Monday, October 26, 2009

baru mula...

Assalamualaikum~

Akhirnya, cuti pun melabuhkan tirainya, maka ramailah makluk-makhluk yang bergelar pelajar kembali ke universiti.

Ada yang pulang dengan penuh riang, rindu pada kawan-kawan, ada yang berat nak tinggalkan cuti, rindu nak tinggalkan waktu-waktu lapang di rumah, dan macam-macam lagi lah.

Kampus yang sunyi kembali riuh rendah. Penuh dengan manusia yang berbagai-bagai jenis. Ada cerah, ada gelap sikit, ada gelap terus, semua ada.

Tapi buka cuti trimester ini berbeza bagi saya. Secara kebetulan, trimester 2 yang baru bermula hari ini (isnin) dimulakan oleh saya sebagai pekerja. Bukan lagi pelajar

Alhamdulillah, sudah ada kerja. Lama juga rasanya honeymoon seorang diri, haha... sampai dah mula bosan tak tahu nak buat apa.

Masih jauh lagi kisah ini. Moga hati kental terus mendepani hari-hari mendatang. Semoga bimbingan Allah sentiasa bersama. Ameen!

Baiklah, sampai sini dulu. Sambung lagi lain kali. Sedang menyesuaikan dir dengan iklim baru, haha...

Sekian.


Sunday, October 25, 2009

Melaka.

Salam~

InsyaAllah... tinggal jua Melaka bersama kenangannya. Moga hari-hari yang datang terus bahagia dalam redha Nya.

8 tahun 5 bulan hidup di Melaka. Macam-macam kisah suka duka, gembira lara, bahagia derita, semua ada. Macam-macam ada! Haha...

Isnin, 26 Oktober 2009, bakal membuka lembaran baru kisah aku.

Terima kasih semua!


Yang benar,

NURUL AIZAM ZAINI

Thursday, October 22, 2009

terkesan...

Jadilah orang yang beramal, bukan yang suka bercakap dan berdebat...

Monday, October 05, 2009

Siswa bantah e-undi

Isu ini agak menarik bagi saya. Mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsi dari pengalaman saya sebagai bekas pelajar juga mantan MPP.

E-undi, bukan suatu perkara yang asing bagi pelajar MMU. Cara ini telah digunakan lebih 8 tahun yang lalu di MMU.

Ya mungkin benar, dari beberapa aspek, mahasiswa merasa ragu-ragu dengan kaedah ini. Seperti contoh, seorang pelajar boleh undi lebih dari sekali, identiti pelajar mengundi pihak mana boleh dikesan dan lain-lain lagi.

Saya katakan disini, ini adalah perkara biasa. Biasa yang dimaksudkan ialah perasaan ragu-ragu dan tidak yakin pada sistem e-undi.

Kerana belum pernah melalui situasi seumpama ini, jadi asasnya ia satu perkara yang pasti akan berlaku pada mahasiswa-mahasiswa.

Ingin saya nyatakan, jika difikirkan masalah dan keraguan yang bakal timbul melalui kaedah ini, bukan setakan itu sahaja, malah lebih dari itu.

Sebagai sebuah universiti swasta yang telah lama menggunakan cara ini, sistem semakin baik, malah integriti sistem yang digunakan di MMU saya tidak ragui lagi.

Lebih sistematik, tepat dan efektif, seiring dengan era teknologi yang berkembang pesat.

Sistem itu apa yang manusia tentukan padanya. Ia tidak mungkin dicemari dengan sendirinya melainkan manusia yang melakukan sesuatu pada sistem itu.

Pokok pangkalnya disini, manusia yang bagaimana menguruskan sistem ini. Pastikan orang yang membina sistem ini seorang yang jujur dan amanah menjalankan tanggungjawabnya.

Keupayaan sistem bukan persoalan lagi, sebaliknya manusia yang bertanggungjawab menguruskan sistem ini adalah persoalanny.

Saya menyahut baik saranan e-undi digunakan dalam pilihanraya kampus, kerana ia bukan suatu perkara yang baru. Di MMU ia telah lama digunapakai.

Namun, integriti sistem ini terletak pada manusia yang menguruskannya. Mungkin mahasiswa-mahasiswa yang meragui sistem ini, boleh juga berjumpa dengan MPP dari universiti lain yang telah lama gunapakai sistem ini.

Sekadar berkongsi maklumat dan pengalaman. Tidak rugi apa-apa, malah membina hubungan antara universiti.

UM mungkin sedikit istimewa pada saya, kerana NC Universiti Malaya Professor Datuk Dr. Ghauth Jasmon, adalah mantan NC MMU, atau di MMU kita panggil sebagai President Universiti.

Di bawah kepimpinan beliau, sistem e-undi ini telah diperkenalkan di MMU. Sejak dari itu, sistem ini telah pun digunakai lebih dari 8 kali pilihanraya di MMU.

Hasilnya sangat baik, malah integriti sistem ini berada di tahap yang terbaik.

Saya meraskan ada baiknya juga perkara ini dipertimbangkan secara rasional yang tidak bermotifkan apa-apa. Buat kajian yang terperinci dan nyatakan dengan baik pada NC universiti masing-masing akan fakta-fakta yang menyumbang kepada ketidakpercayaan saudara pada sistem ini.


Disclaimer: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Artikel ini juga tidak ditulis atas kepentingan tertentu.