kenal, telah kenal, akan kenal atau sedang berkenalan :D kerana sudi menjadi orang yang saya kenali.

Last but not least... Thank You Allah!!!~


p/s: entry macam dah abis exam plak :D hihi.. doakan saya yer kawan2 utk last paper nnt, Ameen!!

Thursday, May 21, 2009

Yang Kedua~

Subject ID : BHR 3154
Subject Description : Leadership
Exam Hour : 2
Date : 21/05/2009
Venue : CITS Lab 1
Seat : 16
Time : 2.30pm

Rabbi Yassir, wa la tu'assir, wa tammim bilkhair
Rabbi zidni 'ilman warzuqni fahman


Ya Allah, kau mudahkanlah urusan Aizam, dan semua rakan-rakannya Ameen!!!

Monday, May 18, 2009

SATU TAMAT~

Selesai satu! Huh... setelah berpeluh-peluh dalam air-cond :D Alhamdulillah, terjawab sudah akhirnya persoalan yang bermain-main dalam kotak fikiran ni.

Penat Oooo.. nak simpan lama-lama. Takut lupa... haha :D Apapun syukur pada yang Esa sebab dah lepas SATU.

Oke, ada lagi DUA. Masih bermain-main dalam kotak kepala ni. Apa la agak-agaknya yang keluar nanti. Huuu...

Jom jom sambung baca nota kawan-kawan. Ayuh... yoshhhh..


Ingatlah anakku
Teguhkan pendirianmu
Kalian harus punya ketekunan
Harus punya keinginan yang kuat
Untuk mencapai cita-cita
Kalian harus punya keberanian
Dan pantang menyerah
Menghadapi tantangan macam apapun
Dan ingat
Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya
Bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.

-Pakcik (gurubesar), laskar pelangi~

Yang pertama~

Subject ID : BRI 3114
Subject Description : Human Resource Information Systems
Exam Hour : 2
Date : 18/05/2009
Venue : FOSEE ACR 1001
Seat : 89
Time : 2.30pm

Rabbi Yassir, wa la tu'assir, wa tammim bilkhair
Rabbi zidni 'ilman warzuqni fahman


Ya Allah, kau mudahkanlah urusan Aizam, dan semua rakan-rakannya Ameen!!! Pohon maaf dari semua yer kalo ada salah silap :)

Sunday, May 17, 2009

Mong~

Alhamdulillah, tadi baru lepas borak-borak dengan mong :) Seronok rasa hati ni, dapat tanya khabar, gelak-gelak sume. Nampaknya mong semakin tabah menerima takdir Allah. Semoga Allah tambah kekuatan dan ketabahan pada mong.

Tapi mula-mula call mong tak jawab. Lepas tu dia 'sms' dia tengah selesaikan urusan peribadi di tandas... hehe..:D cett.. apa la.. busuk btol mong nih.. huh :D

Mong cakap doktor beritahu kat dia, insyaAllah lagi 2-3 hari dia dah bole keluar wad dan rehat dirumah. Kaki dia macam yang semua orang tau dah masuk besi, tangan dia pulak masuk skru. Huh.. " selambe je skru tangan orang" Ayat mong tak puas hati kat doktor. Huhu... cett..

Adik dia maimunah yang dalam keadaan koma, mong cakap menunjukkan respon yang baik, sebab ade gerak-gerak sikit dan batuk-batuk.

Orang tak putus-putus datang ziarah, mong bagitahu. Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik pun datang ziarah dia dari bangi. Alhamdulillah, ramai sayang kat ko mong huhu.. :D

Yang special2 ade ziarah tak? opppss... hehe, hanya pria-pria je yang bole tau cite nih.. :D hihih.. cett.. sempat lagi tu :D

Mong cakap dia banyak makan makanan luar berbanding makanan hospital. Mana taknye, dia cakap, sume orang yang datang ziarah dia bawak makanan.. heh :D Jadi lepas ni sape2 nak g ziarah lagi, tukar-tukar. Jangan bawak makanan dah. Bawak benda lain lak...

Bawa la buku ke pulak, PS 2 ke, Game Boy ke, FIFA 2009 ke... heeheh... takdelah, bawak la apa-apa yang korang suka nak bagi kat dia oke ;) Yang penting bermanfaat :)

Last skali mong kim salam sume dan dia ucapkan Good Luck in Exam!!! Mekasih mong~

Kami semua akan sentiasa doakan mong dan keluarga agar lebih kuat dan tabah menerima takdir Allah s.w.t. Semuga keluarga mu sentiasa dilindungi dan dipelihara Allah s.w.t dan semuga maimunah pulih dan sedar dari koma~ Ameen!!!

~Mong duduk, no. 2 dari kiri semasa kejohanan bolasepak 7 sebelah PEMBINA Melaka~
[klik gambar untuk paparan lebih besar]

p/s: study yer kawan2, kita masih punya kesihatan yang baik, maka ucapkanlah syukur pada yang Esa :)

Saturday, May 16, 2009

Cita-cita...

Kejar cita-cita sampai hujung dunia~
Jangan pernah menyerah kalah~

-ikal,laskar pelangi...

Kita harus punya cita-cita~
Dan disekolah inilah kita mulai cita-cita itu~

-lintang,laskar pelangi...


p/s: sempena hari guru, karena guru yang banyak memulai cita-cita anak didiknya~

Wednesday, May 13, 2009

Salam Imtihan~

Final exam bakal kembali memenuhi jadual aktiviti harian pelajar-pelajar MMU bermula 18 / 05 - 30 / 05 / 2009. Persiapkan diri dengan segala kelengkapan sebelum berangkat ke medan jihad. Strategi, kesihatan, kekuatan fizikal dan jasmani, kesucian hati serta usaha yang tak mengenal henti perlu dipastikan sebaik-baiknya. Ini semua merupakan asbab kepada kunci kejayaan kita.

Ingin saya kongsi kisah Pahlawan Agung Islam yang saya kira dapat meniup semangat jihad untuk kita ambil iktibar dan pengajaran darinya.

Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Siapa tidak kenal dengan pahlawan agung ini. Beliau merupakan pembebas kota suci Baitulmaqdis dari tangan pihak Kristian pada ketika itu. Sultan Salahuddin dilahirkan dalam suasana keluarga yang senang. Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zinky, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan.

Pada usia 17 tahun beliau telah menjadi antara tentera yang hebat. Sehinggalah dilantik menjadi panglima tentera bagi menggantikan Panglima Shirkuh, panglima yang sebelumnya, meninggal dunia. Pada tahun 583 hijrah, berlakunya peperangan bersejarah yang dinamakan peperangan Hittin yang telah berjaya membebaskan Palestin.

Sultan Salahuddin sendiri telah memimpin pasukannya dalam peperangan Hittin. Semangat jihad yang tidak pernah padam dalam jiwanya membuatkan beliau hanya memikirkan untuk menawan Palestin. Antara topik perbualan yang menjadi kegemaran beliau adalah jihad. Sepanjang sirah hidupnya, beliau tidak sunyi dari peperangan.

Peperangan demi peperangan hingga berjaya menawan Baitulmmaqdis. Beliau juga telah banyak melakukan perubahan dalam struktur kerajaan Mesir setelah diiktiraf kerajaan Abbasiyyah sebagai Sultan Mesir pada tahun 570 hijrah. Duit kerajaan banyak diperuntukkan untuk kebajikan rakyatnya yang sebelum ini banyak dihabiskan untuk tujuan hiburan, majlis-majlis keramaian dan sebagainya.

Peperangan tetap tidak sunyi walaupun Palestin telah berjaya ditawan. Musuh-musuh beliau tetap sentiasa menunggu peluang untuk kembali merampas Baitulmaqdis dari beliau. Sehinggakan suatu ketika beliau berhajat untuk pergi menunaikan haji, namun terpaksa membatalkan niat itu kerana musuh akan menyerang pada bila-bila masa ketika beliau tiada.

Sultan Salhuddin Al-Ayubi akhirnya meniggal dunia pada tahun 589 Hijrah pada usia 55 tahun dalam keadaan beliau tidak sempat menunaikan hajatnya untuk mengerjakan haji.

Rakan-rakan semua, apa yang menjadikan beliau sehebat ini? Apa yang membuatkan manusia yang sama seperti kita semua ini mempunyai kekuatan, kelebihan dan kesungguhan yang melampaui kita? Sedangkan kita dan beliau secara fizikalnya sama. Cukup semua sifat. Tidak ada yang lebih dan yang kurang. Itu perbandingan secara kasar.

Namun disana pasti ada sesuatu yang jelas membezakan kita semua dan beliau. Kerana beliau FAHAM akan tuntutan agamanya. Beliau mengerti dengan jelas apa yang ISLAM mahu kita lakukan.

Cuba saudara bayangkan, Rasulullah pernah mengatakan bahawa Palestin akan di buka oleh Islam dan Umar Al-khattab pernah menyatakan Palestin ini seluruhnya milik umat Islam. Semenjak wafatnya baginda s.a.w, para sahabat tidak putus-putus, tidak henti-henti menghantar tentera bagi menawan Baitulmaqdis.

Sehingglah pada ketika Umar Al-Khattab menjadi khalifah, Palestin berjaya dibebaskan. Namun kemudian dirampas kembali. Tetapi setelah beratus tahun selepas itu muncul pahlawan yang bernama Sultan Salahuddin Al-Ayubi membebaskan kembali Palestin.

Apa yang menjadikan beliau terus berusaha membebaskan Palestin adalah kerana beliau yakin akan kata-kata rasulullah s.a.w. Walaupun setelah beratus tahun selepas kewafatan baginda s.a.w, beliau yakin akan apa yang pernah baginda s.a.w ucapkan dahulu.

Apa yang menyebabkan rasullullah s.a.w beranai menyatakan bahawa suatu hari nanti Islam akan menawan Rom Timur dan Rom Barat? Sedangkan ketika itu, pembebasan yang bakal berlaku masih jauh lagi. Rasullullah s.a.w sendiri tidak dapat menyaksikan pembebasan itu.

Pertamanya kerana mukjizat rasulullah s.a.w yang mendapat hidayah dari Allah s.w.t lantas baginda s.a.w dapat mengetahui apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Namun ada satu lagi faktor yang membuatkan rasulullah s.a.w yakin dengan kata-katanya.

Ianya adalah kerana keyakinan rasulullah s.a.w bahawa Islam ini agama yang sebenar-benarnya. Sesiapa sahaja yang melakukan sepenuhnya apa yang Islam ajarkan, maka tidak mustahil untuk umatnya menjadi yang terbaik dalam apa jua aspek kehidupan. Keyakinan inilah telah menjadikan para sahabat, dan para pahlawan agung silam berjaya menjadi manusia-manusia yang hebat.

Apakah ia juga tidak untuk kita? Pastinya jika kita juga memegang keyakinan ini, berazam bersungguh-sungguh seperti itu, maka kita juga akan menjadi yang terbaik seperti yang telah sejarah agung Islam rakamkan.

Rakan-rakan semua, kita juga mampu menjadi seperti mereka. Tapi syaratnya mestilah mempunyai keyakinan, kesungguhan dan keazaman yang sama seperti mereka. Jadi dengan itu, marilah kita sama-sama, khusunya bagi yang bakal menduduki final exam, meletakkan keyakinan bahawa agama Islam ini adalah yang paling benar dan terbaik. Sesiapa saja yang melakukan seluruh arahan Allah, maka dia akan menjadi yang terbaik dalam hidupnya, malah menjadi pelajar yang terbaik dalam konteks kita sebagai mahasiswa.

Semuga kita semua diberi kekuatan, keyakinan, kesungguhan, dan keazaman yang sama seperti para sahabat dan para pahlawan agung islam terdahulu. Akhir kata dari saya untuk semua rakan-rakan, teman-teman, dan kawan-kawan, berusahalah yang terbaik. Yakinlah, bahawa kejayaan pasti milik kita jika kita berpegang teguh pada kebenaran agama suci Islam ini.

Selamat menduduki peperiksaan dan selamat menjawab pada semua. Kepada yang kini merupakan trimester terakhir, muga Allah permudahkan urusan kita. Ameen!!!~

Rabbi Yassir, wa la tu'assir, wa tammim bilkhair
Rabbi zidni 'ilman warzuqni fahman


Bittaufiq wannajah fil imtihan~

Disclaimer: Tulisan ini adalah untuk tujuan pembaikan diri saya sendiri dan juga yang ingin mengambil kebaikanya.


Makluman: Sama2 kita doakan kesembuhan pada rakan kita Zulhelmi a.k.a mong agar pembedahan beliau berjalan lancar dan adiknya agar sedar dari koma Ameen!!! Maklumat lanjut boleh ke blog hamdan : http://khallys.blogspot.com/

Tuesday, May 12, 2009

Bismila hirrohmaa nirrohim'~

Ya Allah, kau campakkanlah kekuatan dalam hati mong dalam menghadapi saat-saat seperti ini. Kau tempatkanlah adiknya dikalangan mereka yang dirahmati Mu ya Allah. Kau pulihkanlah kembali adiknya. Kau berikanlah kekuatan pada mong sekeluarga atas ujian Mu ini ya Allah.

Ameeen!!!~

Semoga mong dan keluarga dalam lindungan Allah s.w.t

Allah Musta'an.

Thursday, May 07, 2009

Panassssss~

Huuu... makin lama makin panas lak MMU nih. Macam2 btol. Dah la cuaca memang panas kat Melaka nih, tambah pulak panas lain. Haha.. memang tak payah mandi air panas gadek dah, sebab dah terlebih panas.

Dengan isu penulis2 bloggers yang semakin melupakan etika menulis, dengan OC yang macam2 hal, dengan kisah SRC yang akan tukar sistem... panas panas!!! :D Haishh.. ni yang terasa macam nak makan pisang goreng panas nih... huuu..~

Tak tau la apa nak jadi lagi 5 tahun kat MMU nih. Nak cakap lebih2 pun tak boleh jugak, mana tau nanti saya sendiri kena campak kerja kat MMU, maklumlah MMU kan bawah TM, tak mustahil TM hantar ke MMU, haa sudah.. kena ngadap MMU lagi. Huu~ panas lagi panas :D

Biarlah la panas2 sume nih, mana tau kot2 esok salji turun kat Melaka ni, sejuk skit. Boleh main snow kat belakang bukit beruang tuh. Doa2 la salji turun yer :D huhu~ Bole guling2 atas salji, pastu wat patung salji huhu :D Kalo nak ais pun senang :D free jek.. ;)

Oke lah, lebih baik siapkan presentation nih. Esok nak kena present.. huuu... Ya Allah kau mudahkanlah segala urusan Aizam Ameen!!!!!~

Exam exam dah dekat~ :D

Wednesday, May 06, 2009

Sajak 10 tahun terkahir~

Sepuluh tahun terakhir, empat kali nahkoda bahtera negeri ini berganti. Sepuluh tahun terakhir, pemegang amanat semakin tidak bisa dipercaya. Mereka semakin rakus merampas hak-hak rakyat jelata. Sepuluh tahun terakhir, malapetaka pun selalu menghantam negeri ini. Tsunami, banjir, longsor, dan bermacam penyakit silih berganti merontokkan anak-anak negeri. Sepuluh tahun terakhir, orang-orang lapar dan orang-orang menganggur semakin tidak terhitung jumlahnya. Sepuluh tahun terakhir, kemaksiatan dan tindak kejahatan sangat sulit dihentikan. Rasa malu, dan rasa peduli, terasa semakin menjauh. Adakah harapan dan asa di negeri ini?

Mungkinkah Allah (SWT) berkenan untuk mencurahkan berkah dan rahmatNya. Apakah kita berhak untuk berkuasa dan memimpin negeri ini. Pantaskah kita melayani orang-orang yang bosan dengan janji-janji para penipu.

Ingatlah saudaraku, arah dan tujuan kita jangan berubah. Langkah harus semakin tegap. Karena perubahan adalah kepastian. Bangkitkan semangat! Dan rebut setiap peluang! Jangan sibuk dengan hal yang tidak penting. Ledakkan keraguan! Dan yakinlah, bahwa Allah (SWT) pasti membimbing kita untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki!

(Opening Album, Shoutul Harokah - Bangkitlah Negeriku)


Sajak ni amat menarik perhatian saya. Sangat benar apa yang diungkapkan dalam isi sajak ini. Terutama perihal kemaksiatan dan tindak kejahatan amat sulit dihentikan.
Usah pergi jauh, lihat sahaja suasana sekeliling kita. Sebagai mahasiswa, persekitaran kampus yang penuh kecelaruan idealisma.

Namun cukup setakat ini. Kerana selepas ini, tidak lagi ada toleransi kepada manusia sehingga hak Allah tergadai murah. Semoga semua yang berada pada jalan ini diberi kekuatan dan thabat hingga ke hembusan nafas terakhir~

Monday, May 04, 2009

7 tahun dan seterusnya...

Satu perjalanan yang amat panjang. 7 tahun merantau ke negeri orang, mencari ilmu bekal dada ini. Pasti ia bukan suatu perjalanan yang mudah bagi seorang anak kampung yang tidak pernah jauh dari keluarga malah tidak pernah terdedah pada dunia luar yang amat mencabar.

Tanggal May 2002 menjadi titik mula perjalanan ini. Bermula sebagai pelajar Diploma in Information Technology di Multimedia University kampus Melaka. Suasana yang belum pernah saya lalui. Pelajar-pelajar dari berbagai negara, medium perantara utama bahasa inggeris dan berbagai lagi.

Seperti patah semangat ketika kaki mula melangkah di dewan utama. Namun tetap kugagahi langkah ini. Hanya tuhan yang tahu. Kerdil diri ketika itu. Apa yang akan berlaku 7 tahun seterusnya tahun tiada siapa tahu. Terus mengikut arus.

Bermula dari saat itu, telah terkumpul berbagai-bagai cerita, kisah, pengalaman dan harapan. Kini, hanya dengan izin yang Maha Esa saja bisa ku teruskan perjalanan ini ke satu jalan cerita baru di luar sana. Bukan lagi dunia mahasiswa, tetapi dunia yang meletakkan diri ini selayaknya sebagai hamba.

Seluruh kesyukuran ini kuserahkan pada yang Maha Esa kerana telah mencampakkan diri ini di MMU Melaka. Segalanya telah menjadikan diri aku yang kini. 7 tahun yang tidak mungkin akan terpadam buat selamanya. Kekal terpahat dijiwa. Kerana 7 tahun inilah tempoh diri ini mengenali erti hidup, erti pesahabatan, erti perjuangan dan erti diri sebagai hambaNya.

Kini, aku masih memandang kehadapan. Apa yang bakal kulalui diluar sana? Apa yang akan dilalui selepas ini? Tiada siapa tahu. Apakah nyawa ini masih ingin kekal dalam jasadnya? Hanya DIA yang tahu. Segalanya dikembalikan padaNya.

Benarlah kata orang Bumi Melaka Bumi Bertuah. "Di atas runtuhan kota Melaka kita dirikan jiwa merdeka" kata-kata Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Melaka akan kekal terpahat selamanya. Negeri yang amat istimewa untuk saya.

Kini masih mengatur jalan depan sana~

Sunday, May 03, 2009

Fasa...

Berakhirnya satu fasa bermakna bermulanya satu fasa yang baru. Tamat fasa bayi bermula fasa kanak-kanak. Kemudian bermula pula fasa remaja, belia, dewasa dan seterusnya tua. Begitu juga dengan fasa bujang kepada beristeri, anak-anak, cucu-cicit dan seterusnya.

Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan seterusnya dunia kerjaya. Wah... saya kini di fasa yang mana? InsyaAllah fasa peralihan ke dunia kerjaya (jika diizin Allah) Amin~

Fasa ini merupakan suatu cabaran. Perlu di tangani dengan berhati-hati. Kerana kita tidak mahu jatidiri yang dibina ketika idealis mahasiswa dahulu lusuh dek kerana kesibukan dunia kerjaya yang jauh lebih mencabar.

Idealis mahasiswa dalam sudut pandang saya ialah kreativiti, bertenaga, sentiasa cerdas berfikir dan lantang bersuara.

Namun ada satu fasa yang sering menjadi perbualan ramai. Fasa ini merupakan satu fasa terpenting dalam hidup manusia. Mungkin juga ia fasa yang paling sukar di antara fasa-fasa yang tersedia dalam hidup ini.

Saya juga akan melalui fasa ini.

Allah Musta'an..

Fasthabiqul Khairat~

Nurul Aizam Zaini
PEMBINA Melaka
http://pembinamelaka.com/v1/