Wednesday, September 09, 2009

Hubungan Malaysia - Indonesia

Assalamualaikum wbt

Nampaknya hubungan dua saudara ini kembali tegang. Beberapa isu kebelakangan ini telah mencetuskan suasana kurang enak diantara dua saudara ini.

Kenapa harus begini? Malaysia dan Indonesia diibaratkan dua saudara kandung. Dari rumpun bangsa yang sama malah Agama Islam merupakan anutan utama kedua-dua negara ini.

Jadi mengapa perbalahan harus berlaku?? Ia, hanya kerana beberapa isu yang sebenarnya boleh ditanggapi dengan baik, jujur beserta semangat persaudaraan yang tinggi, namun sebaliknya emosi dan nafsu mengambil peranan dalam menaggapi isu ini. Lantas inilah hasilnya. Sifat benci-membenci diantara satu-sama lain.

Presiden Persatuan Pelajar Indonesia di Malaysia, saudara Abdullah Abbas, rakan saya satu universiti ada menghubungi saya berkaitan isu ini.

Saya ingin tegaskan, isu ini harus ditanggapi dengan penuh semangat kerukunan yang tinggi. Nilai-nilai murni yang ada tidak kira samada Rukun Negara Malaysia ataupun Pancasila Negara Indonesia, kedua-duanya mengajurkan kepada keikhlasan, kejujuran dan kesatuan.

Sebagai rakyat biasa, kita harus tenang dan bijak menilai suasana. Serahkan pada pucuk pimpinan untuk menyelasaikannya. Justeru pucuk pimpinan kedua-dua negara juga harus segera dan bijak menanggapi isu serta memberi penjelasan sebaiknya pada rakyat masing-masing.

Media pula harus memainkan peranan yang lebih bersifat positif bukan provokatif dalam menjernihkan kembali hubungan yang sedang keruh ini. Sifat profesional yang tinggi serta etika kewartawanan harus dijunjung dalam memastikan profesyen ini terus relevan dan dipercayai rakyat serta membantu membina semula hubungan yang baik antara dua negara.

Akhir sekali, mari kita semua tidak kira samada rakyat Indonesia ataupun Malaysia, kedua-dua negara merupakan negara yang menjadikan Islam sebagai anutan utamanya. Majoriti penduduk kedua-dua negara beragama Islam, malah Islam telah meresap sebati dalam budaya kedua-dua negara.

Ini merupakan titik utama kepada kita semua. Titik persamaan ini sudah cukup kuat agar hubungan saudara ini terus kukuh dan sejahtera. Apa islam mengajar kita bermusuh-musuhan?? Tidak, masakan Rasulullah saw mempersaudarakan kaum ansar dan muhajirin. Ini satu bukti sirah yang jelas menunjukkan Islam mementingkan persaudaraan. Islam menganjurkan kesatuan, kasih sayang dan kemurnian hati.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Ayat ini jelas menyatakan semua muslim itu bersaudara. Tidak kira apa pun bangsa, warna kulit, keturunan dan negara kamu. Malah disuruh pula mendamaikan antara kita saudara seAgama. Ayat ini merupakan PERINTAH Allah swt. Siapa yang mahu ingkar akan perintah ini??

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Sekali lagi dalam ayat ini Allah menyatakan, supaya kita kenal-mengenal. Membina hubungan baik antara kita semua muslim. Letakkan persengketaan jauh dari sisi kita. Kita harus melihat isu ini menerusi neraca Allah swt. Bukan melalui pemikiran manusia semata-mata yang selalu terikutkan emosi serta hawa nasfu yang sememangnya akan ada kecacatan padanya.

Yang tetap benar hanyalah apa yang Allah swt ajarkan pada kita. Wahai saudaraku sekalian, janganlah kita bersengketa sesama kita. Sesungguhnya kita didalam kerugian, musuh jua yang ketawa keriangan melihatkan dua saudara ini bertikam lidah tak sudah-sudah.

Saudara-saudara kita di Palestin, Thailand, China yang kini sedang bertarung nyawa meneruskan kehidupan dan mempertahankan akidah mereka sebagai muslim, kita disini enak aja berantam sesama kita satu akidah yang sama. Rugilah kita begini.

Ayuh, kita maju kehadapan bersama-sama, selalu duduk berdiskusi dengan aman dan jujur atas dasar satu akidah, InsyaAllah, Allah akan lorongkan jalan perdamaian buat kita semua malah tautan ukhuwwah juga akan bersemi padu antara kita.

Ingatlah saudara semua, "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad persuruh allah" kalimah yang sudah cukup kuat untuk kita jadikan ikatan persaudaraan kita terus kukuh dan utuh yang tidak bisa dileraikan oleh siapa pun.


Nurul Aizam Zaini

Semua mukmin bersaudara~

Fastabiqul Khairat.


Disclaimer: Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan juga pendirian penulis kepada pertanyaan rakan-rakan samada dari Malaysia ataupun Indonesia.

3 comments:

::aiN said...

teruskan semangat juang...
moga terus tsabat atas jalan ini..
sampai satu saat, Deen Allah pasti tertegak..dan pastikan kita antara yang pernah memegang panji itu..insyAllah

Salam Ramadhan...

rasyd said...

sama2 :)

Nurul Aizam Zaini said...

to ain: InsyaAllah, trima kasih ats dorongan, muga sama2 tsabat juga di jln ini..

salam ramadhan kembali...

to rasyd: err.. mekasih yer rasyd.. :D