Wednesday, August 01, 2007

the return of mE...

Assalamualaikum w.b.t

Pertama tamanya, saya mengucapkan syukur kehadrat Allah s.w.t kerna dengan izinnya saya dapat kembali meluangkan masa untuk blog saya yang sekian lama telah saya tinggalkan. Kepada sahabat sahabat yang aktif berblog, maafkan saya atas kehilangan saya sebelum ini.

Alhamdulillah malam ini, digerakkan hati saya oleh Allah s.w.t untuk melayari kembali blog lama saya ini. Saya ingin mulakan 'entry' saya yang pertama setelah sekian lama ini dengan satu topik iaitu roda kehidupan.

Roda jika dilihat pada fizikalnya, sudah pasti semua dapat menggambarkan ia bulat. Manakala cara ia berfungsi pula ialah berpusing, bergolek, berputar apa saja yang seumpamanya. Apa yang saya ingin kaitkan dengan kita semua manusia atau hamba Allah, seperti itu jugalah kita dimana ada ketika kita di atas dan ada ketikanya kita dibawah.

Tika mana kita berada dibawah atas berbagai bagai faktor seperti merasa diri hina berdosa, melakukan kesilapan, kecewa dalam percintaan, gagal dalam perniagaan, gagal dalam peperiksaan, silap membuat pilihan dan sebagainya. Apa saja yang membuatkan seseorang itu merasakan mereka berada dibawah, jatuh seperti tidak mampu untuk bangun semula maka itulah ia tika mana kita berada dibawah pusingan roda kehidupan kita.

Namun ada ketikanya pula kita sangat berjaya, apa yang dirancang semuanya lancar belaka. Rasa diri seperti wira, tidak ada siapa lagi yang lebih bertuah dari kita. Berjaya dalam peperiksaan, untung dalam perniagaan, berkahwin dengan wanita pilihan hati, dapat kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan sebagainya lagi yang mana apa saja yang membawa kita kepada putaran di atas roda kehidupan kita.

Inilah dia putarannya. Sebenarnya, apa yang ingin saya sampaikan, kita tahu bahawa ini adalah aturannya. Kita tahu ada masanya kita akan berada dibawah kerna tak selamanya kita akan diatas. Maka dengan itu, saya ingin mengajak semua yang membaca supaya sentiasa bersedia. Bersedia menghadapi masa di bawah. Jangan kita mudah berputus asa. Jangan kita mudah lari dari masalah. Ini adalah sunnatullah. Hadapi dan tangani ia dengan bijak dan sabar. Jika kita lari, sampai mana kita mampu berlari. Tiba masanya kita perlu berhenti kepenatan, kehausan. Atasi ia. Masa juga peranan yang penting. Semua perkara memerlukan masa. Kita tidak berdaya mengubah diri kita sendiri pun dalam masa satu hari.

Ingatlah, apa yang berlaku hari yang lepas kita tidak bisa mengembalikan ia, dan apa yang akan berlaku hari akan datang kita belum pasti, namun apa yang pasti kita ada hari ini, saat ini yang sedang kita lalui. Maka gunakan ia sebaiknnya, buat yang terbaik tiap saat yang kita ada. Jika setiap hari kita lakukan yang terbaik, maka kita akan dapat satu minggu yang terbaik. Jika setiap minggu kita lakukan yang terbaik, maka kita akan dapat satu bulan yang terbaik. Jika setiap bulan kita lakukan yang terbaik maka, kita akan dapat satu tahun yang terbaik dan jika setiap tahun kita lakukan yang terbaik, makan kita akan dapat sepanjang hayat yang terbaik.


Konklusi dari saya, dalam menempuh cabaran hidup hari hari yang kita sendiri belum pasti, jangan kita mudah berputus asa. "berpantang ajal sebelum maut". Jangan kita lari dari masalah. Hadapi dan tangani dengan bijak dan sabar. Akhir ialah dengan sentiasa bersedia!

Penutup bicara, jangan kita lupa, dalam apa jua tindakan kita, apa jua masalah yang tiba, pendek kata dalam apa jua perlu kita kembali pada agama. Kerna ia merupakan kunci pada segala yang kita perlukan. Ingatlah kita ada Allah yang sentiasa bersama kita walau kita tidak menyedarinya.

Kembali pada agama kita ISLAM!!!

Jazzakallah.