Wednesday, August 12, 2009

JOM RAMAI-RAMAI!!!!

Innalhamdulillah. Asyhadu alla ila ha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh… Allahumma balighna Ramadhan. Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk berjuang menghampiri pintu Ramadhan. Mungkinnya sampai, mungkin juga terlebih dahulu disentak bertemu yang Esa. Moga Allah kurniakan peluang buat menambah amal yang masih kurang.


InsyaAllah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka juga diatas sokongan padu Jabatan Agama Islama Melaka (JAIM) akan menganjurkan Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H seperti makluman di bawah:


Hari : Ahad

Tarikh : 16 Ogos 2009 bersamaan 25 Sya’ban 1430 Hijriyah

Tempat : Masjid Al-Azim, Melaka

Masa : 8:30 pagi - 1:30 tengahari

Pengisian :

Kertas Kerja 1: Seminar Kepentingan Ramadhan Pada Individu Muslim

Kertas Kerja 2: Fiqh Ramadhan

Kertas Kerja 3: Forum dan Soal-Jawab Ramadhan



Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H


Seminar ini antara lainnya bertujuan menghidupkan persediaan menjelang Ramadhan, mengajak penduduk sekitar Melaka khususnya para siswa/i untuk bersama merasai kerinduan bertandangnya bulan mulia ini disamping memberikan peluang para hadirin mendengar perkongsian ilmu juga melangsaikan segala kemusykilan yang sekian lama bersarang di lubuk hati berkisar perihal Ramadhan.

Ayuh pemuda pemudi. Ambil kesempatan ini sementara masih ada masa, kesihatan, dan tenaga. Sama-sama tambah ilmu buat bekalan di Sana.



No comments: