Wednesday, August 11, 2010

Masing - masing punya puasa.

Hah... Masing- masing punya puasa, apa kau sibuk. Kau nak beramal tunggang - tonggek ke, tergolek - golek ke, tu kau punya hal. Aku nak buat ape pun, kau tak payah nak kisah!

Wah.. bukan main emo yer. Kawan, kita dah dengar macam - macam kelebihan ramadhan ni. Sampai dah tak larat nak dengar dah berita-berita tentang kelebihan ramadhan.

Tapi kita tetap masih sama macam bulan -bulan yang lain. Tak ada beza pun.

Baik, sekarang bayangkan kita seorang pelajar kursus katering atau masakan di sebuah kolej ternama. Satu hari, koleh tersebut adakan satu pertandinggan memasak Nasi Beriyani.

Hadiah pemenang pertadingan memasak ini ialah pakej lawatan ke Turki-UK-Eropah selama 2 minggu, wang tunai RM 20,000 serta tawaran kerja di sebuah Hotel terkemuka.

Kebetulan, ayah kita adalah rakan baik kepada Chef paling terkemuka di Malaysia nama dia Chef. Wani. Pendek kata, sebut je nama Chef ni, satu Malaysia tau kehebatan masakan dia.

Disebabkan ayah kita rakan baik kepada Chef ni, jadi ayah pun bawa kita berjumpa dia untuk pergi belajar cara memasak nasi beriyani. Maklumlah, Chef terkenal, dan Chef tu pun tanpa banyak soal setuju nak ajar dan beri petua-petua yang hebat.

Baik, sekarang saya nak tanya, adakah kita dengan sepenuh hati akan buat semua yang di ajar Chef ni demi memastikan kemenangan dan dapat semua hadiah menarik itu tadi?

Manusia yang waras semestinya dia akan buat sungguh-sungguh kerana dia tahu Chef itu memang hebat dan memang kepakarannya dalam bidang masakan.

Baik, sekarang saya ingin lontarkan pula persoalan, Allah swt, pencipta seluruh alam ini dan segala isinya termasuklah kita manusia, telah beri pada kita sebuah buku panduan resipi kejayaan hidup.

Dialah yang cipta segala-galanya, dialah yang aturkan segala perjalanan planet-planet di angkasa, dialah yang aturkan sungai, bukit, angin, air di bumi dan dialah yang tentukan hidup mati kita, rezeki kita, dan jodoh kita.

Dan betapa kasih dan sayangnya Dia pada kita, dia telah beri buku resipi kejayaan hidup pada kita. Nah, sekarang kita mahu baca dan ikut panduan kejayaan hidup yang tertulis dalam buku hebat itu atau tidak?!

Buku resipi ini atau nama lainnya Al-Quran.

Manusia yang waras pasti akan ikut. Kawan-kawan, bersungguh-sungguhlah mengejar rahmat ramadhan ini. Hari ini baru hari pertama. Masih punya masa untuk tanam semula niat untuk jadikan ramadhan ini yang terbaik dalam sejarah hidpu kita, kerana kita tidak tahu adakah kita masih punya masa untuk sampai ke ramadhan akan datang.

Bacalah Quran sebanyak-banyaknya.

Zikir lah pada Allah sebanyak-banyaknya.

Dermalah semampu anda.

Solat 5 waktu berjemaah sentiasa.

Tahajjudlah 2 rakaat setiap malam semampu anda.

Dan...

Tinggalkanlah game-game anda.

Kurangkanlah tidur-tidur anda.

Bercakap yang sia-sia hentikanlah.

Membuang masa begitu saja jauhilah.

Semoga di hari kita menghadap Allah nanti, setidak-tidak kita mampu persembahkan salah satu ramadhan yang terbaik dalam hidup kita pada NYA.

Wallahua'lam...

No comments: