Tuesday, March 31, 2009

Aceh di hatiku~ Part 2.

23 Mac 2009.

Seawal jam 6 pagi saya dah siap2 bangun. Solat dulu, pastu balik rumah kemas barang skit, kemas diri, terus gerak ke kampus jam 8 pagi dah ada di kampus.

Sambil tunggu delegasi yang lain tiba, sempat juga cek apa yang patut. Kemudian, lebih kurang jam 8.30 pagi hampir semua delegasi tiba. Kemudian kami sarapan sama-sama di PS. Selesai sarapan, delegasi lelaki kena angkut kotak-kotak komputer dari 'Operation Room' (OR) bawa ke roundabout.

Mujur abg sam STAD ada membantu, kami guna van STAD untuk angkut sume 21 kotak bawa ke bas. Dah selesai angkut sume kotak, semua berkumpul di OR. Mesyuarat ringkas jawatankuasa dimulakan syafeeq selaku ketua delegasi yang telah saya serahkan sepenuhnya tanggungjawab ketika program berlangsung.

Alhamdulillah, mesyuarat ringkas berjalan dengan baik. Kemudian, lebih kurang jam 11 pagi, semua bergerak ke bas. Setibanya di sana, En. Zam pun dah sampai. Pastu En. Zam beritahu pada driver bas, nak guna bas satu lagi. Kami pun pindahkan semua kotak-kotak yang telah disusun ke dalam bas yang lagi satu. Memang betul-betul tough delegasi lelaki lepastu. Angkat kotak 2 kali kot :p

Selesai semua, kami bergambar sebelum bergerak ke LCCT. Gambar semua delegasi seramai 21 orang. Sebelum bergerak, Zulfazlizan selaku ketua agama delegasi, membacakan doa perjalanan memohon kerberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t.

Setelah hampir sejam perjalanan, kami berhenti di R&R Seremban, makan apa yang patut, sebab di LCCT tak nak makan dah, lagipun mahal makanan kat situ. Ada yang pergi tandas untuk tunaikan hajat yang belum tertunai.

Kemudian sambung semula perjalanan ke LCCT. Tiba lebih kurang jam 2 petang macam tu. Alhamdulillah la, sebab flight jam 4.00, so ada masa 2 jam lagi untuk check-in sume. Sampai je LCCT tu, semua delegasi lelaki turun pergi cari troli, delegasi perempuan jaga kotak-kotak komputer dan barang.

Bila semua kotak dah ada troli, kami bergerak dalam susunan yang telah ditetapkan. Kotak 1-5 orang ni jaga, kotak 6-10 orang lain lak jaga dan seterusnya. Saya bergerak paling hadapan dengan En.Zam dan 2 orang lagi saya dah terlupa sapa dia yek? Sapa yer?? tolong bagitahu kat sini yerr.. :D

Tapi kami tersilap jalan, sebab terus ke pintu masuk boarding gate. Sepatutnya ke kaunter check-in dulu. Patah balik, nasib baik jumpa semua. Memang dari awal kami dah set apa-apa jadi ke kaunter informasi LCCT. Jadi bila terputus dengan delegasi yang lain, kami terus ke sana, dan alhamdulillah memang mereka ada kat sana.

Lepastu, bila check-in kaunter buka lebih kurang jam 2.30 macam tu, kami terus masuk beratur, dan kami orang pertama masuk check-in untuk flight ke Banda Aceh. Tapi walaupun kami yang pertama sekali check-in, rupa-rupanya...

bersambung.... huhu.. :D

Monday, March 30, 2009

Aceh di hatiku~ Part 1.

Syukur Alhamdulilah...

Kami semua selamat pergi dan pulang. Walaupun perancangan awal akan berada di Aceh selama 6 hari, namun peracangan Allah adalah yang terbaik, makanya kami berada di Aceh selama 7 hari disebabkan Air Asia telah "retime" jadual penerbangan.

Setelah Peue Aceh 2007 yang mana saya tak dapat bersama, seterusnya Peuehaba Aceh 2007 yang saya turut serta sebagai delegasi, dan kali ini, Peuehaba Aceh 3 2009, banyak sekali cerita menarik yang saya nak kongsi bersama semua pembaca.

Tapi maaf ya, bukan kali ini. Lain kali, sebab masih ada exam ni. Huhuuhu.. Kepada yang membaca blog saya, pohon maaf sebab seminggu tak 'update'.

Kepada semua komiti Peuehaba Aceh 3. Terima kasih semua!!! "Love you all" wahahaha... cakap omputih lak.. :p

sori yer bebet... "sori naik lori" hehehehe... :D

BISA???? BISAAAAAAA!!!! ( tu la perkataan yang amir paling suke) :D

Monday, March 09, 2009

Graduate? Takda kerja? Ekonomi tak ok?

Nak tulis ape yer? Sebenarnye saja rasa nak menulis, tapi tak ada idea. Baca nota, buat latihan sikit sudah. Exam esok malam dan khamis depan. Bersedia? Hmm.. insyaAllah boleh la kot untuk esok tu.

Mengikut satu statistik yang diberitahu oleh seorang pensyarah di MMU ni, terkini lebih kurang 100 000 orang yang telah diberhentikan kerja. Ramai tu. Satu jumlah yang besar. InsyaAllah kalau semua berjalan dengan baik, saya akan habie belajar bulan 5 ni.

Jadi lepas tu mesti la nak kerja. Takkan dah habis belajar pun masih nak nyusahkan mak ayah, betul tak? Nak kena bayar kereta kalau ada kereta, hutang pinjaman pelajaran bagi yang ada berhutang, dan mestila semua orang ingin berkahwen. Kena la kumpul duit. Lain la kalau ada pakej kahwen percuma. Hoho..

Dengan susana ekonomi yang tak menentu hari ini, ada kerja ke? Boleh ke dapat kerja? Inilah antara soalan-soalan yang berpusing-pusing dalam kepala mahasiswa yang bakal tamat belajar. Bagi pelajar yang dibawah tajaan mana-mana syarikat, seperti contoh tajaan YTM (Yayasan Telekom Malaysia), mungkin tidak risau sangat sebab akan dipanggil untuk berkhidmat kepada Telekom. Tapi itu pun belum tentu. Kalau Telekom dah ramai pekerja, kena la cari kerja sendiri.

Cabaran ni. Tapi insyaAllah, tak perlu risau. Mesti ada rezeki masing-masing. Usaha ja. InsyaAllah ada la tu. Jadi tak perlu risau sangat pada yang bakal tamat belajar. Fokus pada saki-baki masa di alam kampus ni. Buat yang terbaik.

Memang ekonomi tak baik sekarang ni. Itu kita serah pada pihak bertanggungjawab uruskan. Tapi pihak bertanggungjawab tu pun kena la betul-betul berusaha untuk pulihkan suasana. Jangan la asyik beri kenyataan:

"Ekonomi kita masih boleh bertahan"
"Kita ada kekuatan dalaman yang tersendiri"
"Kita ada pakej ransangan"

Huh.. Mana boleh tahan. Bagi yang belajar ekonomi, mesti tahu lah, Malaysia ni, ekonomi kita sangat bergantung pada FDI (Foriegn Direct Investment), dan U.S antara rakan dagang Malaysia yang besar. Kalau di U.S pun terkesan dengan teruk, macam mana kita bole bertahan?

Ajaib ni. Kita lagi hebat dari U.S ke? Kilang Panasonic Melaka dan tutup, Seagate Prai pun sama, dan banyak lagi lah. Boleh kata dah banyak pelabur asing tutup kilang dan keluar dari Malaysia. Harapnya biarlah orang yang betul-betul faham tentang ekonomi jalankan tugas perekonomian kita. Tapi yang penting kena bersih, adil dan amanah. Penting tu.

Wah, panjang pulak membebel ni. Okelah, sambung lain kali.

Sunday, March 08, 2009

Hujung minggu~

Wah... exam dah dekat!! 10 hb paper 'Human Resource Information System', 19 hb paper 'Strategic Management'.

Tapi masih dok main-main lagi nih!! Huh.. fokus-fokus!! Semalam sabtu ada persediaan 'LDK' amir. Malam sebelumnya ada persediaan 'I.T' duang. Petang lepas kelas amir, pergi makan 'the best' Capati 'ever'!!!

Mana tah ni nizam syamil jumpa kedai tu... jauh jugak, dalam 20 minit perjalanan naik kereta. Jalan nak ke Tehel nun. Tapi takpe, sebab capati dan kari dia yang 'best' punya pasal, jalan jek.

Hari ini ahad, wah... belajar-belajar! Semalam tengok cerita 'IP MAN'. Menarik cerita tu. Serius menarik! Kisah bagaimana seorang yang hebat kunfu tapi tak sombong dan bangga diri. Kisah seorang suami yang amat mengasihi isterinya. Bertuah orang perempuan kalau semua suami macam tu.

Kisah bagaimana masyarakat 'China' berjuang untuk terus terus hidup dizaman penjajahan jepun! Dan akhirnya bagaimana dia mempertaruhnya dirinya sebagai ganti demi mempertahankan maruah bangsa dan negaranya.

Keseluruhan, terbaik cerita ini. Saya terfikir, ini sepatutnya menjadi sifat seorang mukmin. Malah mungkin lebih baik dari ini. Kita perlu berusaha. Memang kita tidak sehebat para sahabat, tidak sehebat para mujahidin, tapi kita diberi ruang dan masa untuk terus berusaha.

Kerana tidak ada alasan untuk kita katakan kita tidak diberi kesempatan, tidak diberi peluang dan tidak tahu bagaimana. Al-Khaliq alam ini telah berikan kita secukupnya. Hanya diri kita yang mahu atau tidak. Jika kita bekehendakkan kebaikan, maka akan dimmudahkan jalan untuk kita, InsyaAllah.

Eh, sudah-sudah, pergi baca buku. Exam dekat dah! Huh...

p/s: kejap ia datang, kejap ia pergi... hmm... apa benda? :D

Disclaimer: Pandangan peribadi penulis.

Saturday, March 07, 2009

Daulat Al-Quran dan Sunnah atau Tuanku?

Bila Quran dan Sunnah di daulatkan. Islam akan kembali pada tempatnya. Ketika itu manusia akan kembali pada kebenaran yang terang dan nyata.

Senario yang melanda bangsaku hari ini, amat membimbangkan. Tidak ada salahnya mendaulatkan Sultan. Islam mengajar untuk patuh dan hormat pada pemimpin. Tetapi jika pemimpin menyalahi agama, apa kita masih mahu mendaulatkan kesilapan?

Jangan kita lupa, manusia melakukan kesalahan, hatta Rasulullah s.a.w yang maksum juga menerima tarbiyyah langsung dari Allah s.w.t. Apatah kita yang jauh dari sifat maksum baginda s.a.w.

Di atas dasar ini, kita yang daif perlu mendaulat Al-Quran dan As-Sunnah. Meletakkan kembali Islam pada tempatnya. Sejarah telah jelas menceritakan tika mana Islam menguasai 2/3 dunia. Bagaimana mereka yang dahulu ini berjaya melakukannya?

Jawabnya, mereka meletakkan hak pada tempatnya. Meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan paling atas dan mulia. Bukan rujukan ciptaan manusia yang tak pernah sunyi melakukan kesilapan.

Mendaulatkan bagaimana? Perlembagaan sesebuah negara seharusnya meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama.

Apa kita hari berusaha ke arah itu? Semoga kita sama-sama usaha ke arah itu.

Mati itu dekat, entah bila masanya kita akan pergi menghadap ilahi. Sama-sama persiapkan diri. :)

Disclaimer: Sekadar pandangan peribadi penulis.

Sunday, March 01, 2009

Nyaris kena RAGUTT!!!

Salam...

Haa.. petang tadi dalam pukul 5.30 macam tu, saya keluar makan sorang2 jer kat Farisa. Setelah sehari suntuk kemas bili ni bagi cantekk... vakum satu blik, sampai tilam ngan bantal pun vakum gak... tak kire lah, asal boleh jer...

Sampai Farisa, saya duduk kat luar, malas duduk kat dalam, sebab nak amik angin petang kononnya. Pastu akak biasa tu pun datang amik order dalam loghat kalate campur thailand dia.

Nasi putih telur bungkus dengan air kopi O ais. Masa tu saya sorang2 makan kat bahagian luar kedai, dan satu pasangan 'couple' tengah makan kat dalam kedai betul2 depan saya. Itu je yang ada kat kedai makan masa tu selain orang kedai.

Order sampai, saya pun makan la dengan lahapnya, lapo sehari tak makan lagi. Asyik makan mamee ngan air gas alas perut dari pagi. Tengah syok layan nasi putih ngan telur bungkus tu, tiba2 terasa macam nak paling sebelah kanan pulak.

Saya duduk menghadap kedalam kedai. Jadi sebelah kiri saya US Pizza dan sebelah kanan deret kedai2 kosong. Bila saya berpaling je sebelah kanan, nampak sorang mamat india, sedang berjalan ke arah saya.

Tengok gaya orangnya, memang suspicious abis la, dengan rantainye, gelang tangan nye. Iskk.. lain macam je mamat nih. Terus saya capai handphone, wallet, dan kunci kereta yang saya letak atas meja. Huh, siapa yang selalu makan ngan saya memang tau sy tak suka letak barang2 tu sume dalam poket waktu makan.

Tapi suspect punya pasal, saya amik sume tu letak dalam poket on the spot time nampak mamat yang suspicious tu. Tiba2, terus mamat tu berhenti, ada la jarak dalam 4 meter lagi nak sampai kat saya. Dia patah balik jalan terus sampai hujung.

Pastu ade sorang lagi mamat melayu datang dari hujung kedai tu, jalan ke arah mamt india kemudian dua2 terus hilang menuju ke arah belakang kedai. Pastu dua2 naik motor Honda EX5 warna hitam palt no. MAD 6775.

Mamat melayu tu bawak motor, si mamt india tu bonceng. Saya jadi blurr... arr.. pehal mamat india ni, mula2 jalan laju je, pastu tiba2 berhenti, patah balik, naik moto ngan kawan dia yang memang saya tak nampak kat mane derang letak motor tu.

Pastu terus terdetik dalam hati, huh... kompom ni geng2 peragut yang meragut depan umah maun haritu. Saya terus habiskan makan, bayar dan balik.

Saya bawak kete saya keluar ikut hujung deretan kedai yang boleh terus kelaur kat traffic light IPK tu. Pastu mase nak keluar simpang tu, saya saje tengok cermin belakang. Rupa-rupanya derang ade kat situ lagi. Derang tak perasan saya nampak derang sebab saya dalam kete. Saya tengok derang pun gune cermin belakang je.

Pastu saya perlahankan sikit kete. Rupa-rupanya lepas saya abis makan. Derang bawak moto derang pusing sekali lagi depan kedai tu. Assumption saya, derang pusing tu sebab nak tengok lagi kot2 ada sapae2 lagi yang ade tengah makan dan letak barang2 penting atas meja.

Port derang letak moto memang baik. Derang letak kat pokok mangga kat hujung corner deret kedai tu. Mula2 derang akan round usah2 dulu. Kalo ade mangsa contoh macam saya tadi. Derang akan letak moto kat pokok mangga tu yang memang kalo kita tengah makan takkan nampaknya. Sebab moto tu kat belakang kedai.

Pasti mamat melayu tu ready dengan motor. Si mamat india tu pulak buat2 jalan, bila dah dekat dia ragut je ape yg ada atas meja. Kalo dia nak rasa lebih secure, maybe dia akan siku2 skit kepala orang tu contohnya macam saya tadi supaya penin2 skit tak sempat nak kejar dia.

Dia lari laju2 kearah belakang kedai tu, tak jauh, dekat je, pastu mamat melayu tu dah ready, mamat india melompat dengan penuh tenaga terus celapak atas motor, terus mamat melay memecut sekuat hati.

Wahhh... satu kerjasama yang hebat dan mantap lagi harmoni antara kaum melayu dan india. Mesti derang ni suka tengok wonderpets, sebab tu derang tahu kepentingan kerjasama!! Tapi silap tempat lak.. huh..

Apapun, Alhamdulillah, saya dipelihara dari kejadian buruk tu. Syukur pada yang maha Esa. Nasihat pada kawan2, jangan letak apa2 atas meja makan. Saya nyaris2 jadi mangsa. Pada yang masih aktif kat luar tu dok meragut, menyamun, bertaubatlah. Tengah2 meragut tiba2 mati sebab serangan jantung, haa... kan susah.

Kalo nak ragut, pergi ragut rumput banyak kat tepi jalan, yang tu orang tak marah. Tolong cantikkan alam sekitar lagi... ;)

Oke..

Berhati-hati semua ;)