Monday, August 31, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Ya, itulah laungan kemerdekaan yang menjadi detik amat bersejarah buat penduduk tanah Melayu.

Patriotisme, cintakan negara, satu sifat amat baik. Sifat ini dahulunya lahir dari desakan dan tekanan oleh penjajah ke atas rakyat yang dijajahnya.

Diatas tekanan dan himpitan inilah, bangkit golongan-golongan yang berjuang bagi membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

Para pemimpin melaungkan slogan-slogan kecintaan negara, slogan-slogan kebebasan dari cengkaman.

Para karyawan juga menyumbang membakar semangat juang rakyatnya melalui tulisan-tulisan, puisi-puisi, sajak-sajak yang membina kekuatan bangkit untuk menentang penjajahan.

Patriotisme satu aliran yang dibina manusia.

Tetapi yang lebih penting adalah dimana kita meletakkan patriotisme ini? Apakah ia mengatasi sesuatu yang lain?

Penting untuk kita faham, dalam konteks ini, semangat cintakan negara harus berada dalam lingkungan syariat.

Islam itu lebih utama. Makanya, patriotisme ini perlu berdiri atas asas yang kukuh malah BENAR iaitulah Islam.

Malangnya, ramai anak-anak bangsa hari ini telah gagal meletakkan semangat ini atas dasar yang jelas dan benar datangnya dari Allah swt.

Justeru, dapatlah kita saksikan sambutan kemerdekaan yang pelbagai cara oleh muda-mudi kita hari ini, walaupun pada tahun ini disambut dalam bulan kecintaan pada Allah, Ramadhan.

Ini harus diperbaiki. Kejelasan dalam bersemangat mencintai tanah air harus didasari dengan Islam. Bukan semata-mata MERDEKA melaungkan semangat MERDEKA!

Jelaslah bahawa cari fikir, tidakan dan penghayatan seperti ini belum MERDEKA! Ini dalam konteks kita Malaysia.

Jadi sama-sama kita bekerja dan berusaha tanpa mengira siapa pun kita, bagi mengembalikan KEMERDEKAAN yang sebenar pada tanah air kita!

MERDEKA dari jahiliyyah hari ini.

Seterusnya, dalam konteks yang lebih luas. Kita masih belum merdeka. Selagi mana belum merdekanya Palestin.

Khalifah Umar Al-Khattab ra berkata, tatkala Islam telah menguasai Palestin, "Seluruh bumi Palestin ini menjadi tanah wakaf buat umat Islam"

Kita telah berjaya di tipu oleh musuh. Apakah kejayaan musuh itu? Memisahkan tanah air melalui geografi.

Kita di Malaysia, tidak berkaitan hal ehwal Indonesia pada kita. Bukan urusan kita yang berlaku di Palestin.

Ini kejayaan musuh.

Seharusnya, tanah air kita adalah selagi mana ada saudara kita, yang mengucapkan kalimah "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad persuruh Allah" maka disitu juga tanah air kita.

Palestin Tanah Air Kita!

Saudara satu akidah kita sedang berjuang menuntut kemerdekaan kita. Apa sebagai saudara kita berdiam sahaja?

Apa kita biarkan saja saudara kita ditindas, dizalimi, dan dihina di tanah air mereka sendiri yang juga tanah air KITA!

Sama-sama kita bantu mereka sedaya yang mampu. Moga tanah air kita yang satu ini juga MERDEKA!

Inilah kemuncak KEMERDEKAAN KITA!


Salam Kemerdekaan~

Nurul Aizam Zaini

No comments: