Monday, July 27, 2009

Bukit Beruang Bahhhh!!!

Alhamdulillah, seawal subuh hujan turun mencurah-curah tidak henti membasahi bumi sekitar Ayer Keroh. Bukit beruang juga tidak terlepas dari dibasahi rahmat hujan. Menjengah jam 10.00 pagi, hujan semakin lebat. Air mencurah lebih banyak.

Sehinggalah ke saat ini, 4.23 petang, hujan masih lagi berterusan namun renyai-renyai. Semakin reda lebatnya berbanding pagi tadi. Saya berkesempatan melakukan tinjauan ke kawasan sekitar Bukit Beruang. (Praktis untuk riki Aceh :D)

Hampir 8 tahun saya bermastautin di Melaka sejak tahun 2002, ini kali pertama banjir saya lihat banjir teruk berkalu di Bukit Beruang. Sebelum ini pun dah banjir banyak kali, namun ini yang terhebat dalam tempoh 8 tahun saya jadi orang Melaka. (Oppss.. betul ke dah jadi org melaka :D)

Kawasan taman bukit beruang utama, iaitu rumah lama saya sebelum berpindah ke MITC, ditenggelami air keseluruhannya. Ada yang air di paras buku lali, ada yang paras lutut dan dengarnya ada juga yang sampai ke paras pinggang. Wah... ini dah jadi sungai baru.

Taman melawis juga turut sama jadi sungai hari ini. Malah ke paras pinggang. Saya kira ini kawasan yang peling teruk kena. Polis, Bomba, JPA3, wartawan TV dan bot-bot penyelamat semuanya telah bersedia di sekitar taman-taman ini. Taman melawis saya menjadi tumpuan bot-bot penyelamat melalui tinjauan saya tadi.

Antara rakan-rakan,sahabat-sahabat kita yang terkena ujian air bah ini ialah, abang khair, abang naka, rubiah, kak najmin dan ramai lagi. Kami doakan kalian semua selamat dan bersabar yer. Barang-barang yang tidak dapat diselamatkan tidak mengapa. Yang pentingnya keselamatan kalian semua.

Sekian dulu laporan terkini. Berita lain akan menyusul kemudian sekiranya ada perkembangan terbaru.

Allah Mustaan. Bersangka baik pada setiap ujian Allah. :)

5 comments:

A said...

rilek aa bobo ..
tak sabo2 nk jd org Melaka..
sampai masenye ..

jd la ......!!! (*_*)

shuhada said...

oh x tau pun cuaca kat melaka teruk skrng ni.. huhu lamanya nya sy x update dgn melaka.. hukhukhuk...
ni yg buat nak calling2 my family ... (eh sblm ni calling jugak.. x update cuaca je :D)


p/s:-oh dah 8 tahun ek.. nak dekat sm dgn sy berada di mlk je.. nanti dah jd org melaka betul bg tau la.. huhu

kak Jah said...

(kata nama bobo x soleh... die jgk yg pggl bobo)

well.. aku rindu hujan lebat dan panas terik d melaka :)

Kasyah said...

timun laut berenang-renang di bukit beruang!

Nurul Aizam Zaini said...

to azril kiara: uikk.. sampai masa?? masa ape?? :> nk jadi org mlk pun ade kn tgu masa smp ek?? hahha...

to shuhada: haa.. tu maknenye dh lama x balik mlk la tuh.. isk isk.. jgn jadi kacang lupakan tuan kacang :D balek2 mlk.. ziarah sume org melaka :D

p/s: haa.. mmg dh jd org melaka pun, sbb mmg tgh menetap d melaka nih.. heh~

to tropical: haa btol2 tu diq.. aku sokong, dia lak yg panggil nama tue huh~

ko rindu hujan ngan panas terik mlk je?? org melaka?? isk isk.. ko ni pelik la.. rindu kt cuaca lak :D p arab kalo rindu kt panas, p kutub kalo rindu sejuk2 mcm hujan :D

to kasyah: haa?? ye ke?? tangkp2, bole wat minyak gamat :D