Tuesday, July 21, 2009

futur...

Memang berat untuk pikul amanah ini. Berat mata yang pandang, berat lagi bahu yang galas. Masalah peribadi, tekanan suasana, kekurangan diri sendiri, dan bermacam lagi.

Semua kita punya halangan tersendiri. Tak ada seorang pun antara kita terlepas dari ujian ini. Tapi apa ini beerti FUTUR harus hadir dalam diri??

Teman-teman yang dihormati, jangan beri ruang untuk FUTUR ini beraja didalam hati. Seperti yang baginda SAW pernah bersabda "umat akhir zaman ini bagai buih2 di lautan".

Benar teman-teman. Umat akhir ini ramai, namun kualiti amat mengecewakan. Kita juga mungkin tidak terlepas. Insan tetap seorang yang akan melakukan kesilapan.

Namun, cepat-cepat kita bangun dan buangkan FUTUR dalam hati ini agar ia tidak sempat bersarang dan meraja di hati.

Carilah rakan-rakan yang mengajak pada kebaikan, pergilah ke tempat-tempat yang membina kekuatan hidup bertuhankan Allah swt, berkata-katalah perkara yang menzahirkan ciri-ciri mukmin beriman.

Saya juga terkadang timbul rasa FUTUR, tapi jangan benarkan ia terus bersarang. Pantas dan bingkas bangun kesampingkan ia jauh dari hati. Agar ia tidak terus beraja.

Manusia perlu pada ingatan, kerana lupa itu sifat insan. Ayuh teman-teman, jangan FUTUR di jalan ini.

Jalan ini jalan yang panjang, cekalkan jiwa harungi cabaran. Andai terasa FUTUR mula bersarang, cepat-cepatlah ubati dengan tenang.

Yakinlah pada janji Tuhan semesta alam, bagi mereka yang bantu urusan akhirat, maka Allah bantu urusan dunia mereka.

Allahu a'lam~

Disclaimer: Untuk diri sendiri dan sekadar tulisan peribadi.

6 comments:

kak Jah said...

bobo... tengkiu!!!

Nurul Aizam Zaini said...

topical_jingga: haa.. tengkiu sbb ape?? err... aku ade terbagi hadiah kt ko ke? alamak silap2.. tu haidah org len?? hehe..

p/s: pssssttt.. bobo tu mcm x komersial la.. haha.. :D era kanak2 dlu... huhu..

kak Jah said...

tengkiu sbb entry ni.. memberi peringatan!!!!

warkk.. x biasa laaa pggl ko mende lain... w'pun x komersial, bobo tu mesra aper... :P

A said...

x soleh la nama bobo tu =P

ruby"melawes said...

waaa...glamor tuh nama masuk blog atok aizam..huhu!! melawat kawasan umah yg tak banjir..laen kali mai kawasan yg banjir..huhu!!

Nurul Aizam Zaini said...

to ruby melawes: hoh.. glamer2 jugak, royalti kena bayau! bukan masuk free ni :D haha.. x dpt la nk tlg, kwsn banjir x dpt diselamatkn lg... p lawat kwsn yg bole d selamatkn jer.. huhu..