Thursday, April 22, 2010

ESOK KAMU AKAN MATI!

Woo... Apehal la mamat ni buat tajuk entry macam ni? Nak mati sangat ke? Tak sensitif langsung ke dengan perassan orang lain?

Ermm... Takpe lah. Tapi itulah perkara yang sangat selalu berlaku disekeliling kita.

Contohnya berita kematian artis2 yang berlaku baru-baru ini, dan juga mungkin beberapa berita kematian yang mungkin berlaku dikalangan kenalan rapat kita.

Sedih dengar berita kematian ni. Lebih menyedihkan kematian melibatkan orang muda. "Muda-muda lagi dah meninggal" Ayat yang selalu kita dengar.

Hmmm... Kawan2 semua, hari-hari kita dengar berita kematian, dan bila berita itu sampai pada kita, apa yang mampu buat, sedekah al-fatihah pada mereka, ucap takziah pada ahli keluarga arwah.

Itu sahaja ke yang kita bole buat? Yer itu saja. Apa lagi? Ermm... oh.. kita juga turut bersimpati pada arwah dan juga keluarga.

Tak sangka kan muda2 dah mati. Macam... ermm.. tu lah.. kesian, muda lagi. Tapi dah ajal dia kan. Nak buat macam mana. Kita pula entah bila.

Itulah antara yang selalu juga kita dengar bila ada berita kematian.

Kawan-kawan. Ada yang lebih BESAR dari itu!

Kita ambil tak iktibar dari kematian mereka yang pergi dahulu dari kita?

Kita kesian kt mereka. Kita doakan mereka. Kita ucap simpati pada keluarga mereka. Kita tahu masa kita pula akan tiba bila-bila sahaja.

Tapi kita buat apa lepas tu? Lepas cakap tu kita masih jadi orang yang sama!

Kita sedar tak, kita cakap kita tau masa kita pula akan tiba tapi kita masih tak buat apa-apa!!!

Sama jer macam semalam, kelmarin, bulan lepas, tahun lepas!

Kita tahu kita pula akan MATI lepas ni, tapi kita dah siap sedia??

Kalau tiba-tiba Malaikat Maut datang jumpa kita sebelum tidur malam ni dan dia beritahu "ESOK KAMU AKAN MATI"

Hah! Agak-agak apa kita akan buat lepas dapat berita tu.

Ya Allah... sungguh! Masih banyak dosa-dosa aku! Ya Allah... sempat ke aku nak bertaubat?

Ya Allah, aku akan diseksa ke dalam kubur nanti? Uishhh... Macam mana ni?

Ya Allah, seksa kubur tu amat sakit!! Aku akan dihimpit-himpit!! Di patuk ular-ular, kalajengking!!

Di potong lidah, tumbuh semula, potong lagi!!! Uiiiiii... terpotong jari sikit pun dah sakit kalau di di dunia nih!

Aduii, macam mana ni??

Hmm.... Kawan-kawan.

Ingatlah tentang kematian setiap SAAT! InsyaAllah kita akan terpelihara dari dosa-dosa.

Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa fikir tentang kematian pesan Rasulullah. Semua orang tahu tentang ni.

Bukan nak suruh sekadar baca jer!!! Baca tapi lepas tu sama juga! Oiii.. tak takut ke seksa kubur??!!

Cakap dah berbuih-buih! Tapi lepas tu macam tu jugak!!!

Takpelah, sekurang-kurangnya saya ingatkan diri saya.

Kalau tak takut seksa kubur! Kalau tak syukur pada yang cipta kita, kalau tak takut neraka...

Silakan buat apa yang kita rasa dah betul dah ni, tak buat salah pape pun, tapi sebenarnya benda tu salah!!!

Masalah tu kalau guna akal kita sendiri buat judgement. Tak bole kawan2. Islam ni mana bole main agak2 je guna akal kita.

Islam itu legkap. Rujuk Al-quran, paling tidak tanya orang yang Arif.

Sebab tu, tanyalah orang kalau kita tak tahu. Jangan malu. Malu pada manusia tapi tak takut neraka?? Hmm... terpulanglah...

Adoii... saya tulis panjang-panjang ni, macam saya dah cukup baik!

Takde maknenyer... saya pun sama macam orang lain. Malah lebih teruk lagi kot. Nampak konon baik dah, tapi mak aihh...

Tapi ape pun, marilah kita sama-sama perbaiki diri. Kita dah tahu kita banyak kurang, tapi tak jugak buat apa2!!

Adoii.. ni masalah. Tak pe, muda lagi... hahaa.. oii... tadi yg kita bercerita ttg mati tu, tak ita umur...

Hmm.. ape-ape jelah...

Selamat ambil yang mana yang baik, yang tak baik tinggalkan jer oke!!

Wassalam...