Wednesday, October 18, 2006

lewat ramadhan, ambang syawal~

assalamualaikum w.b.t

Saya mengambil kesempatan disini memohon segala kesilapan saya pada semua!!! Maaf dipinta jika ada tekasar bahasa, terlupa janji, terego tak semena mena, terguris hati sesiapa. Apa sahaja yang telah saya lakukan yang mana tidak disukai sesiapa maaf saya pinta kerna saya juga manusia yang punya kelemahan!!!

Selamat menjalani ibadah puasa diakhir akhir hari dengan lebih semangat!! Juga tak dilupakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!! Selamat menyambut kedatangan bulan kemenangan ini dengan sejahtera bersama keluarga tercinta, moga ALLAH limpahkan rahmat dan melebarkan lembayung nikmatnya pada kita semua!!!

Tidak lupa juga yang menyambut AIDILFITRI tanpa keluarga disisi, selamat hari raya, biarpun jauh dari keluarga, namun nikmat dan rahmat ALLAH tetap sama pada semua hambanya!! :)

Jika diizinkan mungkin saya dapat kembali diblog ini semasa cuti, namun jika tidak insyaAllah jika nyawa masih segar, kita jumpa lagi pada trimester 2 yang akan bermula pada 06/11/2006.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!
BERHATI HATI DIJALAN RAYA DAN JANGAN MAIN MERCUN!!!!!

salam aidilfitri pada bumi bawah bayu
nurulaizam~

Sunday, October 08, 2006

kenapa cinta???

semua kita ada kisah dan cerita cinta mereka
yang mudah dengan yang mudahnya
yang susah dengan yang susahnya
tetapi sejauh mana ikhlas dan objektif cinta mereka
itu persoalannya...


untuk mereka mereka yang ingin,sedang atau telah bercinta...
fikirkan :)

cinta rasa fitrah kurnia yang esa.
nurulaizam~

Tuesday, October 03, 2006

catatan oktober!

a'kom..
alhamadulillah hari ini sudah masuk 10 hari umat islam berpuasa, emm dan saya telah selesai 2 kertas peperiksaan dan baki lagi 3 pada 6,7, dan 12 haribulan 10. Walaupun agak sibuk dengan peperiksaan sempat juga saya luangkan sedikit masa untuk catatan kali ini :)

Bulan oktober tahun ini agak bermakna pada saya. Hari raya tahun ini seolah olah bagi meraikan saya :) . Namun mungkin ia sedikit berbeda dengan tahun lepas kerna cerita yang akan ditulis tidak lagi pada jalan yang sama. Ada berbagai bagai perkara telah berlaku dalam sebulan yang lepas. Ada cerita menarik, ada cerita baik, ada cerita yang kita tak pernah sangka.

Tapi itulah relaiti. Hidup ini banyak perkara yang kita perlu fikir dan lakukan. Kalau kita memilih jalan mudah mungkin tidak banyak yang kita akan capai tetapi jika kita pilih jalan yang sukar banyak dugaan yang akan datang mengajar kita dalam erti kata lain iaitu ujian.

Walaupun jalan ceritanya mungkin tidak sama lagi,tetapi tujuan cerita masih kekal begitu. Matlamat yang ingin dicapai masih segar dan kekal cuma cerita yang berbeda. Semoga kedatangan syawal pada tahun ini dapat mencipta sinar suria yang indah bagi kita semua menempuhi jalan jalan kehidupan yang kita bakal lalui.

Semoga kita dipanjangkan umur bagi memperbanyakkan lagi ibadah kita pada yang esa.
Selamat berjaya semua!!!

aku tetap aku yang sama~ janji dibina pasti dkiota!!

berdoa agar impian hidup dapat dibina...
nurulaizam~