Saturday, May 21, 2011

Topeng Dai'e

Mungkin orang ramai melihat aku baik
Atau mungkin juga ada yang menganggap aku ini contoh
Kerana aku selalu memberikan nasihat pada mereka
Kerana aku sering mengucapkan kata-kata yang memuji Allah swt
Aku juga selalu dilihat bersama-sama mereka yang suka pada kebaikan
Malah, ada ketikanya aku diundang untuk menyampaikan ingatan Allah pada mereka
Aku dengan mudah sekali berkata-kata, memberi ingatan dan mengajak mereka pada kebaikan

Namun...
Hanya Allah saja yang tahu
Betapa hati ini kotor!
Betapa jiwa ini hina!
Terpalit dengan dosa dosa
Penuh kerosakan di dada
Tiada siapa tahu
Tiada siapa tahu
Sungguh hina
Lebih hina dari mereka yang tidak tahu apa-apa
Kerana dia tahu, perbuatannya Allah murka

Sampai bila...
Bilakah masanya mahu berubah sepenuhnya...
Masa akan terus berlalu tanpa meninggalkan sisa
Pengakhiran semakin hampir
Kerana esok belum pasti buat kita
Segeralah!!!
Segeralah bangun dan berubah!!!
Sementara Allah masih pinjamkan sedikit waktu
Agar sesaat yang diguna untuk Allah, bisa membantu ketika disana...

Tanggalkan topeng itu, binalah dirimu perlahan-lahan
Walau sedikit, ia lebih bermakna, kerana itu adalah kamu...

No comments: