Wednesday, November 12, 2014

Permulaan Baru Untuk Umat Islam

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt yang menggerakkan hati dan jari jemari ini untuk kembali membuka dan menulis semula di laman ini.

Kali terakhir post saya ada pada tahun 2012. Iaitu 2 tahun lalu.

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh itu. Tak mampu ditulis semuanya.

Kehidupan saya kini jauh berbeza dari sebelumnya. Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah swt, saya kini telah berkeluarga dengan seorang anak berusia 2 tahun.

Pastinya komitmen dengan gerakan dakwah semakin memerlukan pengorbanan besar untuk ummat.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kini berada di hadapan dan bersedia untuk memimpin ummat. ISMA kini menjadi perhatian seluruh ummat samada yang mahukan Islam tertegak ataupun sebaliknya.

Dan sudah pasti, nada penulisan saya kini akan sedikit berbeza dengan dahulu. Saya berdoa agar Allah swt berikan saya kekuatan untuk terus berkarya demi ummat di laman ini, Ameen!

Membangun Ummat Beragenda!
Memimpin Ummah!
Sentiasa di Hadapan!



No comments: