Wednesday, September 23, 2009

raya dan televisyen...

Wah... lama gak tak update blog nih. Labah-labah pun dah intai 3-4 kali. Nasib baik dia tak buat sarang.

Maklumlah, balik kampung cuti beraya. Di kampung bukan tak ada signal internet nih, ada, tapi cuma 'edge' level jer, tak dapat 'hsdpa'. Huh, kalo nak tahu ape benda ni kena guna broadband baru tahu :D

Tapi sekarang ni ada kat Queensbay Mall Penang, dapat la online dengan kelajuan 180 kmh... =D

Raya seperti biasa, alhamdulillah, tak ada apa-apa kejadian tak diingini berlaku. Semua berlalu dengan baik.

Tapi saya sedikit kecewa!! :(

Kecewa, duka lara. Huh.. bukan putus cinta yerp.. opsss.. :D

Kecewa dengan sikap dan peranan media hari ini terutama pengusaha syarikat penyiaran televisyen.

Di Melaka, rumah sewa saya, jarang sekali saya tonton rancangan di tv. Kalau ada pun cuma TV3RTM1, RTM2, TV9, dan NTV7.

Tapi bila pulang ke kampung, wah.. ada lebih dari itu. Di kampung lebih hebat nih. Apa yang mengecewakan ialah rancangan yang disediakan.

Lebih 50% rancangan yang disediakan tidak membina jiwa malah boleh merosakkan jiwa-jiwa muda-mudi kita hari ini.

Bayangkanlah satu pagi di hari raya, raya ke berapa tah :D lepas subuh tu baring sekejap :D maklumlah jarang-jarang pulang ke kampung, dan terus terlena, kemudian bila terjaga semula terpandang kat tv, huh...

Ada penari yang sedang menari separuh bogel dan sudah tentu penari tu wanita. Hmmm.. ( saya tidur di ruang tamu, sebab tu terus terpandang tv)

Ada juga filem melayu yang ditayangkan sepanjang minggu raya ini, dan sadisnya pelakon melayu lelaki dan perempuan itu berciuman.

Ya, benar kita tahu kejadian-kejadian seperti ini sangat berleluasa di luar sana. Tapi apakah ini menghalalkan ia untuk dipertontokan di kaca tv, pada anak-anak kecil, remaja, malah pada sesiapa saja pun, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk dipertontonkan.

Di mana adab dan kesopanan kita? Budaya Asia yang terkenal dengan budi bahasanya, kesantunannya, budaya yang amat menjaga tata susila pergaulan kini direnggut tanpa rasa bersalah.

Terutama dalam konteks kita Malaysia yang meletakkan ISLAM sebagai agama RASMI. Sungguh menyedihkan. Apa Islam menghalalkan perkara sebegini?

Sudah tentu tidak. Saya sedar, sebenarnya terletak pada kita sendiri juga dalam memilih sesuatu perkara samada ia baik ataupun tidak untuk kita. Boleh saja untuk kita tidak langgani rancangan - rancangan seperti ini.

Benar, mungkin itu silap dipihak pelanggan sendiri. Tapi cukupkah sekadar itu?

Apa yang saya maksudkan disini ialah peranan mereka yang mempunyai kuasa dalam menguruskan hal ini. Mereka yang ada kuasa menetukan sesuatu perkara untuk kebaikan negara dan rakyat keseluruhannya.

Benar, tidak dinafikan, semakin hari semakin bertambah rancangan-rancangan yang mempunyai unsur moral yang baik ditayangkan.

Masyarakat umumnya sedar akan perkara ini. Namun, amatlah diharapkan, agar usaha-usaha pihak tertentu ini ditingkatkan lagi. Diperkuatkan lagi.

Kita sedar, bukan suatu perkara yang mudah untuk merubah. Tetapi harus ada satu pihak yang memulakan usaha ini. Tidak akan ada langkanh yang ke 1000 jika tidak ada langkah yang pertama.

Media eletronik seharusnya lebih berperanan dalam membentuk pembangunan masyarakat. Media merupakan saluran terbaik dalam membina kekuatan rakyat negaranya. Cara fikir, pengetahuan, kekuatan budaya dan apa saja, semuanya dapat dibina dengan baik sekiranya media berperanan lebih bijak.

Pengaruh media kepada manusia amat besar. Di harapkan media dapat menjadi medium utama membantu negara mencapai kemajuan sebenar negara.

Bukan sahaja kemajuan teknologi, infrastruktur, dan pengetahuan, malah yang lebih penting ialah kemajuan akhlak, sasiah, dan etika rakyatnya.

Barulah kemajuan yang seimbang dapat dicapai. Jika tidak, negaranya maju, namun ditadbir dan diuruskan oleh manusia yang tidak maju akhlaknya, maka kerosakan pasti berlaku.

Ingatlah pada pesan Saidina Umar al-Khattab

"Dulu kita adalah satu bangsa yang hina, kemudian kita dimuliakan dengan Islam, dan jika hari ini kita tinggalkan Islam, maka kita akan kembali HINA"

Semoga nasihat ini memandu kita untuk terus tetap pada jalan yang sebanar.

Allahu a'lam~

2 comments:

Nurul S Othman said...

salam..saya pun xlayan sangat tv..tgk astro rancnagan yg bekenaan sahaja...selebih nya melayan internet takpun pg jalan2 dan merayap ke rumah kawan-kawan hehe...

Nurul Aizam Zaini said...

to puteri: betul2, tngk rncangan yg berkenaan je.. tp mslhnya, adik2, sepupu2 kt kg tu, drg layan abis sume, x de pilih rncngan2 dah.. huhu.. kena nasihat nih.. huh..