Wednesday, August 26, 2009

25 hari lagi RAYA!!!!

Alhamdulillah... 5 hari Ramadhan dah berlalu. Masa bergerak pantas sekali. Ertinya hari raya semakin hampir!!

Gedung-gedung jualan ada yang telah mula sibuk mempromosikan tawaran hebat masing-masing. Ada yang diskaun sehingga 70%. Wah.. tawaran hebat nih!! Rugi kalau tak ambil peluang.

Lagu-lagu raya pun telah ada yang mula kedengaran. Ini menambahkan lagi semangat nak beraya!! seronoknyerr... :)

Itulah dia realiti hari ini melalui pemerhatian saya sendiri. Masyarakat di hujani dengan suasana yang membawa kita jauh daripada nikmat sebenar Ramadhan Al-Mubarak.

Mari kita duduk sebentar. Tenangkan diri. Tarik nafas dalam-dalam. Sekarang cuba kita ingat kembali, 5 hari Ramadhan yang telah berlalu, bagaimana amalan kita?

Semakin baik? Sama sahaja? Semakin lebih teruk? Sudah berapa banyak pahala Ramadhan yang telah berjaya kita kejar?

Ramadhan, bulan yang telah Allah janjikan berbagai-bagai kelebihan, nikmat dan segala yang baik ada di dalamnya. Tapi apa kita benar-benar ambil peluang ini?

Peluang yang Allah beri selama tempoh 30 hari daripada 360 hari yang ada. Ingin berkongsi sedikit perkongsian daripada saudara Gamal, salah seorang imam tarawikh hari ini.

Beliau beritahu, kita manusia, tak pernah lepas daripada kesilapan. Pasti akan melakukan kesilapan. Yang maksum hanya Rasulullah SAW.

Makanya, Ramadhan ini Allah jadikan untuk kita mendapat ampunan dariNYA. Untuk kita bersungguh-sungguh memohon keampunan Allah.

Allah jadikan Ramadhan untuk kita bertaqwa kepadaNYA, dan supaya Allah akan memberikan pula belas kasihanNYA kepada mereka yang bertaqwa itu.

Pesnanan yang ringkas tapi amat memberi kesan. Kenapa harus Allah memberi belas kasihanNYA?

Kerana Allah SWT telah janjikan, Ramadhan ini awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Amat jelas sekali, semua ini Allah ciptakan buat mereka yang mahu berubah.

Jadikan Ramadhan ini muntalaq (titik mula) perubahan dalam diri kita. InsyaAllah, sama-sama kita usaha dan perbaiki IMAN kita dari semasa ke semasa.

Muga bantuan Allah bersama-sama mereka yang bersungguh-sungguh mencari mardhatillah, redha Allah.

Ayuh semua cek semula amalan kita.

Fasthabiqul Khairat~


Disclaimer: Pandangan peribadi penulis. Sekadar berkongsi. Masih dalam usaha pembaikan diri sendiri.

4 comments:

Anonymous said...

Sy setuju dgn pandangan kamu..i2lah realiti sekarang..baru 5 hr tp smgt raya melebihi smgt mnambah amalan d bln mulia ini.. Syukran atas perkongsian..ayuh saudaraku, kita muhasabah dan perbaiki diri...smg allah terima amalan kita..ameen..

-ismi-

rasyd said...

insyaAllah sama2 :)

Nurul Aizam Zaini said...

to anon: terima kasih kerana turut sama bersetuju... sama2 la kita hidupkn barakah Ramadhan ini mengikut kemampuan kita ;)

Nurul Aizam Zaini said...

to rasyd: yer.. sama2 la kita rasyd, slamat beriktikaf di masjid Sri Petaling :) muga dirahmati Allah SWT