Thursday, July 16, 2009

semalam, hari ini dan esok~

Sampai bila kita mahu asyik berkata " saya ni banyak lagi dosa". Sampai bila kita mahu berkata "belum sedia lagi". Sampai bila kita asyik " nanti la dulu yer".

Saudara, kita tahu "SAMPAI BILA KITA HIDUP??"

Bila ajal sudah sampai ke hujungnya, tiada lagi kata taubat yang diterima. Ambillah kisah Firaun iktibar buat kita. Di saat laut merah menenggelamkan semuanya, nyawa sudah sampai ke halkum, maka kata-katanya "aku percaya pada Tuhan" sudah tidak memberi apa-apa makna.

Saudara, kita manusia. Manusia itu tidak maksum sifatnya kecuali Rasulullah SAW yang terpelihara dari segala dosa.

Kita juga digelar insan. Insan tetap seorang insan. Akan tetap melakukan kesalahan. Tapi apa ini beerti kita tidak punya peluang dan masa untuk berubah?!

Ya, kita punya! Cuma kita yang tidak berusaha. Bangkitlah, dan segeralah berusaha untuk berubah!

Semua kita punya sejarah silam. Namun ia sekadar sebahagian coretan kisah hidup kita. Terus mara, lakarkan sejarah baru.

Sejarah yang penuh gemilang dengan warna-warni Islam yang indah dan cantik. Muga-muga Allah suka pada usaha kita.

Dihapuskan segala dosa-dosa lalu. Allah itu Maha Pengampun!

Ayuh kita teruskan susunan langkah kaki ini menuju CINTA dan KASIH Allah :) Membina umat yang kembali pada Islami.

2 comments:

Nini Marini said...

salam..

aduh.isk².kenapa agaknya eh? bila masuk blog sahabat² ikhwah akhawat, mesti terase macam kene tampar². banyak betul jawapan² yang Allah nak bagi.

Jzkk yea. walaupun tulisan ringkas je, tapi sy terkena sungguh.

Aduii. hati ni sangat lemah bila dah ade di medan dakwah sebenar.

Btw, ex osmet abg aizam ade citer pasal terjumpe kat Tapah hari tu. terus call citer kat sy. punye excited bunyinye.

Bagus².sy pun happy dengar, sebab dah lame tak berjejak kasih dua org besfren ni.moga² lepas ni tak lost kontek lagi eh.

p/s : insyaAllah dtg melaka bulan 8 ni. mungkin die dan kakak die akan ikut sekali.

Nurul Aizam Zaini said...

w'lam...

hmm... dgn izin Allah... :) sama2, yg menulis ni pn bukan hebat mana ponn.. sekadar tulis utk diri sndri dan sesiapa yg sudi baca.. :)

oo ekk... insyaAllah, muga2 x lost dah.. haha.. mcm lost dlm hutan je xde alat berhubung.. huhu~

oo.. bgslah.. dtg melawat tmpt bermula sbg mahasiswa... heh..

oke.. kim salam kt org penang naa.. :)