Tuesday, December 28, 2010

Pasukan Bolasepak Muslim

Assalamualaikum wbt.

Imbas kembali 7 tahun ke belakang.Wah! Ketika itu semuanya begitu sempurna. Watak setiap pemain yang begitu bersahaja.

Begitu juga dengan permainan mereka. Jarang sekali ego menguasai diri. Bermain sebaik mungkin dalam mempamerkan akhlak seorang muslim di atas padang.

Malah, andai kami dikasari, mungkin sekali dua memberi reaksi tidak menyenangkan dan selalunya, kami hanya melontarkan senyuman. Ya, senyuman, atau sekadar diam tidak berkata apa-apa.

Itu ketika di atas padang sedang bermain. Sebelum bermain, sentiasa diingatkan agar pakaian menutup aurat. Sentiasa mempamer akhlak yang baik mencerminkan seorang muslim. Doa senantiasa mengiringi ditepi padang perlawanan.

Menghormati waktu solat bukan hanya dengan sekadar berhenti bermain ketika azan, malah lebih dari itu memastikan setiap pemain menjaga solatnya.

Jika sempat ditunaikan solat sebelum perlawanan, makan tunaikan dahulu dan jika tidak sempat, selepas perlawanan harus segera sempurnakan solat.

Di hari-hari lain, pemain-pemain ini selalu mudah dijumpai di masjid. Ini kerana mereka sentiasa menjaga solat. Bukan hanya ketika pertemuan mingguan atau bulanan.

Paling istimewa, ketika itu mereka adalah JUARA LIGA KAMPUS!

Saya pelajar tahun 2 ketika itu diberi peluang bersama mereka untuk bermain dalam pasukan mereka.

Saya menyaksikan sendiri semua ini berlaku. Bukan mengatakan segala-galanya sempurna ketika itu, tetapi mereka sentiasa berusaha untuk mempamerkan tauladan yang baik walau dimana sekalipun.

Diatas padang, diluar padang, ketika bermain atau ketika waktu biasa. Itulah mereka.

7 tahun yang lalu..................................................................................

____________________________________________________________

Kini...

Jujur saya katakan, amat jarang saya ikuti perkembangan pasukan itu lagi. Namun, melalui perkhabaran rakan-rakan yang masih mengikuti mereka...

Saya dapat merasakan satu kehilangan.

Kini pasukan itu telah hilang identiti mereka. Apa identiti yang dimaksudkan?

Di mana emosi ketika bermain? Bagaimana pula ketika di waktu biasa? Apa aturan pakaian di atas padang? Bagaimana solat setiap pemain?

Kenapa? Soalan ini terlalu sensitif? Hal peribadi masing-masing? Tiada kena mengena dengan diri pemain? Cara saya tidak kena?

Tidak! Semua yang bermain beragama Islam. Apa salahnya saya mengatakan perkara ini? Malah bermain pula membawa identiti Islam.

Cara bagaimana yang kena? Apa jika cara lain yang digunakan mereka akan menerima? Sama sahaja. Mahu terima atau tidak, terpulang.

Mahu berubah dia terima. Tak mahu berubah, dia tak terima.

Persoalannya siapa yang bertanggungjawab?

Jangan salahkan sesiapa, tetapi harus ada sesiapa sahaja ketika ini untuk perbetulkan semula warisan ini.

Samada yang kini berada di dalam pasukan atau di luar pasukan, lakukan penambahbaikan semula kepada warisan ini.

Harus ada yang memulakan usaha.

Pernah seorang senior berkata kepada kami:

"Sebuah pasukan yang hebat tidak hanya memerlukan pemain-pemain yang berkemahiran tinggi, malah lebih hebat dari itu, sebuah pasukan yang amat hebat memerlukan pemain yang tinggi akhlaknya, berdisiplin dan bersungguh-sungguh kerana seorang muslim yang baik adalah seorang yang hebat dalam apa jua bidang"

Kami berhak memberi pandangan kerana dahulu kami pernah mengerah keringat membina identiti itu, dan kami tidak rela melihat apa yang telah kami usahakan musnah begitu saja.


Padangan peribadi penulis yang pernah suatu ketika berada dalam pasukan itu. Kerana sayang, artikel ini di tulis.

Saturday, December 04, 2010

way to gooooo.........................

Struggling... Do I ? Yes you must!!! Oh no... we can just escape it.