Monday, February 01, 2010

sepi mencari pergi...

Agak lama saya menyepi dari halaman ini. Sedar tak sedar dah 3 bulan kerja. Masa berlalu pantas. Semakin hari semakin cepat hari hari ini berlalu.

Telah 2 minggu berlalu sejak pulang dari Meulaboh, Aceh, Indonesia. Program buat kali yang ke -4 dan terakhir di Aceh. Begitulah nampaknya. Namun Aceh akan tetap tersemat kemas dalam kenangan kami.

Sebuah wilayah yang indah lagi mendamaikan. Terasa rindu ingin ke sana. Adik-adik yang mencuit hati dan amat tekun belajar komputer. Serba kekurangan tidak menghalang mereka untuk mempunyai sebuah cita-cita yang besar.

Abang-abang dan kakak-kakak di Malaysia sentiasa doakan kejayaan buat kalian semua. Ameen!!!

Masa terus berlalu. Bermacam perancangan diatur demi mengecapi impian dan harapan. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar agenda, dirancang untuk diri lebih tenang dan bahagia.

Ya. Kita berusaha. Kita susun, atur dan laksana. Akhirnya doa berserah pada NYA. Kerana DIA yang tentukan. Yakin pada impian dan harapan mulia. Keyakinan memberi ketenangan. Ketenangan menzahirkan kesabaran. Dan Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang bersabar.


Semoga jalan ini terus dimudah kan Allah. Ameen!!!

Sungguh jalan ini sangat mencabar. Kadang terasa malas, kadang terasa berputus asa, kadang terasa kenapa perlu begini?

Teringat kata-kata dari filem sang murabbi.

"Kita masing-masing ada cobaannya oleh Allah swt. Begitu juga dakwah kita. Obatnya adalah kesabaran, keikhlasan, pengorbanan teman-teman, dan kita kembalikan as-Solah dakwah"

Semoga diberi ketabahan dan kesabaran. Ameen!!!



No comments: