Friday, November 21, 2014

Islam di Malaysia - Selamat atau terancam?


What liberal Muslims have in common is a belief that Islamic values are consistent with democracy, pluralism, human rights, and individual freedoms, as indicated in this self-definition of liberal Islam:

The name of “Liberal Islam” illustrate[s] our fundamental principles; Islam which emphasizes on “private liberties” (according to Mu’tazilah’s doctrine regarding “human liberties”), and “liberation” of socio-political structure from the unhealthy and oppressing domination. The “liberal” adjective has two meanings: “liberty” (being liberal) and “liberating.” Please note that we do not believe in Islam as such—Islam without any adjective as some people argued. Islam is impossible without adjective, in fact Islam [has] been interpreted in so many different ways in accordance to the interpreter’s need. We choose a genre of interpretation, and by this way, we selected an adjective for Islam, it is “liberal.”


Application of Criteria

It follows from the above that for a group to declare itself “democratic” in the sense of favoring elections as the vehicle for establishing government—as in the case of the present Egyptian Muslim Brotherhood—is not enough. Just as important is respect for freedom of expression, association, and religion (and the freedom not to be religious as well): what we called in The Muslim World After 9/11 the “infrastructure of democratic political processes.”

Therefore, in determining whether a group or movement meets this characterization of moderation, a reasonably complete picture of its worldview is needed. This picture can emerge from the answers given to the following questions:

Does the group (or individual) support or condone violence? If it does not support or condone violence now, has it supported or condoned it in the past?

Does it support democracy? And if so, does it define democracy broadly in terms of individual rights?

Does it support internationally recognized human rights?

Does it make any exceptions (e.g., regarding freedom of religion)?

Does it believe that changing religions is an individual right?

Does it believe the state should enforce the criminal-law component of shari’a?

Does it believe the state should enforce the civil-law component of shari’a?

Or does it believe there should be non-shari’a options for those who prefer civil-law matters to be adjudicated under a secular legal system?

Does it believe that members of religious minorities should be entitled to the same rights as Muslims?

Does it believe that a member of a religious minority could hold high political office in a Muslim majority country?

Does it believe that members of religious minorities are entitled to build and run institutions of their faith (churches and synagogues) in Muslim majority countries?

Does it accept a legal system based on nonsectarian legal principles?
------------------------------------------------------------------------

Ini merupakan sebahagian petikan daripada artikel "Building a Moderate Muslim Network by RAND Corporation".

Nak kenal apa RAND Corp ini buat ? Apa aktiviti dia ? Apa tujuan penubuhan? 

Sila lawati http://www.rand.org/

Berkenaan artikel yang saya kongsikan sebahagian dari petikannya di atas, boleh baca keseluruhan artikel di sini http://www.rand.org/content/dam/rand/pubs/monographs/2007/RAND_MG574.pdf

Apa yang lebih penting adalah, cuba baca betul-betul petikan-petikan artikel yang saya kongsikan di atas?

Baca 2 atau 3 kali atau lebih, suapay betul-betul faham apa yang dimaksudkan?

Mudahnya, ia adalah satu projek dan strategi tersusun untuk mengkucar-kacirkan negara-negara yang berpegang kuat pada ajaran Islam.

Apatah lagi Malaysia yang sememangnya meletakkan Islam sebagai Agama Negara ini. Sudah pasti mereka tidak duduk diam dan sentiasa berfikir untuk menghancurkan Islam di Malaysia.

Namun kejayaan mereka di Iraq, Syria, Palestine tidak boleh dilaksanakan di sini. Iaitu menggunakan ketenteraan.

Lalu lahirnya strategi ini, mencipta satu watak Muslim Moderate mengikut takrifan mereka seperti di atas dari kalangan rakyat negara itu sendiri untuk merosakkan, mengelirukan dan merojakkan pegangan umat Islam di negera tersebut dengan mewujudkan istilah Islam Liberal, Plural, Human Rights, dan berbagai lagi yang akhirnya bertujuan Islam di negara tersebut hancur.

Inilah intipati artikel ini. Boleh baca keseluruhannya. Pembaca juga diminta buat kajian lebih mendalam, siapakah rakyat Malaysia yang pernah dinobatkan sebagai Moderate Muslim of The Year oleh mereka ini.

Kita perlu dengar dan kaji lebih banyak agar kita tidak terus ditipu kuasa besar dunia. 

Perhatikan juga soalan-soalan di dalam artikel seperti diatas, selalu dilaungklan oleh siapa? Kumpulan mana? Siapa yang memberi dana kepada mereka? Apa tujuan mereka? 
 

Saturday, November 15, 2014

Mahasiswa, Akademik, dan Kebebasan.

Adam Adli, Safwan Anang, dan terkini Fahmi Zainol selalu diangkat oleh media-media liberal sebagai HERO dan pejuang kebebasan akademik.

Saya hairan, apa yang mereka maksudkan dengan kebebasan akademik dan kebebasan itu sendiri?

Manusia tidak boleh bebas dalam erti kata diluar lingkungan syariat atau agama. Ini jelas. Tidak ada pertikaian atau perdebatan tentang itu.

Jika ada, orang itu bermasalah. Islam datang antaranya untuk apa? Cuba teliti kisah Rib'ie bin Amir, seorang sahabat nabi SAW melalui kata-katanya yang cukup hebat.

“Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah Ta'ala, daripada kesempitan dunia kepada dunia yang lapang, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”


Ini kebebasan untuk manusia. Membebaskan diri dari apa saja kepada ketundukan hanya kepada Allah swt. Mana mungkin manusia itu diberi kebebasa sepenuhnya. Jika tidak lahirlah masyarakat seperti di barat hari ini.


Bebas apa saja. Nak berbogel di khalayak? Na bercium di khalayak? Nak itu nak ini nak nak nak nak.......

Hancur kehidupan dan bumi jika manusia diberi kebebasan tanpa kawalan.

Kebebasan Akademik.

Apa yang mereka ini pejuangkan dengan kebebasan akademik? Kamu tidak bebas untuk ke kuliah? 
Kamu tidak bebas untuk dapat keputusan cemerlang? Kamu tidak bebas menulis dan membuat kajian? Kamu tidak bebas membaca buku? Kamu tida bebas beraktivisme? Kamu tidak bebas menyumbang pada masyarakat?


Atau kamu tidak bebas untuk ponteng kelas? Tidak bebas melanggar peraturan universiti? Tidak bebas menghasut? Tidak bebas memaki hamun siapa yang kamu suka? Tidak bebas membakar universiti? Tidak bebas apa ?

Saya juga bekas pimpinan mahasiswa. Saya bebas melakukan apa saja aktiviti ketika itu dalam lingkungan peraturan dan peruntukan universiti yang ada.

Saya bersama pasukan berkonfrantasi dengan pihak HEP dalam banyak hal untuk kebajikan pelajar. Tapi dalam ruang yang tidak menzalimi peraturan yang sedia ada.

Dalam banyak hal juga pasukan kami bekerjasama baik dengan HEP juga untuk kebajikan pelajar.

Kesimpulannya, bijak menggukana setiap peluang dan ruang yang ada sebagai pemimpin pelajar. Dan lebih penting buktikan juga kita pemimpin pelajar yang juga cemerlang akademik.

Kita memimpin dengan ilmu. Bukan dengan sentimen dan hawa nafsu yang tidak jelas hala tuju. Ke mana akhirnya kita nak bawa mahasiswa mahasiswi ini?

Memimpin perlu bijak. Tak boleh hanya berani dan lantang semata dalam kebanyakan masa.

Set the right paradigm, and lead with your wise action. Not position per se.

Misi Melahirkan Mahasiswa Beragenda!

Wednesday, November 12, 2014

Permulaan Baru Untuk Umat Islam

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt yang menggerakkan hati dan jari jemari ini untuk kembali membuka dan menulis semula di laman ini.

Kali terakhir post saya ada pada tahun 2012. Iaitu 2 tahun lalu.

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh itu. Tak mampu ditulis semuanya.

Kehidupan saya kini jauh berbeza dari sebelumnya. Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah swt, saya kini telah berkeluarga dengan seorang anak berusia 2 tahun.

Pastinya komitmen dengan gerakan dakwah semakin memerlukan pengorbanan besar untuk ummat.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kini berada di hadapan dan bersedia untuk memimpin ummat. ISMA kini menjadi perhatian seluruh ummat samada yang mahukan Islam tertegak ataupun sebaliknya.

Dan sudah pasti, nada penulisan saya kini akan sedikit berbeza dengan dahulu. Saya berdoa agar Allah swt berikan saya kekuatan untuk terus berkarya demi ummat di laman ini, Ameen!

Membangun Ummat Beragenda!
Memimpin Ummah!
Sentiasa di Hadapan!