Saturday, September 23, 2006

ramadhan dan peperiksaan~

salam~
salamat datang ramadhan al-mubarak... dalam tak sedar kita sudah pun berada di permulaan bulan ramadhan(esok). Mari sahabat sahabat,kita tanam azam yang tinggi menjulang bagi mengahayati ramadhan kali ini dengan lebih cemerlang,gemilang ,terbilang!Bertekad bersungguh sungguh demi mencapai kemanisan tulen ramadhan al-mubarak.
Namun bagi pelajar Multimedia University, peperiksaan akhir menjelang tiba. Alangkah indahnya kita kerna disaat kita bersungguh sungguh untuk persiapan peperiksaan, didatangkan pula bulan yang mulia ini pada kita. Syukur pada Allah s.w.t. Perancangannya cukup indah! Sahabat dan sahabiah, jadikan bulan yang penuh dengan kemuliaan ini sebagai satu motivasi diri dalam mepersiapkan menuju hari peperiksaan. InsyaAllah, jika niat kita belajar kerna Allah,maka ia satu ibadat buat kita dan InsyaAllah, setiap perbuatan baik kita akan Allah balas dengan ganjaran sewajarnya!

Mari semua sahabat sahabat, buktikan kita orang islam hebat,gagah dan bijak! Ya, inilah sifat sifat yang perlu ada pada diri semua. Ingat! Setiap usaha gigih disertakan niat kerna Allah, hasilnya juga indah. Berusahalah,terus berusaha!!! KEJAYAAN PASTI MILIK KITA!!!

Selamat menduduki peperiksaan pada semua dan juga selamat menjalani ibadah yang mulia ini pada semua sahabat dan sahabiah juga tidak dilupa yang berada di tanah borneo sebarang laut sana!

SELAMAT BERPUASA
nurulaizam~

1 comment:

kak Jah said...

ooohh... perutusan Presiden SRC sempena bulan Ramadhan dan Final Exam rupanya...