Tuesday, October 03, 2006

catatan oktober!

a'kom..
alhamadulillah hari ini sudah masuk 10 hari umat islam berpuasa, emm dan saya telah selesai 2 kertas peperiksaan dan baki lagi 3 pada 6,7, dan 12 haribulan 10. Walaupun agak sibuk dengan peperiksaan sempat juga saya luangkan sedikit masa untuk catatan kali ini :)

Bulan oktober tahun ini agak bermakna pada saya. Hari raya tahun ini seolah olah bagi meraikan saya :) . Namun mungkin ia sedikit berbeda dengan tahun lepas kerna cerita yang akan ditulis tidak lagi pada jalan yang sama. Ada berbagai bagai perkara telah berlaku dalam sebulan yang lepas. Ada cerita menarik, ada cerita baik, ada cerita yang kita tak pernah sangka.

Tapi itulah relaiti. Hidup ini banyak perkara yang kita perlu fikir dan lakukan. Kalau kita memilih jalan mudah mungkin tidak banyak yang kita akan capai tetapi jika kita pilih jalan yang sukar banyak dugaan yang akan datang mengajar kita dalam erti kata lain iaitu ujian.

Walaupun jalan ceritanya mungkin tidak sama lagi,tetapi tujuan cerita masih kekal begitu. Matlamat yang ingin dicapai masih segar dan kekal cuma cerita yang berbeda. Semoga kedatangan syawal pada tahun ini dapat mencipta sinar suria yang indah bagi kita semua menempuhi jalan jalan kehidupan yang kita bakal lalui.

Semoga kita dipanjangkan umur bagi memperbanyakkan lagi ibadah kita pada yang esa.
Selamat berjaya semua!!!

aku tetap aku yang sama~ janji dibina pasti dkiota!!

berdoa agar impian hidup dapat dibina...
nurulaizam~

1 comment:

Anonymous said...

Gud luck for coming xm papers! Dan salam Ramadhan.. ;-)