Sunday, December 03, 2006

APA ANDA BACA DARINYA

Kali ni saya sedikit kagum dengan lagu M.Nasir kerna jika dilhat dari struktur makna ayat lirik lagunya saya kira ia mesej yang tepat dan jelas. Jika kita dengar lagunya saya kira cukup untuk menarik minat saya untuk kali keseterusnya...

Sudut Pandangan saya. Bagaimana anda? Apa tafsiran anda? Apa intepretasi anda? Apa maknanya ia pada anda?

Bacalah..

Anak-anak Kita - M.Nasir

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

bukan tujuannya lirik mungkin baik untuk lain~
nurulaizam~

Thursday, November 30, 2006

Perjalanan ini...

Assalamualaikum w.b.t

Hmm... tiba tiba rasa semangat untuk menulis.. tapi tak tahu nak mula dari mana. Apa pun saya mulakan dari percutian saya seminggu selepas raya yang baru berlalu. Raya seperti baisa keadaanya, meriah dengan sanak saudara dan yang paling gembira melihat adik adik kecil riang lari sini sana gembira. Tersenyum saya melhat gelagat mereka. ( bole lihat gambar mereka dalam friendster saya)

Namun selepas 2 hari berhari raya masing masing mula dengan agenda sendiri dan akhirnya tinggallah saya dan pakcik pakcik saya yang masih bujang dirumah juga seorang wanita iaitu OPAH saya. Bila ada tetamu, apa lagi, kami yang laki nilah kedapur sediakan hidangan. Boleh tahan orang laki layan tetamu :)

Selepas seminggu berhari raya, saya terus dengan misi yang telah saya rancang dengan iwan dan beberapa orang rakan lagi sebelum raya lagi. Percutian rehat minda sebelum trimester 2 bermula. Bermula dari rumah saya perjalanan diteruskan saya seorang diri kerumah iwan,kemudian ridhwan tiba dengan bas di sungai petani dari terengganu. Sesudah subuh perjalanan bermula ke Kuala Perlis. Tiba disana rezeki murah sarapan pagi ada hamba allah membayar untuk kami. Syukran Jazilan, semoga allah merahmati dia. AMIN!!!

Seterusnya naik feri ke Langkawi masa perjalanan hampir sejam. Tiba sana terus sewa kereta dan ke destinasi iaitu Awana Porto Malai. Selesa berada disana. Pengalam menarik di langkawi ialah menaiki kereta kabel bukit mat cincang. Saya sarankan sesiapa yang ke sana jangan lupa kereta kabel jika tidak sia sia ke Langkawi. Kemudian Underwaterworld agak menarik.. Secara keseluruhan saya berpuas hati di Langkawi.

Seterunya perjalanan diteruskan ke Pulau pinang dan menginap di hotel 5 bintang. Park Royal Batu Feringghi. Hotel paling mahal saya menginap setakat ini. Memang puas hati. Pengalaman tak dapat dilupakan diasana semasa naik "para sailing" ala, yang bot tarik payung parachut tu. Semasa sedang enak menikmati pemandangan laut tiba tiba payung saya jatuh dalam laut dan saya pun sekali jatuh tapi akhirnya payung saya terbang tinggi kembali setelah saya tersiksa jatuh dalam laut. *cuak gak ooo, igt mati dah...*

Destinasi seterusnya ke Kuala Lumpur tidur di rumah rasyd semalam dan seterusnya ke bentong pahang tidur dirumah sahabat lama yang telah bekerja sebagai esekutif logistik di sebuah syarikat german iaitu Mas Aidiff. Setelah bermalam semalam kami pun ke destinasi seterunya Bukit Tinggi berdekatan rumah mas. Mas dan adiknya turut sama di Bukit Tinggi. Memang menarik bercuti disitu walaupun bilik kecil tapi kami puas sebab dapat bersama Mas, main bowling,badminton,pool,game,berenang.. macam macam lagi.. Namun saya kehilangan kamera digital saya disana, sedih sebab banyak gambar2 menarik dalamnya.Redha kerna ketentuan allah :>

Seterusnya pulang ke Melaka untuk memulakan sesi 2 pembelajaran. InsyaAllah akan ada percutian yang akan dirancang lebih rapi dan lebih ramai akan turut sama.



kadang kadang kita diuji sebab ada perkara baik yang kita akan dapat jika kita benar bersabar... :>

nurulaizam~


p/s : boleh ke friendster saya untuk lihat gambar percutian..

Sunday, November 26, 2006

Lagu untuk semua...

Salah seorang artis yang saya hormati.
Ebiet G.Ade dari indonesia.

Cuba anda halusi lirik lagu ini dan apakah intepretasi anda pada lirik ini??



Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering bebatuan
ho ho ho ... du du du ....
Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
hati tergetar menambah kering rerumputan
perjalanan ini seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih
ho ho ho ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
ketika kutanya mengapa
bapak ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini
sesampainya di laut kukabarkan semuanya
kepada karang kepada ombak kepada matahari
tetapi semua diam tetapi semua bisu
tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
ho ho ho ... ho ho ho ...


kerna tangan tangan bumi kita derita...
nurulaizam~

Wednesday, November 15, 2006

Selamat Pulang...

assalamualaikum w.b.t

Alamdulillah jumpa lagi kita di ruangan ini. Ramadhan baru berlalu dan kini masih dalam bulan syawal. Kalau rajin teruskanlah puasa sunat 6 hari. :) Banyak perkara berlaku dalam masa yang amat singkat. Kadang kadang kita rasa masa ini terlalu singkat, tapi bila kita renung kembali apa dan berapa banayak perkara yang telah kita lakukan sebenarnya banyak.

Masa amat mencumburui kita. Jika kita tidak pandai menghargainya hanyut kita dalam arus leka dia. Saya sendiri telah lalui, banyak perkara sebenarnya telah berlaku dalam masa yang singkat ini. Baru lepas peperiksaan akhir trimester1 dan kini persiapan untuk peperiksaan pertengahan trimester 2 pula. Wah! pantas masa berlari.

Selamat kembali kepada para para blogger sekalian selepas cuti panjang. Sama sama kita sumbang apa terdaya melalui penulisan kita yang tak seberapa. Lontaran idea perlu dalam menjana dan membentuk budaya berfikir dan bertidakbalas secara ilmiah dan kritis.

Sekian...

Selamat bercuti pada yang baru mula bercuti~
nurulaizam~

Wednesday, October 18, 2006

lewat ramadhan, ambang syawal~

assalamualaikum w.b.t

Saya mengambil kesempatan disini memohon segala kesilapan saya pada semua!!! Maaf dipinta jika ada tekasar bahasa, terlupa janji, terego tak semena mena, terguris hati sesiapa. Apa sahaja yang telah saya lakukan yang mana tidak disukai sesiapa maaf saya pinta kerna saya juga manusia yang punya kelemahan!!!

Selamat menjalani ibadah puasa diakhir akhir hari dengan lebih semangat!! Juga tak dilupakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!! Selamat menyambut kedatangan bulan kemenangan ini dengan sejahtera bersama keluarga tercinta, moga ALLAH limpahkan rahmat dan melebarkan lembayung nikmatnya pada kita semua!!!

Tidak lupa juga yang menyambut AIDILFITRI tanpa keluarga disisi, selamat hari raya, biarpun jauh dari keluarga, namun nikmat dan rahmat ALLAH tetap sama pada semua hambanya!! :)

Jika diizinkan mungkin saya dapat kembali diblog ini semasa cuti, namun jika tidak insyaAllah jika nyawa masih segar, kita jumpa lagi pada trimester 2 yang akan bermula pada 06/11/2006.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!
BERHATI HATI DIJALAN RAYA DAN JANGAN MAIN MERCUN!!!!!

salam aidilfitri pada bumi bawah bayu
nurulaizam~

Sunday, October 08, 2006

kenapa cinta???

semua kita ada kisah dan cerita cinta mereka
yang mudah dengan yang mudahnya
yang susah dengan yang susahnya
tetapi sejauh mana ikhlas dan objektif cinta mereka
itu persoalannya...


untuk mereka mereka yang ingin,sedang atau telah bercinta...
fikirkan :)

cinta rasa fitrah kurnia yang esa.
nurulaizam~

Tuesday, October 03, 2006

catatan oktober!

a'kom..
alhamadulillah hari ini sudah masuk 10 hari umat islam berpuasa, emm dan saya telah selesai 2 kertas peperiksaan dan baki lagi 3 pada 6,7, dan 12 haribulan 10. Walaupun agak sibuk dengan peperiksaan sempat juga saya luangkan sedikit masa untuk catatan kali ini :)

Bulan oktober tahun ini agak bermakna pada saya. Hari raya tahun ini seolah olah bagi meraikan saya :) . Namun mungkin ia sedikit berbeda dengan tahun lepas kerna cerita yang akan ditulis tidak lagi pada jalan yang sama. Ada berbagai bagai perkara telah berlaku dalam sebulan yang lepas. Ada cerita menarik, ada cerita baik, ada cerita yang kita tak pernah sangka.

Tapi itulah relaiti. Hidup ini banyak perkara yang kita perlu fikir dan lakukan. Kalau kita memilih jalan mudah mungkin tidak banyak yang kita akan capai tetapi jika kita pilih jalan yang sukar banyak dugaan yang akan datang mengajar kita dalam erti kata lain iaitu ujian.

Walaupun jalan ceritanya mungkin tidak sama lagi,tetapi tujuan cerita masih kekal begitu. Matlamat yang ingin dicapai masih segar dan kekal cuma cerita yang berbeda. Semoga kedatangan syawal pada tahun ini dapat mencipta sinar suria yang indah bagi kita semua menempuhi jalan jalan kehidupan yang kita bakal lalui.

Semoga kita dipanjangkan umur bagi memperbanyakkan lagi ibadah kita pada yang esa.
Selamat berjaya semua!!!

aku tetap aku yang sama~ janji dibina pasti dkiota!!

berdoa agar impian hidup dapat dibina...
nurulaizam~

Saturday, September 30, 2006

starting with ourselves...

Think of it...

When I was young and free and my
imagination had no limits,
I dreamed of changing the world.
As i grew older and wiser, I discovered the
world would not change, so I shortened my sights
somewhat and decide to change only my country.
But it too,seemed immovable.
As i grew into my twilight years, in one
last desperate attempt, I settled for changing
only my family, those closest to me;
but alas, they would have none of it.
And now as I lie on my death bed, I suddenly
realize: if only I had changed myself first,
then by example I would have changed my family.
From their inspiration and encouragement,
I would then have been able to better my country
and, who knows, I may have even
changed the world.

"thought of Allama Dr Sir Muhammad Iqbal"
nurulaizam~

Thursday, September 28, 2006

lagu dan KLIA~

salam~
lagu ini akan mengingatkan hamba pada KLIA, entah mengapa tapi itulah ceritanya...

NowSeeHeart
Merancang Kerja

Rancang Dengan Apa Yang Ada Di Tangan
Bukan Yang Kita Angan-Angankan
Kita Membina Cita Dan Harapan
Bukan Mimpi Dan Igauan

Perancangan Perlu Diperhati
Agar Tertib Rapi Dan Teliti
Matlamat Dan Caranya Selari
Masa Pun Harus Diambil Kira

Puncak Mana Yang Mahu Didaki
Lurah Mana Yang Mahu Dituruni
Semuanya Telah Pun Terbukti
Pasti Rancangan Akan Berjaya

Tenaga dan Kemampuan Diperhitungkan
Berjuanglah Dalam Satu Barisan
Umpama Batu Teratur Menjulang Ke Awan
Itulah Tunggak Dalam Merancang


lagu dan cerita ( lontaran senyum terakhir ) :)
nurulaizam~

Monday, September 25, 2006

jalan depan sana~

Apa yang ada disana
Siapa tahu apa didepan sana
Cabaran apa yang akan datang
Kuat mana halangan melintang
Jauh mana lagi jalan ini


Jangan difikirkan
Jangan dikhuatirkan
Usah dibimbangkan
Biar masa yang tentukan


Kita cuma ada hari ini
Semalam pun sudah berlalu
Esok belum pasti terangnya datang
Isi setiap saat yang ada dengan tenang
Penuhi dengan cara senang
Lalui ia dengan rasa yakin menang

Ayuh… ayuh…
Teruskan jalan
Kerna yakin pada satu
Satu kuasa pencipta malam
Kuasa pencipta siang
kuasa pencipta alam

Jalan…
jalanlah..
Kami pimpin tangan
Kami tunjukkan jalan
Cahaya terang menyuluh jalan
Yakinlah
Kemenangan akan datang
jika terus berjuang
Dengan matlamat yang terang
Demi islam yang kita sayang


nukilan insan...
nurulaizam~

Saturday, September 23, 2006

ramadhan dan peperiksaan~

salam~
salamat datang ramadhan al-mubarak... dalam tak sedar kita sudah pun berada di permulaan bulan ramadhan(esok). Mari sahabat sahabat,kita tanam azam yang tinggi menjulang bagi mengahayati ramadhan kali ini dengan lebih cemerlang,gemilang ,terbilang!Bertekad bersungguh sungguh demi mencapai kemanisan tulen ramadhan al-mubarak.
Namun bagi pelajar Multimedia University, peperiksaan akhir menjelang tiba. Alangkah indahnya kita kerna disaat kita bersungguh sungguh untuk persiapan peperiksaan, didatangkan pula bulan yang mulia ini pada kita. Syukur pada Allah s.w.t. Perancangannya cukup indah! Sahabat dan sahabiah, jadikan bulan yang penuh dengan kemuliaan ini sebagai satu motivasi diri dalam mepersiapkan menuju hari peperiksaan. InsyaAllah, jika niat kita belajar kerna Allah,maka ia satu ibadat buat kita dan InsyaAllah, setiap perbuatan baik kita akan Allah balas dengan ganjaran sewajarnya!

Mari semua sahabat sahabat, buktikan kita orang islam hebat,gagah dan bijak! Ya, inilah sifat sifat yang perlu ada pada diri semua. Ingat! Setiap usaha gigih disertakan niat kerna Allah, hasilnya juga indah. Berusahalah,terus berusaha!!! KEJAYAAN PASTI MILIK KITA!!!

Selamat menduduki peperiksaan pada semua dan juga selamat menjalani ibadah yang mulia ini pada semua sahabat dan sahabiah juga tidak dilupa yang berada di tanah borneo sebarang laut sana!

SELAMAT BERPUASA
nurulaizam~

Thursday, September 21, 2006

Kias Fansuri~

salam~
hamba tertarik dengan lirik lagu ini,seperti ada suatu makna yang hamba tidak dapat singkap darinya...

jika saudara semua sudi membantu,berikan tafsiran anda pada lirik ini, terima kasih..
*sebahagian dari lirik sahaja.


Siapa tahu
Betapa berat cinta yang ditanggung
Sehingga dia sanggup lakukan
Biar apa saja demi mendapatkan
Restu Sultan cahaya hatinya

Tak sia-sia azam Zulaikha
Bisa jadi cermin mengintai jiwa
Tak sia-sia mimpi Zulaikha
Bisa jadi lorong insan bercinta

Bisikan memujuk
Memupuk nurani
Lalu terbukalah
Pintu yang menghijap


terpikat pada yang tersirat
nurulaizam~

Wednesday, September 20, 2006

pagi yang sayu~

salam~

bukan hamba memuja lirik ini,tidak,jangan silap sangka, tapi dalam isinya ada sesuatu yang hamba rasa kena pada diri ini...

kenangan terindah...

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...

sekian salam jauh~
nurulaizam

perwira negara~

sebenarnya dah lama hamba bina sajak ini,cuma tidak berpeluang untuk nukilkan pada semua,tetapi hari ini hamba sudah punyai blog jadi bolehlah hamba kongsi sama untuk meningkatkan lagi bahasa hamba...

berkata pada diri
bisiklah pada hati
andai masih ada ruang kosong
yang masih boleh dipenuhi
isilah dengan darah perwira
agar nanti lahir satu generasi
yang tegak berdiri
mempertahankan ibu pertiwi


nukilan ringkas~
nurulaizam-

Monday, September 18, 2006

derita disana~


Kereta-kereta besi bebas menuju sasaran
Tanpa ada tercalit rasa malu pada jiwa
Bangga,gembira dan puas
Menonton wajah wajah kecil
Wajah wajah lembut
Wajah wajah berkedut
Tumbang mencium tanah
Menyungkur menyembah bumi.

Alasan dicipta
Menghalang pengganas kononnya
Merekalah juara pengaman dunia
Asia barat ingin dilukis semula
Mengikut acuan mereka
Dakwanya untuk keamanan sedunia
Tetapi,dibelakang meraka
Dajjal dajjal yang hina
Bermaharajalela


Tanah arab melihat kaku
Dunia semuanya turut sama kaku
Kaku tidak bermaya
Kaku lidah kelu
Kaku hati beku
Kuasa besar milik mereka

Marilah seluruh jiwa dan raga
Kita serahkan sebulat doa
Demi umat yang terseksa
Ditindas, dipijak, dan dikelar.
Mereka yang tidak berdosa
Berikan kembali hak itu
Serahkan kembali milik mereka
Jangan lagi ada derita
Kerna sudah terlalu lama
Jiwa jiwa itu dibakar hidup hidup

coretan luka~
nurulaizam

tentang cinta~

kawan kawan,rakan rakan,sahabat sahabat...

cuba hayati dan fahami . Kata kata ini hamba quote dari laman http://www.saifulislam.com.

"Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya..."

Artikel lengkap bolehlah layari laman ini.

Maaf dan jangan ada terasa pada yang membaca.Bukan niat menyakitkan hati,tapi ini amanah ilahi.


sekian~
nurulaizam

3 hari 2 malam...


salam~
seperti yang dijanjikan, hamba kembali untuk sedikit coretan perjalanan hujung minggu lepas. Perjalanan yang mengambil masa kurang lebih 2 jam 30 minit ke KLIA. Tiba disana menanti sahabat yang belum tiba, hamba dan rakan menghabiskan masa di kedai buku dan makan di KFC.

Seperti biasa,suasana KLIA yang menyimpan seribu makna pada hamba mengingatkan kembali pada cerita lama. Walau ditepis dari mengingati,namun kenangan itu lebih kuat. Apa yang mampu hamba lakukan. Biarlah kisah itu, tidak ada apa apa, cuma sebuah kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Setelah satu jam setengah menanti akhirnya "ganung" tiba di KLIA. Hamba terus bergegas ke check-in kaunter J. Dia sedang sibuk menguruskan bagasinya yang besar.Maklumlah 2 tahun disana. Hampir 30 minit kemudian, semua rakan rakan yang lain tiba. Ramai juga! Masing masing sibuk bercerita,bertanyakan khabar dan mengucapkan tahniah pada hariz.

Tepat jam 7.30 malam, hariz bergerak ke kaunter masuk. Semua rakan rakan bergambar kenangan bersamanya. Selesai sahaja,hamba dan rakan turut sama bergerak ke K.L. Quratu' aini dan ayuni juga ke K.L menghantar hafiq. Terus kami gerak bersama dan hamba minta ain tunjukkan jalan untuk ke THE MALL. Perjalanan hampir 1 jam dengan kelajuan sutera kuning yang mencecah 140 km/j, semput juga kancil hamba menghambat mereka. Ganas juga kanak kanak pandu kereta :p

Alhamdulillah hamba tiba ke destinasi jam 9.30 malam. Selesai urusan disitu,hamba dan rakan terus ke destinasi terakhir. Cheras, gombak, batu caves semua kami lalui. Akhirnya destinasi ditujui ialah Pandan Jaya. Tiba disana, penat seluruh badan rasanya.

Seterusnya,seperti biasa, hamba berada disana selama 2 malam 2 hari bagi program Muktamar. Ahad pulang ke Melaka dengan kepenatan yang amat sangat!!! Sepanjang perjalanan, hamba sering mengantuk semasa memandu. Kerap kali nyaris kemalangan berlaku,namun alhamdulillah Allah masih sayang, tiada apa apa kecederaan atau kemalangan berlaku.

Sekian coretan perjalanan
nurulaizam~

Friday, September 15, 2006

cerita pagi yang indah~

salam~

Hari ini cuaca pagi dibasahi hujan, sejuk betul mandi pagi hari ini. Dulu subuh hari saya sentiasa dikejutkan namun kini berbeda, semua itu kenangan terindah :p Bersiap untuk ke kelas english. Kemudian ke plaza siswa sarapan bersama idzwan,abdul rahman dan asyraff. Abdul rahman gembira melihat cuaca hari ini yang cukup indah baginya kerna di Yaman sukar untuk menikmati saat begitu.

Seterusnya saya di bilik majlis perwakilan pelajar (SRC). Belajar muat turun mp3 surah surah dalam al-quran dari website ' www.islamway.com' oleh abdul rahman. Selesai belajar,tergerak hati ini untuk mencatat dua tiga kata sebelum ke KLIA dan Kuala Lumpur petang ini.

Petang ini saya akan ke KLIA bagi meraikan perjalanan seorang sahabat menyambung belajar di United Kingdom. Hariz atau nama samaran "ganung" akan selama dua tahun di sana bagi menyempurnakan ilmu kejuruteraan beliau untuk peringkat ijazah sarjana muda. Selamat berjaya dibumi asing!!!

KLIA menyimpan jutaan siratan makna untuk saya. Suatu catatan sejarah yang tidak mungkin saya dapat lupakan saat begitu. Mungkin ia kenangan terindah yang terakhir bagi diri ini untuk seketika waktu yang tidak tahu lagi dimana dan bila titik akhirnya akan tiba. :)

Mari kita teruskan berdoa dan berdoa untuk apa jua niat dan keinginan hati. Kemudian kita susuli dengan usaha dan tenaga seterusnya tawakkal kepada allah! Ya, berdoa,berusaha dan tawakal. Mari sama sama kita amalkan dan insyaAllah semoga ia membawa kebahagiaan pada setiap insan yang mengamalkannya!!!

Jumpa lagi semua. Sekembalinya nanti akan saya catatkan pula cerita sepanjang tiga hari dua malam perjalanan saya. Doakan saya selamat pergi dan pulang!

sekian~
nurulaizam

malasnya...

Hari ini 15 september 2006, peperiksaan tinggal lagi 2 minggu sahaja tapi kenapa lah kemalasan masih membalut jiwa! astaga... belajar! belajar!

Walau apa pun hati ini tergerak untuk menulis sajak... kawan kawan, penulis penulis diluar sana, masanya untuk anda membatu saya meningkatkan ilmu bahasa saya... terima kasih atas tunjuk ajar..


cita cita...
jangan jauh termenenung
angan angan yang indah
fantasi dunia yang sangat bahagia
leka melayari jiwa kosong
yang sentiasa dahaga cinta

jauh lagi jalan kita
destinasi ditujui entah dimana
liku likunya tidak pasti bagaimana
kerna depan sana belum milik kita
yang ada cuma tanah yang kita pijak
berdirilah atas dunia yang nyata
bukan fantasi cipta rasa

Ingatlah...
yang lepas itu sejarah
yang depan itu belum pasti
masa sekarang kita punyai
teruskan berdiri
penuhi detik ini
bukan dengan cita cita
cita cita yang tidak pasti
bukan dengan angan angan
angan angan yang kosong
tetapi dengan kepastian detik milik kita

teruskan...
indah,gembira,ceria
sedih,duka,terluka
itu semua tercipta dari hati manusia
jika cinta
cintailah pencipta
jika ridu
rinduilah pencipta
minta apa saja dari dia
kerna semua miliknya
ambillah dari tuan yang punya
semoga itulah jalannya
yang diredhai selamanya.



~coretan bahasa hamba yang sedikit ilmunya
nurulaizam-

berjinak jinak dalam dunia tulisan moden...

salam~

em... percubaan pertama untuk blog pertama, orang lain dah ade ratusan coretan dalam blog, tetapi hamba baru nak merangkak... takpelah, harapnya ini satu permulaan yang baik bagi diri ini. Selama ni hamba cuma membaca blog kawan kawan, tapi harapnya lepas ni hamba juga akan menyumbang sedikit idea hamba.

hamba cuma faham blog ini tidak ubah seperti satu ruang bagi penulisnya melontarkan idea, pengalaman,perasaan atau apa jua cerita yang dikira boleh dikongsi bersama semua. Hamba juga kira ini satu buku cerita kosong yang akan hamba coretkan mengikut acuan dan citarasa hamba.

Rakan rakan,penulis penulis diluar sana, jika ada yang perlu dibetulkan, tegur la hamba kerna masih baru bagi hamba dalam dunia coretan cerita manusia. Baiklah, semoga ini satu titik perjalanan yang baik bagi hamba sebagai penulis muda.

indah hanya sementara~ carilah cinta pada pencipta~


sekian-
nurulaizam