Monday, October 05, 2009

Siswa bantah e-undi

Isu ini agak menarik bagi saya. Mungkin ada sesuatu yang boleh dikongsi dari pengalaman saya sebagai bekas pelajar juga mantan MPP.

E-undi, bukan suatu perkara yang asing bagi pelajar MMU. Cara ini telah digunakan lebih 8 tahun yang lalu di MMU.

Ya mungkin benar, dari beberapa aspek, mahasiswa merasa ragu-ragu dengan kaedah ini. Seperti contoh, seorang pelajar boleh undi lebih dari sekali, identiti pelajar mengundi pihak mana boleh dikesan dan lain-lain lagi.

Saya katakan disini, ini adalah perkara biasa. Biasa yang dimaksudkan ialah perasaan ragu-ragu dan tidak yakin pada sistem e-undi.

Kerana belum pernah melalui situasi seumpama ini, jadi asasnya ia satu perkara yang pasti akan berlaku pada mahasiswa-mahasiswa.

Ingin saya nyatakan, jika difikirkan masalah dan keraguan yang bakal timbul melalui kaedah ini, bukan setakan itu sahaja, malah lebih dari itu.

Sebagai sebuah universiti swasta yang telah lama menggunakan cara ini, sistem semakin baik, malah integriti sistem yang digunakan di MMU saya tidak ragui lagi.

Lebih sistematik, tepat dan efektif, seiring dengan era teknologi yang berkembang pesat.

Sistem itu apa yang manusia tentukan padanya. Ia tidak mungkin dicemari dengan sendirinya melainkan manusia yang melakukan sesuatu pada sistem itu.

Pokok pangkalnya disini, manusia yang bagaimana menguruskan sistem ini. Pastikan orang yang membina sistem ini seorang yang jujur dan amanah menjalankan tanggungjawabnya.

Keupayaan sistem bukan persoalan lagi, sebaliknya manusia yang bertanggungjawab menguruskan sistem ini adalah persoalanny.

Saya menyahut baik saranan e-undi digunakan dalam pilihanraya kampus, kerana ia bukan suatu perkara yang baru. Di MMU ia telah lama digunapakai.

Namun, integriti sistem ini terletak pada manusia yang menguruskannya. Mungkin mahasiswa-mahasiswa yang meragui sistem ini, boleh juga berjumpa dengan MPP dari universiti lain yang telah lama gunapakai sistem ini.

Sekadar berkongsi maklumat dan pengalaman. Tidak rugi apa-apa, malah membina hubungan antara universiti.

UM mungkin sedikit istimewa pada saya, kerana NC Universiti Malaya Professor Datuk Dr. Ghauth Jasmon, adalah mantan NC MMU, atau di MMU kita panggil sebagai President Universiti.

Di bawah kepimpinan beliau, sistem e-undi ini telah diperkenalkan di MMU. Sejak dari itu, sistem ini telah pun digunakai lebih dari 8 kali pilihanraya di MMU.

Hasilnya sangat baik, malah integriti sistem ini berada di tahap yang terbaik.

Saya meraskan ada baiknya juga perkara ini dipertimbangkan secara rasional yang tidak bermotifkan apa-apa. Buat kajian yang terperinci dan nyatakan dengan baik pada NC universiti masing-masing akan fakta-fakta yang menyumbang kepada ketidakpercayaan saudara pada sistem ini.


Disclaimer: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Artikel ini juga tidak ditulis atas kepentingan tertentu.

11 comments:

Hanif Amir said...

Bagaimana pula dgn unsur rasuah, undi dapat SAPS?

Nurul Aizam Zaini said...

bagi saya dpt SAPS bukan lah rasuah.. perlu diakui, kempen pilihanraya di MMU khususnya, tidaklah sehebat IPTA, itu mungkin satu kekurangan, dan SAPS adalah untuk menggalakkan pelajar keluar mengundi...

mereka undi siapa itu masih tetap HAK pelajar... SAPS diberikan pada semua pelajar yg keluar mengundi, bukannya diberi kepada undi2 tertentu...

jadi tidak timbul soal rasuah... ia bukan rasuah...

malah, apa2 aktiviti persatuan pun diberi kan SAPS kpd mereka yg terlibat...

ini pandangan saya... jika saudara tidak bersetuju, saya serahkn pd saudara, mungkin boleh terus berjumpa pimpinan SRC terkini, dan bawa terus isu ini kepada HEP...

saya kira pintu perbincangan Pengarah HEP MMU sentiasa terbuka pd sesiapa sahaja...

p/s: sekadar pandangan mantan pelajar...

msa said...

SAPS apanya.

yang dijanjikan tak pernah dapat pun.

sebab tu jumlah pengundi kurang.

jangan kata bereka tidak bertanggungjawab.

mereka malas mengadu hal kecil.

itu juga tanda protes mereka atas janji yang tidak di tunaikan.

sistem e-undi ni pun boleh di godam.

ramai pelajar yang bijak pandai untuk menggodam sistem elektronik.

mereka belajar, tak perlu dapatkan pengetahuan secara formal.

masakan sistem tercanggih di dunia pun boleh di masuki penggodam.

inikan pula sistem "cuba-cuba".

saya akan setuju jika di buktikan langkah kawalan yang di ambil adalah selamat.

dan buktikan sistem itu berkesan.

msa said...

ops satu lagi.

"saya kira pintu perbincangan Pengarah HEP MMU sentiasa terbuka pd sesiapa sahaja..."

turun padang dan cari pelajar, bincang.

kerja pelajar, belajar dan bukan cari mereka.

kerja mereka, jaga hal ehwal pelajar.

p/s: tolong nyatakan bahawa pendapat saya tidak benar.

hamdan al-kandahlawi said...

kpd hanif amir :

boleh tk dikatakan,mintak datang program usrah,dapat saps adalah satu rasuah?

dlm alam pekerjaan,itu adalah satu motivasi.adakah orang bekerja lebih masa,dan bole claim OT,jadi satu rasuah?saps diberi adalah slh satu cara utk encourage org datang mengundi.bukan utk rasuah mana2 pihak dalam proses undian.

-al-kandahlawi-

Hanif Amir said...

Salam.

Bro-bro sekalian, maaf kerana terlupa utk memberi penjelasan.

Rasuah yg saya maksudkan bukanlah bermakna ia diberikan sebagai imbuhan jika mengundi mana-mana pihak. Tetapi asasnya, ia berbentuk imbuhan yg sebenarnya tidak diperlukan jika mahasiswa diberi kesedaran yg cukup tentang tanggungjawab dan peranan yg harus mereka mainkan.

Kalau SAPS dikatakan sebagai rangsangan, seharusnya kita juga sedar bahawa rasuah itu juga adalah perangsang. Tidak kira samada program IU atau kelab-kelab selainnya, pemberian SAPS pd saya bukan satu bentuk didikan atau cara yg betul utk merangsang minat mahasiswa.

Bekerja dan claim OT adalah satu perkara yg berbeza. Anda usaha lebih, maka hasilnya juga tentu lebih. Tapi bagaimana pula mahu dijelaskan jika sokongan mahasiswa pd pemimpin mereka bukan atas faktor percaya pd kemampuan dan kredibiliti, tetapi undi hanya utk SAPS.

Nurul Aizam Zaini said...

to hanif amir: betul, saya bersetuju, sapatutnya itu yg berlaku di MMU.

Namun suasana di MMU ini mungkin saudara sediri sedia maklum. Sikap mahasiswa di MMU yg rata-ratanya saya berani katakan tidak ada sifat daya juang yg tinggi.

Bukan semua. Perlu difahami agar tidak timbul kekeliruan. Saya katakan begini kerana pengalaman sy sbg SRC dahulu.

Boleh jumpa personal utk cerita lanjut berkenaan mengapa saya katakan kurang daya juang. :D

Dan berkenaan SAPS. Nama panjang Student Activities Performance System.

Asalnya adalah utk memberi extra point kpd pelajar yg aktif berpersatuan.

Pelajar yg aktif dgn aktiviti curricular ini akan ada kelebihan kerana mendapat point yg sama seperti GPA dan CGPA kita.

Itu asalannya. Utk beri kelebihan dari segi penglibatan pelajar yg mana munkin sijil SAPS yg dikeluarkn di akhir pengajian nnt mungkin membantu pelajar utk mndapatkn kerja. Itu sahaja.

Dan juga menggalakkan pelajar aktif dlm persatuan dan xtvt unibersiti.

Penggunaannya utk menggalakkn pelajar keluar mengundi bukanlah satu cara terbaik. Saya akui. Namun sebenarnya, jumlah yg keluar mengudi sehingga thn lalu saya kira masih belum mencapai tahap memuaskan.

Saya setuju utk di didik mahasiswa akan tangunggjawab mengundi.

Namun, bg sy ia tetap bukan rasuah. :)

Nurul Aizam Zaini said...

to msa:

saudara msa, saya dah tulis penjelasan sy terhadap komen saudara, tp dukacita tak dpt publish kt sini kerana sistem kata terlalu panjang.

Exceeds word limit. Takpe, nanti sy email terus ke email saudara :)

p/s: sistem tetap tak sempurna.

bikrunnajah said...

menarik...
nk jugak tau ape jwpn abg aizam utk saudara msa....

cam kenal je msa ni spe....

msa said...

bagus juga jika kita bincangkannya di sini.

ada juga individu yang terbabit dapat menyatakan pendapat tentang isu berkaitan.

Adam Kulim said...

aizam..system e-undi kita online ka?bukan standalone pada pc 'main' yang dikawal selia oleh ahli majlis pilihanraya kampus ka? so utk orang luar hack mmg tak boleh la kan..melainkan ahli2 majlis tu sendiri kan?